Pengikut

Rabu, Mei 23, 2012

Teori Dua Bangsa


Teori Dua Bangsa

Masyarakat India terbahagi kepada berpuluh-puluh suku kaum yang besar. Bahasa kebangsaan India sahaja sudah sebanyak 17 bahasa. Dari sini dapatlah kita mengagak betapa banyaknya suku kaum di India. Walaupun mereka mempunyai mempunyai persamaan dari segi kaum dan etnik namun dalam terdapat perbezaan yang ketara pada mereka iaitu anutan agama. Kebanyakan masyarakat India menganut agama Hindu atau Sikh namun ada juga sebahagian daripada mereka menganut agama Islam. Walaupun agama Hindu lebih dominan di India namun agama Islam tetap mendapat hati dalam kehidupan masyarakat di sini. Dalam hikayat Hang Tuah pernah menyebut “ Maka beribu-ribu rumah berhala dalam negeri itu,terlalu indah-indah perbuatannya dan seribu buah masjid didalam negeri itu tempat anji-wartar sembahyang….”
Walaupun hidup dalam kalangan sendiri selama berates-ratus tahun namun tiada kesatuan diantara kedua penganut ini seperti sebuah sungai yang mempunyai punca yang berbeza. Disebabkan perbezaan ini, teori dua bangsa telah diperkenalkan oleh Sayyid Ahmad Khan. Teori ini dikemukan kerana menyedari perbezaan yang wujud daripada segi sejarah latar belakang yang berbeza antara masyarakat Hindu dan Islam daripada segi peradaban, adat, kesusasteraan dan sejarah. Perbezaan ini sebenarnya telah menyebabkan berlakunya konflik yang berpanjangan antara masyarakat Islam dan Hindu.
Sayyid Ahmad Khan merupakan seorang pemikir moden Islam India dengan membawa idea pembaharuan. Beliau melihat kegagalan pemberontakan Dahagi 1857 dan kunjungan beliau ke Britain pada 1896-1897 maka lahirlah idea pembaharuan oleh beliau. Antara idea pembaharuan beliau ialah Umat Islam India mundur kerana tidak mengikut peredaran zaman, Sayyid Ahmad Khan juga percaya kepada kekuatan dan kekuasaan akal, beliau juga menolak taqliq yang berlaku dalam masyarakat. Beliau juga menyeru umat Islam untuk bekerja dengan British kerana pada beliau bekerja dengan British lebih baik daripada bekerja dengan masyarakat Hindu yang merupakan majoriti. Dengan bekerja di bawah British, diharapkan umat Islam akan mendapat kemajuan dari segi ilmu, politik dan teknologi.  Sumbangan Sayyid Ahmad Khan amat besar dari aspek pendidikan. Melihat kepada ketidakmajuan dalam bidang pendidikan, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pengajian tinggi Islam iaitu Muhammadan Anglo-Orientel Collage di Aligarh. Pusat pengajian tinggi ini merupakan pusat pendidikan perguruan peringkat tinggi Islam di India yang meniru modul universiti Oxford dan Cambridge dengan bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris.
Kejayaan Teori dua bangsa ini dapat dilihat daripada kejayaan Liga Muslim untuk mewujudkan sebuah negara Islam iaitu Pakistan kemudian Pakistan Timur berpecah akibat pemberontakan kaum Banggali yang mewujudkan negara Pakistan dan pewujudan Afghanistan oleh etnik Pasthun. Namun tidak semua umat Islam bersatu dibawah Liga Islam untuk memperjuangkan teori dua bangsa ini kerana masih ada umat Islam yang tidak menerima idea dua bangsa dan kebanyakan mereka tingal di India untuk berjuang menuntut kemerdekaan. Antara tokoh terkenal yang menentang teori dua bangsa ialah Abul Kalam Azad. Abul Kalam Azad melihat bahawa hanya penjajah Inggeris yang harus diusir untuk menuntut kemerdekaan India dan sanggup berjuang bersama dengan Mahatma Ghandi dan parti Kongres Kebangsaan India. Semasa perang dunia pertama yang memperlihatkan kelemahan yang ketara pada pihak Turki Uthmaniyyah, Abul Kalam Azad bersama dengan Muhammad Ali dan Syaukat Ali telah mengasaskan gerakan Khilafat pada 1919. Apabila Liga Muslim ingin menubuhkan negara Islam Abul Kalam Azad lebih suka berjuang membangun nasionalisme India bersama Kongress dan telah dilantik menjadi presiden parti tersebut pada umur 35 tahun.
Teori dua bangsa merupakan teori penting dalam sistem politik Islam dalam kalangan penduduk Islam di India. Walaupun wujud penentangan oleh sebahagian masyarakat Islam, namun kepentingan teori ini tidak terjejas dan terus mendapat sokongan umat Islam terutamanya apabila dihangatkan kembali oleh Muhammad Ali Jinnah dalam usaha untuk menyatukan umat Islam di bawah payung Liga Muslim. Bahkan pada tahun 1930, seorang tokoh India yang terkenal iaitu Muhammad Iqbal telah mencadangkan pemewujudan sebuah negara majoriti Islam di barat laut India. Teori dua bangsa ini juga telah memperlihatkan satu peristiwa sejarah yang penting iaitu perpindahan penduduk yang terbesar didunia iaitu kira-kira 2 juta penduduk dimana masyarakat Islam berhijrah ke wilayah Pakistan manakala masyarakat Hindu dan Sikh pula berhijrah ke wilayah India. Perpindahan ini juga telah memakan korban jiwa seramai 250,000 orang yang kebanyakan adalah orang Islam yang dibunuh oleh tentera India.

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters