Pengeran Diponegoro |
Selepas berlakunya revolusi
pertanian dan juga revolusi perindustrian dibarat didapati sumber-sumber bahan
mentah adalah tidak mencukupi. Oleh itu mereka mula menjelajah kedunia luar
untuk mencari bahan mentah tersebut selain mencari pasaran untuk memasarkan
barangan mereka. Disebabkan itu,penjajahan barat menjadi lebih cepat. Selain
revolusi perindustrian,revolusi politik yan berlaku dibarat juga telah
menyebabkan kemasukan barat ke Asia Tenggara. Pada zaman feudal,masyarakat
eropah dikuasai oleh golongan raja dan juga golongan aristokrat yang banyak
berpengaruh keatas kehidupan masyarakat awam kerana memiliki tanah yang
disewakan kepada rakyat bawahan. Namun selepas berlakunya perkembangan bandar
telah melahirkan golongan Berjouis atau kelas menengah. Mereka ini bergiat
dalam bidang ekonomi sehingga kekayaan yang dimiliki mampu menyaingi golongan
aristokrat. Pada awalnya,tuntutan golongan ini untuk terlibat dalam politik
tidak dilayan namun selepas peranan ekonomi yang dimainkan oleh golongan ini
mampu meningkatkan lagi harta raja maka golongan ini telah diberi kuasa politik
sedikit demi sedikit. Dari sinilah juga lahirkan kesedaran untuk mencari tanah
jajahan baru untuk memasarkan hasil keluaran mereka.
Antara negara-negara yang pernah melakukan penjajahan di Asia Tenggara
ialah Belanda,Amerika Syarikat,Portugis,British dan Sepanyol. Belanda menguasai
kawasan kepualaun Indonesia yang berpusat dikawasan Jawa dan juga memiliki
Melaka sehingga termeterainya perjanjian Inggeris Belanda yang memisahkan kawasan
pengaruh antara mereka. Belanda telah ditakluk oleh Perancis pada 1795 sehingga
rajanya telah melarikan diri ke Britain dan tanah jajahan Belanda di kawasan
Asia Tenggara telah dikuasai oleh British melalui surat kew. Dan tanah jajahan
Belanda dikembalikan semula selepas perang Nepoleon tamat.
Penjajahan barat sering dikatakan sebagai untuk Glory,Gold,Gospel
mahupun White Man Burden sedangkan jika dilihat secara halus kedatangan mereka
bukanlah untuk tujuan itu melainkan semata-mata propaganda mereka untuk
menyakinkan masyarakat dengan tugas murni mereka. Sebetulnya mereka telah
banyak menkristiankan masyarakat terutama penjajah Perancis dan Sepanyol namun
itu semua adalah untuk menjadikan masyarakat yang dijajah tersebut untuk taat
kepada mereka dan merasakan mereka sebahagian daripada penjajah itu sendiri
sekkaligus dapat mengurangkan risiko pemberontakan. Sepanyol telah melaksanakan
dasar kejam dengan memaksa penduduk Filipina untuk masuk agama Kristian
sehinggakan kawasan penduduk Islam telah masuk ke agama Kristian terutamanya di
kawasan Cebu dan Manila bahkan mereka juga telah berjaya memeurtadkan seorang
raja Sulu dan raja tersebut telah digulingkan. Walaupun penduduk telah dipaksa
untuk masuk kristian namun setelah beberapa generasi mereka akan serasi dengan
agama tersebut dan merasakan mereka sebahagian daripada agama tersebut dan mahu
menjadi sebahagian daripada negara Sepanyol. Kedatangan mereka antara lain
adalah disebabkan ekonomi dan untuk menunjukkan kuasa mereka. Bukti mereka
bukannya ingin menyebarkan agama Kristian secara bersungguh ialah Sepanyol
tidak pernah untuk berusaha memajukan masyarakat Filipina tetapi terus
membiarkan masyarakat Filipina terus mundur untuk mengekalkan kuasa mereka dan
memudahkan mereka mengeksploitasi masyarakat Filipina.
Ekonomi telah memainkan peranan yang penting selain daripada masalah
agama dalam jelajah penjajahan masyarakat barat. Namun yang lebih ketara
diantara dua ini ialah masalah ekonomi. Masyarakat eropah pada masa itu dalam
proses kebangkitan selepas mengalami 1000 tahun zaman kegelapan. Mereka bangkit
untuk mendapatkan tanah jajahan dan berusahan
untuk menunjukkan bangsa mana yang lebih kuat dalam kalangan masyarakat
eropah. Untuk membekal peralatan perang untuk tentera mereka sudah tentulah
ekonomi amat penting. Pasaran dan bahan mentah dieropah adalah terhad dan
kawasan di Asia Tenggara merupakan antara kawasan yang banyak memiliki bahan
mentah dan juga pasaran untuk barangan mereka. Bahan mentah dan kekayaan
diangkut ke negara barat untuk industri pembuatan dan juga industri
persenjataan yang mana perang dinegara eropah pada masa itu belum berhenti.
Kedatangan barat ke kawasan Asia Tenggara menjurus kepada kepentingan
mereka bukannya kerana tugas dan bebanan yang terpaksa mereka pikul untuk
mentamadunkan masyarakat Asia Tenggara pada waktu itu. Penindasan keatas
penduduk sudah menunjukkan bahawa kedatangan masyarakat eropah bukannya kerana
faktor “White Man Burden”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek