Falsafah Pendidikan Kebangsaan |
Semasa
Malayan Union,British mahu mewujudkan sekolah yang berasaskan bahasa Ibunda.
Dalam Education Bill,bahasa Melayu pada masa itu tidak pernah pun
dicadangkan untuk diajarkan di sekolah Tamil. Lebih malang lagi,Pengarah
Pelajaran Malayan Union pada masa itu Cheesemen telah mencadangkan supaya
diwujudkan sekolah rendah secara percuma dan juga diwujudkan 2 jenis sekolah
menengah iaitu sekolah menengah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantarnya dan satu lagi sekolah yang menggunakan bahasa Ibunda sebagai
pengantar. Antara perkara yang dicadangkan dalam laporan ini ialah menyusun
semula sistem persekolahan,menghapuskan yuran sekolah rendah. Ini bermakna pada
peringkat sekolah rendah,pendidikan percuma akan diberikan. Lebih hebat
lagi,Cheesemen telah mencadangkan untuk mewujudkan sekolah vakasional namun
tidak berjaya kerana kos yang diperlukan amat tinggi. Namun penentangan orang
Melayu terhadap Malayan Union kerana menggugat “ketuanan Melayu” pada masa itu
telah menyebabkan Malayan Union dihapuskan dan digantikan dengan Persekutuan
Tanah Melayu 1948.
Selepas kegagalan Cheesemen,selepas itu
telah diwujudkan satu lagi jawatan kuasa pendidikan yang bertujuan mengkaji
satu dasar pendidikan untuk Tanah Melayu. Oleh itu,Laporan Barnes 1950 telah
diwujudkan bagi menjalankan tugas ini. Sebelum itu,pada 1949,kerajaan telah
menubuhkan Pusat Penasihat Pelajaran yang akhirnya tertubuhnya Jawatankuasa
Barnes. Barnes mencadangkan supaya hanya
diadakan 2 jenis sekolah rendah sahaja iaitu yang menggunakan pengantar bahasa
Inggeris dan juga bahasa Melayu. Laporan ini juga mengcadangkan supaya darjah
1- 6 diberi pendidikan secara percuma. Bahasa India dan Cina hanya akan diajar
jika terdapat 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa tersebut. Selain
itu,bahasa Melayu perlu diajarkan di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris di
ajar di sekolah Melayu. Ini secara tidak langsung orang India terpaksa
mempelajari bahasa Melayu jika bersekolah kerajaan. Laporan ini juga bermaksud
terhapusnya sekolah vernakular Tamil dan juga vernakular Cina. Penentangan
hebat dilakukan oleh orang Cina dan India kerana berpendapat bahawa bahasa dan
kebudayaan mereka terancam. Selain alasan itu, Ordinan ini tidak berjaya kerana
kekurangan kewangan kerajaan pada masa itu dan juga ketiadaan guru terlatih di
sekolah kebangsaan pada waktu itu. Oleh itu,telah diwujudkan jawatankuasa Fenn
Wu dan Indian Education Committee.
Laporan Fenn Wu telah dianggotai oleh
Dr.W.P.Fern dan Dr Wu The Yau. Dalam laporan Fenn Wu,penekanan perlu diberikan
kepada bahasa Cina yang mana menjadi satu symbol bangsa Cina. Dalam Laporan
Fenn Wu turut mencadangkan bukan sahaja bahasa Cina diajar namun bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris juga turut diajar. Dalam penggubalan jawatankuasa ini,tiada
wakil India menyebabkan orang India berasa terpinggir. Maka mereka telah
mewujudkan satu jawatankuasa yang lain untuk kepentingan kaum India ini.
Masyarakat India telah mewujudkan satu
jawatankuasa yang berlainan yang dikenali sebagai Indian Education Committee. Jawatankuasa ini telah diwujudkan pada tahun
1951 dan dipengerusikan oleh K.L Devasar. Jawatankuasa ini menerima bahasa
Melayu untuk diajarkan di sekolah-sekolah namun ada beberapa penambahbaikan
seperti bahasa ibunda juga turut diajar. Ini merupakan tuntutan yang dilakukan
oleh masyarakat India. Ini menunjukkan sekitar tahun 1950,masyarakat Cina dan
India menerima bahasa Melayu diajar di sekolah-sekolah disamping bahasa
Inggeris. Kedua-dua jawatankuasa ini pada dasarnya menerima laporan Barnes
dengan beberapa penambahbaikan.
Selepas Laporan Fenn Wu dan Indian
Education Committee,satu lagi jawatankuasa pendidikan telah diwujudkan pada
1952 yang dikenali dengan Ordinan Pendidikan 1952. Ordinan ini menegaskan
bahasa bahasa Inggeris dan bahasa Melayu akan diajarkan di sekolah-sekolah.
Pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga ditekankan disekolah
vernakular namun mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan orang India dan
Cina. Akhirnya Ordinan Pelajaran 1952 ini kurang berkesan dalam pelaksanaannya.
Selepas “kegagalan” Ordinan Pelajaran
1952,maka 4 tahun kemudian telah diwujudkan satu lagi jawatankuasa pendidikan
yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Penyata Razak telah memberi banyak
sumbangan dalam industri pendidikan negara. Abdul Razak yang merupakan Menteri
Pelajaran pada waktu itu telah melihat bahawa sekolah vernakular Melayu,Cina
dan India tidak deberi peluang yang adil. Ia juga sebagai tanda bersungguh-sungguh
kerajaan pada masa itu untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
di sekolah. Penyata Razak telah mewajibkan bahasa Melayu dan Inggeris di ajar
di sekolah tetapi bagi sekolah Jenis Kebangsaan boleh menggunakan pengantar
dalam bahasa Inggeris,Cina dan Tamil.
Dalam penyata ini juga dinyatakan bahawa,mereka perlu lulus bahasa
Melayu untuk menjadi pegawai kerajaan dan untuk masuk sekolah menengah bantuan
kerajaan.
Dalam Penyata Razak ini juga ditegaskan bahawa
hanya wujud 2 jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
Sekolah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan
Sekolah Jenis Kebangsaan menggunakan bahasa ibinda masing-masing. Ia secara
tidak langsung memberi peluang lebih besar untuk kanak-kanak Tamil mempelajari
bahasa Melayu dan mereka tentulah akan bersungguh-sungguh untuk menguasainya
untuk naik ke sekolah menengah ataupun untuk menjadi pegawai kerajaan. Dalam
mempelajari bahasa Melayu,bahasa ibunda mereka tidak diabaikan sama sekali
sekalius menunjukkan kaum India tidak diabaikan dalam pendidikan.
Pada 1959,diwujudkan satu lagi jawatankuasa
penyemak pelajaran yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu
iaitu Abdul Rahman Talib. Laporan ini mengesorkan supaya semua sekolah
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dalam Laporan ini,hanya
sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sahaja akan
diberikan bantuan manakala sekolah yang
diberi separa bantuan akan ditarik bermula 1Januari 1962. Sekolah yang enggan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menjadi sekolah
persendirian. Semua yuran sekolah rendah dimansuhkan tetapi sekolah dibenarkan
mengutip yuran tahunan sebanyak $ 4.50 dan sekolah menengah $6.50 dan yuran
bulanan sebanyak $5.00. Pelaksanaan dasar pendidikan ini telah memaksa
kebanyakan sekolah vernakular India menerima bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Namun jaminan meneruskan pembelajaran Tamil tetap diberikan
sebagaimana yang disebut dalam penyata Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek