Syed
Qutb merupakan salah seorang pejuang Ikhwanul Muslimun Mesir. Beliau merupakan
antara tokoh pejuang yang amat dikenali di seluruh dunia elain daripada Imam
Hasan Al Banna. Walaupun popularitinya
tidak setanding dengan Imam Hasan Al Banna namun Syed Qutb tetap menjadi
satu ikon yang tersendiri kepada fikrah perjuangan Islam seluruh dunia. Syed
Qutb merupakan salah nama yang sering meniti di bibir setiap mereka yang
memperjuangkan fikrah Islam di seluruh dunia. Daripada Mesir nama Syed Qutb
terus dikenali didunia sehingga ke Nusantara. Pengaruh Syed Qutb lebih cepat
tersebar apabila kitab tarsir Al Qurannya iaitu Fi Zilalil Quran digunakan di
seluruh dunia. Selain itu,pengaruh Sayyid Qutb terus tersebar ke Nusantara
apabila di bawa oleh pelajar Melayu di sana. Kebanyakan pelajar Melayu yang
belajar di Mesir secara langsung mahupun tidak langsung akan terpengaruh dengan
gerakan perjuangan Ikhwanul Muslimun.
Beliau mula menjadi ahli kepada gerakan
Ikhwanul Muslimun pada sekitar akhir tahun 1940-an. Beliau amat terpengaruh
dengan keperibadian yang dimiliki oleh pengasas kepada Ikhwanul Muslimun iaitu
As Syahid Imam Hassan Al Banna yang terbunuh akibat di tembak yang di percayai oleh
kerajaan Mesir.Selain terpengaruh dengan perjuangan Imam Hassan Al Banna beliau
juga turut terpengaruh dengan dengan aliran Akkad iaitu aliran pujangga sastera
dan beliau bersama dengan aliran ini sehingga akhir hayatnya.
Disini kami akan membincangkan tentang
perjuangan Syed Qutb sebagaimana tajuk kami iaitu Perjuangan Syed Qutb.Kami
akan menjelaskan tentang siapakah Syed Qutb dan juga cara dan langkan
perjuangannya dalam mendaulatkan sistem khalifah sehingga idea beliau menjadi
ikutan kepada fikrah perjuangan Islam sehingga kini. Kami juga sebolehnya akan
menghuraikan tentang idea dan seruan yang di bawa oleh tokoh ini.
Syed Qutb telah menyertai Ikhwanul Muslimun
pada tahun 1951 lagi dan beliau mula terkenal melalui penerbitan karya dan tulisan.Beliau
juga orang pertama yang membaiah Hassan Hudaibi selaku Mursidul Am kedua Ikhwan
Muslimun Mesir.Tindakan ini sebenarnya amat penting bagi mengelakkan perpecahan
kepada anggota Ikhwan.Tindakan Syed Qutb membaiah Hassan Al Hudaibi dikira
langkah yang cukup bijak kerana pengaruhnya yang kuat dalam jemaah Ikhwan itu
sendiri.Jika Syed Qutb membaiah semestinya rakannya atau pengikutnya akan turut
membaiahnya.
Biodata Syed Qutb
Nama sebenar Syed Qutb ialah
Al-Maqhfurulahu Al-‘Arif Billah As –Syahid Sayyid Ibn Qutb Ibrahim. Syed
Al-Qutb telah dilahirkan di kampung Musyah, daerah Asyut, Mesir. Beliau telah
dilahirkan pada tahun 1906. dia dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai
kedudukan terhormat di kampung. Keluarga beliau juga merupakan keluarga yang
mengikut ajaran agama. Selain itu, bapanya iaitu Haji Qutb Ibrahim merupakan
seorang yang banyak berbakti kepada orang fakir miskin. Bapanya juga merupakan
seorang yang disegani.Ayah kepada Syed Qutb bukanlah seorang yang kaya,beliau
hanyalah seorang petani biasa yang perpegang kuat kepada ajaran Islam.Ini telah
dinyatakan oleh Syed Qutb dalam buku yang dibuat untuk ayahnya yang berjudul
Masyahid al Qiyamah fi al-Quran yang bermakna hari kebangkitan dalam al Quran.Didalam
kitabnya al Taswir al Fanni fil al Quran ( cerita keindahan
dalam Al Quran ) pula ada menyatakan harapan ibunya kepada Allah supaya
menjadikannya hafaz al Quran dan dapat membacakan untuk ibunya dengan merdu.
Ayahnya sering mengadakan majlis-majlis
jamuan di rumahnya bagi menyambut hari kebesaran Islam seperti Nisfu
Syaaban,Hari Ashura,Israj Mikraj bahkan sepanjang bulan Ramadhan para qurra
akan membacakan Al Quran di rumahnya. Ayahnya juga sering mengadakan Majlis
Tilawah Al-Quran terutamanya pada bulan Ramadhan. Ibunya juga merupakan seorang
yang amat menyintai al-quran. Ini telah menarik minat anaknya iaitu Syed Qutb
untuk mendalami al-Quran. Syed Qutb merupakan seorang yang mempunyai ingatan
yang kuat. Ini telah terbukti apabila beliau telah berjaya menghafal Al-Quran
dalam usia yang sangat muda iaitu sebelum usianya mencecah 10 tahun.Beliau
merupakan seorang yang berbakat dan mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi ini
dapat dibuktikan dengan kejayaannya sering menang dalam pertandingan tilawah Al
Quran. Ini telah terserlah sejak beliau masih kanak-kanak lagi. Ini telah
menyebabkan guru-gurunya kagum dengannya sehinggakan beliau naik kelas satu
tanpa menghabiskan kelas persediaan.Selepas habis sekolah ini yang hanya
berlangsung selama 5 tahun beliau ingin pergi ke Kaherah namun satu revolui
yang berlaku sejak 1909 belum selesai sehinggakan beliau menangguhkan
pengajiannya. Beliau juga merupakan seorang yang sentiasa mendampingi Al-Quran.
Ini telah menyebabkan beliau pergi memasuki kuliah Darul Ulum. Darul Ulum
merupakan sebuah pusat pengajian tinggi Islam dan sastera arab yang terkenal.
Ini telah menyebabkan kefahamannya mengenai Al-Quran dan Islam menjadi semakin
baik.Sebelum itu,beliau belajar di madrasah Muallimin al awwaliyya iaitu sebuah
sekolah perguruan yang terletak di Kaherah ketika berusia 15 tahun dan tinggal
bersama bapa saudaranya yang bernama Ahmad Husayn Uthman seorang lulusan Al
Azhar.Selepas habis belajar di sini beliau telah menjadi tenaga pengajar
sekolah rendah.Walaupun berhajat untuk menyambung pelajaran di Kaherah namun
disebabkan tidak mampu beliau hanya memendam rasa tambahan pula ayahnya
meninggal semasa beliau belajar di sini. Di Muallimin al awwaliyah juga,beliau
telah berkenalan dengan seorang penulis yang bernama Abbas al Aqqad.Semasa
disini juga juga beliau telah menulis di majalah parti Wafd yang bernama
Balagh.Semasa di Dar al ulum pula beliau menjadi pengarang kepada majalah fikr
al jadid.Beliau telah masuk ke sekolah persediaan ke Dar al Ulum pada umur 22
tahun iaitu pada tahun 1928 dan pada tahun 1930 barulah beliau masuk ke Dar Al
Ulum.Beliau mengambil jurusan Bahasa Arab dan juga Ulum al Syari’ah.
Selepas beliau menamatkan
pengajiannya, beliau telah melibatkan dirinya dalam bidang perguruan dan
penulisan. Beliau telah dipindahkan ke bahagian pentadbiran di Kementerian
Pelajaran di Kaherah pada tahun 1939. Pada tahun 1948 sehingga tahun 1950,
beliau telah dihantar ke Amerika untuk mempelajari sistem pengajian dan
pembelajaran di Colorado State College of Education. Setelah menamatkan
pengajiannya di Amerika, beliau telah menumpukan seluruh hayatnya kepada
pengajian Islamiah. Pada tahun 1951-1964, merupakan masa peralihan beliau. Pada
ketika ini, lahirnya karya-karya agung yang menjadi buku warisan Islam. Tafsir
“Fi Zilalil Quran” merupakan karya yang menjadi mercu tanda daya penghasilan
intelektualnya. Beliau telah mengambil masa selama 8 tahun. Pada tahun 1945,
Syed Al-Qutb telah menyertai Gerakan Islam Ikhwan. Syed al-qutb pernah
ditangkap tetapi telah dibebaskan oleh Jamal Abdul Nasir. Namun selepas setahun
dibebaskan, Syed Al-Qutb dan rakan-rakannya telah ditangkap semula. Pada tahun
1966, beliau dan rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul
Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tentera
Mesir. Syed Al-Qutb telah menemui ajalnya pada pagi isnin pada 29 ogos 1966.Namun
selepas Mahkamah Tentera Mesir menjatuhi hukuman gantung ia telah menggemparkan seluruh dunia.Banyak
pertubuhan luar negara mendesak supaya hukuman itu di tarik balik antaranya
Parti Jamiat e Islami Pakistan,Majlis Pertubuhan Islam,Liga Awami,Liga
Islam,Kesatuan Ikatan Britain,Setiusaha Agung Parti Islam Lubnan ( Fathi Yakan
) dan 40 orang ulamanya,Majlis al Ummah Tunisia serta mufti negarnya,Putera
Mahkota Jordan,Persatuan Asas Sudan,Ilal al Fasi,Pengerusi Parti Kemerdekaan
Morocco,Ketua Rabitah al Ulama Iraq,Syeikh Ahmad al Zahawi dan 3 orang ulama
besarnya namun disebalik rayuan mereka itu semua Rejim Gamal Abdul Nasir tetap
melaksanakan hukuman terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek