Gambaran Buruh India |
Waktu
yang sebenarnya untuk menentukan kedatangan kaum India tidak dapat dipastikan
dengan jelas. Ini kerana sejak zaman Melaka lagi sudah ada catatan mengenai
kedatangan kaum India ke negara ini. Namun kedatangannya ke negara ini pada
masa itu adalah untuk berdagang semata-mata. Namun tidak mustahil ada
sebahagian daripada mereka yang tinggal/menetap terus di negara ini kerana
sudah berkahwin dengan penduduk tempatan. Namun jumlahnya mungkin terlalu kecil
sehingga diabaikan oleh ahli sejarah. Maka wujud pelbagai andaian mengenai bila
tarikh terawal kedatangan kaum ini ke negara ini. Pada pandangan
R.O.Winsted,orang India mula dating ke Tanah Melayu sejak kurun ke 14 lagi jauh
mendahului daripada kaum Cina. Menurut Winsted lagi,oleh sebab kedatangan
mereka dalam kelompok yang kecil,mereka tidak menggunakan bahasa Prakrit tetapi
menggunakan bahasa penduduk tempatan.
Imigran Tamil yang datang ke Tanah Melayu
terdiri daripada pelbagai jenis keturunan bukannya daripada satu keturunan
sahaja sebagaimana yang fahami oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia.
Antara keturunan India yang datang ke Tanah Melayu ialah Tamil dari Tamil
Naidu,Malayali dari Karala/Malabar,Telegu dari Andra Pradesh,Sikh dari
Punjab,Tamil Chettiar dari Tamil Naidu,Gujrati dari India Utara. Kebanyakan
mereka yang datang ialah daripada pelbagai golongan Chettier,golongan
professional seperti doctor,askar terutamanya Gurkha,pekerja di ladang dan juga
untuk membina jalan keretapi.
Selepas berlakunya perkembangan ladang
,kopi,tebu dan getah telah memaksa British untuk mengambil pekerja dari India
untuk mengusahakannya. Perkembangan dalam industri getah adalah berlaku dalam
keadaan mendadak. Pada 1900 hanya terdapat sekitar 50 000 ekar sahaja tanaman
getah namun dalam masa 11 tahun sahaja iaitu pada 1911 ladang getah telah
meningkat kepada 543 000 ekar iaitu peningkatan lebih 10% dan pada tahun 1938
terus meningkat kepada 3 272 000 ekar. Namun tidak semua orang India yang dibawa
masuk bekerja di ladang getah namun ada juga antara mereka yang bekerja di
landasan keretapi. Pada 1921,dianggarkan seramai 8009 orang India telah bekerja
di landaan keretapi.
Jadual
1 : Kedatangan kaum India ke Tanah Melayu antara 1911-1931
Negeri
|
1911 ( orang )
|
1921 ( orang )
|
1931 ( orang )
|
Negeri-Negeri
Selat
|
82 055
|
104 628
|
132 277
|
Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu
|
172 465
|
305 219
|
379 996
|
Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu
|
12 639
|
61 781
|
110 951
|
Jumlah
|
267 159
|
471 628
|
623 224
|
( Sumber : Daripada buku . Sejarah Masih Relevan
m/s 243 )
Kemasukan kaum India ke Tanah Melayu secara
mendadak ini kerana mempunyai sebab penarik dan sebab penolaknya. Antara sebab
penarik kedatangan mereka kesini ialah faktor peluang pekerjaan yang ada di
negara ini. Selain itu,mereka merasakan hidup dinegara ini lebih selamat
berbanding di negara sendiri. Faktor penolak pula ialah keadaan masyarakat di
India yang rata-rata hidup dalam kemiskinan dan kebuluran yang banyak berlaku.
Ini dapat dibuktikan apabila berlakunya kemelesetan ekonomi pada masa itu.
Kemasukan mereka ke negara ini semasa
berlakunya kemelesetan ekonomi ialah berkurangan sama sekali.
Ini menunjukkan kedatangan mereka ialah
semata-mata kepentingan ekonomi. Kemasukan masyarakat India ke negara ini
melalui beberapa cara iaitu melalui sistem buruh bebas,sistem kangani dan juga
sistem kontrak. Melalui sistem buruh bebas,mereka bebas untuk memilih pekerjaan
di Tanah Melayu. Dalam sistem kontrak pula,mereka akan dibawa ke Tanah Melayu
dengan pembiayaan tetapi mereka perlu bekerja antara 1- 3 tahun dengan gaji
antara 9 hingga 13 sen sehari sahaja. Sistem ini begitu menindas pekerja
semata-mata untuk membayar balik hutang untuk datang ke sini. Disebabkan itu,
sistem Kangani telah diperkenalkan. Sistem Kangani bermaksud ketua atau mandul
. Mengikut sistem ini,mereka yang diberi lesen akan mencari buruh di India
untuk bekerja di Tanah Melayu namun pelaksanaanya tidak lama apabila diharamkan
oleh kerajaan kerana ada penyelewengan.
Oleh
itu,boleh dikatakan bahawa wujudnya sekolah vernakular tamil ini kerana
perkembangan dalam pembukaan ladang
getah dan kopi. Pendidikan Vernakular Tamil hanya disediakan pada peringkat
rendah sahaja semata-mata untuk membasmi buta huruf dalam kalangan masyarakat
itu. Kebanyakan pekerja dari India ini berasal daripada India Selatan yang mana
kebanyakan daripada mereka ini buta huruf dan dating ke Tanah Melayu dengan
satu tujuan iaitu mencari kehidupan yang lebih baik tambahan lagi sistem kasta
yang diamalkan di India telah menyebabkan mereka berhijrah terutamanya mereka
yang berkasta rendah. Namun tidak semua orang India yang datang ke Tanah Melayu
menetap di kawasan Ladang. Ini kerana ada sebahagian daripada mereka menetap di
kawasan Bandar dan lebih cenderung kepada pendidikan Inggeris.
Sebelum wujudnya sekolah vernakular
Tamil,lebih awal dari itu telah wujud sekolah Tamil yang dikenali sebagai Tinnai
Pali yang mana guru-guru dan buku teks dari India telah dibawa masuk.
Sekitar abad ke 19 dan awal abad ke 20,Industri getah telah berkembang pesat
dan ini telah mendorong British mengambil buruh dari India Selatan dan dibayar
dengan gaji yang murah. Oleh itu kebanyakan daripada sekolah Tamil berada jauh
kedalam ladang getah. Semasa penjajahan Jepun, Jepun tidak menghapuskan sekolah
vernakular Tamil dan Melayu namun menambahnya dengan bahasa Jepun. Namun
sekolah vernakular Cina dan Inggeris telah dihapuskan dan digantikan dengan
Nippon-Go yang menekankan lagu klasik Jepun dan kebudayaan Jepun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek