Kepintaran
Bao Zheng memecahkan kes pembunuhan Tengku Kao Li telah menyebabkannya terkenal
dalam kalangan penduduk kota Lu Zhao. Gongsu Ce yang tidak berpuas hati dengan
pujian orang ramai berikan kepada Bao Zheng telah mencabar Bao Zheng untuk
mengadakan satu permainan bagi menentukan kepintaran Bao Zheng. Pertandingan
mencari lima keeping syiling yang diletakkan ditempat tertentu di Maktab Dian
Hung mengikut unsur-unsur tertentu.
Selepas
siap meletakkan 5 keping syiling di tempat tertentu. Gongsu Ce telah ke dewan
maktab tersebut untuk diperiksa oleh Bao Zheng. Masa pertandingan hanyalah
nyalaan satu batang colok sahaja. Bao Zheng dengan teliti telah memeriksa
seluruh tubuh Gongsu Ce untuk mencari bukti dimana Gongsu Ce meletakkan 5
keping lilin tersebut. Selepas memeriksa tubuh Gongsu Ce,Bao Cheng serta merta
bergegas mencari syiling yang diletak oleh Gongsu Ce. Pertama sekali Bao Zheng
mencari kepingan syiling tersebut di bilik muzik kerana melalui bau yang
ditinggalkan oleh Gongsu Ce mendapati ada bau bauan yang dipakai oleh guru Meng
Feng seorang pemuzik.
Melalui
unsur api dan kekotoran debu arang yang terdapat dikasut Gongsu Ce,Bao Zheng
telah mencari syiling tersebut di kawasan dapur. Seterusnya melalui petunjuk
bulu yang ditinggalkan Bao Zheng telah mencari syiling tersebut di atas atap.
Kemudian melalui unsur air dan kelembapan pada jed Gongsu Ce ,Bao Zheng telah
mencari kepingan keempat dibilik ais maktab tersebut. Dan kepingan keempat
syiling tersebut berada di salah satu kepingan ais.
“Bao
Zheng telah menemukan syiling keempat” tempik kawan semaktab Bao Zheng
memberitahu kawan yang lain dan gurunya.
Selepas
menemui 4 keping syiling tersebut,Bao Zheng lantas kembali ke dewan dan
menyerahkan 4 kping syiling tersebut kepada gurunya.
“Kayu,air,api,tanah
sudah diketemukan...kini hanya tinggal unsur emas...dimanakah kepingan
terakhir?” soal salah seorang kawan Bao Zheng
“Menurut
aku..berada digudang senjata” balas seorang lagi kawan Bao Zheng
“Bukan”
jawab Bao Zheng ringkas lantas bergerak menuju kepada Gongsu Ce yang sudah
sedia berada didewan tersebut
“Kepingan-kepingan
terdahulu aku tidak berniat untuk menyulitkan kamu tapi kepingan terakhir ini
baik kamu menyerah sahaja” ujar Gongsu Ce dengan yakin kerana dia percaya Bao
Zheng tidak akan mampu menyelesaikannya
“Aku
kemari bukan untuk menyerah tetapi untuk mencari kepingan kelima” balas Bao
Zheng yakin dengan tekaannya.
“Kepingan
kelima adalah logam dan menurut aku didalam ini tiada logam” kata Gongsu Ce
yang masih kurang yakin bahawa Ba Zheng mengetahui jawapannya
“Tiada
hubungan dengan logam..kau sengaja menciptakan unsur emas,kayu ,api,air dan
tanah untuk mengelaburi aku” balas Bao Zheng
“Kepingan
yang ada diruangan muzik,letaknya dibawah tali er-hu bukannya dibawah er-hu
maka itu bukanlah unsure kayu”terang Bao Zheng
“Kepingan
yang terakhir itu harus ada ditubuhmu kerana namamu ada unsur kayu...kepingan
yang terakhir ada disini” jawab Bao Zheng lantas mengambil dompet Gongsu Ce dan
mengeluarkan syiling terakhir tersebut.
Keadaan
dewan pada masa itu menjadi riuh dengan sorakan daripada pelajar dan juga
guru-guru maktab tersebut. Kejayaan Bao Zheng menyelesaikan masalah tersebut
telah menyebabkan Gongsu Ce semakin tidak berpuas hati dan perkara itu tentunya
tidak menyenangkan Bao Zheng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan