Teori Dua Bangsa |
Masyarakat
India terbahagi kepada berpuluh-puluh suku kaum yang besar. Bahasa kebangsaan
India sahaja sudah sebanyak 17 bahasa. Dari sini dapatlah kita mengagak betapa
banyaknya suku kaum di India. Walaupun mereka mempunyai mempunyai persamaan
dari segi kaum dan etnik namun dalam terdapat perbezaan yang ketara pada mereka
iaitu anutan agama. Kebanyakan masyarakat India menganut agama Hindu atau Sikh
namun ada juga sebahagian daripada mereka menganut agama Islam. Walaupun agama
Hindu lebih dominan di India namun agama Islam tetap mendapat hati dalam
kehidupan masyarakat di sini. Dalam hikayat Hang Tuah pernah menyebut “ Maka
beribu-ribu rumah berhala dalam negeri itu,terlalu indah-indah perbuatannya dan
seribu buah masjid didalam negeri itu tempat anji-wartar sembahyang….”
Walaupun
hidup dalam kalangan sendiri selama berates-ratus tahun namun tiada kesatuan
diantara kedua penganut ini seperti sebuah sungai yang mempunyai punca yang
berbeza. Disebabkan perbezaan ini, teori dua bangsa telah diperkenalkan oleh
Sayyid Ahmad Khan. Teori ini dikemukan kerana menyedari perbezaan yang wujud
daripada segi sejarah latar belakang yang berbeza antara masyarakat Hindu dan
Islam daripada segi peradaban, adat, kesusasteraan dan sejarah. Perbezaan ini
sebenarnya telah menyebabkan berlakunya konflik yang berpanjangan antara
masyarakat Islam dan Hindu.
Sayyid
Ahmad Khan merupakan seorang pemikir moden Islam India dengan membawa idea
pembaharuan. Beliau melihat kegagalan pemberontakan Dahagi 1857 dan kunjungan beliau
ke Britain pada 1896-1897 maka lahirlah idea pembaharuan oleh beliau. Antara
idea pembaharuan beliau ialah Umat Islam India mundur kerana tidak mengikut
peredaran zaman, Sayyid Ahmad Khan juga percaya kepada kekuatan dan kekuasaan
akal, beliau juga menolak taqliq yang berlaku dalam masyarakat. Beliau juga
menyeru umat Islam untuk bekerja dengan British kerana pada beliau bekerja
dengan British lebih baik daripada bekerja dengan masyarakat Hindu yang
merupakan majoriti. Dengan bekerja di bawah British, diharapkan umat Islam akan
mendapat kemajuan dari segi ilmu, politik dan teknologi. Sumbangan Sayyid Ahmad Khan amat besar dari
aspek pendidikan. Melihat kepada ketidakmajuan dalam bidang pendidikan, beliau
telah mengasaskan sebuah pusat pengajian tinggi Islam iaitu Muhammadan
Anglo-Orientel Collage di Aligarh. Pusat pengajian tinggi ini merupakan pusat
pendidikan perguruan peringkat tinggi Islam di India yang meniru modul
universiti Oxford dan Cambridge dengan bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris.
Kejayaan
Teori dua bangsa ini dapat dilihat daripada kejayaan Liga Muslim untuk
mewujudkan sebuah negara Islam iaitu Pakistan kemudian Pakistan Timur berpecah
akibat pemberontakan kaum Banggali yang mewujudkan negara Pakistan dan
pewujudan Afghanistan oleh etnik Pasthun. Namun tidak semua umat Islam bersatu
dibawah Liga Islam untuk memperjuangkan teori dua bangsa ini kerana masih ada
umat Islam yang tidak menerima idea dua bangsa dan kebanyakan mereka tingal di
India untuk berjuang menuntut kemerdekaan. Antara tokoh terkenal yang menentang
teori dua bangsa ialah Abul Kalam Azad. Abul Kalam Azad melihat bahawa hanya
penjajah Inggeris yang harus diusir untuk menuntut kemerdekaan India dan
sanggup berjuang bersama dengan Mahatma Ghandi dan parti Kongres Kebangsaan
India. Semasa perang dunia pertama yang memperlihatkan kelemahan yang ketara
pada pihak Turki Uthmaniyyah, Abul Kalam Azad bersama dengan Muhammad Ali dan
Syaukat Ali telah mengasaskan gerakan Khilafat pada 1919. Apabila Liga Muslim
ingin menubuhkan negara Islam Abul Kalam Azad lebih suka berjuang membangun
nasionalisme India bersama Kongress dan telah dilantik menjadi presiden parti
tersebut pada umur 35 tahun.
Teori
dua bangsa merupakan teori penting dalam sistem politik Islam dalam kalangan
penduduk Islam di India. Walaupun wujud penentangan oleh sebahagian masyarakat
Islam, namun kepentingan teori ini tidak terjejas dan terus mendapat sokongan
umat Islam terutamanya apabila dihangatkan kembali oleh Muhammad Ali Jinnah
dalam usaha untuk menyatukan umat Islam di bawah payung Liga Muslim. Bahkan
pada tahun 1930, seorang tokoh India yang terkenal iaitu Muhammad Iqbal telah
mencadangkan pemewujudan sebuah negara majoriti Islam di barat laut India. Teori
dua bangsa ini juga telah memperlihatkan satu peristiwa sejarah yang penting
iaitu perpindahan penduduk yang terbesar didunia iaitu kira-kira 2 juta
penduduk dimana masyarakat Islam berhijrah ke wilayah Pakistan manakala
masyarakat Hindu dan Sikh pula berhijrah ke wilayah India. Perpindahan ini juga
telah memakan korban jiwa seramai 250,000 orang yang kebanyakan adalah orang
Islam yang dibunuh oleh tentera India.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek