Pengikut

Selasa, September 13, 2011

Kes Pembunuhan Tengku Kao Li part 4


“Tuan..kami sudah berusaha tetapi masih tidak dapat untuk melaksanakan tugas ini” kata salah seorang daripada lelaki berpakaian hitam. Tanpa bercakap ketuanya it uterus mengeluarkan padang dan dalam sekali libas sahaja semua lelaki berbaju hitam itu tersebut mati dibunuh. Dalam pada itu,penduduk sedang sibuk mengumpulkan barang makanan kerana tentera Kao Li sudah berada diperbatasan bersedia untuk menyerang Song. Tiba-tiba masuk seorang pengawal melaporkan kejadian pembunuhan yang berlaku semalam.
“Tuan..menurut laporan berlaku kebakaran di selatan kota dan kami telah menemukan beberapa lelaki yang berbaju hitam telah dibunuh kemudiannya dibakar”.
“Mereka ini pasti dibunuh oleh ketuanya,lihat mereka berdiri sebaris dan melihat kepada lukanya mereka ini dibunuh dengan sekali tebas’ ujar Bao Zheng membuat kesimpulan terhadap kejadian bunuh tersebut. Tanpa disengajakan semasa ingin mengangkat mayat tersebut, Bao Zheng telah melihat luka seperti kesan lecur yang terdapat pada tubuh salah seorang mangsa bunuh tersebut. Bao Zheng lantas mengambil kain putih dan mengukur kesan lecur tersebut dan terus berlari ke restoran yang berlaku pergaduhan dengan Tengku ke 7 dan meminta cerek daripada pelayan restoran dan mendapati kesan lecur dengan luas cerek tersebut adalah sama. Untuk mengetahui lebih lanjut Bao Zheng telah membuat rujukan di mahkamah mengenai undang-undang negara Kao Li dan mendapati bahawa selepas kematian Tengku Kao Li yang akan menggantikan takhta ialah Tengku ke 7.
“Saya telah ketemukan siapa ketua lelaki yang berbaju hitam itu,,ia ialah Lie Shi Tengku ke 7 Kao Li” ujar Bao Zheng menjelaskan perkara tersebut kepada Tengku Lian dan Tuan Kungsu.
“Pengawal tangkap Lie Shi” perintah  Tengku Lian
“Tunggu..banyak lagi persoalan yang bermain difikiran contohnya bagaimana dia boleh masuk untuk melakukan pembunuhan” bantah Bao Zheng.
“Kamu sudah tidak perlu menyiasat lagi,ini sudah cukup untuk menyelesaikan kes ini..saya mempunyai alasan tersendiri” balas Tengku Lian.
Pengawal telah bergegas ke bilik Tengku ke 7 tersebut dan setelah sampai mereka mendapati Tengku ke 7 juga dibunuh dengan modus operandi yang sama. Dan ditempat pembunuhan tersebut juga terdapat huruf 10 yang dilukis oleh Tengku ke 7 sebelum mati. Pagi pagi hari tersebut,tentera negara Kao Li telah menyerang pekan tersebut. Penduduk dibunuh tanpa belas kasihan demi membalas dendam atas kematian tengku Kao Li. Tengku Lian telah bertindak cuba membantu menghalang serangan yang bertali arus tersebut yang sudah tidak mampu disekat oleh tentera Song yang belum bersedia. Tetapi mujurlah dalam keadaan genting itu, Menteri Phang datang dengan membawa 5000 tentera untuk menghentikan serangan oleh Kao Li tersebut.
“Ahhh..Saya datang lambat,,mungkin telah menakutkan tengku” Kata Menteri Phang menyindir Tengku Lian
“Mari kita ke kediaman saya” ujar Tengku Lian untuk menenangkan keadaan.
Semasa berjalan-jalan di pekan,Bao Zheng dan Chu Chu telah ternampak pelayan Kao Li yang memakai pakaian Song membeli ubat “Bunga Merah” iaitu untuk kegunaan pengguguran anak. Bao Zheng dan Chu Chu telah mengikut pelayan tersebut sehingga ke kem tentera Kao Li untuk mengesahkan perkara tersebut. Bao Zheng telah bergegas  meminta bantuan Tuan Kungsu untuk masuk kem tentera. Mereka telah masuk ke kem tentera tersebut namun dihalang oleh Jeneral. Selepas itu mereka terdengar pekikan daripada Puteri Kao Li yang sakit selepas memakan ubat Bunga Merah. Melalui pekikan itu,Bao Zheng sudah mendapat tahu bahawa Puteri Kao Li telah mengandung. Pada malamnya Bao Zheng telah memerintahkan Pengawal Sem untuk berpura-pura ingin membunuh Puteri Kao Li untuk mengetahui pedang yang disimpan oleh Tuan Cen Kao Li. Tuan Cen Kao Li pernah bertarung dengan pengawal Sem semasa awal kedatangannya namun Tuan Cen tidak menggunakan pedang miliknya yang disembunyikan.
“Berhenti...” tempik Bao Zheng setelah Tuan Cen mengeluarkan pedang yang disembunyikan tersebut semasa serangan di Kem Tentera Kao Li.
“Kami datang bukan untuk membunuh” kata Bao Zheng
“Masih membantah,yang 2 orang memakai baju hitam kesini untuk apa?” bantah Jeneral
“Kami hanya datang mencari pedang yang membunuh Tengku ke 7,yang mana pedang itu nipis,jika melukai bekasnya setipis tali dan ditangan Tuan Cen itulah pedangnya” jawab Bao Zheng
“Mengarut,,..saya tiada alasan untuk membunuh” balas Tuan Cen
“Kamu ada... mereka sudah tahu rahsia kamu berasmara dengan puteri sehingga puteri hamil” balas Bao Zheng.
“Sudahlah Kuang Hau,sudah terbongkar..jangan korbankan yang lain lagi” ujar puteri
Tuan Cen lantas menyerah dan berkata
“Saya dan Su Chi dari dahulu sudah jatuh cinta..ingin memohon baginda untuk menikahkan kami..tidak sangka baginda menyerahkan Su Chi kepada maharaja Song,..tetapi kami tidak pernah melakukan hubungan terlarang” kata Tuan Cen dalam nada yang sedih
“Perut Su Chi ini adalah hasil perbuatan Tengku Kao Li yang merogolnya semasa dalam perjalanan kemari” tambah Tuan Cen.
“Tengku ke 7 memang telah mengetahui rahsia kami.. tetapi kami tidak membunuhnya” ujar Tuan Cen
“Memang bukan kami yang membunuhnya” tambah Puteri lagi
“Tengku ke 7 orang baik,kenapa kamu sanggup membunuhnya” tengking Jeneral
“Kami tidak membunuhnya” balas Tuan Ce
“Baiklah... semua sudah jelas.. bawa mereka pulang... mujurlah masalah ini sudah selesai” perintah Tengku Lian mengelakkan kes tersebut berlarutan. Tengku Lian segera bertindak demikian bagi mengelakkan Kao Li menyalahkan Song diatas pembunuhan keatas Tengku negara tersebut. Negara Kao Li dan negara Liao sememangnya telah bergabung untuk menyerang Song yang sudah sedia lemah itu. Dalam kes itu,Bao Zheng mendapati bukan Tuan Cen yang melakukan pembunuhan namun penyiasatan lanjut telah dihalang oleh Tengku Lian atas faktor politik. Namun setelah berkeras,akhirnya Tengku Lian memberikan peluang kembali kepada Bao Zheng untuk meneruskan penyiasatan pembunuhan terhadap 2 orang Tengku Kao Li. Siang Ai yang sudah pulih daripada trauma kerana cubaan dirogol oleh Tengku Kao Li kini kembali pulih dan sering menghabiskan masanya dengan belajar menulis. Selain daripada Chu Chu,pengawal Sem adalah salah seorang yang menjadi rujukannya disebabkan oleh Siang Ai sudah jatuh cinta pada pengawal Sem. Namun pada malam tersebut,Siang Ai telah mengetahui rahsia yang dimiliki oleh pengawal Sem dan menyebabkan mereka bergaduh. Untuk menenangkan keadaan itu,Chu Chu telah mengajak mereka untuk berkelah bagi menyelesaikan masalah tersebut. Pagi keesokannya,Siang Ai didapati mati menggantung diri. Pengawal Sem yang turut mencintai Siang Ai telah bertekad untuk berhenti daripada menjadi petugas. Bao Zheng hanya diberikan masa sehari lagi oleh Menteri Phang untuk menyelesaikan penyiasatan.
“Aku sudah fikirkan kes ini semalam..bagaimana pembunuh boleh meloloskan diri daripada bilik yang berkunci daripada dalam?” soal Gongsu Ce
“Betul... andai teka teki ini boleh diselesaikan sudah tentu pembunuh dapat diketemukan” tambah Bao Zheng
“Ehhhh..kau telah mengacau permainan kami” kata seorang pemain catur di restoran tempat Bao Zheng berada
“Jadi anehnya disini tiada buah hitam...kenapa menjadi begitu” ujar pemain catur seorang lagi
“Apakah kau sudah lupa permainan sendiri...jika ada satu biji hitam disini sudah aneh jadinya” ujar pemain catur yang tadi
“Betul..betul..dengan bertambahnya satu biji catur hitam permainan akan jadi lain” ujar pemain catur yang kedua
“Ya..kenapa aku tidak terfikirkan perkara ini...Gongsu Ce kumpulkan petugas dihadapan rumah gabenur..aku akan tanya mereka” ujar Bao Zheng tegas setelah terfikirkan cara menyelesaikan kes tersebut.
Sementara Gongsu Ce mengumpulkan petugas,Bao Zheng pula bergegas ke tempat pengawal Sem yang sudah menyiapkan barang untuk meninggalkan tempat tersebut. Disitu Bao Zheng telah meminta tulisan yang ditulis oleh Siang Ai untuk diteliti jika Siang Ai meninggalkan klu yang lain. 

Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters