Pertandingan Sajak Patriotik peringkat sekolah di SMK Bandar Behrang 2020 yang diadakan pada 12 September 2012.
Rabu, September 12, 2012
Pertandingan Sajak Patriotik Smk Bandar Behrang 2020 Tahun 2012
Pertandingan Sajak Patriotik peringkat sekolah di SMK Bandar Behrang 2020 yang diadakan pada 12 September 2012.
Selasa, September 04, 2012
Qasidah Waqtis Sahar Sarikata Bahasa Melayu
http://www.youtube.com/watch?v=uR4AN2QnvKc
Qasidah Waqtis Sahar karangan Guru Mulia Habib Umar al Hafiz
Qasidah Waqtis Sahar karangan Guru Mulia Habib Umar al Hafiz
Rabu, Mei 30, 2012
Sumbangan Mahatma Ghandi
Mahatma Ghandi atau Ba-Pu |
Mahatma Ghandi telah menggunakan
method perjuangan secara tidak kekerasan yang dikenali dengan konsep Sathyagraha
sehingga memaksa British akur dengan golongan yang berjuang tanpa menggunakan
senjata. Pada 1919,British telah cuba untuk melaksanakan satu pembaharuan yang
dikenali sebagai Montagu-Chelmsford yang mana orang India akan ditempatkan
sebagai pegawai-pegawai awam dan juga memberikan penglibatan yang lebih besar
dalam dewan perwakilan namun perkara ini ditentang oleh Mahatma Ghandi yang
menyebut perkara ini sebagai satu kaedah “ pengebirian” yang mana masyarakat
India pada hakikatnya tidak mendapat apa-apa.
Malah Mahatma Ghandi telah mendorong masyarakat India untuk menjalankan
program “non-kooperasi ( tidak berkerjasama ) total” yang mana bukan hanya
tidak menyertai jawatan yang diberi oleh Inggeris namun turut memboikot bahasa
Inggeris, sistem perundangan Inggeris,barang-barang yang berkaitan Inggeris
termasuklah tekstil. Dasar yang dijalankan oleh Ghandi ini turut disokong oleh
pemimpin Islam seperti Muhammad Iqbal.
Idea yang dikemukan oleh Mahatma
Ghandi ini pernah ditentang oleh puak nasionalis yang lain yang mengatakan idea
yang dikemukan oleh Mahatma Ghandi sebagai pengingkaran,berputus asa dan satu
rancangan untuk merosakkan sistem perundangan dan cuba mewujudkan satu bentang
antara pihak pemerintah British dengan masyarakat India. Pada saat nasionalis
yang semakin memuncak pada tahun 1920, Parti Kogres yang merupakan parti yang
terbesar di India nyaris untuk menggunakan idea Mahatma Ghandi.
Pada peringkat awal, British tidak
menganggap gerakan non-kooperasi sebagai gerakan yang mengancam kekuasaannya
namun apabila gerakan ini telah mendapat momentumnya, British mula merasai
tekanannya British mula mengawasi gerakan yang dilakukan oleh Ghandi ini. Pada
November 1921, masyarakat India telah membuktikan yang mereka telah menyahut
pemikiran Mahatma Ghandi ini dengan memboikot kedatangan Tuan Wales di Bombay
bahkan kedatangan pegawai British tersebut telah menyebabkan rusuhan berlaku di
Bandar tersebut. Ramai anggota Parti Kongres yang ditahan oleh pemerintah
sehingga parti tersebut telah meminta Ghandi untuk menjalankan dasar
non-kooperasi di peringkat nasional.
Tidak lama kemudian, Ghandi telah
ditangkap dan telah dijatuhi penjara selama selama 6 tahun. Namun hukuman yang
dikenakan keatas Ghandi tidak lama kerana dasar non-koperasi yang dijalankan
oleh Mahatma Ghandi telah menyebabkan tekanan keatas British. Beliau telah
dibebaskan dan dalam masa beberapa tahun beliau tidak terlibat dengan politik.
Sumbangan terpenting dan terbesar yang
dilakukan oleh Ghandi dalam usaha menyemarakkan nasionalis dalam kalangan
rakyat India ialah dengan menyatutupadukan orang Hindu dengan orang Islam. Beliau telah berjaya menarik
kelompok Islam untuk menyertai Parti Kogres dengan memainkan sentiment umat
Islam pada masa itu yang dikenali sebagai gerakan Khilafat. Gerakan Khilafat
atau gerakan kekhalifahan adalah gerakan yang dilakukan oleh masyarakat Islam
untuk menyelamatkan Sistem Kekhalifahan di Turki. Ghandi telah memainkan
peranan dengan menyokong gerakan ini untuk penyatuan masyarakat Hindu-Islam
untuk mendapatkan kemerdekaan India. Peluang pertama untuk beliau memainkan
peranan penting dalam gerakan ini timbul apabila diadakan Persidangan Muslim
Seluruh India di Lucknow pada 21 September 1920. Beliau telah melahirkan
sokongan keatas gerakan ini dan memohon masyarakat Hindu turut menyokongnya
dengan mengadakan puasa,mogok, sembahyang dan dengan itu dapat mengeratkan
hubungan antara umat Islam dan Hindu bagi memperjuangankan kemerdekaan India. Namun
gerakan ini telah dibubarkan apabila Khalifah Uthmaniyyah telah jatuh ke tangan
Kamal Attartuk.
Walaupun Mahatma Ghandi memboikot
British namun beliau beberapa kali mengistiharkan bahawa beliau setia dengan
kerajaan British sehingga diberi gelaran Kaiser-I-Hind oleh British pada tahun
1915. Namun sebagai bukti persahabatan antara masyarakat Hindu dan Islam,
Ghandi telah berjuang untuk membebaskan Ali bersaudara yang ditahan oleh pihak
British kerana menjalankan gerakan Khalifat. Beliau member jaminan kepada Liga
Muslim bahawa masyarakat Hindu bersama liga tersebut untuk memperjuangkan
kebebasan Ali bersaudara. Walaupun gerakan ini tidak berjaya, namun Ghandi amat
konsisten untuk menyatupadukan masyarakat Islam dan Hindu sehingga beliau
dituduh oleh orang Hindu sebagai lebih simpati kepada orang Islam dan orang
Islam menuduh beliau sebagai tidak konsisten dalam memperjuangkan penyatupaduan
masyarakat apabila beliau dipengaruhi oleh golongan ekstrim Hindu seperti
Malaviya dan Lajpat Rai. Walaupun pada hakikatnya beliau tidak mahu
memperjuangkan kemerdekaan jika kelompok Islam dan Hindu tidak mahu bersatu.
Ini dinyatakan dalam surat beliau kepada Muhammad Ali pada 18 November 1918.
Menurut beliau, pemerintahan sendiri hanya akan dapat dicapai jika umat Islam
dan Hindu bersatu dan mencurahkan segala tenaga untuk mewujudkan perpaduan yang
kekal.
Gerakan Khalifat telah menghargai
sokongan yang diberikan oleh Ghandi keatas mereka.
Gerakan Khilafat ini disertai oleh
orang Islam dan Hindu sehingga gerakan ini sudah menjadi satu gerakan pada
peringkat nasional bukan lagi gerakan yang dilakukan oleh orang Islam sahaja.
Walaupun Mahatma Ghandi memberi sokongan sepenuhnya pada perjuangan ini pada
mulanya namun beliau telah menarik balik sokongan itu selepas berlakunya
peperangan antara Afghanistan-British dan kebangkitan Moplah pada 1921.
Memimpin Kogres kebangsaan India yang
melibatkan orang Islam, Hindu dan juga Buddha. Mahatma Ghandi telah menjadi
pemimpin Parti Kogress Nasional India ( INC) dari tahun 1920-1939. Mahatma
Ghandi menjadi presiden parti hasil sokongan daripada orang Gujerat,
wilayah-wilayah bersekutu dan juga daripada Punjab. Semasa beliau menjadi
pengerusi parti, beliau telah berjaya menarik golongan rakyat termasuklah
golongan Hufcaste untuk terlibat dalam politik sehingga berlaku perkembangan
politik yang pesat di India sekitar tahun 1920-an hingga 1940-an. Idea yang
dikemukan oleh Ghandi telah diterima oleh INC seperti Syatayagraha dan
Swadeshi. Gesaan yang dilakukan oleh Ghandi telah menyebabkan British bertindak
dengan menangkap dan memenjarakan ahli INC.
Agenda yang dikemukan oleh Ghandi
ini terpaksa dibatalkan apabila berlaku sengketa agama antara masyarakat Islam
dan Hindu dimana masyarakat Islam Moplah telah melancarkan jihad menentang
penjajah Inggeris dan tuan tanah Hindu dan dibalas pula oleh orang Hindu yang
diketuai oleh Arya Samaj. Peristiwa ini telah menyebabkan Ghandi menarik
sokongan beliau kepada Gerakan Khalifat. Ghandi telah menggunakan simbol mesin
tenunan yang menandakan keinginan beliau untuk mendekatkan golongan atasan
dengan golongan bawahan. Beliau turut memperjuangan hak golongan bawahan
seperti Harijan iaitu golongan yang tidak boleh disentuh yang mana menurut
beliau sebagai ketidakadilan sosial.
Selasa, Mei 29, 2012
Konsep Sathyagraha
Mahatma Ghandi |
Sathyagraha adalah nama
yang diberikan oleh Ghandi untuk merujuk kepada gerakan yang dibawa olehnya.
Sathyagraha adalah daripada bahasa Gujerat yang terdiri daripada perkataan Sat yang bermaksud kebenaran
dan Agraha bermaksud tekad. Orang
Inggeris pula lebih suka untuk memaknakan Sathyagraha sebagai “passive
resistance” yang mana perjuangan ini berlaku dalam kalangan kaum terlemah yang
berakhir dengan kekerasan namun perkara ini dinafikan oleh Mahatma Ghandi.
Sathyagraha bukan hanya menjadi satu metod penting dalam perjuangan Ghandi
namun ia merupakan satu proses yang dapat memperkembangkan semangat nasionalis
dalam kalangan masyarakat India.
Sathyagraha menekankan perjuangan
tanpa kekerasan. Beberapa perkara telah dilakukan dengan menggunakan metod ini
antaranya demontrasi aman untuk menentang monopoli penjajah keatas industry
garam selain daripada bertindak memboikot barangan yang dikeluarkan oleh
British serta mendesak rakyat tempatan untuk tidak membayar pajak,cukai yang
dikenakan keatas mereka sehingga memaksa British untuk memberikan kemerdekaan
kepada India. Konsep ini telah berjaya menyebarkan semangat kebangsaan dalam
kalangan masyarakat India sekaligus untuk mendapatkan kemerdekaan India secara
damai.
Isnin, Mei 28, 2012
Gerakan Penubuhan Pakistan
Kedudukan Pakistan |
Pada
tahun 1905, British telah melakukan pemisahan wilayah Bengal yang mempunyai
ramai penduduk Islam dari India. Setahun kemudian ditubuh Liga Muslim yang
mungkin merupakan pengaruh daripada pemisahan wilayah ini. Pemisahan ini
mungkin perancangan awal yang dilakukan oleh British untuk memisahkan India
kepada dua negara yang berbeza. Pemisahan Pakistan diripada India dikaitkan
dengan idea yang diutarakan oleh Syad Ahmad Khan dan juga penggerak dan
penyokong beliau yang berada di Aligarh yang menggerakkan semangat separatisme
India. Namun hakikat yang perlu diterima ialah kesedaran komunal yang berlaku
kepada masyarakat Islam tidak menyeluruh dan mempunyai tahap yang berbeza
diantara satu sama lain berdasarkan
kepada keadaan kehidupan sosial dan juga doktrin yang dipegang oleh mereka.
Dalam
pilihanraya India tahun 1937, Parti INC telah memenangi kerusi sebanyak 74
peratus secara keseluruhan dan berjaya membentuk kerajaan tanpa memerlukan
gabungan daripada parti lain melainkan dibeberapa kawasan seperti di Bombay,
Assam dan Bengal dan kalah di Sind dan Punjab. Saingan INC iaitu Liga Muslim
mengalami kekalahan yang tidak sepatutnya dialami oleh parti tersebut tambahan
lagi bertanding di kawasan majoriti Islam di Bengal, Punjab dan Sind. Liga
Muslim terpaksa menerima hakikat bahawa parti yang bersifat kebangsaan lebih
diterima oleh rakyat berbanding dengan Liga Muslim. Keadaan ini tentunya
menggusarkan pemimpin Liga Muslim terutamanya Muhammad Ali Jinnah. Oleh itu,
Muhammad Ali Jinnah telah menggunakan isu-isu berkaitan kelangsungan politik
Islam untuk menarik sokongan masyarakat Islam. Pelbagai isu yang dimainkan
seperti slogan Islam dalam bahaya dan INC parti yang hanya memperjuangkan
masyarakat Hindu. Semasa kepimpinan Liga Muslim oleh Muhammad Ali Jinnah pada
1934, Liga Muslim merupakan organisasi yang tidak terurus dan berpecah
belah.Oleh itu beliau telah melakukan penyatuan organisasi dengan penetapan
tujuan dalam bentuk teori dua bangsa.
Slogan
yang dimainkan oleh Liga Muslim tersebut ternyata mampu untuk menarik sokongan
daripada masyarakat Islam. Muhammad Ali Jinnah juga mendesak wilayah-wilayah
yang mempunyai majoriti masyarakat Islam supaya berjuang dibawah payung Liga
Islam. Muhammad Ali Jinnah telah berjaya mendesak parti-parti wilayah di Sind
dan Punjab termasuklah parti Unionist yang dipimpin oleh Srikander Hyatt Khan. Desakan
yang dilakukan oleh Muhammad Ali Jinnah telah diambil berat oleh masyarakat
Islam. Sejak itu, sokongan kepada Liga Muslim telah bertambah dan menjadi
penentu kepada perkembangan nasionalisme Islam di India. Sokongan kuat
masyarakat Islam ini kepada Liga Muslim telah menyebabkan persaingan sengit
berlaku dengan parti INC sekaligus menjadi asas kepada pemisahan Pakistan
daripada India.
Sokongan
umat Islam kepada Liga Muslim telah memberi roh baru kepada “ gagasan Pakistan”
yang selama ini hanya menyepi. Muhammad Ali Jinnah secara terang-terangan telah
memegang teori dua bangsa. Teori dua bangsa ialah teori yang menyatakan
masyarakat Islam dan Hindu di India ialah terdiri daripada dua bangsa yang
berbeza bukan hanya daripada segi agama bahkan kebudayaan, cara hidup, sejarah
dan sebagainya yang mempunyai banyak perbezaan yang ketara dengan masyarakat
Hindu. Berdasarkan teori inilah , Muhammad Ali Jinnah telah mengemukan Resolusi
Pakistan ( Resolusi Lahore ) pada Mac 1940 semasa persidangan Liga Muslim di
Lahore. Resolusi itu mendesak supaya sebuah negara Islam diwujudkan di kawasan
yang mempunyai majoriti penduduk Islam. Kewujudan Wilayah Islam itu
dipercepatkan lagi dengan wujudnya pergaduhan komunal antara masyarakat Islam
dan Hindu lebih-lebih lagi dikawasan yang mempunyai penduduk Islam yang tinggi
seperti di Bengal, Sind dan Punjab. Oleh itu, menjadi salah satu sebab British
memikirkan untuk mewujudkan satu wilayah khusus untuk orang Islam.
Umat
Islam yang telah berkuasa selama berates tahun di India telah merasa kehilangan
kuasa apabila British dan kerajaan Hindu-India telah mula menghapuskan beberapa
kepentingan masyarakat Islam India contohnya pengambilalihan beberapa jawatan
penting kerajaan daripada masyarakat Islam sehingga menyukarkan pengamalan
Islam di India selain kecurigaan British dan masyarakat Hindu kepada orang
Islam yang semakin memuncak. Memburukkan keadaan apabila pemerintah Hindu cuba
menukarkan bahasa Lingua Franca Urdu yang merupakan bahasa identiti Islam
kepada bahasa Hindi sebagai bahasa kebangsaan India. Keadaan umat Islam yang
terhimpit dari segi ekonomi, politik dan pendidikan telah menguatkan lagi
semangat orang Islam untuk memisahkan diri daripada India.
Semasa
berlakunya perang dunia yang kedua, British telah mengalami masalah kewangan
yang agak meruncing. Jepun pada masa itu, telah menjajah China dan Asia
Tenggara dan telah menyebabkan kebimbangan British jika Jepun bertindak
menyerang mereka di India. Oleh itu, British cuba bersekutu dengan mana-mana
parti di India yang boleh menjadi penyokong kepada mereka. British cuba
mendapatkan sokongan daripada INC namun gagal kerana pada masa itu, INC sedang
melancarkan gerakan non koperasi ( dasar tidak bekerjasama ). Selain itu, INC
juga melancarkan kempen “Gerakan Meninggalkan India” yang bertujuan supaya British
meninggalkan India. Pemimpin-pemimpin
INC seperti Mahatma Ghandi, Jawahalal Nehru dan 20,000 yang lain telah
ditangkap oleh British kerana melakukan pengucapan anti-peperangan. Seorang
ahli akademik telah menyebut bahawa kegagalan pimpinan Parti Kogress semasa
perang dunia kedua telah menyebabkan kewujudan Pakistan.
Dalam
pada INC tidak mahu bekerjasama dengan British. Liga Muslim telah mengambil
langkah yang berbeza. Liga Muslim telah bertindak melakukan kerjasama dengan
British bagi menghadapi perang dunia yang kedua tersebut. Bagi menghargai
kerjasama tersebut, British telah berjanji untuk mempertimbangkan dengan wajar
permintaan Liga Muslim untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Selepas perang,
telah berlaku kekacauan yang melibatkan masyarakat Islam dan Hindu terutamanya
di Bengal yang telah membunuh hampir 4000 nyawa dan 10,000 lagi cedera.
Pertelingkahan ini berlaku apabila Liga Muslim ingin menjadikan 16 Ogos 1946
sebagai hari kelepasan am untuk perjuangan Pakistan. Masyakat Hindu yang tidak memberi
kerjasama telah diugut dengan dibakar kedai dan pelbagai cara lain. Pada April
1946, Jawahalal Nehru mengatakan kepada Lord Mountbatten ( Gabenor Jeneral
India yang baru ) bahawa wilayah-wilayah yang mempunyai majoriti penduduk Islam
boleh dikeluarkan daripada India dan menjadi sebuah negara yang merdeka.
Rancangan
pemisahan India-Pakistan telah dirangka pada April 1947 manakala dibentangkan
pada Jun tahun yang sama. Namun tidak semua yang mempersetujui pemisahan ini
antaranya Mahatma Ghandi yang menentang keras pemisahan ini. Selain Mahatma
Ghandi, ada juga beberapa kumpulan Islam yang menentang pemisahan ini contohnya
Abul Kalam Azad dan pemimpin Islam di Madrasah Deoband juga turut menentang
pemisahan ini. Darul Ulum Deoband ini memainkan peranan penting dalam menuntut
kemerdekaan India dan menentang keras teori dua bangsa kerana mereka masih
mengharapkan pelaksanaan syariah Islam didalam negara India selepas mendapat
kemerdekaan. Selepas berlakunya pemisahan ini, penduduk Islam secara besar-besaran
berpindah ke wilayah Pakistan dan begitulah sebaliknya. Sebagai sebuah negara
yang baru dibentuk, Pakistan telah mengalami zaman kesulitannya. Penghijarahan
berjuta- juta Muslim kewilayah Pakistan ditambah dengan pengusiran yang
dilakukan oleh pemerintah India telah menyebabkan bebanan ekonomi kepada
Pakistan. Bahkan lebih sadis apabila
umat Islam telah dibunuh semasa proses pemindahan tersebut. Keretaapi yang
sarat dengan Muslim telah disekat oleh tentera India kemudian umat Islam telah
dibunuh semasa dalam perjalanan.
Ketempangan
yang berlaku dalam bidang sosio-ekonomi, diskriminasi politik telah menyebabkan
ketidakpuasan hati penduduk Pakistan Timur dengan pemerintah pusat sehingga
menyebabkan perpecahan bangsa berlaku di Pakistan Timur dan Pakistan Barat.
Akhirnya pada tahun 1971, sebuah negara baru telah diwujudkan di Pakistan Timur
yang dikenali sebagai Bangladesh.
Rabu, Mei 23, 2012
Teori Dua Bangsa
Teori Dua Bangsa |
Masyarakat
India terbahagi kepada berpuluh-puluh suku kaum yang besar. Bahasa kebangsaan
India sahaja sudah sebanyak 17 bahasa. Dari sini dapatlah kita mengagak betapa
banyaknya suku kaum di India. Walaupun mereka mempunyai mempunyai persamaan
dari segi kaum dan etnik namun dalam terdapat perbezaan yang ketara pada mereka
iaitu anutan agama. Kebanyakan masyarakat India menganut agama Hindu atau Sikh
namun ada juga sebahagian daripada mereka menganut agama Islam. Walaupun agama
Hindu lebih dominan di India namun agama Islam tetap mendapat hati dalam
kehidupan masyarakat di sini. Dalam hikayat Hang Tuah pernah menyebut “ Maka
beribu-ribu rumah berhala dalam negeri itu,terlalu indah-indah perbuatannya dan
seribu buah masjid didalam negeri itu tempat anji-wartar sembahyang….”
Walaupun
hidup dalam kalangan sendiri selama berates-ratus tahun namun tiada kesatuan
diantara kedua penganut ini seperti sebuah sungai yang mempunyai punca yang
berbeza. Disebabkan perbezaan ini, teori dua bangsa telah diperkenalkan oleh
Sayyid Ahmad Khan. Teori ini dikemukan kerana menyedari perbezaan yang wujud
daripada segi sejarah latar belakang yang berbeza antara masyarakat Hindu dan
Islam daripada segi peradaban, adat, kesusasteraan dan sejarah. Perbezaan ini
sebenarnya telah menyebabkan berlakunya konflik yang berpanjangan antara
masyarakat Islam dan Hindu.
Sayyid
Ahmad Khan merupakan seorang pemikir moden Islam India dengan membawa idea
pembaharuan. Beliau melihat kegagalan pemberontakan Dahagi 1857 dan kunjungan beliau
ke Britain pada 1896-1897 maka lahirlah idea pembaharuan oleh beliau. Antara
idea pembaharuan beliau ialah Umat Islam India mundur kerana tidak mengikut
peredaran zaman, Sayyid Ahmad Khan juga percaya kepada kekuatan dan kekuasaan
akal, beliau juga menolak taqliq yang berlaku dalam masyarakat. Beliau juga
menyeru umat Islam untuk bekerja dengan British kerana pada beliau bekerja
dengan British lebih baik daripada bekerja dengan masyarakat Hindu yang
merupakan majoriti. Dengan bekerja di bawah British, diharapkan umat Islam akan
mendapat kemajuan dari segi ilmu, politik dan teknologi. Sumbangan Sayyid Ahmad Khan amat besar dari
aspek pendidikan. Melihat kepada ketidakmajuan dalam bidang pendidikan, beliau
telah mengasaskan sebuah pusat pengajian tinggi Islam iaitu Muhammadan
Anglo-Orientel Collage di Aligarh. Pusat pengajian tinggi ini merupakan pusat
pendidikan perguruan peringkat tinggi Islam di India yang meniru modul
universiti Oxford dan Cambridge dengan bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris.
Kejayaan
Teori dua bangsa ini dapat dilihat daripada kejayaan Liga Muslim untuk
mewujudkan sebuah negara Islam iaitu Pakistan kemudian Pakistan Timur berpecah
akibat pemberontakan kaum Banggali yang mewujudkan negara Pakistan dan
pewujudan Afghanistan oleh etnik Pasthun. Namun tidak semua umat Islam bersatu
dibawah Liga Islam untuk memperjuangkan teori dua bangsa ini kerana masih ada
umat Islam yang tidak menerima idea dua bangsa dan kebanyakan mereka tingal di
India untuk berjuang menuntut kemerdekaan. Antara tokoh terkenal yang menentang
teori dua bangsa ialah Abul Kalam Azad. Abul Kalam Azad melihat bahawa hanya
penjajah Inggeris yang harus diusir untuk menuntut kemerdekaan India dan
sanggup berjuang bersama dengan Mahatma Ghandi dan parti Kongres Kebangsaan
India. Semasa perang dunia pertama yang memperlihatkan kelemahan yang ketara
pada pihak Turki Uthmaniyyah, Abul Kalam Azad bersama dengan Muhammad Ali dan
Syaukat Ali telah mengasaskan gerakan Khilafat pada 1919. Apabila Liga Muslim
ingin menubuhkan negara Islam Abul Kalam Azad lebih suka berjuang membangun
nasionalisme India bersama Kongress dan telah dilantik menjadi presiden parti
tersebut pada umur 35 tahun.
Teori
dua bangsa merupakan teori penting dalam sistem politik Islam dalam kalangan
penduduk Islam di India. Walaupun wujud penentangan oleh sebahagian masyarakat
Islam, namun kepentingan teori ini tidak terjejas dan terus mendapat sokongan
umat Islam terutamanya apabila dihangatkan kembali oleh Muhammad Ali Jinnah
dalam usaha untuk menyatukan umat Islam di bawah payung Liga Muslim. Bahkan
pada tahun 1930, seorang tokoh India yang terkenal iaitu Muhammad Iqbal telah
mencadangkan pemewujudan sebuah negara majoriti Islam di barat laut India. Teori
dua bangsa ini juga telah memperlihatkan satu peristiwa sejarah yang penting
iaitu perpindahan penduduk yang terbesar didunia iaitu kira-kira 2 juta
penduduk dimana masyarakat Islam berhijrah ke wilayah Pakistan manakala
masyarakat Hindu dan Sikh pula berhijrah ke wilayah India. Perpindahan ini juga
telah memakan korban jiwa seramai 250,000 orang yang kebanyakan adalah orang
Islam yang dibunuh oleh tentera India.
Isnin, Mei 21, 2012
Sejarah Ringkas Peristiwa 13 Mei 1969
Mangsa yang Terbunuh |
Peristiwa
rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam dalam
sejarah Malaysia. Pada waktu ini, semangat perkauman amat kuat berlaku dalam
kalangan orang Melayu dan juga Cina di Tanah Melayu. Parti-parti politik
seperti MCA, MIC, PAS, GERAKAN dan Parti Buruh dan lain-lainnya menyuburkan
perasaan perkauman kerana tujuannya semata-mata menarik populariti seseorang
pemimpin. Kebanyakan parti pada masa itu ditubuhkan pada dasar perkauman
ataupun keagamaan. Parti yang terbuka kepada semua kaum boleh dikatakan tidak
akan mendapat sambutan sebagaimana Parti IMP oleh Dato’ Onn. Walaupun Parti
Gerakan pada asalnya namun hakikatnya parti ini dikuasai oleh orang-orang Cina.
Dalam
peristiwa ini, DAP dan Parti Buruh merupakan kelompok yang paling kuat bermain
dengan sentiment perkauman. Walaupun Parti Gerakan cuba untuk meneutralkan sifat perkaumannya
namun parti in tetap memberi sumbangan kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Dalam kempen DAP dan Gerakan, persetujuan sebagaimana yang termaktub dalam
perlembagaan telah dipersoalkan seperti hak-hak orang Melayu dan juga
penggunaan bahasa Melayu. Peristiwa ini berlaku apabila parti Gerakan dan DAP
memenangi pilihanraya di Kuala Lumpur ( Dulu Selangor ). Pilihanraya tersebut
berlaku pada 10 Mei 1969. Selepas pengumuman kemenangan tersebut, penyokong
parti Gerakan dan DAP telah melakukan perarakan tanpa permit sehinggalah malam
12 Mei. Dalam perarakan yang disertai oleh kaum Cina itu, pelbagai perkataan
yang menyinggung perasaan orang Melayu telah dikeluarkan seperti “Melayu Mati”,
“Malai Si”,”Kuala Lumpur Sekarang Cina Punya”, “ Melayu Balik Kampung”, “Halau
Semua Polis” sehinggalah menunjukkan kemaluan mereka. Perarakan yang diadakan
oleh DAP dan Gerakan ini lebih kepada perarakan perkauman dan bukannya
perarakan untuk menyambut kemenangan. Mereka telah berarak pada 11 Mei hingga
malam 12 Mei secara haram dengan melalui Jalan Campbell dan Jalan Hale (
sekarang Jalan Raja Abdullah menghala masuk ke Kampung Baharu yang merupakan
kawasan orang Melayu yang juga merupakan kubu kuat UMNO di Kuala Lumpur. Oleh
itu, Tun Dr Ismail telah mengatakan bahawa sistem demokrasi telah mati ditangan
parti pembangkang.
Dalam
pilihanraya 1969, pembangkang telah memenangi sebanyak 51.5% undi berbanding
dengan Perikatan yang hanya menang sebanyak 48.5% undi sahaja. MCA pada kali
ini kalah teruk dan Perikatan hanya bergantung kepada kekuatan UMNO sahaja. Namun
keengganan Gerakan untuk mewujudkan kerajaan campuran telah menyebabkan Perikatan
masih berkuasa di Negeri Selangor.
Perarakan
yang diadakan oleh parti pembangkang daripada kalangan kaum Cina telah
menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu tambahan pula
mereka merasakan mereka hampir hilang kuasa di bumi sendiri. Melihat perarakan
yang diadakan oleh pihak pembangkang ini telah menyebabkan orang Melayu risau
dengan masa depan yang akan mereka hadapi. Oleh itu, mereka telah mengambil
keputusan untuk turut mengadakan perarakan sebagai tindak balas kepada pihak
pembangkang. Oleh itu, Haji Ahmad Razali telah mencadangkan supaya diadakan
satu perarakan orang Melayu bagi meraikan kemenangan UMNO dan perarakan ini
mendapat kebenaran daripada Datuk Haji Harun Idris yang merupakan Menteri Besar
Selangor.
Rumah
Menteri Besar telah dijadikan pusat untuk berkumpul oleh pemuda Melayu. Khabar
angin yang menyatakan akan berlaku rusuhan kaum tersebar menyebabkan orang
Melayu yang menyertai perarakan tersebut telah menyediakan senjata bersama
mereka seperti parang, keris, buluh runcing dan lain-lain bagi menghadapi
sebarang kemungkinan. Pergaduhan berlaku di Setapak dengan cepat telah merebak
ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Kampung Baharu, Pudu dan Kampung Pandan. Ramai
yang terkorban dalam rusuhan ini sehingga Yang Di Pertuan Agong terpaksa
mengistiharkan darurat di Kuala Lumpur.
Keadaan
yang genting tersebut, telah menyebabkan Tuanku Yang Di-Pertuan Agung telah
mengistiharkan darurat atas nasihat Tunku Abdul Rahman. Sebuah majlis iaitu
Majlis Gerakan Negara telah ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan melantik
Tun Abdul Razak sebagai pengerusi dan Tun Abdul Razak pula melantik Tun Dr
Ismail sebagai Timbalan Pengerusi MAGERAN. Tun Dr Ismail pada waktu dalam
keadaan uzur dan cuba mendapatkan rawatan di London, namun terpaksa dibatalkan
apabila Tun Razak meminta beliau membantunya dalam menangani masalah rusuhan
tersebut. Parlimen kembali berfungsi pada 23 Febuari 1971 dan sistem demokrasi
mula dipulihkan. Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan dan menyerahkan
jawatan tersebut kepada Tun Abdul Razak. Peristiwa 13 Mei tersebut dan juga
slogan Malaysia Malaysian telah membunuh sistem demokrasi negara selama 22
bulan.
Sabtu, Mei 19, 2012
Universiti Singapura : Sejarah Penubuhan dan Sumbangan
Sejarah Perkembangan US |
Sejarah Penubuhan
Universiti
Malaya ( Singapura ) merupakan universiti gabungan daripada dua institut
penting di Singpura iaitu Kolej Perubatan King Edward VII dan Kolej Reffles.
Kolej Perubatan King Edward VII pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Perubatan
Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Gabungan dua
intitusi berpengaruh ini telah telah melahirkan universiti pertama di Singapura
dan Tanah Melayu. Walaupun lebih awal dari itu telah lahir SITC ( Sultan Idris
Training Collage ) namun ia hanyalah sebuah intitusi yang bertaraf kolej atau
maktab bukannya universiti. Sekolah Perubatan Kerajaan Negeri-negeri Selat dan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan pada tahun 1905 kemudiannya
diubah nama menjadi Sekolah Perubatan King Edward VII pada 1912 dan sekali lagi
diubah menjadi Kolej Perubatan King Edward VII pada 1921. Singapura pada masa
itu tidak pernah memiliki sebuah intitusi yang bertaraf sebagai sebuah kolej
sehinggalah wujudnya Kolej Perubatan King Edward VII pada tahun 1910.
Kepentingan kedua-dua buah intitusi ini kepada penduduk Singapura dan Tanah
Melayu adalah amat jelas apabila ramai tokoh kedua buah negara ini belajar di
intitusi tersebut.
Selepas
tamat perang, Sir Alexander Carr-Saunder telah mencadangkan penubuhan
pendidikan universiti di Malaya. Beliau juga mengcadangkan penggabungan dua
buah intitusi untuk mewujudkan universiti Malaya tersebut. Pembuatan
undang-undang untuk mewujudkan universiti ini telah diluluskan pada Oktober 1949
yang memuatkan Fakulti Sastera dan Sains daripada kolej Raffles dan Fakulti
Perubatan daripada King Edward VII College of Medecine. Universiti ini bermula
daripada dua lokasi yang berbeza iaitu di Singapura dan Persekutuan Tanah
Melayu. Kampus di Lembah Pantai Kuala Lumpur merupakan cawangan kepada
Universiti Malaya di Singapura. Selepas 8 tahun beroperasi bersama, akhirnya
pada tahun 1957 telah wujud cadangan untuk mengasingkan universiti ini kepada
dua entiti yang berbeza. Menyahut perkara itu, pada 1958, prosedur perundangan
telah diluluskan untuk pemisahan tersebut namun pemisan tersebut hanya berlaku
pada 1 Januari 1962.
Kolej Perubatan King Edward VII.
Kolej
Perubatan King Edward VII merupakan sebuah intitusi tertinggi pertama yang
wujud di Singapura. Disini, ramai tokoh telah berjaya dilahirkan antaranya Tun
Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Ismail. Tun Dr Ismail bersekolah rendah di
English Collage di Johor Bahru dan menyambung pelajaran menengah di Kolej
Perubatan King Edward VII. Selain itu, Dr Mahathir Mohamad juga pernah belajar
disini dalam bidang perubatan. Beliau juga telah menjadi presiden Persatuan
Muslim Kolej Perubatan King Edward VII. Penubuhan kolej ini telah bermula
dengan kemajuan yang dicapai dalam farmasi dan perubatan di Singapura pada
waktu. Perkembangan ini telah menarik minat Sir Stamford Raffles untuk membina
sebuah intitusi pendidikan dan penyelidikan kesihatan. Oleh itu, pada 1905,
Federation Malay Stated Government Medical Collage telah dibina dan seterusnya
dikenali sebagai King Edward Collage of Medicine.
Namun
menurut Ng Beng Yeong melalui bukunya, pembinaan kolej perubatan ini bermula
sejak September 1904 apabila Tan Jiak Kim wakil daripada masyarakat Cina dan
bukan Eropah telah memohon Kerajaan Negeri Selat untuk membina sebuah sekolah
kesihatan. Selepas penyubahsuaian dan memperbaharui dilakukan oleh Jabatan
Kerja Raya di bangunan Rumah Sakit Mental Perempuan di Sepoy Lines, intitusi
tersebut telah diwujudkan dengan kelengkapan bilik pensyarah, kelas, pejabat
dan bilik bedah. Sebelum itu, pesakit wanita di situ telah dipindahkan ke rumah
sakit di Pasir Panjang sejak tahun 1903. Sekolah perubatan ini telah memulakan
sesi pembelajaran pada 3 Julai 1905 dibawah ordinan untuk kegunaan pembelajaran
perubatan, pembedahan dan pembidanan.
Walaupun
kolej perubatan ini mula ditubuhkan pada 1905 namun pada 1911 barulah kolej ini
mendapat tempat kekal untuk kampusnya. Bangunan tersebut ialah bangunan Tan
Teck Guan yang mana nama tersebut diberikan sempena nama ayah kepada Tan Chay
Yen pemilik kebun getah yang telah membayar kos pembinaan bangunan kolej.
Dr
Lim Boon Keng telah memulakan King Edward VII Memorial Fund dan pada tahun
1912, tabung ini telah mencecah kutipan 120,000 dolar selat. Pada 1921, kolej
ini telah ditukar namanya kepada King Edward VII Medical School tetapi bangunan
baru hanya siap pada 1926 yang melihatkan ramai pelajar bergraduat di sini. Namun
ada perbezaan pendapat mengenai tarikh penukaran nama tersebut. Ada yang
menyatakan pada tahun 1912, nama kolej ini ditukar kepada King Edward VII
Medical School bukannya tahun 1921. Pada tahun 1921 itu nama kolej ini telah
ditukar daripada King Edward VII medical School kepada King Edward VII College
of Medicine selepas mengalami zaman pengukuhan. Semasa pendudukan Jepun di
Singapura, kolej ini melihatkan pembunuhan yang dilakukan oleh Jepun dimana
seramai 11 orang telah mati ditembak dan kira-kira 25 orang pelajar yang
mengebumikan mayat tersebut yang mana peristiwa ini berlaku pada 14 Febuari
1942. Sepanjang penjajahan Jepun,kolej ini telah ditutup dan hannya dibukan
kembali pada tahun 1946 dan tiga tahun kemudian bergabung dengan Kolej Raffles
untuk mewujudkan Universiti Malaya.
Kolej Raffles.
Stamford
Raffles merupakan tokoh yang paling berjasa keatas Singapura. Beliau bukan
sahaja menjadikan Singapura yang dahulunya tempat tinggal penyamun menjadi
sebuah pelabuhan bebas yang kaya raya bahkan beliau turut mengambil berat
keatas pendidikan di Singapura. Beliau ini menjadikan Singapura sebagai sebuah
pusat ilmu bagi Singapura dan Tanah Melayu.
Pada
tahun 1918, Panatia Maxwell telah mencadangkan pembinaan sebuah intitusi
pengajian tinggi bagi memperingati seratus tahun Raffles membangunkan
Singapura. Pada 1919, Panitia Firmstone telah menamakan intitusi tersebut
sebagai “Raffles Collage”. Kewangan
untuk membina intitusi ini datangnya daripada Kerajaan Negeri-Negeri Selat
serta Kerajaan Negeri Melayu dan juga orang-orang awam, tauke Cina dan
masyarakat Yahudi di Singapura. Manakala kerajaan Singapura pula menyediakan
tapak,bangunan dan penyelenggaraan tahunan. Pembinaan bangunan dimulakan pada
tahun 1922. Kerajaan Negeri-Negeri Selat telah memberi sebidang tanah dan duit
sebanyak S$1000,000, penderma Cina sebanyak S$540,000, Kerajaan Negeri Melayu
sebanyak S$500,000, pemilik firma Eropah dan individu sebanyak S$426,000, Sir
Manasseh Mayer sebanyak S$150,000 dan Sultan Johor sebanyak S$50,000. Setelah
sepuluh tahun beroperasi, Kolej Raffles telah menawarkan Sarjana Muda dalam
masa tiga tahun yang meliputi bidang bahasa Inggeris, geografi,ekonomi,
sejarah, matematik, dan fizik serta kimia dalam aliran sains. Setiap kos yang
ditawarkan mengikut model Universiti London.
Selain
aliran diatas, Lepasan Sarjana Pedagogi dijadikan guru pelatih untuk berkhidmat
sebagai guru pelatih di sekolah menengah atas. Sir Hugh Clifford telah
merasmikan kolej ini dan Sir Richard Winsted telah dilantik sebagai pengetua
pertama Kolej Raffles.
Universiti Singapura
Selepas
berpisah dengan Universiti Malaya ( Kuala Lumpur ) pada tahun 1962, universiti
ini telah dikenali sebagai Universiti Singapura. Universiti Singapura ini
merupakan universiti yang terbesar di pulau tersebut dari segi pendaftaran
pelajar dan juga kurikulum yang ditawarkan. Pada tahun 1980, sekali lagi
perubahan telah dilakukan terhadap Universiti ini dilakukan apabila digabungkan
dengan Universiti Nanyang ( 1956 ) yang
beraliran Cina dan hanya sedekad kemudian barulah intitusi disusun semuala
untuk menjadi intitusi pengajian tinggi yang berasingan. Hubungan antara
universiti ini telah bermula pada tahun 1978 apabila menyediakan kampus bersama
di Bukit Timah dibawah Skim Kampus Bersama. Banyak perkembangan yang berlaku
kepada Universiti ini sehingga mampu meninggalkan jauh Universiti Malaya
Malaysia daripada segi ranking universiti terbaik dunia. Pada tahun 2001,
Universiti ini telah berjaya mendapat ranking ke 28 dunia dan ranking yang ke 3
asia bagi universiti terbaik. Pelbagai
usaha bersungguh-sungguh telah dilakukan oleh setiap staf dan pelajar di
universiti ini untuk meningkatkan mutu pembelajaran mereka. Banyak sumbangan-sumbangan
juga telah berjaya ditabur oleh universiti ini dalam pembangunan modal insan
dan material samada untuk pembangunan Malaysia atau untuk pembangunan Singapura
itu sendiri. Sumbangan yang diberikan oleh universiti yang bersejarah ini tidak
boleh dipandang sebelah mata sahaja.
Sumbangan Universiti Singapura
Universiti
Singapura telah melalui sejarah perjalanan yang panjang dengan bermula daripada
penggabungan antara King Edward VII Collage dengan Reffles Collage kemudian
berpecah dengan Universiti Malaya Kuala Lumpur dan sekali lagi bergabung dengan
Nanyang Universiti untuk membentuk Universiti Nasional Singapura. Sebagai
sebuah intitusi pengajian tinggi yang terawal di Singapura dan Tanah Melayu,
universiti ini telah melahirkan banyak tokoh-tokoh penting dalam pelbagai
bidang. Contohnya,
Kolej Perubatan King Edward VI
dan Kolej Raffles ( 1905-1949 )
|
Universiti Malaya Singapura (
1949-1962 )
|
Universiti Singapura
( 1962-1980 )
|
Universiti Nasional Singapura
( 1980- Sekarang )
|
- Benjamin
Sheares ( Presiden k-2 Singapura )
- Goh Keng
Swee ( Bekas Timbalan Perdana
Menteri Singapura )
- Mahathir
Mohammad ( Perdana
Menteri Malaysia )
- Toh Chin
Chye ( Bekas Timbalan Perdana
Menteri Singapura )
Tun Abdul Razak ( Bekas Perdana Menteri Malaysia )
|
-Sellapan
Ramanathan ( Presiden Singapura dan Canselor NUS )
- Wang
Gungwu ( Pengarah IntitutAsia
Timur di NUS )
|
- Goh Chok
Tong ( Bekas PM Singapura dana
Menteri Kanan Singapura )
- Wong Kan
Seng ( TPM Singapura )
- Abdullah
Tarmugi ( Speaker Dewan Singapura )
- Ong Keng
Yong ( Setiausaha Agung ASEAN )
- Yaacob
Ibrahim ( Menteri Alam Sekitar
dan Hal Ehwal Muslim Singapura )
-Arthur Yap
(Ahli bahasa terkenal )
- Shunmugam
Jayakumar ( Menteri Hal Ehwal Luar Negeri )
|
- Woon Cheong
Ming Walter ( Duta Besar Singapura ke Blanda,Luxemberg, Belgium dan Vatican
City )
- K. Shanmugam
( Ahli Parlimen Sembawang )
- Vivian
Balakrishnan ( Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan )
|
Senarai
diatas merupakan sebahagian kecil sahaja daripada tokoh-tokoh yang berjaya
dilahirkan oleh universiti ini berdasarkan kepada tahap pembentukan universiti
tersebut. Banyak tokoh penting Singapura berjaya dilahirkan disini bahkan bekas
Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir juga pernah
menyambung pelajaran di sini. Dr Mahathir telah menyambung pelajaran di Kolej
Perubatan King Edward VII dalam bidang perubatan apabila gagal mendapatkan
biasiswa untuk menyambung pelajaran di luar negara. Manakala Tun Abdul Razak
telah terpilih menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Raffles
pada tahun 1940. Namun setahun kemudian beliau terpaksa menangguhkan pengajian
tersebut apabila Jepun menyerang Tanah Melayu. Selepas tamat perang beliau
menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang di England selepas berjaya
mendapatkan biasiswa. Semasa menyambung pelajaran di England ini, Tun Abdul
Razak telah bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang pada masa itu sedang membuat
percubaan yang ketiga untuk memperoleh Ijazah Undang - Undang.
Universiti
Singapura juga banyak menyumbang kepada pembangunan sistem pendidikan tinggi
kepada Tanah Melayu dan Singapura. Walaupun Tanah Melayu merupakan dua entiti
yang berbeza dengan Singapura namun kedua-dua wilayah ini saling bergantung
dari segi simbolik sejarah dan kebudayaan. Oleh itu, Singapura masih dianggap
sebagai sebuah entiti semenanjung Tanah Melayu walaupun hakikatnya tidak
begitu. Buktinya, Banyak peristiwa yang berlaku di Singapura di ambil berat
oleh orang Tanah Melayu seperti peristiwa Natrah. Orang-orang daripada Tanah
Melayu khasnya orang Johor memberi sokongan penuh bahkan Dr Burhanuddin Helmi
telah mengorganisasi massa untuk memberi sokongan kepada Che Aminah dalam
menuntut penjagaan keatas Natrah atau nama sebenarnya Maria Hertogh. Begitulah juga sumbangan orang
Melayu dan Keling ( India Muslim ) Singapura keatas kemerdekaan Tanah Melayu.
Universiti
Singapura merupakan gabungan dua buah Intitusi pengajian bertahap kolej di
Singapura iaitu Kolej Perubatan King Edwar VII dan Kolej Raffles. Pada masa itu
masih belum wujud intitusi pengajian tinggi di Tanah Melayu melainkan hanya
sekolah menengah sebagai tahap tertinggi dan juga Sultan Idris Training Collage
yang hanya menyediakan pembelajaran yang hanya meliputi pertanian, mengayam dan
pendidikan asas untuk mereka dihantar mengajar di sekolah-sekolah di Tanah
Melayu. Berlainan sekali dengan mata pelajaran di Kolej Perubatan King Edward
VII dan Kolej Raffles. Kolej Raffles menawarkan kurikulum dalam bidang seni dan
sains sosial manakala Kolej Perubatan King Edward VII pula menawarkan jurusan
perubatan. Jika dibandingkan, terlalu jauh perbezaan antara pengajian tinggi di
Tanah Melayu dengan Singapura tersebut.
Penawaran
kurikulum dalam bidang seni dan sains sosial di Kolej Raffles misalnya lebih
berprestij berbanding apa yang ditawarkan di SITC. Pelajar yang ingin
menyambung pelajaran ke sini mestilah lulus sekolah Inggeris. Mereka akan
diberikan biasiswa untuk menyambung pelajaran di sini. Pengajaran sastera
menyebabkan Kolej Raffles menjadi popular namun akibat terlalu ramai yang
keluar dalam bidang ini menyebabkan mereka tidak mendapat kerja dan kerajaan
British pada masa itu beralih kepada sekolah teknik dan vokasional.
Kemajuan
dalam bidang perubatan telah mendorong Sir Stamford Raffles mencadangkan untuk
menubuhkan sekolah perubatan dengan dua tujuan penting iaitu untuk pendidikan
kesihatan dan juga tujuan penyelidikan kesihatan. Ia menunjukkan kelas yang
tersendiri. Di kedua-dua kolej yang berprestij ini telah lahir pelbagai tokoh
penting dalam negara Malaysia seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdul Razak,
Tun Dr Ismail dan ramai lagi. Lebih teristimewa, kebanyakan tokoh-tokoh penting
Singapura dilahirkan oleh Universiti ini seperti Goh Chok Tong, Wong Kan Seng,
Chan Heng Chee dan banyak lagi.
Universiti
Nasional Singapura juga banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu di rantau
ini dengan penyelidikan dan kajian yang dilakukan oleh kakitangan atau pelajar
universiti ini. Taraf sesuatu universiti ini boleh diukur dengan kerja-kerja
penyelidikan yang bermutu sehingga mendapat pengiktirafan antarangbangsa serta
mendapat hak paten keatas hasil kerja yang telah dilakukan. Perkembangan yang
memberangsangkan Universiti Singapura ini berlaku kerana pembangunan
penyelidikan yang dilakukan. Sebagaimana yang disebutkan, pembinaan Kolej
Perubatan King Edward VII dan Kolej Raffles antaranya bertujuan untuk
menjalankan penyelidikan dalam pelbagai aspek. Universiti ini telah menubuhkan
Pejabat Timbalan Presiden ( Penyelidikan dan Teknologi ) yang diketuai oleh
Profesor Barry Halliwell untuk membentuk pasukan penyelidikan dan pembangunan
penyelidikan sekaligus menubuhkan program penyelidikan yang terkemuka di dunia.
Isnin, Mei 14, 2012
Intipati Pesanan Syeikh Nuruddin Marbu Al banjari Al Makki
Syeikh Nuruddin |
- Guru merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi seseorang pelajar. Oleh itu untuk mendidik seseorang guru itu haruslah terdidik dengan ilmu Islam.
-
Guru merupakan role model kepada pelajar secara langsung atau tidak langsung.
Dari perbuatan ke percakapan guru akan ditiru dan diikuti oleh pelajar, oleh
itu haruslah seseorang guru itu berakhlak dengan akhlak Islam. Tuan Syeikh juga
membawakan cerita mengenai pengajian ilmu oleh Imam Abu Hanifah yang dihadiri
oleh 5000 orang namun lebih kurang 500 orang sahaja yang membawa buku dan pena untuk mencatat apa yang
guru ajarkan dan yang selebihnya menjadi pengamat yang akan meneliti segala
perbuatan guru.
-
Guru haruslah menjaga tingkah laku dan perbuatan kerana ia akan ditiru oleh
muridnya. Tuan Syeikh membawakan satu cerita mengenai Rasulullah iaitu bilamana
Rasulullah menyuruh sahabat menyembelih dan mencukur rambut. Namun suruhan itu
tidak dilakukan oleh para sahabat baginda menyebabkan baginda sedih. Ummu
Salamah telah memberi cadangan kepada Rasulullah supaya baginda memulakan
sendiri dengan menyembelih dan mencukur rambut terlebih dahulu. Selepas baginda
melakukan perbuatan itu, kemudian diikuti oleh semua sahabat baginda. Disini
jelas bahawa tingkah laku seorang pemimpin atau guru akan diikuti oleh murid.
-
Tuan Syeikh juga berpesan kepada hadirin supaya menuntut ilmu kerana martabat
ilmu itu sungguh besar dengan dikemukan beberapa dalil berkenaan martabat ilmu.
Untuk dalil itu, boleh beli buku tuan syeikh iaitu Martabat Ilmu dan Ulama
ataupun boleh merujuk kitab lainnya seperti kitab Faridah dan sebagainya.
-
Hendaklah seseorang itu berhukum dengan Islam dari apapun segi dari segi
pelaksanaan syariah Islam, faraid dan sebagainya kerana Islam sudah lengkap
dari segala aspek.
-
Seseorang guru hendaklah mendahulukan sesuatu sebelum murid kerana murid akan
melakukan apa yang akan dilakukan oleh guru. Tuan Syeikh telah memberi contoh,
jika seorang guru atau pensyarah tidak nampak batang hidung di surau atau
masjid, sudah tentulah sukar untuk mendapatkan pelajar berbuat demikian. Tuan
Syeikh juga memberikan contoh, jika isteri kiay ( Nyai ) tidak menutup aurat bagaimana pula dengan pelajarnya,
mahu atau tidak menutup aurat.
-
Tidak salah mempelajari ilmu dari bukan Islam jika ia tidak ada pada orang
Islam contohnya ilmu membaiki telepon. Tapi jika mempelajari teori atau
pandangan bukan Islam dan sekaligus terpengaruh dengan pandangan sesat itu,
maka ia salah.
-
Kita haruslah berbeza dengan haiwan dan orang bukan Islam. Jika kita makan biar
makan itu menjadi ibadah, jika kita minum biar minum kita itu menjadi ibadah.
Ahad, Mei 06, 2012
Sinopsis Kartun Seafood
SeeFood |
Seefood
adalah sebuah cerita kartun Malaysia versi bahasa Inggeris yang pertama. Dan ia
juga merupakan cerita kartun Malaysia yang pertama mendapat sambutan yang luar
biasa sehingga berjaya menembusi ke 90 buah negara lain. File mini telah
dihasilkan oleh SilverAnt dan diedar oleh Grand Billion bagi Malaysia. Filem
arahan Goh Aun Hee memang menarik dari segi kualiti video dan juga jalan
ceritanya setanding dengan filem-filem kartun lainnya.
Kisah
bermula apabila Julius ( Jerung berinsang putih ) dan Pup ( Yu Bodoh/Bamboo
Shark ) pergi bermain di kawasan yang banyak telur ikan Yu Buluh. Tetapi
malangnya telur itu telah dicuri oleh 2 orang budak untuk dijual. Pup yang
boleh bernafas di atas darat telah didorong oleh seekor ikan pari untuk
menyelamatkan telur-telur Yu Buluh daripada budak-budak tersebut. Disebabkan
yang lain tidak dapat bernafas maka Pup telah pergi seorang diri untuk
menyelamatkan telur tersebut. Dan akhirnya Pup berjaya untuk menyelamatkannya.
Namun masalah mula timbul apabila Julius telah
pergi ke daratan untuk menjadi Pup. Julius naik kedarat dengan sebuah mesin
ciptaan Octo ( seekor sotong ). Banyak dugaan yang terpaksa dihadapi oleh
Julius. Pertama sekali, dia telah diserang oleh 3 ekor ayam jantan yang ingin
membalas dendam. Sebelum itu, Julius telah cuba untuk membaham seekor ayam
betina yang juga merupakan kekasih kepada salah seekor ayam yang menyerangnya.
Sebelum itu juga, Julius telah dibantu oleh ketam sebagai penunjuk jalan
selepas selepas Julius menolong ketam tersebut mendapatkan buah kelapa.
Selepas
Pup naik kedarat untuk mencari Julius, Pup telah menjumpai ayam tersebut dan
menerangkan mengenai Julius yang sebenarnya. Ayam tersebut sebelum itu telah
menangkap Julius dengan menggunakan jarring dan menggolekkannya ke rumah
nelayan tersebut. Untuk menebus salah faham tersebut, Ayam tersebut telah
bersetuju menolong Pup menyelamatkan Julius.
Akhirnya
Julius berjaya diselamatkan dengan bantuan ketam dan ayam ( untuk tahu lebih
lanjut kena tengok ceritanya sendirila… ).Cerita ini diakhiri dengan
ketiga-tiga ekor ayam tersebut mencipta mesin untuk menyelam ke dalam laut.
Sabtu, Mei 05, 2012
Ajaran Maria Lionza
Upacara Perbomohan oleh pengikut Maria Lionza |
Maria Lionza merupakan tokoh utama salah satu agama campuran yang dianuti secara meluas di kawasan Venezuela. Agama ini tidak diakui oleh pihak gereja Khatolik sebagai pengikut Kristian kerana agama ini telah mencampurkan ajaran Khatolik dengan kepercayaan Afrikan,dan kepercayaan penduduk asal. Maria Lionza dihormati oleh penganutnya sebagai dewi dalam alam semulajadi yang membawa simbol keamanan, kasih sayang dan keharmonian dalam kehidupan. Ajaran Maria Lionza mendapat dukungan yang hebat dalam kalangan masyarakat di negara Venezuela daripada masyarakat di kampong-kampung terpencil hinggalah kepada masyarakat Bandar di negara tersebut. Banyak patung-patung Maria Lionza telah dibawa sbagai penghormatan kepada Maria Lionza. Bahkan penyanyi Ruben Blades dan Devendra Banhart telah mencipta lagu untuk kehormatan Maria Lionza.
Menurut lagenda masyarakat tempatan. Maria Lionza telah dilahirkan pada tahun 1502. Maria Lionza ialah anak kepada ketua masyarakat Indian di wilayah Yaracuy. Patung atau imej Maria Lionza digambarkan sebagai seorang perempuan mempunyai anugerah dan kuat dengan menunggang seekor binatang iaitu Tapir yang besar. Ia digambarkan sebagai seorang yang berotot dan berpakaian hanya menutup bahagian bawah sahaja dengan kedua tangan yang terangkat ke atas.
Beliau dikatakan masih tinggal di atas Gunung Sorte di Venezuela yang merupakan gunung suci bagi pengikut ajaran ini. Pengikutnya akan datang ke gunung ini untuk memberi penghormatan kepada Maria Lionza dengan memanggilnya sebagai Queen atau permaisuri. Kerana tradisi yang dilakukan oleh masyarakat ini, Gunung Sorte telah diwartakan oleh kerajaan sebagai Taman Negara pada tahun 1980-an. Nama Maria Lionza ini berasal daripada Santa Maria de la Onza ( Saint Mary of the Jaguar ) daripada nama penuhnya iaitu Santa Maria de la Onza Talavera del Prato de Nivar. Nama ini telah diberi oleh Gereja Khatolik Kristian . Akhirnya beliau hanya dipanggil sebagai Maria Lionza.
Agama Maria Lionza bertapak di gunung Sorte dalam negeri Yaracuy di Venezuela. Sebagai pusat bagi agama ini, disini terletak altar Maria Lionza yang utama. Disini merupakan tempat bagi jemaah “haji” dari seluruh Venezuela untuk memberi penghormatan. Walaupun sepanjang tahun dikunjugi oleh pengikut ajaran ini, namun tarikh yang paling penting ialah pada 12 Oktober kerana pada hari ini bomoh-bomoh utama dan pemimpin-pemimpin utama dalam ajaran Maria Lionza ini akan berhimpun di Gunung Sorte. Mereka akan melakukan pertunjukkan puak yang dipanggil “ Baile de las Brasas” dimana mereka akan melakukan tarian tradisional masing-masing. Di gunung Sorte, para bomoh akan melakukan perbomohan untuk mengubati penyakit penduduk . Ramai daripada penduduk Venezuela mendapatkan rawatan tradional disini. Bomoh akan menyeru kuasa halus dan menyakiti diri sendiri sebelum melakukan pengubatan seperti bedah batin dan sebagainya.
Jumaat, Mei 04, 2012
Sejarah Perayaan Cinco De Mayo
Gambar Hiasan |
Pertempuran Puebla merupakan sebuah pertempuran yang berlaku diantara askar Mexico dengan askar Perancis semasa penaklukan yang dilakukan oleh Perancis keatas Mexico berdekatakan Bandar Puebla. Pertempuran ini berlaku pada 5 May 1862. Pertempuran ini melibatkan kekuatan tentera Mexico seramai 4,500 orang yang di pimpin oleh Ignacio Zaragosa Seguin dan tentera Perancis seramai 6040 orang. Walaupun tentera Perancis lebih ramai dalam penaklukan ini namun Perancis telah mengalami kegagalan yang besar apabila seramai 462 orang tentera Perancis mati dan lebih daripada 300 orang mengalami kecederaan selain 8 orang ditawan. Berbanding dengan Perancis, dipihak Mexico hanya mengalami sedikit sahaja kemusnahan apabila hanya melibatkan kematian seramai 83 orang dan seramai 131 orang tentera cedera dan 12 orang lagi hilang. Ini merupakan kemenangan besar kepada tentera Mexico dalam menghadapi penaklukan yang dilakukan oleh Perancis.
Bagi mengingati peristiwa pertempuran Pueblo tersebut, masyarakat pada masa itu telah merayakan perayaan Cinco De Mayo. Cinco De Mayo merupakan perayaan yang lebih bersifat serantau daripada bersifat kebangsaan. Ini kerana, kejayaan ini bukan hanya disambut oleh orang Mexico tetapi turut disambut di Amerika dan tempat lain di dunia sebagai perayaan warisan dan kebanggaan rakyat Mexico kerana berjaya menewaskan kuasa besar pada masa itu iaitu Perancis. Walaupun perayaan ini dianggap perayaan serantau namun sambutan besar-besaran hanya dilakukan di Pueblo iaitu tempat berlakunya pertempuran tersebut. Perayaan ini menyediakan makanan , minuman , tarian dan muzik.
Walaupun kemenangan ini disambut sehingga sekarang namun fakta sejarah tidak boleh menafikan bahawa Mexico telah jatuh ke tangan Perancis setahun kemudian. Kekalahan ini hanya menundakan penaklukan Perancis keatas Mexico bukannya menghentikan terus niat Perancis untuk mendapatkan Mexico. Selepas melakukan penaklukan keatas Mexico, Perancis telah mengangkat Maximilian I sebagai Raja Mexico pada tahun 1864 namun beliau tidak diakui sebagai raja terutamanya oleh Amerika mungkin disebabkan kenaikan baginda ke takhtha negara dengan bantuan Perancis. Namun Perancis telah diusir pada tahun 1867 iaitu selepas 4 tahun menduduki Mexico.
Ramai yang tidak menyangka bahawa peperangan Pueblo berlaku selepas Mexico menghadapi perang saudara. Perang saudara ini atau lebih dikenali sebagai Gerakan Reformasi berlaku pada tahun 1858 iaitu tidak lama selepas Liberal telah meluluskan satui draf undang-undang untuk mengurangkan kuasa gereja Khatolik( Gereja Khatolik memainkan peranan besar keatas penduduk Mexico sehingga sekarang ). Semasa konflik bersenjata ini, Mexico telah terbahagi kepada 2 bahagian pertama ditadbir oleh Konservatif di Mexico City dibawah Pimpinan Felix Zuloaga dan satu bahagian lagi dikuasai oleh Liberal di Veracruz di bawah pimpinan Benito Juarez yang merupakan Presiden Mahkamah Agung. Konservatif yang mendapat sokongan Paus telah berjaya memenangi siri pertempuran awal namun kedudukan di Mexico City tersebut tidak menguntungkan dari segi ekonomi berbanding dengan Liberal yang berada dikawasan pelabuhan. Dengan sumber kewangan yang ada akhirnya Liberal telah bertindak membesarkan ketenteraanya dan mengambil alih Mexico City daripada Konservatif pada 1861 iaitu setahun sebelum peristiwa perang Pueblo.
Perang Pueblo mungkin tidak berlaku jika tiadanya perang saudara ini. Kerana perang saudara ini telah menyebabkan Mexico kehabisan sumber negara sedangkan mereka masih berhutang berjuta-juta dolar dengan negara asing. Mexico telah membekukan pembayaran hutang tersebut selama 2 tahun menyebabkan Perancis, Britain dan Sepanyol bertindak balas dengan menghantar tentera ke Veracruz lewat 1861. Pada masa itu Amerika sedang menghadapi perang saudara. Namun Britain dan Sepanyol tidak menyerang tetapi Perancis dengan kekuatan 6000 tentera telah bertindak menyerang untuk menguasai Bandar di Mexico dengan disokong oleh Konservatif yang kalah dalam perang saudara sebelum ini. Pada tahun 1862 tersebut tentera yang digunakan oleh Perancis merupakan tentera yang elit yang sering menang pertempuran di Asia Tenggara dan Afrika Utara. Perancis terlalu yakin untuk menang dalam perang tersebut disebabkan ketenteraan Perancis pada masa itu merupakan tentera yang terhebat. Pada 5 mei berlaku pertempuran sepanjang hari yang menyaksikan Perancis mengalami kalah yang teruk sekaligus telah memaksa tentera Perancis untuk berundur.
Disebabkan kekalahan di Puebla ini, Maharaja Nepoleon III amat marah dan telah menghantar tentera seramai 30,000 orang untuk menakluk Mexico. Pada kali ini, Perancis tidak menghadapi banyak masalah untuk menakluk Mexico. Juarez dan penyokongnya telah lari ke kawasan hutan untuk melakukan aktiviti bergerila. Namun hanya selepas beberapa tahun penaklukan itu berlaku, Nepoleon III telah menarik balik tentera dari Mexico disebabkan oleh kebangkitan Prussia yang menewaskan Denmark dan Austria dan mungkin akan menuntut wilayah Alsace and Lorraine daripada Perancis. Wilayah tersebut adalah wilayah yang dipertikaikan. Perang saudara pun mula berlaku di Perancis, Amerika juga telah memberi tekanan kepada Perancis dengan membekalkan senjata kepada tentera Juarez. Pada tahun 1866, Perancis mula menarik tenteranya di Mexico. Raja Mexico pada masa itu telah dijatuhkan hukumantembak.
Perayaan ini dirayakan di Mexico namun bukanlah perayaan yang utama bagi masyarakat Mexico berbanding dengan Hari Kemerdekaan pada 16 September. Pada tahun 1960, seorang aktivis Mexico di Amerika Syarikat iaitu Chicano telah menggunakan perayaan Cinco De Mayo untuk menunjukkan kehormatan bangsanya. Perayaan ini telah menjadi satu perayaan yang besar di Amerika Syarikat dengan dihadiri oleh beratus ribu orang terutamanya di Las Vegas.
Khamis, Mei 03, 2012
Autobiografi Siri 2 ....
Dewan Semekar ( sumber : Alumni Semekar ) |
Saya
sering merindui suasana di sekolah terutamanya selepas waktu asar. Mungkin
kerana hembusan angin yang mendamaikan pada petang ini menyebabkan memori lama
kembali berkunjung ke benak fikiran. Selama
13 tahun berada di alam sekolah, saya amat merindui yang berlaku di
Tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan enam atas. Kenangan pada masa ini amat
banyak. Pada tingkatan 3 saya telah naik
ke kelas no 1 ( kelas 3RK ) yang sebelumnya dari kelas 203. Kenaikan kelas ini
merupakan perkara yang tidak dijangka sama sekali kerana saya bukanlah pelajar
yang cerdik dan bukanlah seorang pelajar yang berdisiplin. Rekod ketidakhadiran
ke sekolah amat teruk, tingkatan satu sahaja dalam rekod tidak hadir selama
lebih 61 hari ( lebih 2 bulan tu ), semasa tingkatan 2 pula rekod yang hampir
sama dikekalkan. Semasa tingkatan 2 itu juga saya pernah tidak hadir ke sekolah
selama 11 hari berturut-turut pada bulan Febuari dan hanya hadir selama 8 hari
sahaja pada bulan tersebut. Saya juga pernah menerima sebanyak 3 surat amaran
kerana tidak hadir ke sekolah tapi satu pun daripada surat tersebut tidak
diserahkan kepada ibubapa sebagaimana arahan Cikgu Jamilah.[1]
Kebetulan GPK HEM[2]
pada masa itu menunaikan umrah. Jadi urusan tatadisiplin saya tersebut terpaksa
ditangguhkan. Guru yang memang tidak boleh dilupakan pada masa ini adalah cikgu
Rezmi dan Cikgu Juraimi.
Cikgu
Rezmi agak slow and steady namun semasa kelas beliau pelajar boleh dikatakan
pasif dan dilarang membuat bising. Jika buat bising juga, pelajar tersebut akan
dipanggil kedepan dan diadakan upacara halau syaitan dengan memukul dahi
pelajar. Pernah suatu ketika beliau terkena air liur yang diludah oleh pelajar
di blok dekat surau tu, Beliau tangkap pelajar tersebut dan membawa ke kelas
kami untuk di”tarbiyah”.[3] Kedua Cikgu Juraimi[4]
walaupun agak kelawar tapi agak tegas. Kami hampir satu kelas yang tidak
menyiapkan tugasan matematik telah dibariskan di luar kelas lebih tepat
dikawasan longkang kemudian kami perlu melakukan ketuk ketampi secara serentak.
Bukannya sedikit kena ketuk ketampi tu tapi mujurlah saya pada masa tu masih
seorang yang kurus. Semasa kelas beliau
juga, kami sering menjadi mangsa “penderaan” terutamanya kerana tidak dapat
menjawab soalan yang diberi. Berdiri atas kerusi dan meja adalah perkara biasa
pada masa tu. Semasa tingkatan dua ini juga berlaku peristiwa yang menyayat
hari bagi saya apabila rakan sekelas saya semasa tingkatan 1, iaitu Aizuddin
meninggal dunia akibat kemalangan bersama sepupunya di hadapan Masjid Kampung
Tok Dor . Saya sendiri sempat melihat jenazah beliau yang berada dibawah lori
dan masih berpakaian sekolah. Al-Fatihah.
Pada
tahun ini, Pengetua[5]
telah bersara. Beliau merupakan pengetua yang “happy” dan sukar untuk marah
kepada pelajar walaupun pelajar bising semasa ucapan beliau di perhimpunan
pagi. Semasa pentadbiran beliau juga, disebabkan sifat baik beliau, banyak
pelajar yang ponteng sekolah dan kelas atau sekurangnya lompat pagar untuk
membeli makanan diluar semasa rehat. Masalah moral juga banyak berlaku
disekolah pada masa itu. Saya sendiri secara peribadi pernah melihat “aksi
ringan” pelajar didalam kelas di blok bilik pengawas. Lebih daripada itu, saya
pernah melihat seorang pelajar lelaki dari Tok Dor ( nama dirahsiakan ) memberi
air mani kepada pelajar perempuan di tempat yang terbuka dan perempuan tersebut
hanya ketawa sahaja. Bukan niat hendak memburukkan sekolah tapi iaitulah yang
berlaku pada masa itu. Kejadian lawan guru juga adalah perkara biasa pada masa
itu bahkan guru sendiri seolah-olah takut dengan pelajar. Mungkin pelajar yang
mencecah 2000 orang itu sukar untuk dikawal oleh pihak sekolah itu sendiri.
Pada tahun 2003, juga Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila telah dibuka dan
pelajar di SMK Renek telah berkurangan. Semasa pengetua[6]
baru mengambil alih, tindakan tegas mula diambil. Pelajar yang tidak hadir ke
sekolah akan dirotan oleh guru yang bertugas. Paling seronok apabila yang
merotan adalah guru perempuan sebab perlahan berbanding guru lelaki yang
menggunakan sehabis tenaga untuk merotan pelajar. Pengetua Ayahanda pun tidak
kurang garangnya. Semasa awal beliau disini, boleh dikatakan banyak kes-kes
disiplin diselesaikan dengan cara “kekerasan” sehingga pelajar yang paling
samseng pun takut dengan beliau. Keadaan disiplin semakin terkawal apabila
pelajar semakin berkurang sehingga lebih kurang 800 orang sahaja apabila
beberapa buah sekolah berhampiran dibuka seperti SMK Tok Dor, SMK Jabi dan SMK
Guntong. Keadaan ini memudahkan urusan pentadbiran di sekolah itu sendiri. Jika
ditanya kepada saya siapakah tokoh reform SEMEKAR, pasti saya akan menjawab 2
orang pertama Tn Haji Abdul Rahman Jusoh dan Ustazah Latifah. Dua orang guru
ini menyumbang jasa yang besar dalam pembangunan sekolah terutamanya dari segi
sahsiah pelajar tanpa mengabaikan sumbangan yang diberikan oleh guru lain.
[1]
Saya pun tidak berapa ingat nama cikgu tapi kuat mengatakan bahawa cikgu
tersebut bernama Cikgu Jamilah. Beliau adalah guru kelas 203 pada tahun 2003.
Seorang yang baik dan betudung labuh. Beliau berpindah sekolah kalau tidak
silap pada tahun 2005.
[2]
GPK HEM pada masa ini kalau tidak silap adalah Cg Husin.
[3] Faham-faham je la maksud
tarbiyah tu
[4]
Beliau mengajar mata pelajaran matematik
[5]
Kalau tidak silap, pengetua pada masa ini ialah Hajah Kalthom.
[6] Ayahanda Tuan Haji Abdul Rahman,