Pengikut

Jumaat, November 19, 2010

Protestan di Eropah

    Dalam agama Kristian sebenarnya terdiri daripada pelbagai aliran yang mana setiap aliran ini saling bertentangan bahkan kafir-mengkafir sehingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.Agama Kristian berkecamuk dalam mencari siapa yang benar.Disamping itu,dalam intitusi gereja sahaja sudah mengalami banyak perbezaanya.Gereja di Timur mengalami perpecahan kepada gereja Koptik,gereja Yakobit,gereja Nestorian,gereja Maronit,gereja Ortodok Timur,dan juga gereja Armenia.Dalam intitusi gereja di Barat pula terbahagi kepada Katolik Roma dan juga Protestan.Dalam Protestan itu pula terbahagi pula kepada beberapa bahagian iaitu gereja Angelican-Episcopal,gereja Methodis,gereja Lutheran,gerela Bala Keselamatan,gereja Calvinis,gereja Mannonit,gereja Baptis dan banyak lagi aliran yang lainnya.Sebagaimana yang diketahui umum bahawa Protestan adalah sebuah aliran baru Kristian yang dipimpin oleh Martin Luther yang akhirnya menjadi satu aliran terbesar dan tertua dalam aliran Protestan.Sebelum Revolusi yang dilancarkan oleh Martin Luther,sebenarnya sudah ada gerakan pembaharuan gereja sebelum itu seperti yang dipimpin oleh John Wycliffe sekitar tahun 1329-1384 masihi di Britain.Selain itu,pembaharuan ajaran Kristian juga berlaku di Bohemia pada tahun 1373-1415 oleh Johannes Hus.Namun gerakan mereka ini boleh dianggap sebagai tidak berjaya mungkin kerana pada masa itu,masyarakat Kristian masih berpegang kuat pada Kristian yang mereka anut tanpa mempersoalkan tindakan pihak gereja.
    Pada masa sebelum Martin Luther,kuasa Paus di Rom amat kuat sehingga tiada yang boleh menentang bahkan pembaharuan yang dilakukan oleh mereka itu menjadi sia-sia.Pada zaman Martin Luther,keadaan masyarakat sudah dikira matang bahkan raja-raja di Eropah sudah mula mahu membebaskan kuasa daripada Paus di Rom.Di Jerman,masih ada raja yang masih setia kepada Paus di Rom tetapi ada sebahagiannya sudah mula menolak kekuasaan Paus.Semangat nasionalis di Jerman sudah berkembang pada masa ini dimana mereka ini sudah tidak mahu tunduk kepada kekuasaan asing yang mana bukan daripada bangsa Jerman.Raja-raja yang menentang kekuasaan Paus telah bertindak menyokong Reformasi yang dilakukan oleh Martin Luther dan kawannya.
    Di Eropah juga pada kurun ke 15 tersebut,gerakan Reinessence sedang rancak kembali.Orang Eropah telah melihat kepentingan pembaharuan yang perlu mereka lakukan.Pembaharuan dilakukan dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan,ekonomi,sosial serta keagamaan.Martin Luther telah berusaha mempelajari Bible dalam bahasa Yunani dan Ibrani dan seterusnya menterjemahkan kepada bahasa Jerman.Selain menterjemahkan Bible Martin Luther bersama kawannya juga telah menterjemahkan banyak karya-karya ketua gereja pada zaman awal Kristian.Pada zaman Renaisence ini juga telah melahirkan pelbagai fahaman baru antaranya fahaman Humanisme yang menggabungkan konsep falsafah Yunani dan juga kepercayaan Kristian.Antara tokoh terkenal  fahaman Humanisme ialah Desiderius Erasmus yang mana Martin Luther sering berbincang dan berdiskusi dengannya dalam pelbagai perkara.Antara pencapaian terbesar dalam Renaisence di Eropah ialah penemuan mesin cetak oleh Johannes Getenburg.Walaupun teknologi percetakan telah lama ditemui oleh orang cina namun di Eropah ia hanya bermula dengan ciptaan Johannes Getenburg di Mainz pada 1454.Perjumpaan mesin cetak ini amat penting kerana ia bertindak sebagai pencepat dalam penyebaran ajaran Protestan.Karya-karya Martin Luther dan kawannya telah tersebar dengan cepatnya kerana bahan-bahan mampu dihasilkan dalam masa yang singkat.

    Martin Luther telah dianggap dan sememangnya merupakan pengasas kepada aliran baharu Kristian iaitu Protestan.Martin Luther telah dilahirkan di Esleban Jerman pada  10 November 1483 dan meninggal pada 1546.Ia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang amat taat kepada ajaran Kristian Khatolik.Ayahnya bernama Hans Luther dan ibunya bernama Margaretta. Semasa berumur 21 tahun Martin Luther telah melanjutkan pelajaran di Universiti Erfurd dalam bahagian Undang-Undang namun belum sempat memhabiskan pelajarannya,beliau telah bertindak berhenti dari belajar untuk menjadi paderi/rahib di gereja Santo Augustin[5].Martin Luther menamatkan pengajiannya setelah berlaku sesuatu peristiwa dalam hidupnya.Ia dikatakan berjalan dalam keadaan hujan dari Mansfeld ke Erfurd pada 2 jun 1505.Beliau merasa amat takut dan merebahkan diri ke tanah dan berdoa kepada Santa Anna supaya mengelak dari bahaya petir dan bernazar untuk menjadi Biarawan.Akhirnya beliau dengan ditemani oleh kawannya ke gereja Augustine tanpa diiringi oleh kedua ibubapanya kerana tidak bersetuju.Martin Luther amat tegas dalam pembelajaran dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi sehingga paderi di gereja tersebut telah memintanya untuk mempelajari teologi Kristian.Dalam masa 2 tahun sahaja beliau telah berjaya menamatkan pelajarannya dan dilantik menjadi Paderi sekitar tahun 1507.
    Nama beliau naik dengan cepatnya sehingga pada tahun 1512,beliau telah dianugerah dengan gelaran doktor dan menjadi guru besar teologi bahagian Kitab Suci di Universiti Wittenburg[6].Tugas utama beliau disini ialah mentafsir Bible dan juga memeriksa kitab asli.Disinilah,beliau mula menterjemahkan Bible kepada bahasa Jerman supaya bangsanya dapat menbaca Bible kerana selama ini hanya golongan agama sahaja yang boleh membaca bible dalam bahasa Latin tersebut. 
    Selepas sekian lama terlibat dalam ajaran Kristian,Martin Luther semakin memikirkan tentang cara ingin selamat dalam ajaran Kristian.Oleh itu,beliau telah menafsirkan Bible berlainan daripada tafsiran gereja.Dengan menggunakan penafsiran sendiri Martin Luther merasakan dirinya selamat dalam menempuh ajaran Kristian.Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1514,dimana penafsiran Martin Luther ini bermula apabila beliau menemukan kebenaran melalui kesaksian Paulus dalam Roma 1:16-17.Martin Luther menganggap dirinya sebagai penemu kepada kebenaran dimana segala hukuman yang diterima oleh oleh orang berdosa adalah rahmat Allah yang menerima orang yang berdosa dan putus asa sekaligus menolak mereka yang menganggap dirinya sebagai orang yang baik.
    Pemahaman Martin Luther ini telah menyebabkan beliau mentafsir Bible dalam pemahamannya sendiri,dimana sinilah bermulanya banyak pertentangan dengan puak Katolik.Allah yang difahami oleh Martin Luther adalah Allah yang berbeza yang dipegang oleh puak Katolik dan ajaran Martin Luther ini tersebar di Universiti Wittenburg sekaligus menjadi pusat gerakan Reformasi.Penyebab kepada Reformasi Martin Luther antara lain ialah pengamalan gereja yang bertentangan dengan konsep teologi yang diajarkan.Namun begitu,sebab-sebab diatas bukanlah pencepat kepada berlakunya Reformasi dalam ajaran Kristian.Reformasi hanya berlaku apabila gereja Katolik menjual dan melakukan penyelewengan  surat Indulgance atau surat Alfat oleh Johann Tetzel di Jerman.Bagi melahirkan penentangannya terhadap penyelewengan Johann Tetzel,Martin Luther telah mengumpulan sebanyak 95 dalil atau hujah bagi menentang penyelewengan yang berlaku.Tetapi menurut Ahmad Suhelmi dalam bukunya yang bertajuk Pemikiran Politik Barat:Kajian Sejarah Perkembangan Pemikiran Negara Masyarakat dan Kekuasaan menyatakan bahawa dalil tersebut adalah sebanyak 99 dalil.Dalil tersebut telah ditampal di dinding gereja Universiti Wittenberg pada 31 Oktober 1517 sekaligus diingati sebagai hari Reformasi oleh puak gereja Protestan.Penjualan surat Alfat ini telah melahirkan rasa terhina oleh bangsa Jerman kerana duit dari surat tersebut akan diberi kepada Paus di Rom bagi menampung keborosannya.
    Dalil yang ditampal oleh Martin Luther telah dapat menimbulkan minat orang ramai sehingga dalil-dalil tersebut telah disebarkan oleh awam secara meluas.Dalil-dalil tersebut yang dalam bahasa Latin segera diterjemahkan oleh pelajar Martin Luther kedalam bahasa Jerman dan disebarkan ke seluruh Jerman.Selepas tersebarnya dalil-dalil Martin Luther,penjualan surat Indulgances telah merosot dengan mendadak sehingga telah memaksa Johann Tetzet menemui Paus pada masa itu iaitu Pope Leo x  bagi mendakwa bahawa Martin Luther penyebar ajaran sesat.Bagi mengurangkan ketegangan itu,Martin Luther telah mengutus sepucuk surat kepada Paus bagi menjelaskan tentang dalilnya tersebut.Tetapi sebaliknya pula berlaku apabila Paus di Rom telah memerintahkan supaya Martin Luther ke Rom bagi dibicarakan dalam masa 60 hari dan biasanya hukuman terhadap tuduhan menyebarkan ajaran sesat ialah mati.Sebagaimana yang diterangkan diatas,kebanyakan raja pada masa itu cuba membebaskan diri dari pengaruh Paus di Rom.Inilah yang sebenarnya telah menyelamatkan Martin Luther dari mengahadapi pengadilan di Rom.Raja yang melindungi Martin Luther ialah Raja Freidrick yang memerintah Seksen.Namun begitu Martin Luther tetap dibicakan tetapi di Jerman di kota Augsburg pada Oktober 1518.Ramai pengikutnya meminta supaya Martin Luther tidak pergi kepada pengadilan tersebut tetapi beliau tetap pergi sebagai tanda tidak bersalah.Jerman merupakan satu bangsa yang unik di Eropah.Apabila berbicara tentang Eropah adalah tidak lengkap jika tidak membicarakan tentang bangsa Jerman.Dengan berlakunya Reformasi gereja ini,Jerman sekali lagi menjadi kubu kepada Martin Luther dalam menyebarkan ajarannya.Jerman merupakan negara pertama yang menjadi pusat Protestan.
    Tidak terhenti setakat itu,pada 1520 Bulla atau surat rasmi telah dihantar oleh Paus kepada Martin Luther meminta Martin Luther supaya bertaubat tetapi Martin Luther membakarnya di hadapan kakitangan dan para guru besar di Universiti Wittinburg dan berkata bahawa Bullah tersebut sebagai terkutuk dari anti Kristus.Paus di Rom telah mengistiharkan bahawa Martin Luther sebagai sesat kerana membakar suratnya.Ajaran Martin Luther hakikatnya telah tersebar luas dan beliau mengetahui bahawa beliau semakin banyak menolak pokok ajaran gereja Katolik.Seorang pengikut kepada Martin Luther iaitu Philip Melanchthon telah bertindak menyusun pokok ajaran Martin Luther dan tulisan tersebut diberi nama Pokok-pokok Teologi yang dikeluarkan pada 1521.Buku ini merupakan dogma pertama puak Protestan.Philip Melanchthon banyak membantu Martin Luther dalam melakukan penterjemahan kepada Kitab Bible.Dalam ajaran Protestan,Bible dianggap satu-satunya sumber ajaran gereja yang dianggap benar yang disebut sebagai Sola Scriptura.Oleh itu,segala bahan atau sumber rujukan Kristian selama ini telah dianggap sudah tidak lagi relevan dan hilang wibawa.Menurut ajaran Martin Luther,apa sahaja yang berlawanan dengan Bible dianggap sebaagi terhapus tetapi yang tidak nyata tidak pula dihapuskan,ini disebut sebagai adiafora.Inilah yang kita lihat bahawa tidak banyak perbezaan antara ajarah Lutheran dan Katolik dalam perkara ibadat.
    Kemunculan Reformasi ini tentulah mempunyai sebab.Terdapat sekurang-kurangnya 3 sebab yang mendorong berlakunya Reformasi Protestan.Pertamanya mungkin disebabkan lahirnya negara bangsa di Eropah.Kelahiran Negara Bangsa di Eropah menandakan bahawa bahawa Eropah telah mengalami satu zaman pencerahan dan kesedaran tentang hak masing-masing.Dalam kaedah negara bangsa ini,sempadan sesebuah negara ditentukan dengan kedudukan bangsa tersebut.Apabila sebuah negara tersebut diduduki oleh satu bangsa sahaja maka apabila berlaku penentangan ia semestinya akan melibatkan semua orang dan inilah juga yang mempercepatkan proses Reformasi itu sendiri.
    Sebab yang kedua kemungkinannya tekanan dalam bidang ekonomi di Eropah.Di Eropah sahaja dianggarkan mempunyai penduduk sekitar 60-80 juta orang tetapi kehidupan di Eropah pada masa itu amat sukar terutamanya golongan bawahan.Wujud golongan ekonomi kapitalis yang dimonopoli oleh golongan Berjuois.Ini bermakna di Eropah pada masa itu,ekonominya hanyalah milik kepada golongan bangsawan sahaja sedangkan rakyat biasa masih mengamalkan kegiatan sebagaimana sebelum zaman Renaison.Kaum tani telah bertindak menyokong agenda Martin Luther kerana sudah bosan hidup dalam keadaan tersebut.Sokongan kaum tani ini amat penting kerana kaum ini merupakan yang dominan dalam masyarakat Eropah.Selama ini mereka takut untuk menentang sistem feudal tambahan disebabkan oleh kepercayaan kuat terhadap gereja.Dengan munculnya ajaran Protestan,mereka bersama dengan Martin Luther menentang penyelewengan yang berlaku dalam masyarakat Katolik.
    Sebab ketiga yang menyebabkan berlakunya Reformasi Protestan ialah kelemahan sistem Paus.Selepas perang Salib,umat Katolik perlu mengakui bahawa sistem Paus sudah tidak boleh dipercayai lagi.Semasa pejuang Kristien dalam misi perang tersebut,mereka bukan sahaja datang untuk berperang tetapi mereka juga datang dan melihat satu ketamadunan yang tinggi yang masih belum ada di Eropah.Apabila mereka balik ke Eropah,mereka telah menjadi orang yang bebas sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Paus.Mereka balik dan cuba meniru tamadun Islam untuk di praktikkan di Eropah.Paus di Eropah telah melakukan sesuatu yang menyebabkan masyarakat Katolik hilang hormat kepada mereka.Paus menggunakan duit rakyat untuk kepentingan mereka semata-mata tanpa mempedulikan nasib rakyat biasa.Paus Alexander VI contohnya suka mengumpul emas dan main perempuan.Paus mempunyai 9 orang anak luar nikah yang mana 7 orang dapat sebelum menjado Paus dan 2 orang selepas menjadi Paus.Masalah yang dilakukan oleh Paus Alexander ini amat memalukan puak Katolik.Sebahagian mereka ini merasa kecewa kerana Paus sendiri tidak mengikut ajaran Kristian.Oleh itu masyarakat Kristian berpendapat bahawa perlu dilakukan reformasi terhadap gereja Rom.
    Pengaruh Kristian Protestan tidak hanya tertumpu ditempat lahirnya di Jerman namun turut berkembang ke pelbagai negara seperti British,Amerika Syarikat dan banyak negara lagi.Kristian Protestan telah menjadi pesaing kepada Kristian Katolik yang telah lama bertapak di dunia Kristian.Kemunculan ajaran Kristian Protestan telah menyebabkan pengaruh gereja Katolik semakin susut sehingga berlaku peristiwa pembunuhan puak Kristian
Protestan di Perancis pada 1572.Orang Kristian Katolik lebih suka merujuk diri mereka sebagai Katolik Amerika bukannya lagi merujuk kepada Katolik Roman.Bahkan Ketua Bishop Ireland dan Kardinal Gibbon menggesa supaya penganut Katolik Amerika supaya menerima cara hidup Protestan.Ini sekaligus menunjukkan kelembutan golongan Katolik yang selama ini sering melancarkan konfrantasi terhadap golongann Protestan.Namun  persoalnnya sekarang,adakah golongan Katolik boleh menerima golongan Protestan sebagai satu mazhab yang ada dalam ajaran Kristian?.


Tiada ulasan:

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters