Gambar Hiasan |
Sebagaimana
yang disebutkan diatas,kedatangan kaum India ke negara ini dengan tidak
mendatangkan apa-apa kepentingan terhadap negara ini melainkan kepentingan
ekonomi untuk mengubah taraf hidup dan taraf sosial. Ini kerana mereka yang
berkasta rendah di India telah diabaikan dan tidak dianggap sebagai manusia.
Kedatangan mereka ke sini telah menghilangkan sementara konsep kasta itu dan
jika dilihat kebanyakan daripada mereka yang dating ke Tanah Melayu adalah
mereka yang berkasta rendah. Walaupun jasad mereka di Tanah Melayu namun mereka
tidak dapat menerasikan diri dengan orang Melayu oleh sebab menganggap belajar
bahasa Melayu seperti masuk ke dalam Islam. Agama merupakan kekangan kepada
perpaduan kaum pada masa itu. Tambahan lagi,imigran India masih menganggap
negara India sebagai negara mereka dan menumpahkan taat setianya kepada negara
tersebut. Sebagaimana kaum Cina,kaum India juga tidak berminat untuk menghantar
anaknya ke sekolah Melayu dan lebih suka jika anaknya bekerja di ladang.
Oleh itu pada awalnya British tidak
mementingkan sangat sekolah Tamil kerana beranggapan bahawa orang India akan
pulang pada suatu hari nanti. Namun sebahagian besar daripada orang India itu
sendiri tidak mahu pulang ke negara mereka. Ini telah memaksa British untuk
mewujudkan sekolah untuk orang Tamil ini. Ada pendapat mengatakan bahawa
sekolah Tamil mula dibina di seberang Perai,Perak,Selangor dan juga Singapura
atas daya usaha yang dilakukan oleh mubaligh Kristian dan juga pemilik ladang. Terdapat kira-kira 4 jenis sekolah vernakular
Tamil iaitu Sekolah Tamil yang mendapat bantuan daripada kerajaan Inggeris,Sekolah
Tamil yang diurus oleh pihak
majikan,Sekolah Tamil yang diurus oleh masyarakat India dan juga Sekolah
Tamil yang diurus oleh Mubaligh Kristian.
Dalam
tahun 1816 telah diwujudkan sebuah sekolah yang terawal di Tanah Melayu iaitu
Penang Free School yang diasaskan oleh Eferan Kuching. Oleh itu,mereka
merasakan perlu untuk mewujudkan “cawangan” sekolahnya yang berbahasa Tamil.
Akhirnya pada 1950 telah diadakan mata pelajaran Tamil di sekolah itu serentak
dengan penubuhan Sekolah Anggota di Melaka yang menjadi antara sekolah terawal
Tamil di Tanah Melayu. Selepas British merasakan bahawa orang India perlu
dikekalkan kerana untuk menjimatkan kos pentadbirannya maka mereka telah
mewujudkan dan mengambil berat mengenai sekolah ini. Penubuhan sekolah
vernakular India ini mungkin lebih awal daripada sekolah vernakular Melayu.
Pada 1900-an dikatakan sudah ada 3 buah sekolah vernakular kerajaan dimana
salah satu daripadanya ialah sekolah Tamil. Sekolah-sekolah Tamil mula dibina
die stet-estet di Province Wenisly dan di kawasan Johor Utara. Sekolah
vernakular Tamil menggunakan kurikulum daripada India.
Pembinaan sekolah Tamil ini semakin rancak
dengan wujudnya Kanun Buruh atau Labour Code yang digubal pada 1912. Antara
sebab diwujudkan Kanun Buruh ini ialah permintaan kerajaan India yang mahukan
orang India yang kebanyakan berada idi estet mendapat pendidikan sewajarnya.
Jika sebuah ladang itu mempunyai 10 orang budak yang berumur antara 7 hingga 14
tahun maka pemilik ladang itu diwajibkan untuk membuat sekolah dan menyediakan
guru. Namun dasar ini hanya dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan British
sekitar tahun 1923. Dengan terlaksananya dasar ini,ia menunjukkan bahawa
sekolah Tamil akan berkembang dengan pesat. Ini kerana adalah hampir mustahil
untuk mencari sebuah ladang yang tidak memiliki budak yang berumur 7-14 tahun
tambahan lagi jika ladang yang besar.
Berkembangnya sekolah Tamil itu dapat
dibuktikan pada 1938,terdapat kira-kira 547 sekolah Tamil di kawasan
Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu. Daripada jumlah yang besar
itu,dapat dibahagikan pula kepada beberapa jenis sekolah Tamil itu. 13 buah
daripada jumlah itu adalah sekolah Tamil kerajaan,511 buah pula adalah sekolah
die estet-estet dan 23 daripadanya adalah sekolah Mubaligh. Jumlah yang besar
ini sudah cukup untuk mengatakan bahawa masyarakat India telah meninggalkan
masyarakat Melayu dalam bidang pendidikan jauh kedepan. Jika diperhatikan lebih
daripada 90% daripada jumlah sekolah terbabit adalah sekolah di kawasan estet.
Ini sekaligus menunjukkan bahawa Kanun Buruh telah berjaya dalam misinya.
Sekitar 1947 pula terdapat 741 buah sekolah Tamil dan dalam masa 3 tahun sehaja
berlaku peningkatan yang agak ketara iaitu kepada 881 buah sekolah. Namun tidak
semua daripada sekolah ini beroperasi dalam bahasa Tamil sepenuhnya. Ini kerana
masyarakat India Selatan itu sendiri mempunyai pelbagai dielek dan loghat
bahasa tersendiri yang tidak difahami antara satu sama lain. Daripada jumlah
besar itu,sebanyak 821 dikendalikan dalam bahasa Tamil,27 buah dikendalikan
secara dwibahasa iaitu Tamil dan Telegu,11 buah dalam bahasa Gujerat,10 buah
dalam bahasa Telegu sepenuhnya,5 buah sekolah Malayalam,2 buah dalam bahasa
Hindi dan 4 buah dalam bahasa Tamil,Malayalam,Sinhala,Gurkha dan Gujerat.
Dalam membicarakan mengenai masyarakat
India,kita tidak boleh sesekali melupakan masyarakat India Muslim. Walaupun
mereka “diakui” sebagai Melayu namun mereka tetap ingin mengekalkan identiti
sebagai India. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk menerokai peluang
perdagangan. Mereka ini datang daripada India utara dan India selatan. Golongan
India Muslim ini tidak bekerja sebagai buruh tetapi peniaga dibandar-bandar
seperti di Pulau Pinang. Mereka ini menitikberatkan pendidikan agama buktinya
kedatangan Haji Abdul Cader Alim sebagai utusan dari Persatuan Islam Daerah
Tanjore telah datang ke Tanah Melayu dan tinggal di Pondok Lebuh Chulia yang
menjadi kelas al Quran kepada kanak-kanak setempat. Mereka mendirikan masjid untuk menjadi pusat pengajian agama dan Abdul Qader
menjadi imamnya. Kedatangan masyarakat India Muslim di Sarawak telah
menggiatkan lagi penyebaran agama Islam dan mendirikan Madrasah Islamiah. Ini
bermakna,masyarakat India Muslim tidak mementingkan pendidikan vernakular Tamil
tetapi lebih kepada pendidikan agama.
Pra-kemerdekaan dan pasca-kemerdekaan telah
memaksa sekolah vernakular India ini menerima setiap laporan pendidikan yang
dibuat. Ini kerana kebanyakan daripada sekolah vernakular ini adalah miskin di
kawasan ladang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek