Sejak
menyertai Ikhwan pada tahun 1951,Syed Qutb sudah aktif dalam menjalankan tugas
dakwah dan gerakan Islam Mesir.Sejak lulus daripada kuliahnya di Tajhiziyah Dar
Al-Ulum
(nama asal bagi Universiti Kaherah ) pada 1933 sebagai sarjana dalam bidang
pendidikan sehinggalah tahun 1951,beliau tidak terlibat dalam politik Mesir
pada waktu itu.Selepas tamat pengajian beliau telah bekerja sebagai pegawai di
Kementerian Pendidikan Mesir.Sambil itu beliau juga aktif dalam memperjuangkan
hak pekerja melalui persatuan pekerja.Beliau mula menyertai Ikhwan hanya pada
tahun 1951.Namun walaupun tidak telibat dengan politik Mesir,beliau telah
menjadi seorang pengarang buku yang hebat mungkin kerana minatnya dalam
kesusasteraan arab.Bahkan semasa menuntut di Darul Ulum beliau mengambil satera
arab.Buku karangannya lebih dilihat islamik berbanding dengan kebanyakan
penulis Mesir pada waktu itu yang banyak menulis tentang sosial dan maksiat
yang berlaku di Mesir.Sepanjang hidupnya beliau telah mengarang 24 buah buku
termasuk novel dan juga seni kritikan sastera.Buku karangan popular baginya
ialah Petunjuk Sepanjang Jalan dan
juga Fi Zilalil Quran yang mengandungi 30 juzuk yang telah mempengaruhi dunia
terutamanya dalam bidang ummah dan juga jihad.
Peluang belajar di luar negara terbuka
baginya semasa bekerja selaku pengawas di Jabatan Pendidikan Mesir.Beliau ke
Amerika untuk mendalami segala ilmu pengetahuan terutamanya tentang pendidikan
yang sesuai dengan sarjananya selama 2 tahun iaitu dari tahun 1948 hingga 1950.Semasa
di Amerika beliau terpaksa membahagikan masa dengan baik baik untuk belajar di Wilson’s Teacher’s College
di Washington, Greeley College di Colorado ( sekarang dikenali sebagai Universiti
Northern Colorado ), dan Stanford
University di California. Beliau
berpeluang untuk mengunjungi banyak bandar besar di Amerika dan juga mengunjungi Britain,Itali serta Swiss.Di Amerika Syed Qutb
telah belajar tentang metod pendidikan barat ( Western Methods of Education
).Di sebabkan itu Syed Qutb dapat memahami tentang pemikiran barat dan
sekembalinya ke Mesir beliau amat menekankan tentang bahaya perang pemikiran
yang dilancarkan oleh barat .Namun hakikat sebenarnya disebalik penghantaran
Syed Qutb ke Amerika ialah kerana Syed Qutb telah menulis beberapa artikel yang
bertentangan dengan ideologi kerajaan sehingga menimbulkan kemarahan
kementerian Pelajaran Mesir.Atas dasar ingin “membasuh” Syed Qutb maka beliau
telah dihantar ke Amerika. Semasa di Amerika ini juga Syed Qutb telah terpengaruh dengan gerakan
yang digelar Ikhwanul Muslimun.Perjuangan ahli ikhwan yang sanggup mati kerana
perjuangan telah membuka mata Syed Qutb betapa pentingnya melibatkan diri dalam
politik.Dalam mengingatkan orang Islam tentang perang pemikiran yang dibuat
oleh barat beliau telah menulis :
“ Para penjajah hari
ini tidak mengalahkan kita dengan senjata dan kekuatan,tetapi melalui orang
kita yang telah terjajah jiwa dan fikiran mereka.Kita dikalahkan oleh dakyah
yang ditinggalkan oleh penjajah kepada Kementerian Pelajaran dan Pendidikan
serta juga buku-buku mereka.Kita kalah oleh pena-pena yang tenggelam dalam
tinta kehinaan dan jiwa yang kerdil ,sehingga pena itu akan bangga jika menulis
tentang para pembesar Perancis,Inggeris dan Amerika”.
Sejak di Amerika Syarikat lagi, Syed Qutb
telah melihat tentang sanjungan sebahagian penduduk Amerika kepada seseorang
yang mereka tidak kenali secara peribadi iaitu Imam Hassan Al Banna.Di Amerika
juga Syed Qutb dapat melihat tentang kehancuran sosial masyarakat dimana
masyarakat disana dilihat terlalu bebas dengan budaya yang bertentangan dengan
nilai seorang manusia.Di Amerika beliau banyak merantau kebandar-bandar di
Amerika dan juga negara sekitar eropah.Apabila pulang ke tanah airnya yakni
Mesir,beliau telah mengarang sebuah artikel yang bertajuk “ Amerika yang saya lihat “.Dalam artikel
ini,beliau banyak menghuraikan tentang gejalka sosial di Amerika seperti
penduduk Amerika yang terlalu mementingkan material,perkauman yang menebal
dengan wujudnya kumpulan kulit putih dan juga kulit hitam,sistem ekonomi yang
diamalkan,kebebasan individu,perlawanan tinju yang ganas,percampuran bebas
termasuk di dalam gereja,larangan penceraian,dan juga kurangnya sokongan
penduduk Amerika yang menyokong perjuangan rakyat Palestin yang tertindas.
Selepas sahaja beliau pulang dari belajar
di Amerika,beliau pulang ke tanah air dan melibatkan diri dalam gerakan
Ikhwanul Muslimun.Beliau menganggotai ikhwan ini kerana kekagumannya kepada
Imam Hassan Al Banna yang juga pengasas gerakan Ikhwanul Muslimun itu sendiri.Imam
Hassan Al Banna adalah tokoh ulama muda yang mampu memimpin dan menggerakkan
ahli jemaah.Beliau mempunyai sahsiah yang amat baik sehingga di kagumi oleh
orang ramai sehingga orang ramai sanggup meleburkan diri dalam jemaah ikhwan.Dalam
jemaah ikhwan ini telah digariskan oleh Imam Hassan Al Banna bahawa Ikhwanul
Muslimun merupakan satu perjuangan yang lengkap yang meliputi dakwah
salafiyyah,tariqat sunniyyah,haqiqah sufiyyah,hai’ah siyasiyyah,jamaah
riyadiyyah,wehdatul ilmi dan kebudayaan,perkumpulan ekonomi dan juga fikrah ijtimaiyyah.
Mustafa Masyur iaitu Mursyid Am Ikhwan
Muslimin ke 5 ( 1996-2002 ) pernah menceritakan tentang keperibadian Imam Hassan
Al Banna.Selepas lewat malam balik dari berdakwah seharian Mustafa Masyur pun
duduk berbaring di atas kerusi sofa sedangkan Imam Hassan berada di
biliknya,selepas lama berada di situ,mata Mustafa Masyur sudah tidak mampu
untuk dibuka kerana terlalu mengantuk disebabkan berdakwah seharian tanpa henti
( mengikuti Imam Hassan ).Tiba-tiba
Imam Hassan memanggilnya “Mustafa” maka aku menjawabnya “ada apa tuan boleh
saya bantu” maka jawab Imam Hassan Al Banna “tiada apa-apa”.Lama kemudian
beliau memanggilnya sekali lagi dan Mustafa Masyur pun menjawab dengan perkataan
yang sama.Lama kemudian Mustafa Masyur di panggil lagi.Disebabkan terlalu
mengantuk maka Mustafa Masyur hanya mendiamkan diri.Selepas itu Imam Hassan Al
Banna telah keluar dari biliknya dan ketandas untuk mengambil air sembahyang
dan sembahyang sunat.Perwatakan Imam Hassan Al Banna memang mengagumkan dan ini
mungkin menyebabkannya mendapat pengikut dan pengaruh yang kuat.Jika dilihat
dari aspek lain adalah mustahil seorang yang berumur 20 tahun mampu untuk
memimpin sebuah organisasi yang kuat melainkan ada perkara yang mampu
membuatkan orang lain kagum dengannya.Beliau telah menubuhkan Ikhwanul Muslimun
hanya selepas 4 tahun kejatuhan empayar Islam Turki Othmaniyyah.Imam Hassan Al
Banna telah mati ditembak pada tahun 1949 yang dipercayai dilakukan oleh
tentera Mesir atas perintah Rejim Raja Farouk yang memerintah Mesir pada masa
itu.Sebelum kematiannya,beliau sebenarnya sudah tahu akan dibunuh,ini kerana
semua pemimpin Ikhwanul Muslimun telah dimasukkan kedalam penjara sedangkan
beliau selaku ketua tidak ditangkap bahkan beliau menyerah diri pun masih tidak
ditangkap oleh polis.
Di peringkat awal penulisan Syed
Qutb,beliau banyak menulis tentang buku kanak-kanak yang bersandarkan kepada
tauladan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Selepas itu tulisannya makin
berkembang kepada beberapa jenis penulisan dan juga hasil sastera seperti
sajak,kritikan sastera,cerita pendek dan juga artikel-artikel yang di muatkan
dalam majalah.Sebelum mengarang Fi Zilalil Quran,beliau telah mengarang 2 buah
buku yang berkisar tentang keindahan yang terdapat dalam Al Quran.Buku tersebut
bertajuk at-Taswir al-Fanni fil-Qur’an (cerita Keindahan dalam
Al-Qur’an) dan Musyaahidat al-Qiyamah fil-Qur’an (hari kebangkitan
dalam Al-Qur’an).Sebelum menulis Fi Zilalil Quran juga beliau telah menulis
satu buku penting iaitu al-’Adaalah al-Ijtimaa’iyah fil-islam (keadilan Sosial dalam Islam).Selepas munulis buku ini barulah
beliau menulis Fi Zilalil Quran yang ditulis didalam penjara.Walaupun Fi
Zilalil Quran mempunyai 30 bab atau juzuk namun ia tidak me nafsirkan Al Quran
secara lengkap sebagaimana ulama terdahulu.Beliau hanya mentafsirkan ayat yang
terpilih sahaja terutamanya mengenai jihad dan perjuangan serta dalam bab
akidah itu sendiri.
Karya-karya lainnya
ialah as-Salaam al-’Alami wal-Islam (Perdamaian antabangsa dan Islam)
yang di terbitkan tahun 1951, an-Naqd al-Adabii Usuuluhu wa Maanaahijuhuu (Kritikan
sastera,Prinsip dan Dasar, dan kaedah-kaedah), Ma’rakah al-Islaam
war-Ra’simaliyah (Perlawanan Islam dan Kaptalisme) yang di ternitkan tahun
1951, Fit-Tariikh, Fikrah wa Manaahij (Teori dan kaedah dalam
Sejarah), al-Mustaqbal li Haadzad-Diin (Masa Depan Berada di Tangan
Agama Ini), Nahw Mujtnama’ (Perwujudan Masyarakat Islam), Ma’rakatuna
ma’al_yahuud (Perlawanan Kita Dengan Yahudi), al-Islam wa Musykilah
al-Hadaarah (Islam dan Problem-Problem Kebudayaan) terbit tahun 1960, Hadza
ad-Diin (Inilah Agama) terbit tahun 1955, dan Khashais at-Tashawwur
al-Islami wa Muqawwamatahu (Ciri dan Nilai Visi Islam) yang telah di terbitkan
tahun 1960. Karangan terakhir beliau ialah buku yang menjadi rujukan penting
bagi jemaah Islam di seluruh dunia ialah Ma’aalim fith-Thariq ( Petunjuk Sepanjang Jalan
).Ramai beranggapan Fi Zilalil Quran adalah karya agung Syed Qutb,namun
sebenarnya Petunjuk Sepanjang Jalan inilah sebenarnya makalah agung yang pernah
dihasilkan oleh Syed Qutb. Ini kerana mereka yang terpengaruh dengan ideologi
Syed Qutb pasti akan memiliki memiliki buku ini.Petunjuk Sepanjang Jalan juga
merupakan menggambarkan tentang manifesto atau cara pemikiran Syed Qutb tentang
revolusi Islam.Buku ini juga merupakan karya utama mengenai jihad pada masa
kini.
Pada tahun 1951,pengharaman keatas ikhwan
telah ditarik balik.Walaupun Ikhwanul Muslimun ditekan dengan hebat oleh
pemerintah, namun mereka tetap mengambil jalan tengah apabila bertindak dengan
cermat tanpa menggunakan kekerasan. Syed Qutb telah menyertai Ikhwan pada tahun
tersebut dan beliau menganggapnya sebagai tahun kelahiran semula bagi dirinya
kerana dapat menemukan asas agama yang pernah diajar oleh kedua ibubapa nya.Beliau
masuk jemaah Ikhwanul Muslimun 2 tahun setelah pembunuhan berlaku keatas Imam
al Banna dan secara peribadinya beliau
tidak pernah mengenali Imam Hassan al Banna walaupun tahun kelahirannya sama
iaitu pada 1906 dan pernah menuntut di tempat yang sama iaitu Dar Al
Ulum.Walaupun Al Imam Hassan al Banna tidak pernah mengenalinya namun al Imam
pernah membaca satu buku Syed Qutb yang bertajuk “Al-’Adalah Al-Ijtima’iyyah Fil Islam” iaitu Keadialan sosial dalam
Islam dimana ia ialah buku untuk bacaan masyarakat awam.Maka Imam Hassan al
Banna telah membuat kesimpulan bahawa Syed Qutb pasti akan menyertai Ikhwan
kerana mereka berdua mempunyai satu kesamaan fikrah dan wehdatul fikr.Wehdatul
Fikr ialah kesatuan pemikiran dalam sesuatu jemaah.Selepas menyertai Ikhwan,beliau
telah dilantik sebagai pinitia pelaksana dan juga pemimpin bahagian dakwah
Ikhwanul Muslimun pada tahun 1952.Pada
tahun 1952,juga beliau dilantik menganggotai Maktab Irsyad dan juga Lajnah
Dakwah.Bermula disini beliau telah menjadi penggerak penting kepada jemaah
Ikhwanul Muslimun.
Selepas pembunuhan Imam al Banna,maka
pimpinan Ikhwan diserah kepada Syeikh Hassan al Hudaiby selaku Mursyid Am,Abdul
Qadir Audah selaku Setiaausaha Agung dan juga Syed Qutb sebagai Lajnah Dakwah
yang dianggap sebagai gandingan Idealog bagi Ikhwan pada masa itu.Sepanjang
mengetuai Lajnah Dakwah beliau telah menghasikan beberapa buku yang penting dan
juga kontroversi seperti Hadha al-Din,Al-Mustaqballihadhaal-Din,Khasa'is al-Tasawwural-Islamiyy,Maalimfil-Tariq
dan jugaTafsir Fi Zilal al-Qur'an.Peristiwa yang paling penting pada tahun 1952
ialah penggulingan sistem beraja oleh gerakan yang diberi nama Dubbat al Ahrar
yang dipimpim oleh Kolenel Gamal Abdul Naser dan di bantu oleh Ikhwan Muslimin
dalam Revolusi Julai 1952.Namun dalam jangka masa panjang ini telah memakan
diri pejuang Ikhwanul Muslimin.Revolusi menjatuh kerajaan beraja ini berlaku
setelah Raja Farouk telah menangkap sekitar 10,000 pejuang ikhwan yang berjihad
di Palestin.Perintah aja Farouk ini dilakukan atas perintah Amerika.Disebabkan
tekanan yang kuat dari sistem beraja akhirnya Syeikh Hassan al Hudaiby telah
berpakat dengan Kolenel Gamal Abdul Nasir untuk menjatuhkan sistem beraja
dimana asas perjanjian mereka adalah Islam.Sesudah revolusi beliau telah
ditawar dengan jawatan Menteri Pelajaran Mesir.Beliau mahu Majlis Revolusi yang
dipimpin oleh Anwar Sadat dan Gamal Abdul Nasir untuk melaksanakan Syariat
Islam namun ditolak.Selain itu,Gamal Abdul Naser juga telah menawarkan 3
jawatan untuk diisi oleh Ikhwan dan pada peringkat awalnya di persetujui oleh
Hassan al Hudaibi.Namun berlaku kekecohan apabila 2 dari orang calon Ikhwan telah ditolak.Maktab Irsyad
telah bersidang dan menolak meletakkan menteri dari Ikhwan,ini kerana menteri
Ikhwan terlalu sedikit dan tidak mampu untuk mendesak supaya dilaksanakan Islam
dan selain itu juga kerana kuasa pemutus tidak berada di tangan menteri
sebaliknya di tangan tentera revolusi.
Pada tahun 1953,beliau telah menghadiri
konferensi di Suriah dan juga Yordania.Beliau telah menyeru kepada semua orang
Islam supaya membaiki dan menjaga akhlak sebagai prasyarat penting untuk
kebangkitan umat Islam.Syed Qutb merupakan tokoh yang mampu berpidato dengan
baik serta menggunakan ayat yang indah dan cantik sehingga menyebabkan ramai
terpegun dengan pidatonya sebagaimana yang telah diungkap oleh Abbas
asSiisi ( 2005)
“ Pada
suatu hari pejabat Ikhwan di Iskandariah telah dihadiri oleh tetamu
istimewa.Beliau ialah penulis besar Islam,Sayyid Qutb yang ingin bertemu dengan
beberapa orang di pejabat tersebut,Keesokannya beliau menyampaikan ceramah dan
membaca ayat Al Quran sehingga merasakan itu kali pertama kami mendengarnya,ia
bagaikan kemuar dari cahaya nan berseri sehingga ahli Ikhwan enggan
berkelip,dan telinga mereka hanya mendengar kalimat yang keluar dari mulut Syed
Qutb “.
Sebagai seorang yang penting dalam
jemaah,beliau sekali lagi dilantik sebagai sidang redaksi kepada akhbar ikhwan
redaksi harian Ikhwanul Muslimun.Namun
akhbar ini hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja dimana ia telah disekat
oleh Rejim Gamal Abdul Nasir kerana mengkritik kerajaan Mesir terutamanya
mengenai perjanjian Mesir-British pada bulan julai 1954..Pada tahun ini juga
Ikhwanul Muslimun telah diharamkan atas tuduhan hedak menjatuhkan kerajaan
Revolusi yang mana satu tuduhan yang tidak dapat dibuktikan oleh mahkamah
hingga sekarang.Setelah pengharaman Ikhwan, orang anggota Ikhwan telah
ditangkap iaitu Hassan Hudaibi,Abdul Qadir Audah,Syeikh Muhammad Farghali,dan
juga ketua sukarelawan Mujahidin perang Suez.Mereka semua telah dijatuhi
hukuman mati kecuali Syed Qutb yang hanya dikenakan kerja berat selama 15
tahun.Syeikh Hasan Hudaibi juga turut dibebaskan kerana beliau mengalami
serangan jantung dan doktor telah meyakini Hassan Hudaibi sudah tiada peluang
untuk hidup.Peluang ini digunakan oleh Gamal Abdul Naser untuk mengampuninya
kerana pada perancangan kerajaan pada keesokan harinya kerajaan akan
mengeluarkan belangsukawa atas kematian Hassan Hudaibi.Namun atas perancangan
Allah,Hassan Hudaibi masih lagi hidup dan terus memimpin Ikhwanul Muslimin
sekaligus menggagalkan agenda kerajaan.
Pada bulan Mei 1955,beliau telah ditangkap
atas tuduhan berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan Mesir.Pada 13 Julai
1955,beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama lima belas tahun dan kerja
berat. Semasa dalam penjara ini juga
Syed Qutb telah didatangi utusan untuk menawarkan pembebasannya dengan syarat
tetapi dengan lantang beliau berkata “Aku merasa hairan
dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon
kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu
dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak
akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia
meredhai aku dan aku
meredhaiNya”.Namun semasa kunjungan
muhibbah Presiden Iraq,Abdul Sakam Arif beliau telah dibebaskan sebagai tanda
persahabatan antara Mesir dengan negara Iraq.Ini bermakna bahawa Syed Qutb
telah dipenjarakan selama 10 tahun tanpa dibebaskan oleh pemerintah.Hanya
selepas setahun dibebaskan,Presiden Iraq pada masa itu Abdul Sakam Arif telah
terlibat dengan nahas udara dan terkorban.Oleh itu,kerajaan Mesir sudah
mempunyai satu sebab yang kukuh untuk menangkap anggota Ikhwanul Muslimin tanpa
adanya sekatan dari Iraq, Kerajaan Mesir telah mengadakan satu operasi
pembersihan anggota Ikhwanul Muslimun di seluruh Mesir.Sekali lagi beliau di tangkap
bersama dengan 3 orang saudara kandungnya iaitu Aminah,Hamidah dan juga
Muhammad Qutb.Selain mereka berempat, 20,000 orang lagi anggota ikhwan atau
mereka yang dipercayai bersekongkol dengan ikhwan telah ditangkap.Daripada
jumlah itu,seramai 700 orang wanita turut terlibat.Namun menurut kenyataan Syamsu
Badran kepada Zainab Ghazali,tahanan Ikhwan adalah sekitar 100,000 orang yang
ditempatkan di penjara seperti Penjara Tawanan Perang,Penjara al Qal’ah,penjara
Abi Za’bal,penjara al Faiyum,penjara di sekitar Iskandariah dan juga
Tanta.Bahkan Ummu Ahmad seorang wanita berumur 85 tahun yang tinggal di Syibra turut ditangkap.Ummu Ahmad adalah perempuan
yang seangkatan dengan Imam al Banna.
Syed Qutb telah dituduh sebagai berkomplot dengan musuh
negara untuk menjatuhkan kerajaan.Kebanyakan perbicaraaan keatasnya berkisar
tentang apa yang di tulis olehnya dalam bukunya Petunjuk Sepanjang Jalan.Beliau
telah dibicarakan di mahkamah tentera dan telah dijatuhi hukuman gantung
bersama dengan 6 orang sahabatnya yang lain.Semasa dalam tahanan Presiden Gamal
Abdul Naser telah menghantar sekali lagi utusan kepada Syed Qutb bahawa dia akan
memberi pengampunan jika Syed Qutb menulis surat meminta pengampunan dan juga
menulis surat bahawa perjuangannya selama ini adalah salah .Syed sememangnya
seorang yang bermaruah,beliau telah marah kepada utusan tersebut dan berkata "Telunjuk yang bersyahadah
setiap kali bersolat bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya
melainkan Allah dan Muhamad
Rasulullah,tidak akan aku menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara
kerana benar aku redha. Jika aku dipenjara secara batil,aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan".Kesungguhan
Syed Qutb menyebarkan konsep Hakimiyyah telah menyebabkan beliau dituduh
sebagai cuba menjatuhkan kerajaan dan telah dijatuhi hukuman gantung pada pagi
Isnin 29 Ogos 1966 bersama dengan 2 orang lagi rakan baiknya iaitu Mohamad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail.Semasa
beliau hendak dijatuhi hukuman gantung seseorang mengajarnya mengucap lantas
Syed Qutb berkata “kerana kalimah Tiada
Tuhan Selain Allah lah aku dihukum gantung’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek