Pengikut

Sabtu, Oktober 15, 2011

Top 10 : Orang Terkaya Di dunia 2011

Majalah Forbes yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan nama manusia yang terkaya di dunia pada bulan mac 2011. Kekayaan ini ditentukan oleh nilai kekayaan dan juga nilai asset yang dimiliki oleh manusia tersebut. Kebanyakan orang kaya yang disenaraikan oleh Forbes adalah muka lama yang selama ini mendominasi carta lelaki terkaya. Disini saya akan memuatkan 10 manusia yang terkaya diatas muka bumi pada tahun 2011.



10. Mukes Ambani

Net Worth : $27.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Petrochemicals
Age : 53
Country Of Citizenship : India
Residence : Mumbai
Industry : Manufacturing
Education : University of Bombay, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 3 children



9. Eike Batista

Net Worth : $30.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Mining, Oil
Age : 53
Country Of Citizenship : Brazil
Residence : Rio de Janeiro
Industry : Retail
Education : RWTH Aachen University, Drop Out
Marital Status : Divorced, 2 children



8. Amancio Ortega

Net Worth : $31.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Zara
Age : 74
Country Of Citizenship : Spain
Residence : La Coruna
Industry : Retail
Education : NA
Marital Status : Married, 3 children


7. Lakhsmi Mittal

Net Worth : $31.1 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : Steel
Age : 60
Country Of Citizenship : India
Residence : London
Industry : Steel
Education : St Xavier’s College Calcutta, Bachelor of Arts/Science
Marital Status : Married, 2 children




6. Lawrence Ellison

Net Worth : $39.5 Billion
Fortune : Self made
Source : Oracle
Age : 66
Country Of Citizenship : United States
Residence : Redwood City, California
Industry : Software
Education : University of Illinois, Drop Out
Marital Status : Married, 2 children



5. Bernard Arnault

Net Worth : $41.0 Billion
Fortune : Inherited and Growing
Source : LVMH
Age : 62
Country Of Citizenship : France
Residence : Paris
Industry : Retail
Education : Ecole Polytechnique, Bachelor of Arts / Science
Marital Status : Married, 5 children


4. Warren Buffett

Net Worth : $50.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Berkshire Hathaway
Age : 80
Country Of Citizenship : United States
Residence : Omaha, Nebraska
Industry : Investments
Education : Columbia University, Master of Science
Marital Status : Widowed, remarried, 3 children




3. Bill Gates

Net Worth : $56.0 Billion
Fortune : Self Made
Source : Microsoft
Age : 55
Country Of Citizenship : United States
Residence : Medina, Washington
Industry : Software
Education : Harvard University, Drop Out,
Marital Status : Married, 3 children



2. Carlos Slim Helu

Net Worth : $74.0 Billion
Fortune : Self made
Source : Telecom
Age : 71
Country Of Citizenship : Mexico
Residence : Mexico City
Industry : Telecommunications
Education : NA
Marital Status : Widowed, 6 children

Orang Yang Solat Adalah Orang Yang Kaya

1. Orang Yang Solat

Rasulullah s.a.w bersabda :


"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi




Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud" "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."
Kemudian JIbrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti aka! n datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad." Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam=macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud..

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia men! gembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..

"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."



Khamis, Oktober 13, 2011

Memoir A.Samad Ismail Di Singapura

Kulit Depan
Tajuk: Memoir A. Samad Ismail di Singapura
Pengarang: A. Samad Ismail (lahir 1924)
Penerbit: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun: 1993 (Cetakan pertama)
Mukasurat: 275 halaman
Design kulit: Hassan Majid

Memoir A.Samad Ismail memuatkan kisah sejarah kehidupannya semasa berada di Singapura. Selepas menamatkan pengajian di sekolah Inggeris, beliau telah diminta untuk bekerja di Utusan Melayu yang pada masa itu baru ditubuhkan. Antara orang kuat Utusan Melayu ialah Rahim Kajai dan Yusof Ishak. Rahim Kajai telah berhenti daripada menjadi pengarang di Warta Malaya kerana semangatnya untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Antara sebab keluarnya Rahim Kajai daripada Warta Malaya adalah kerana warta Malaya dimiliki oleh orang Arab bukannya orang Melayu. A.Samad Ismail sebenarnya lebih berminat untuk menjadi kerani yang pada masa itu memiliki gaji yang mahal berbanding menjadi seorang wartawan. Tetapi beliau telah bekerja tanpa gaji di utusan kerana permintaan daripada Kesatuan Melayu Singapura yang telah menaja pengajiannya selama ini. Banyak dugaan yang dihadapi olehnya semasa bekerja dibawah Rahim Kajai yang dikenali sebagai seorang yang garang dan suka mencarut. Dalam memoir ini juga banyak memuatkan mengenai masalah sosial orang Melayu yang berada di kawasan bandar. Boleh dikatakan semua pengarang atau pekerja akhbar adalah kaki botol dan kaki perempuan. Dalam memoir ini, kita seolah-olah dibawa untuk menyelami keadaan sosial masyarakat pada zaman sebelum merdeka. Pelacuran dalam kalangan orang Melayu,Cina dan Jawa adalah perkara biasa bahkan antara pelanggan tetap mereka adalah pekerja akhbar itu sendiri. A.Samad Ismail tanpa berselindung menceritakan kisahnya yang diminta oleh kawannya minum arak dan juga menceritakan kisahnya yang dibawa oleh Kadir Yahudi ke rumah pelacuran. Banyak peristiwa yang akan kita fahami dengan membaca buku memoir A.Samad Ismail ini. Ia adalah antara buku yang boleh dijadikan bahan kajian untuk mengetahui budaya masyarakat Melayu sebelum zaman perang.

Rabu, Oktober 12, 2011

Sejarah Kalendar Islam

Bulan Islam
Ahli sejarah memsepakati bahawa kelahiran kalendar Islam ialah semasa pemerintahan khulafa ar rasyidin kedua iaitu Saidina Umar Al khabtab. Menurut sesetengah pendapat, penghasilan kalendar ini bermula apabila Abu Musa Assyari telah menghantar surat untuk bertanya tahun bilakah Saidina Umar Menghantar surat kepadanya. Masalah utama pada masa itu ialah, kalendar yang digunakan oleh orang arab adalah tidak sama. Ada orang arab yang menggunakan kalendar romawi dan ada yang menggunakan kalendar Parsi. Dan ada juga menggunakan kalendar jahiliyah yang tahunnya ditentukan oleh peristiwa besar yang berlaku pada tahun tersebut contohnya tahun gajah, Kalendar Islam menggunakan awal tahunnya sebermulanya hijrah nabi s.a.w.  Selepas, menciptakan kalendar tersebut, Saidina Umar telah membandingkan antara kelander hijrah dengan kalendar rom dan parsi dan mendapati kalendar ini lebih baik dan lebih tepat berdasarkan pergerakan bulan. Oleh itu, beliau telah mengistiharkan kalendar hijrah sebagai kelander rasmi Islam.

Isnin, Oktober 10, 2011

Siapakah John Locke ( 1632-1704 )


John Locke

John Locke mendapat pendidikan di University of Oxford, England dalam bidang falsafah, sains tabie dan perubatan. Beliau juga pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan. Ketika berumur 34 tahun, Locke telah bertemu dengan Lord Ashley yang kemudiannya Lord ini bergelar Earl of Shartesbury. Pada tahun berikutnya, Locke telah dilantik sebagai doktor peribadi kepada Earl of Shartesbury di samping menjadi sahabat dan setiausaha kepada Earl. Pada ketika itu, Earl merupakan individu yang berpengaruh di dalam kancah politik. Namun begitu Earl of Shatesbury dan Locke telah dibuang negeri ke Netherland akibat Earl yang menggunakan pengaruh raja dan istana di dalam politiknya. Kemudiannya, beliau kembali semula ke England pada tahun 1699.
            Ketika di dalam buangan tersebut Locke telah menerbitkan dua buah buku iaitu Two Treatises on Goverment dan Essays Corncerning Human Understanding. Kedua-dua tulisannya ini diterbitkan pada tahun 1690. Kedua-dua karyanya inilah yang telah mengangkat nama Locke dalam alam falsafah moden. Seterusnya, ketika masa tua Locke banyak dihabiskan dengan menumpukan hidup kepada agama. Beberapa tahun sebelum meninggal dunia Locke juga telah mempelajari agama di Epistles of St. Paul. Beliau meninggal dunia pada tahun 1704 ketika berusia 72 tahun.
            Falsafah John Locke merangkumi ilmu pengetahuan iaitu mengenai sekitar persoalan epistemologi. Locke amat berminat membincangkan tentang asal usul ilmu pengetahuan dan kesahihannya. Namun begitu, Locke menolak pendapat yang diutarakan oleh golongan Rationalisme. Hal ini adalah kerana pemikir golongan rationalisme mengemukakan konsep innate ideas yang amat ditentang oleh Locke. Innate ideas dapat ditafsirkan sebagai  sumber atau alat utama manusia untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Locke amat menentang konsep innate ideas ini adalah kerana Locke beranggapan adalah mustahil bagi suatu benda itu ada dan tiada pada waktu yang sama. Locke juga beranggapan kebenaran seperti itu bukanlah berbentuk innate kerana idea sedemikian bukan diberikan kepada seseorang ketika dilahirkan.
            Locke turut menegaskan bahawa untuk memastikan sesuatu fakta itu adalah tepat dan benar, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu mengkaji asal-usul idea tersebut. Hal ini juga boleh menentukan had pengetahuan kita. Menurut Locke lagi, hanya mental fakulti atau kuasa sahaja yang dianggap innate (semula jadi) dalam proses mendapatkan dan mencari ilmu pengetahuan, sedangkan ilmu pengetahuan yang aktual itu sendiri diperoleh melalui pancaindera dan pengalaman. Minda (mind) pula mendapatkan ilmu pengetahuan daripada kelima-lima pancaindera dan kemudiannya mencetak semua ilmu pengetahuan pada fikiran seolah-olah minda sebelumnya hanya merupakan tabula rasa (black tablet) atau umpama sekeping kertas yang tidak mempunyai apa-apa tulisan di atasnya dan tanpa sebarang idea. Oleh yang demikian, semua bahan yang digunakan untuk berhujah dan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan datangnya daripada pengalaman. Justeru itu, falsafah John Locke telah dipanggil sebagai Empericisme.
            Selain itu, Locke di dalam hujahnya juga menolak adanya innate idea. Hal ini adalah kerana Locke menyatakan bahawa sekiranya sesuatu prinsip atau sesuatu ilmu pengetahuan itu dicetak dalam fikiran sebelum ia diketahui melalui pengalaman, maka ia sesuatu yang sukar untuk menentukan kesemulajadian (innateness) ilmu pengetahuan tersebut. Oleh itu, adalah salah untuk mendakwa bahawa kita mula menyedari kebenaran apabila kita mula menggunakan kerja-kerja akal (reason) sebelum ia mengetahui sesuatu. Tambahan lagi, oleh kerana sesuatu itu belum dialaminya maka ia bukan merupakan satu ilmu baginya sebab belum menjadi suatu pengalaman bagi dirinya. Undang-undang moral contohnya tidak boleh dilabelkan sebagai innate kerana undang-undang demikian tidak bersifat terbukti sendiri dan tidak juga bersifat penerimaan sejagat.
            Di samping itu, Locke juga turut meyatakan bahawa apa yang dianggap sebagai suatu dosa kepada seseorang itu mungkin juga perkara itu merupakan tanggungjawab bagi seseorang yang lain. Oleh itu, hal seperti itu bukanlah semula jadi kerana ia masih memerlukan pertimbangan akal bagi menentukan kebenarannya (validity). Locke turut menganggap apa yang dimaksudkan dengan innate idea itu hendaklah meliputi ilmu pengetahuan yang diperoleh atau dipunyai oleh kanak-kanak atau uncultured people serta uneducated people. Beliau turut menyatakan apa yang dikatakan oleh Decrates berhubung dengan the idea of God sebagai innate itu sebenarnya adalah tidak benar. Hal ini adalah kerana banyak lagi kaum-kaum yang sama kurang mempunyai idea of God tersebut ataupun kurangnya the knowledge of God. Tambahan lagi, menurut Locke sekalipun manusia itu mempunyai kefahaman ketuhanan dalam dirinya, tidaklah juga bererti bahawa idea tersebut merupakan idea yang innate. Locke turut berhujah dengan memberikan contoh kepanasan, api, matahari, dan bilangan juga tidak dianggap sebagai innate sungguhpun ia diterima sejagat (universally recognised) dan diketahui oleh semua orang tentang hakikat benda tersebut. Justeru itu, John Locke menganggap minda yang dimiliki seseorang itu adalah seperti tabula rasa atau a dark chamber, atau an empty cabinet, atau a white paper void of all characters without any ideas.
            Sehubungan dengan itu, Locke menyatakan bahawa minda itu mula dilengkapi dengan ilmu pengetahuan apabila bersumberkan pengalaman pancaindera. Locke turut membahagikan pengalaman pancaindera kepada dua jenis iaitu dalaman dan luaran. Hal ini membawa erti terdapat dua cara bagaimana pengalaman boleh diperolehi seseorang. Pertamanya, melalui sensasi. Melalui sensasi ini minda seorang akan dilengkapi dengan nilai-nilai sensasi. Sensasi inilah yang akan menyediakan apa sahaja idea yang terpancar dari pengalaman luaran, iaitu dari objek luaran manusia. Keduanya, pengalaman diperoleh daripada refleksi atau pantulan atau juga pancaindera dalaman. Refleksi inilah yang akan membekalkan minda seseorang dengan idea-idea yang dihasilkan oleh kerja-kerja refleksi itu seperti berfikir, meragui, percaya, mengetahui, berkehendak dan sebagainya. Locke menyifatkan idea itu adalah apa-apa sahaja yang dapat difahami atau dapat dimengertikan oleh minda secara langsung ataupun sesuatu yang menjadi objek kepada persepsi, pemikiran atau kefahaman. Hal ini bermakna bahawa refleksi menyediakan idea yang menjadi sebahagian dari alam dalam tubuh badan.
            Locke juga menggambarkan cara bagaimana idea itu dapat diterima seseorang dengan menggambarkannya seperti sebuah papan hitam yang menerima coretan tulisan kapur yang dituliskan di atasnya. Pengalaman pancaindera memberi nilai-nilai sensasi kepada minda seperti kekuningan, panas, lembut, manis, dan sebagainya. Kemudiannya pula, minda akan membuat refleksi keatas aktiviti-aktiviti dan keadaan-keadaan tersebut, menyediakan atau menerima pula idea-idea set kedua seperti dalam persepsi, berfikir, meragu, percaya, mengetahui dan berkehendak. Semua aktiviti refleksi dan idea itu hanya akan dibawa kepada operasi-operasi sensori dalaman setelah minda menerima pengalaman pancaindera. Hal ini bermaksud sebelum pengalaman pancaindera memaklumkan sesuatu kepada minda, maka kerja-kerja refleksi tidak dapat dilaksanakan oleh sensa dalaman.
            John Locke juga telah membezakan antara idea-idea mudah (simple) dan idea-idea sukar (complex). Menurut Locke, idea-idea sukar ini adalah intipati (abstraction) atau gabungan daripada beberapa idea mudah. Idea-idea yang diterima oleh seseorang itu merupakan idea-idea mudah. Hal ini disebabkan minda mempunyai kebolehan untuk mengulangkannya, membandingkannya, menggabungkannya dengan apa sahaja maklumat supaya ia menjadi satu idea yang sukar. Idea-idea mudah yang datang kepada kita sama ada melalui pengalaman pancaindera ataupun melalui refleksi yang terdiri daripada empat jenis. Jenis refleksi yang pertama merupakan idea yang kita terima dari satu deria sahaja seperti idea-idea tentang warna, suara, rasa, dan bau. Keduanya pula, refleksi idea yang didapati melalui dua atau lebih deria yang digabungkan secara serentak seperti idea yang berhubungkait dengan ruang, pengembangan, bentuk, diam dan gerak. Ketiganya pula, idea yang diperolehi dari refleksi semata-mata iaitu terdiri daripada idea yang dibentuk oleh kekuatan berfikir iaitu yang disebut sebagai kefahaman serta kuasa untuk berkehendak. Hal ini umpamanya mengingati, berkehendak, menilai, mengetahui dan mempercayai. Keempatnya pula, idea yang didapati melalui kedua-dua sekali iaitu sensasi dan refleksi seperti idea berhubung dengan kelazatan, kesakitan, kekuasaan, kewujudan dan kesatuan.
            Seperti yang diketahui, gabungan beberapa idea yang mudah akan membentuk idea yang sukar. Tuhan sebagai contoh merupakan sebuah idea yang sukar. Hal ini adalah kerana idea tentang tuhan merupakan gabungan beberapa idea mudah seperti kewujudan, masa, pengetahuan, kuasa dan lain-lain. Fikiran seseorang mempunyai kekuatan untuk mengetahui beberapa perkara dan kemudiannya menggabungkannya hingga menjadi tiada kesudahan (infinity). Oleh kerana Locke mendapatkan idea sukar atau abstrak daripada sensasi maka beliau telah diselar sebagai Norminalist dan kebanyakan ahli-ahli falsafah Inggeris adalah terpengaruh dengan pendapat beliau.
            John Locke turut membezakan idea-idea sama ada sukar atau mudah dengan hakikat yang objektif iaitu benda atau alam nyata yang dinamakan atau digelar oleh idea tersebut. Menurut apa  yang disebut sebagai idea tersebut sebenarnya berada di luar daripada kita. Benda sebenar tersebut mempunyai kualiti tertentu atau mempunyai kuasa tertentu. Kuasa atau nilai yang dimaksudkan itu meliputi dua jenis iaitu prima dan nilai yang sekunder. Kualiti prima menurut Locke merupakan kualiti yang dimiliki oleh objek itu sendiri dan ia tidak boleh dipisahkan atau tidak boleh diceraikan dari benda yang sebenar. Contoh-contoh yang terlingkup di dalam golongan kualiti prima ialah kepadatan, pengembangan, bentuk, gerak dan diam. Apabila kita mengatakan bahawa kita sedang mengalami atau merasai kualiti-kualiti primer, maka idea kita sebenarnya hanyalah merupakan salinan daripada kualiti itu sendiri, juga sebagai bentuk-bentuk mental atau gambaran kepada hakikat benda itu semata-mata seperti mana benda itu sendiri. Kualiti sekunder pula menurut Locke ialah kualiti yang bukanlah sebahagian dari objek tersebut. Kita boleh sahaja menggantikannya serta-merta dengan kualiti sekunder yang lain pula tanpa melibatkan objek itu sendiri dari segi kewujudannya. Sebagai contoh, kualiti sekunder ialah warna, bunyi, bau dan rasa. Umpamanya seketul batu merah itu memang ada dan mengambil ruang tertentu untuk wujud, tetapi warna merah yang dilihat itu hanyalah kualiti sekunder sahaja kerana kemerahan warna itu hanya melalui deria penglihatan kita dan kualiti ini tidak menjadi sebahagian dari objek batu itu sendiri.
            Demikianlah beberapa teori John Locke yang mana teori-teori daripada beliau telah menjadi teras bagi teori-teori aliran empericisme dan juga teori-teori pendidikan oleh tokoh-tokoh pendidikan kemudiannya.

Khamis, September 29, 2011

Apakah Tiruan Bunyi

Tiruan bunyi atau Onomatopeio ialah usaha yang dilakukan oleh kita untuk menggambarkan,menerjemah bunyi yang terhasil. Contoh tiruan bunyi yang dikumpulkan dari majalah Mastika adalah seperti berikut:

1.      “Arggggh! – Bunyi meminta perhatian
Pakcik Bean meminta pengunjung memegang gelas arak masing-masing ( mastika Feb 2009 m/s 120 )
2.      Bukkkk! – Bunyi pukulan
Satu pukulan kuat terkena tangan pembantu rumahnya ( mastika Nov 2010 m/s 28 )
3.      Burrrrrr! – Bunyi air sungai berkocak
Air sungai berkocak ( mastika Jan 2010 m/s 32 )
4.      Damm!! Damm!! Damm!! – Bunyi tembakan
Penceroboh menembak membabi buta sehingga kehabisan peluru ( mastika Feb 2009 m/s 122 )
5.       Debommmm!!! – Bunyi letupan
Jet itu terbakar lalu meletup ( mastika Okt 2010 m/s 23 )
6.      Dungggg!Dunggg!Dunggg! – Bunyi besi diketuk
Pernah menara besi itu diketuk ( mastika Nov 2010 m/s 39 )
7.      Embekkk!Embekkk! – Bunyi kambing
Izan terdengar kambing yang sedang mengembek meragut rumput ( mastika Nov 2009 m/s 127 )
8.      Gedebuk!Gedebuk!Gedebuk! – Bunyi orang dibelasah
     Dari celah kaki orang ramai saya melihat peragut itu dibelasah ( mastika Okt 2009 m/s 81)
9.      “Gluppp!Glupp!Glupppp! – Bunyi air diteguk
Selepas dituang kedalam cawan,air kuning berbuih itu diteguk ( mastika Feb 2009 m/s 119 )
10.  Hiiiiiii...Hiiiiiiiii..Hiiiiiiii – Bunyi ngilaian
Bunyi ngilaian lembaga itu amat menggerunkan ( mastika Ogos 2010 m/s 50 )
11.  Kah!Kah!Kah! – Bunyi ketawa
Pemuda itu ketawa sendirian sampai berair mata ( mastika Mac 2010 m/s 38 )
12.  Klikkk...Klikk..Klikk – Bunyi gambar ditangkap
“Okey boleh tangkap gambar”jerit Abang Chik ( mastika Nov 2010 m/s 127 )
13.  “Klokkkk!Klakkkk!Klokkkk.”    - Bunyi ayam turki
Dua ekor ayam Turki itu berbunyi nyaring ( mastika Feb 2009 m/s 25 )
14.  Kreeeeekkkkk! – Bunyi pintu dikuak
Tiba-tiba pintu rumah mereka dikuak dari luar ( mastika Nov 2010 m/s 111 )
15.  Krroonggg!!! – Bunyi katak
Tijah telah terpijak seekor katak hijau ( mastika Feb 2009 m/s 38 )
16.  Ngap!Ngap!Ngap! – Bunyi makan
Dia memakan buah cenderai itu ( mastika Nov 2009 m/s 126 )
17.  Pangg! – Bunyi penampar
Robot beri penampar lagi ( mastika Mac 2010 m/s 111 )
18.  Pranggggg!Prangggg! – Bunyi cermin pecah
Salah satu para yang jatuh bersama bingkai gambar yang tersusun ( mastika Mac 2010 m/s 24 )
19.  Psttttttttttttttttt!Psttttttttttttttttttt! – Bunyi semburan
Ada juga yang mengecat dan menyembur dinding terowong dengan tin aerosol ( mastika Mac 2010 m/s 29 )
20.  Slurrppp – Bunyi menjilat bibir
Kemudian menjilat bibirnya ( mastika Ogos 2009 m/s 82 )
21.  Srreett...srreett... – Bunyi orang berjalan
Lajis terdengar pula orang berjalan kearah pondok pengawal tersebut  ( mastika Feb 2009 m/s 30 )
22.  Ssssssssrrrrreeeetttt!! – Bunyi Nos
Nos dilepaskan sebaik sahaja butannya di stereng dilepaskan   ( mastika Mei 2010 m/s 36 )
23.  Tang!Tung!Tang! – Bunyi ketukan
Dua tiga malam lembaga itu mengetuk rumah Derahim ( mastika Sept 2008 m/s 64 )
24.  Tap!Tap!Tap – Bunyi orang berjalan
Tiba-tiba terdengar bunyi orang berjalan menuju ke tangga                                               ( mastika Sept 2008 m/s 121 )
25.  Tuppp!Tuppp!Tuppp! – Bunyi derap kaki
Sekali lagi dia terdengar derap kaki orang berjalan ( mastika Jan 2010 m/s 27 )
26.  Tokk!Tokk!Tokk! – Bunyi orang mengetuk pintu
Pintu pengawal itu diketuk beberapa kali ( mastika Feb 2009 m/s 31 )
27.  Trettt!Trettt!Trettt! – Bunyi geseran
Bunyi geseran besi dengan tar jalan begitu kuat kedengaran ( mastika Mac 2010 m/s 38 )
28.  Ttappp!!! – Bunyi suis dipasang
Sejurus lampu dipasang saya memandang kearah tingkap ( mastika Sep 2009 m/s 23 )
29.  Vrom!Vromm!Vrommm! – Bunyi ekszoz kenderaan
Pedal minyak kenderaan ditekan ( mastika Mac 2010 m/s 37 )
30.  Warghhh! – Bunyi orang menjerit
Saya menjerit ketakutan ( mastika Dis 2009 m/s 63 )
31.  Wwuuusshhhh – Bunyi tudung dibuka
membuka penutupnya ( mastika Ogos 2009 m/s 92 )
32.  Zasss!Zasss! – Bunyi libasan parang
Kepala Wong dibasahi darah ( mastika Dis 2009 m/s 114 )
33.  Zruuutttt... – Bunyi siput disedut
Masukkan siput itu kedalam mulut dan..... ( mastika Okt 2009 m/s 62 )
34.  Zzzuuuppp!!! – Bunyi kereta memotong
Kereta BMW itu memotong kereta Ady ( mastika Mei 2010 m/s 37 )

Sabtu, September 24, 2011

Kaum-kaum yang pupus - Harun Yahya

Buku kaum-kaum yang pupus ini 8 peristiwa penting yang berlaku sepanjang zaman seperti Kisah banjir besar Nabi Nuh,kehidupan Nabi Ibrahim,Kaum Lut dan bandar yang dilingkupkan,Kaum Ad dan Uber,Kaum Thamud,Firaun yang dilemaskan,Kaum Saba dan banjir Arim,Nabi Sulaiman dan Ratu Saba,Ashabul Kahfi. Buku ini bukan sahaja membawakan dalil-dalil al Quran bahkan turut memuatkan beberapa dalil daripada pelbagai rujukan seperti perjanjian lama,Epik Gilgames,tulisan zaman Mesopotamia,tulisan-tulisan Yunani untuk membenarkan apa yang disebutkan didalam Al Quran. Dan yang paling menarik ialah apabila buku ini mendedahkan lokasi peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah pada hari ini..

Khamis, September 22, 2011

Pertaruhan Gongsu Ce dengan Bao Zheng


Kepintaran Bao Zheng memecahkan kes pembunuhan Tengku Kao Li telah menyebabkannya terkenal dalam kalangan penduduk kota Lu Zhao. Gongsu Ce yang tidak berpuas hati dengan pujian orang ramai berikan kepada Bao Zheng telah mencabar Bao Zheng untuk mengadakan satu permainan bagi menentukan kepintaran Bao Zheng. Pertandingan mencari lima keeping syiling yang diletakkan ditempat tertentu di Maktab Dian Hung mengikut unsur-unsur tertentu.
Selepas siap meletakkan 5 keping syiling di tempat tertentu. Gongsu Ce telah ke dewan maktab tersebut untuk diperiksa oleh Bao Zheng. Masa pertandingan hanyalah nyalaan satu batang colok sahaja. Bao Zheng dengan teliti telah memeriksa seluruh tubuh Gongsu Ce untuk mencari bukti dimana Gongsu Ce meletakkan 5 keping lilin tersebut. Selepas memeriksa tubuh Gongsu Ce,Bao Cheng serta merta bergegas mencari syiling yang diletak oleh Gongsu Ce. Pertama sekali Bao Zheng mencari kepingan syiling tersebut di bilik muzik kerana melalui bau yang ditinggalkan oleh Gongsu Ce mendapati ada bau bauan yang dipakai oleh guru Meng Feng seorang pemuzik.
Melalui unsur api dan kekotoran debu arang yang terdapat dikasut Gongsu Ce,Bao Zheng telah mencari syiling tersebut di kawasan dapur. Seterusnya melalui petunjuk bulu yang ditinggalkan Bao Zheng telah mencari syiling tersebut di atas atap. Kemudian melalui unsur air dan kelembapan pada jed Gongsu Ce ,Bao Zheng telah mencari kepingan keempat dibilik ais maktab tersebut. Dan kepingan keempat syiling tersebut berada di salah satu kepingan ais.
“Bao Zheng telah menemukan syiling keempat” tempik kawan semaktab Bao Zheng memberitahu kawan yang lain dan gurunya.
Selepas menemui 4 keping syiling tersebut,Bao Zheng lantas kembali ke dewan dan menyerahkan 4 kping syiling tersebut kepada gurunya.
“Kayu,air,api,tanah sudah diketemukan...kini hanya tinggal unsur emas...dimanakah kepingan terakhir?” soal salah seorang kawan Bao Zheng
“Menurut aku..berada digudang senjata” balas seorang lagi kawan Bao Zheng
“Bukan” jawab Bao Zheng ringkas lantas bergerak menuju kepada Gongsu Ce yang sudah sedia berada didewan tersebut
“Kepingan-kepingan terdahulu aku tidak berniat untuk menyulitkan kamu tapi kepingan terakhir ini baik kamu menyerah sahaja” ujar Gongsu Ce dengan yakin kerana dia percaya Bao Zheng tidak akan mampu menyelesaikannya
“Aku kemari bukan untuk menyerah tetapi untuk mencari kepingan kelima” balas Bao Zheng yakin dengan tekaannya.
“Kepingan kelima adalah logam dan menurut aku didalam ini tiada logam” kata Gongsu Ce yang masih kurang yakin bahawa Ba Zheng mengetahui jawapannya
“Tiada hubungan dengan logam..kau sengaja menciptakan unsur emas,kayu ,api,air dan tanah untuk mengelaburi aku” balas Bao Zheng
“Kepingan yang ada diruangan muzik,letaknya dibawah tali er-hu bukannya dibawah er-hu maka itu bukanlah unsure kayu”terang Bao Zheng
“Kepingan yang terakhir itu harus ada ditubuhmu kerana namamu ada unsur kayu...kepingan yang terakhir ada disini” jawab Bao Zheng lantas mengambil dompet Gongsu Ce dan mengeluarkan syiling terakhir tersebut.
Keadaan dewan pada masa itu menjadi riuh dengan sorakan daripada pelajar dan juga guru-guru maktab tersebut. Kejayaan Bao Zheng menyelesaikan masalah tersebut telah menyebabkan Gongsu Ce semakin tidak berpuas hati dan perkara itu tentunya tidak menyenangkan Bao Zheng.

Selasa, September 20, 2011

Paradoks - Karya Afifuddin Omar


 Novel ini menceritakan kisah mengenai golongan Aristokrat,korporat,golongan pemerintah dalam negara. Ia menceritakan bagaimana cara para menteri,menteri besar,ahli pernigaan melarikan duit ke luar negara terutamanya di sebuah bank di Singapura yang mana tidak akan dapat diokesan oleh orang lain. Mereka yang "menyeludup" keluar duit negara ini akan singgah terlebih dahulu di Singapura sebelum melanjutkan perjalanan ke negara yang lain. Ia turut memuatkan pelbagai skandal dalam kerajaan seperti rasuah,penggelapan duit rakyat,projek Ali baba,kronisme,nepotisme dan segala macam penyelewengan yang tidak diketahui umum. Ia juga turut memuatkan mengenai peragai para datuk yang suka menghisap "madu" di luar dan juga bagaimana para datin yang digelar "tante girang" ini bersama dengan "anak ikan" mereka di Thailand mahupun di Dubai. 
  Pengarang telah menggunakan watak Arifin sebagai watak utama dalam novel ini. Arifin merupakan seorang ahli politik "kerajaan" yang betul-betul berkhidmat untuk rakyat di dalam kawasannya. Daripada menjadi ahli korporat yang bergaji rm 15,000 sebulan akhirnya beliau telah berhenti untuk bertanding dalam satu pilihanraya dan berjaya memenangi pilihanraya tersebut untuk meraih gelaran sebagai Yang Berhormat. Namun begitu, sifat Arifin yang suka menolong rakyat tidak disukai oleh King Maker atau pembuat keputusan partinya di Alor Star bahkan ada usaha untuk membunuh karier politiknya di peringkat pusat. Namun beliau hadapinya dengan tabah sehingga bersara dari menjadi seorang Ahli Yang Berhormat.
   Noraini yang memegang watak isteri Arifin merupakan seorang ahli perwakilan parti "kerajaan" daripada Terengganu berkahwin dengan Arifin setelah beberapa tahun menjalin hubungan. Sifat Noraini yang terlalu suka menggunakan bomoh dalam menentukan jawatan suaminya turut digambarkan. Selepas Arifin berhenti daripada menjadi ahli politik dan menjadi ahli korporat,hubungan mereka ini telah menjadi semakin renggang sehingga Noraini telah masuk kedalam kumpulan "tante girang" yang dikelola oleh Datin Salmah. Disebabkan ghairah bermain dengan "anak ikan" Noraini telah mengalami kekejangan otot dan akhirnya telah dijangkiti penyakit kelamin. Arifin masih mengharapkan Noraini akan kembali kesisinya tetapi Noraini malu untuk kembali kepangkuan Arifin kerana penyakit kelamin yang dialaminya kerana hubungan dengan Adam Silcock.
   Mahmud merupakan salah seorang kawan baik kepada Arifin bahkan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri sehinggalah beliau hanya menang tipis dalam pilihanraya 1990 dengan majoriti kurang daripada seratus undi. Mahmud merupakan seorang kaki betina walaupun telah berkahwin dua. Beliau sering "menghisap madu" Catherina Chin yang beragama Khatolik. Selepas pendedahan skandal mereka berdua,akhirnya Chaterina Chin telah memeluk Islam dan berkahwin dengan Chaterina Chin.
    Subramaniam merupakan seorang pemegang kepada sebuah koperasi partinya. Subra telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengambil komisen 6 juta diatas pembelian sebuah bangunan. Wang hasil "komisen haram" itu telah disimpan didalam bank sulit di Singapura. Subra juga telah menjalin hubungan dengan Usha yang merupakan setiausahanya tetapi sudah berkahwin,. 
     Dalam novel ini banyak mendedahkan penyelewangan,kekurangan moral dalam golongan elit dalam negara dan amat sesuai untuk dibawa oleh semua peringkat usia kerana menyedarkan kita apa sebenarnya yang berlaku dalam negara yang kita cintai ini.
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.

13.1.10

free counters