Pengikut

Jumaat, November 19, 2010

Globalisasi Bendera 2

    Selain daripada yang telah saya muatkan dibawah..Saya mendapati sesuatu yang manarik apabila mengkaji tentang kesamaan yang ada pada bendera.Pada kali ini saya ingin mengambil bendera Singapura sebagi subjek awal dan menilai tentang kesamaan bendera.Mungkin apa yang difikir oleh saya ini menyamai fikiran pensyarah saya yang mengatakan manusia zaman dahulu tidak sedar tentang globalisasi akan berlaku.Mungkin secara tidak langsung ini akan menyokong teori pensyarah saya itu namun ini semua hanyalah padangan saya sahaja yang mingkin betul dan mungkin salah...
    Singapura merupakan negara istimewa yang telah mempunyai sejarah panjang.Ia juga merupakan sebuah kawasan yang strategik bahkan pembangunannya lebih pesat berbanding Kuala Lumpur.Dengan populasi majoriti Cina dan 15% Melayu dan sedikit India ia menjadikan lagu negaranya dalam bahasa Melayu iaitu MAJULAH SINGAPURA.Bendera Singapura juga jika diperhatikan tidak lepas daripada pengaruh Merah Putih sebagaimana kebanyakan bendera lain..Pada saya,mungkin bendera ini lebih kepada Indonesia..
Jika dibandingkan antara bendera Indonesia dengan bendera Singapura,kita dapat melihat bahawa coraknya masih sama cuma ada penambahan bulan dan bintang di bendera Singapura mungkin merujuk kepada Islam.Namun satu perkara yang bermain di fikiran saya ialah mungkinkah bendera Singapura ini meniru daripada bendera China?...maksud saya dari segi bintangnya..
    Dalam bendera Singapura terdapat 5 bintang namun dalam bendera China terdapat 4 bintang..Namun persoalan timbul sekali lagi mungkinkah bendera China ini juga ditiru?...kerana jika diperhatikan bendera China dari segi warna latarnya adalah menyamai bendera Soviet Union,..
Disini jelas kita melihat bahawa bendera Soviet Union adalah hampir sama dengan bendera China mungkin disebabkan oleh hubungan rapat ideologi komunis yang diamalkan oleh kedua buah negara tersebut.
Satu lagi negara yang mempunyai bendera yang seakan bendera China ialah Vietnam.
Berdasarkan fakta yang saya baca,saya menjadi begitu yakin bahawa bendera Vietnam ini meniru bendera China.Dari segi ideologi mereka ini mengamalkan ideologi Komunis.Vietnam pernah mengalami pasifikasi oleh China selama 1000 tahun.Sehinggakan pada abad ke 20 pun mereka masih mengamalkan adat budaya China dan bagi mereka jika perkahwinan contohnya tidak memakai adat China maka perkahwinan itu dianggap sebagai tidak sah.
Setelah diselidiki,ada satu bendera diTanah Melayu yang seakan-akan bendera Singapura..
   Bendera diatas ialah bendera PKMM atau sesetengah mengatakan bahawa itu merupakan bendera PUTERA-AMCJA.Jika diperhatikan sebagai mana bendera lain,ia juga tidak lepas daripada bendera yang hampir sama dengan Indonesia.Dan bintangnya ditambah sebagaimana bendera Singapura.Untuk mengetahui samada teori ini benar maka hanya ada satu cara yang dapat difikirkan saya ialah menentukan tarikh wujudnya bendera ini.Dan saya secara peribadi belum menemukan tarikh penggunaan bendera ini...
    Hakikatnya bendera yang wujud di dunia terutamnya yang di Nusantara ini adalah hampir sama..Jika kita melihat bendera Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ia kelihatan seperti bendera Jerman..

Jika dilihat bendera ini,Ia terdiri daripada warna putih,merah,kuning dan bawahnya berjalur hitam dan ditengahnya diletakkan gambar harimau yang sehingga sekarang masih digunakan sebagai simbol Malaysia.
Manakala bendera Jerman ini berjalur hitam,merah,kuning..Jika dibandingkan dengan Bendera Negeri Melayu Bersekutu itu makan warnanya sama cuma susunan jalur yang berbeza dan bendera Jerman tiada jalur Putih..
Bendera Malaysia mempunyai jalur merah putih dan banyak negara lain pun mempunyai merah putih itu..Maka pada saya,saya menolak keras bendera Malaysia meniru bendera Amerika..Maka disini pada pendapat saya,bendera Malaysia ialah selaras dengan bendera negara jajahan British atau negara komenwel.Jika kita perhatikan negara komenwel,kebanyakan bendera mereka atau bekas bendera negara mereka mempunyai bendera British namun Malaysia hanya menggantikan dengan bulan bintang.Jika kita melihat bendera pertama Amerika pun kita akan dapat melihat kesamaan antara komenwel.Amerika merupakan antara tanah jajahan British yang paling awal merdeka.
Diatas merupakan bendera pertama US..Dan jika kita melihat kepada jalur ini,saya juga lebih suka merujuk kepada British dimana bendera Syarikat Hindia Timurnya sudah menggunakan jalur merah putih ini...
Diatas merupakan bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris yang sudah menggunakan jalur merah putih dan ia digunakan di kebanyakan negara terutamanya yang negara yang ditakluk oleh British..
Namun begitu ada juga yang menggunakan warna biru sebagai ganti merah contohnya bendera Greece..
Bendera cadangan Malaysia juga mempunyai jalur biru..
Jika diperhatikan bendera diatas seakan bendera EU..Tidak dapat dipastikan samada EU meniru atau bendera itu meniru EU...Satu perkara menarik pada saya satu lagi ialah bendera Wilayah Persekutuan Labuan yang mirip bendera Belanda..
Jika dibuang bulan dan bintang itu maka jadilah bendera Belanda..
Diatas merupakan bendera Cina Islam yang dikatan bermula sejak zaman dinasti Tang lagi apabila ada maharaja dinasti itu yang memeluk Islam..Namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuang kalimah syahadah dari bendera itu...
Perbincangan tentang bendera ini pada saya amat menyeronokkan dan makin membuka minda pada saya...Rupanya banyak bendera didunia ini yang mempunyai keserupaan .. Persoalannya adakah ia satu peniruan atau ketidak sengajaan yang berlaku dalam penciptaan bendera itu sendiri...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bendera merah putih seperti indonesia adalah panji panji nusantara yang biasa digunakan.sbb itu indonesia,singapura,pkmm menggunakan asas perjuanganan nusantara,termasuk bendera umno.

The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters