Pengikut
Selasa, Mei 04, 2010
Isnin, Mei 03, 2010
menjemput rakan dari sekolah kebangsaan bintang
( klik utk besarkan )
Kami telah mengambil inisiatif bagi menubuhkan sebuah alumni sekolah rendah di laman facebook dengan alamat alumni sekolah menengah kebangsaan bintang..jadi diharapkan setiap bekas pelajar mahupun guru berkesempatan untuk menambah sebagai rakan dan dengan itu dapat mengeratkan kembali ukhwah yang telah lama terputus..
Ahad, Mei 02, 2010
Intifada ke 2 palestin tahun 2000
Selepas tamatnya intifada pertama melalui perjanjian Oslo 1993 yang merupakan lanjutan kepada perjanjian Madrid 1991 palestin aman selama 7 tahun daripada perarakan dan demontrasi.Namun pada tahun 2000 Ariel Sharon selaku presiden parti likud israel yang merupakan seorang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa pembunuhan sabra satillah telah melakukan lawatan ke baitul maqdis dengan iringan seramai 600 anggota keselamatan dan dengan keizinan perdana menteri pada waktu itu Ehud Barack.
Peristiwa ini telah menyebabkan kemarahan rakyat palestin yang berada di masjidil aqs pada waktu itu.Mereka bangkit menetang dengan membaling batu dan juga selipar kearah pasukan keselamatan israel.Peristiwa ini telah mengorbankan 5 orang warga palestin dalam peristiwa tersebut.Secara keseluruhan 4130 warga palestin syahid dan 9000 daripadanya ditahan dipenjara israel kerana atas tuduhan mengancam keselamatan israel.
Di baitul muqaddis mereka mengadakan perarakan besaran bagi mengecam tindakan sharon tersebut,dan demontrasi merebak keseluruh palestin.Israel telah bertindak menyerahkan Gaza kerana kebangkitan rakyat palestin tersebut.Dipihak palestin 4130 telah syahid dan 766 daripadanya adalah kanak-kanak yang kebanyakan ditembak dari jarak dekat oleh tentera israel atas alasan mempertahankan diri.Seramai 45487 warga palestin cedera yang terdiri dari kanak-kanak,belia serta orang tua.
Israel juga bertindak menangkap seramai 8600 warga palestin yang mana 288 daripadanya adalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun dan 800 daripadanya adalah warga wanita.Mereka merobohkan sebanyak 75105 buah rumah dan membuat tembok penghalang di sepanjang sempadan palestin.Mereka juga menebang 135 529 batang pokok dan membunuh binatang peliharaan warga palestin dengan hasrat supaya warga palestin kebuluran.Intifada kali ini menyaksikan pembunuhan israel keatas pemimpin hamas antaranya Syeikh ahmad yassin dan juga Aziz Rantisi.
Di pihak israel pula 1068 warga israel berketurunan yahudi terkorban terutamanya askar yang melancarkan misi ke wilayah palestin.Warga israel yang cedera juga dijangka agak ramai namun bilangannya tidak didedahkan oleh israel.Ekonomi israel mengalami keadaan merudum sebagaimana tahun 1948 dimana sebanyak 11% pengangguran berlaku,dan sektor yang paling terjejas ialah pelancungan dimana 70% mengatakan israel tempat paling tidak selamat didunia.Disebabkan krisis ekonomi ini telah menyebabkan 550 000 warga israel kembali semula ke negara asal.Intifada kali ini telah melonjakkan populariti hamas sehingga mampu memenangi pilihanraya tahun 2006.
Sabtu, Mei 01, 2010
Menjemput Alumni PLKN benum Hill Resort ( p 2,s4 ) 2007
Saya ingin menjemput kepada sesiapa yang pernah terlibat dengan PLKN panggilan 2 siri ke 4 tahun 2007 untuk menyertai laman facebook alumni kita sebagaimana tertera diatas.Setakat ni kita hanya berjaya menghimpunkan 22 orang sahaja termasuk seorang guru..Jadi ana berharap laman facebook ini menjadi tempat kita mengeratkan semula hubungan silaturrahim yang selama ini telah terputus.
senarai menteri besar Terengganu Darul Iman
Menteri Besar Terengganu sekarang..Dato Ahmad Said..pemilihan MB kontroversi dalam sejarah Terengganu.
1.Dato' seri amar diraja ngah muhamad bin yusof ( april 1925-jun 1940 )
2.Tengku seri setia raja tengku omar bin othman ( jun 1940-mei 1942 )
3.Dato' jaksa perkasa da omar bin mahmud ( may 1942-dec 1945 )
4.Tengku panglima perang tengku muhamad bin al marhum sultan ahmad ( dec 1945-dec 1949 )
5.Dato' perdana menteri di raja dato' seri setia raja kamaruddin bin idris ( dec 1949-jun 1959 )
6.Mohd daud bin abdul samad ( jun 1959-nov 1961 ) dari PAS
7.Tansri ibrahim fikri bin mohammad ( nov 1961-sep 1970 ) dari PERIKATAN
8.Dato' mahmud bin sulaiman ( sep 1970-sep 1971 ) dari PERIKATAN
9.Dato' nik hasan bin wan abdul rahman ( sep 1971-ogos 1974 ) dari PERIKATAN
10.Dato' seri amar diraja tan sri wan mokhtar ahmad ( sep 1974-dec 1999 ) BN
11.Dato' seri abdul hadi awang ( dec 1999-march 2004 ) PAS
12.Dato seri idris jusoh ( march 2004-march 2008) BN
13.Dato ahmad said ( mac 2008-sekarang ) BN..

Langgan:
Catatan (Atom)
The Live Stream plugin lets your users share activity and comments in real-time as they interact during a live event.