Peta Kuno Asia Tenggara |
Asia Tenggara adalah merujuk kepada negara-negara yang terletak diantara tamadun China dan juga tamadun India. Ia terdiri daripada negara kebenuaan dan juga negara kepulauan. Negara kebenuaan terletak daripada Siam ( Thai ) dan keutara yang meliputi negara Burma,Laos,Kemboja,dan Vietnam manakala negara kepulauan ialah negara yang berada di kawasan selatan daripada Siam iaitu Malaysia,Brunei,Indonesia dan yang terbaru Timur Leste. Perkataan Asia Tenggara adalah perkataan yang baru diguna pakai. Ia mula berkembang selepas K.M.Pannikar menggunakan istilah Asia Tenggara dalam bukunya Future of Southeast Asia pada 1943 untuk merujuk benua yang terletak diantara dua tamadun itu. Walaupun terkandung dalam kelompok wilayah yang sama namun setiap negara mempunyai bahasa dan kebudayaan yang tersendiri dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Namun ciri kesamaan yang terdapat antara negara-negara di Asia Tenggara ialah pernah menerima pengaruh Hindu dan merupakan pengaruh yang dominan di rantau ini. Walaupun begitu,hanya Vietnam sahaja yang menjadikan pengaruh China sebagai dominan. Perkataan Indo-China pula merujuk kepada kawasan yang menerima pengaruh tamadun India dan juga tamadun China. Namun sejak abad ke-16,kawasan-kawasan di Asia Tenggara mula menerima pengaruh barat apabila berada dalam pentadbiran barat kecuali Siam yang masih dalam pengaruhnya sendiri tetapi tetap menerima pengaruh barat dalam sistem pentadbirannya bagi mengelakkan daripada dijajah oleh kuasa barat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek