Ikhwanul
Muslimin merupakan satu pertubuhan atau jemaah Islam yang diasaskan oleh
As-syahid Imam Hassan al Banna ( 1906-1949 ) selepas empat tahun kejatuhan
Khalifah Uthmaniyyah iaitu pada tahun 1928 yang telah dijatuhkan secara rasmi
oleh pengkhianat Islam iaitu Mustafa Kamal Attartuk yang dikatakan dari
keturunan yahudi Daunamah yang berasal dari Sepanyol kemudian berpindah ke
Greek sekitar tahun 1500 bagi mendapatkan perlindungan dari kerajaan Islam .
Selepas kejatuhan khalifah Islam,dunia Islam menjadi malap apabila sistem
khalifah yang diasaskan sejak 1300 tahun lampau tiba-tiba roboh. Selepas
jatuhnya khalifah ini maka parti atau pertubuhan sekular telah tumbah ibarat
cendawan bagi mengantikan sistem khalifah ini. Maka bagi mengatasi masalah umat
Islam inilah maka Ikhwanul Muslimin ditubuhkan yang bertindak selaku jemaah
Islam bagi melawan gerakan sekular yang semakin merebak di negara-negara Islam.
Bagi sesetengah golongan salafiyyah yang
tidak menyokong Ikhwanul Muslimin memanggilnya pertubuhan ini sebagai Al
Hasaniyyin atau pemikiran Hasan al Banna. Jemaah Ikhwanul Muslimin ini
sebagaimana yang diketahui bahawa telah diasaskan oleh Imam Hasan al Banna dii
bandar Ismailiyyah Mesir bersama dengan beberapa orang lagi sahabatnya seperti Hafiz
Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz
dan Zaki al-Maghribi.
Tujuan utama Ikhwanul Muslimin ditubuhkan
ialah untuk menegakkan kembali sistem khalifah Islam supaya umat Islam kembali
kuat dan mampu untuk menumpaskan pengaruh barat yang telah menguasai
negara-negara arab pada ketika. Ikhwan juga berperanan dalam mengubah persepsi
masyarakat dalam bab perjuangan , akhlak dan juga pemahaman Islam. Pada tahun
1940,Ikhwanul Muslimin telah meluaskan pengaruhnya ke negara negara lain
terutamanya negara arab seperti Palestin, Quwait, Algieria, Yordania, Suriah
,Yaman dan juga Sudan. Mursyid Am pertama atau pengerusi Ikhwanul Muslimin
iaitu Imam Hasan al Banna telah mati ditembak oleh mereka yang tidak dikenali
tetapi dipercayai dibunuh oleh kerajaan Mesir pada waktu itu iaitu sekitar 12
Febuari 1949. Selepas kematian Imam al Banna, Gerakan jemaah Ikhwanul Muslimi n
telah dipimpin pula oleh Mursyid Am kedua iaitu Hasan Hudaibi. Pada tahun
1973,Syeikh Hasan al Hudaibi telah wafat dan diganti pula dengan Umar Tilmisani
dan antara peristiwa yang paling penting pada tahun 1970-an ialah kenaikan
Anwar
Biodata
Imam Hasan al Banna.
Imam Hasan al Banna telah dilahirkan di
perkampungan Mahmudiah di bahagian Buhairah Mesir sekitar tahun 1906. Beliau
telah dilahirkan dalam satu kelompok keluarga yang berpegang kuat dengan ajaran
agama Islam yang bermazhab Imam Ahmad ibnu Hambal. Ayahnya merupakan seorang
imam dikampungnya dan menyara keluarga dengan membaiki jam. Ayahnya
membahagikan masa antara kerja dan juga perjuangan yang akhirnya menjadi
tarbiyah bagi diri Imam al Banna untuk terus berjuang menentang kebatilan.
Diantara karya ayahnya ialah Kitab Tafsir Imam Ahmad bin Hambal. Beliau telah
menuntut ilmu al Quran dengan ayahnya sehingga beliau telah hafaz 30 juzuk al
Quran dan ayahnya juga telah memberikan kebenaran kepadanya untuk membaca kitab
dalam simpanannya sehingga Imam al Banna menjadi seorang yang berpengetahuan.
Keizinan yang diberikan oleh ayahnya untuk membaca kitab dalam simpanan itu
sendiri telah menunjukkan bahawa Imam Hasan al Banna seorang yang berkaliber
dan bijak dalam ilmu agama sehingga kurang perlu bimbingan dalam bidang agama.
Pada usia 16 tahun beliau telah dihantar oleh keluarganya belajar di Dar al
Ulum ( Universiti Kaherah sekarang ) untuk menuntut ilmu dalam perguruan. Pada
1927,beliau telah lulus di Dar al Ulum dan telah mengajar di sekolah kerajaan
di Ismailiah. Disini beliau telah melihat keparahan sosial masyarakat pada
waktu itu dengan wujudnya pusat maksiat seperti disko dan sebagainya. Dan pada
1928, beliau telah mewujudkan sebuah harakah Islam yang diberi nama Ikhwanul
Muslimin atau persaudaraan Islam yang ditubuhkan bersama pengikutnya yang
setia.
Keadaan pada zaman itu sememangnya penuh
dengan unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam dimana para kaum wanita
menuntut persamaan taraf sehingga satu tahap mereka ini telah membuang purdah
dan telah memakai pakaian barat. Pemikiran sekular,komunis dan juga lainnya
yang jelas bertentangan dengan Islam telah masuk secara mendadak mencari
pengaruh di Mesir. Pemikiran Nasionalis di negara Islam telah dipelopori oleh
tokoh dunia Islam seperti Kamal Attartuk dan juga Gamal Abdul Nasir. Para ulama pada masa ini sudah tidak mampu
untuk berbuat apa melainkan mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang lari dari
landasan Islam ini telah terpesong dan murtad. Para ulama telah dipaksa untuk
mengeluarkan fatwa bahawa Raja Farouk merupakan Khalifah Islam dengan gelaran
Amirul Mukminin dan dari keturunan Rasulullah. Dalam menghadapi kekalutan
masyarakat pada waktu ini,Imam Hasan al Banna telah memainkan peranan penting
dengan menyeru masyarakat pada masa itu untuk kembali semula kepada Islam.
Ramai ulama dan orang awam menghadiri ceramahnya kerana mempunyai butir-butir
yang mampu untuk menyinarkan kembali Islam. Bagi mengatasi maslah sosial ini,Imam
Hasan al Banna telah mengutus surat kepada Raja Farouk dan juga menterinya bagi
menuntut pemerintah memberi contoh yang baik kepada rakyatnya. Antara
permintaan Ikhwanul Muslimin ialah mengharamkan
pergaulan bebas antara perempuan dan lelaki,mengharamkan meminum arak di upacara-upacara
rasmi kerajaan,para pemimpin kerajaan perlulah berhenti dari berjudi khususnya di tempat-tempat judi,para
pemimpin juga hendaklah berhenti dari berjudi lumba kuda,pemerintah juga
hendaklah berhenti dari bersuka-suka di kelab-kelab malam dan panggung
hiburan,mereka juga hendaklah berhenti dari memperlihatkan tubuh anak-anak dan
isteri-isteri mereka dalam surat khabar dan juga media,mereka hendaklah mendirikan
shalat,para pemimpin juga hendaklah berbicara dalam Bahasa Arab bagi menggantikan percakapan
dalam bahasa Inggeris dan juga Perancis,mereka hendaklah berhenti dari menggunakan
pengasuh Inggeris untuk menjaga anak-anak mereka dan pemerintah juga hendaklah berhenti
dari menghantar anak mereka ke sekolah asing yang membahayakan akidah.
Peranan
Ikhwanul Muslimin dalam Menjatuhkan Sistem Beraja.
Sistem beraja Mesir pada masa itu dipimpin
oleh Raja Farouk yang mengambil pemerintahan dari ayahnya iaitu Raja Fuad 1
dari dinasti Muhammad Ali. Baginda merupakan cucu kepada Muhammad Ali Pasha
iaitu seorang pegawai tentera kepada khalifah Uthmaniyyah. Muhammad Ali Pasha
pada zamannya memiliki tentera yang canggih dan moden berbanding dengan
pemimpin tentera Uthmaniyyah yang lain. Muhammad Ali Pasha merupakan keturunan Albania
dan berkahwin dengan orang Mesir sehingga lahirnya Raja Farouk iaitu raja
terakhir dinasti Muhammad Ali di Mesir. Baginda telah menjadi raja sejak dari
umur 16 tahun iaitu pada tahun 1936 lagi dan mula berucap di radio sekaligus
menjadikan baginda raja pertama Mesir yang berucap secara terus dengan rakyat.
Sistem beraja Mesir telah terhapus secara keseluruhannya melalui Revolusi Julai
1952 tetapi secara rasminya pada tahun 1954. Sistem kepegawaian kerajaan Mesir
seperti Polis,Tentera dan jabatan kerajaan lainnya berada pada tahap terendah
dimana banyak penyelewengan dan juga rasuah berlaku. Pada 25 Febuari
1952,British telah bertindak menyerang polis Mesir yang enggan menyerah kalah
kepada British menyebabkan seramai 100 orang anggota Polis Mesir telah
terbunuh. Rakyat Mesir secara amnya marah dengan situasi ini sehingga berlakunya
rusuhan di bandar Kaherah. Pada keesokan harinya yang juga digelar oleh
penduduk Mesir sebagai Sabtu Hitam dilihat berlakunya revolusi kedua selepas
revolusi 1919. Rakyat beramai-ramai keluar dan menyerang kepentingan British
dan juga syarikat asing sehingga banyak berlakunya kemusnahan.
Penggulingan sistem beraja Mesir ini dilakukan
setelah rakyat Mesir terutamanya golongan Ikhwanul Muslimin menghadapi tekanan
yang dasyhat dalam sistem politik Mesir pada masa itu.Sebagaimana yang kita
ketahui bahawa Raja Farouk ( 11 Febuari 1920-18 Mac 1965 ) merupakan seorang
raja boneka yang hanya mengikut telunjuk barat semata-mata yakni dalam erti
kata mudah Raja Farouk merupakan proksi barat di Mesir Khasnya dan di dunia
Islam amnya. Revolusi ini setelah pemerintah Mesir yang dipimpin Raja Farouk
telah menangkap seramai kira-kira 10,000 orang anggota Ikhwanul Muslimin yang
pernah berjihad di bumi Palestin. Pada masa itu juga berlaku pergolakan di
Palestin yang melibatkan kemasukan beramai-ramai puak-puak yahudi dan golongan
Ikhwanul Muslimin yang merupakan situs penyelamat orang telah menghantar ramai ahli
untuk berjihad di sana. Ikhwanul Muslimin merupakan antara pertubuhan Islam dunia
yang pertama yang mengambil berat mengenai masalah Palestin ini. Ini dibuktikan
pada tahun 1935,Imam al Banna telah menghantar saudaranya Abdur Rahman al Banna
dan juga Muhammad Asad al Hakim ke Palestin untuk melihat ruang bantuan yang
boleh diberikan oleh Ikhwanul Muslimin untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Pada
tahun 1936,Ikhwanul Muslimin telah membuka cawangannya di Haifa Palestin dan ke
wilayah lain. Pada 1948,terdapat 25 cawangan Ikhwanul Muslimin di Palestin.
Namun sekatan telah dikenakan terhadap
mereka yang berjihad kerana barat melihat golongan Ikhwan ini mampu untuk
menundukkan yahudi pada masa itu. Pada
awalnya mereka hanya tidak dibenarkan masuk ke Palestin secara
beramai-ramai namun akhirnya mereka yang terlibat dengan jihad tersebut turut
ditahan atas alasan keselamatan negara. Peperangan di Palesin telah bermula
sejak zaman Imam Hasan al Banna lagi,dimana Imam Al Banna pernah meminta
bantuan persenjataan dari kerajaan beraja Mesir untuk mempertahankan Palestin
namun tidak dilayan atas alasan itu bukan urusan bagi negara Mesir. Muhammad
Fahmi Naqrasi selaku Perdana Menteri pada waktu itu telah menyekat kemasukan
tentera sukarela Ikhwanul Muslimin ke Palestin. Kerana perasaan tidak puas hati
berlaku pada Disember 1948,Naqrasi telah diculik dan dibunuh yang di percayai
dilakukan oleh anggota Ikhwanul Muslimin. Semasa jenazahnya hendak dikebumikan
pengikut Naqrasi telah berteriak bahawa “ kepala Naqrasi harus di bayar dengan
kepala Hasan al Banna”. Ini dapat dibuktikan apabila Syeikh al Banna telah
wafat kerana ditembak pada 22 febuari 1948 yang dilakukan oleh pembunuh yang masih
tidak diketahui. Jawatannya telah digantikan dengan Mursyidul Am yang baru
iaitu Syeikh Hasan al Hudaibi yang mana antara orang yang pertama membaiahnya
ialah Syed Qutb.
Semasa Hasan Hudaibi menjadi mursyid inilah
beliau merasai tekanan yang dihadapi oleh Ikhwanul Muslimin amat hebat
sehinggakan beliau terfikir untuk menjatuhkan kerajaan Mesir pada masa itu
melalui kaedah persenjataan bukannya melalui pilihanraya lagi. Beliau telah
bertindak bekerjasama dengan Kolenal Gamal Abdul Nasir untuk menjatuhkan Raja
Farouk yang menjadi boneka barat. Perjanjian dimeterai antara Kolenal Gamal
Abdul Nasir dan Syeikh Hasan Hudaibi atas nama Islam. Gerakan pengulingan kerajaan
beraja ini dikenali sebagai gerakan Dubbat al Ahrar yang dipimpin oleh Kolenal
Gamal Abdul Nasir dan dibantu oleh golongan Ikhwanul Muslimin. Pihak Kolenal
Gamal Abdul Naser telah memberi latihan ketenteraan dan juga persengjataan
kepada kelompok Ikhwanul Muslimin. Antara pemuka Ikhwan Muslimin yang paling
aktif menyokong Revolusi ialah Syed Qutb dan dikatakan Kolenal Gamal Abdul
Naser sering mengunjungi rumah Syed Qutb di Helwan. Syed Qutb juga meminta ahli
Ikhwan supaya turut mendokong revolusi tersebut dan menurut Al Khalidi seorang
pemerhati Ikhwanul Muslimin,Syed Qutb menjadi seorang yang disanjung oleh
anggota
revolusi setelah berjaya menggulingkan kerajaan Monarki Mutlak Antara alasan
yang digunakan oleh Kolenal Gamal Abdul Nasir untuk menjatuhkan intitusi beraja
Mesir ialah kekalahan Mesir dalam perang Arab-Israel 1947 yang menyaksikan
kewujudan negara haram Israel dan juga pengepungan Istana Raja Farouk oleh
Britain pada 1942 sehingga memalukan Mesir. Kolenal Gamal Abdul Nasir telah
bertidak merampas kerajaan dan memaksa Raja Farouk turun takhta. Kolenal Gamal
Abdul Nasir merupakan pemain utama dalam siri rampasan kuasa ini dengan
menggunakan nama Jeneral Naguib kerana Jeneral Naguib lebih berpengaruh. Pada
pagi 23 Julai 1952 telah berlaku rampasan kuasa dan berita revolusi telah
dibacakan oleh Anwar Sadat. Berjayanya revolusi ini kerana penerimaan rakyat
terhadap konsep Nasionalis yang telah dibawa masuk oleh Perancis,Britain dan
juga negara barat lainnya. Semangat Nasionalis ini adalah semata-mata untuk
memerangi bangsa asing yang cuba menguasai Mesir seterusnya menyebabkan
berlakunya revolusi Meir ini. Semangat Nasionalis warga Mesir pada masa ini
amat kuat sehingga lahirnya adagium yang berbunyi Mesir untuk bangsa Mesir.
Selepas berjaya menjatuhkan sistem kerajaan
beraja tersebut Kolenal Gamal Abdul Nasir telah mungkir janji dan tidak
melaksanakan Islam kerana beliau melihat sistem Islam pada masa itu tidak
sesuai dilaksanakan di Mesir berbanding dengan sistem Sosialis. Majlis Revolusi
yang dipegang oleh Gamal Abdul Nasir dan juga Anwar Sadat telah menolak untuk
melaksanakan syariat Islam. Namun begitu, Kolenal Gamal Abdul Nasir tetap
menawarkan 3 jawatan menteri untuk diisi oleh golongan Ikhwanul Muslimin. Syeikh
Hassan al Hudaibi selaku pimpinan Ikhwanul Muslimin telah bersetuju dan telah
menghantar 3 nama ahli ikhwan tetapi 2 daripadanya tidak dipersetujui oleh
Gamal Abdul Nasir. Kekecohan telah berlaku sehinggakan maktab Irsyad bersidang
dan memetuskan untuk menarik diri kerana jawatan menteri ini tidak dapat
mendesak supaya Islam dilaksanakan dan juga kerana kuasa pemutus tidak berada
ditangan menteri sebaliknya di tangan tentera revolusi yang dipimpin Gamal
Abdul Nasir. Semasa era pemerintahan Anwar Sadat,beliau telah melaksanakan pemerintahan
diktator kerana baginya ia menjadikan Mesir sebuah negara yang penuh dengan
rasuah,nepotisme dan juga kronisme sebagaimana yang berlaku terhadap Iran.
Selepas kejatuhan negara monarki Mesir
kepada tangan tentera, Raja Farouk telah dibuang negeri dan baginda pada
mulanya telah menetap di Monaco dan kemudiannya di Itali. Selepas jatuh dari
kerajaan baginda melantik anaknya iaitu Raja Fuad 11 yang masih kecil sebagai
raja namun hakikatnya sudah tiada raja di Mesir kerana Mesir sudah mengamalkan
sistem republik. Semasa rampasan kuasa oleh Gamal Abdul Nasir,Raja Farouk telah
meminta bantuan Amerika Syarikat namun tidak berjaya. Beliau telah dihantar
keluar negara dengan iringan ketat tentera Mesir,oleh itu telah berakhir
pemerintahan beraja Mesir dengan Presiden pertamanya ialah Muhammad Naguib. Semasa
di dalam buangan baginda masih mempunyai perangai seperti dulu iaitu suka hidup
bermewah dan juga suka makan sehingga berat baginda mencecah 136 kilogram.
Baginda dikatakan telah mati semasa di meja makan kerana dipercayai diracun
oleh pihak tertentu dan ini dikuatkan lagi dengan tidak ada bedah siasat
keatasnya. Jenazahnya telah dikebumikan di Pemakaman Muhammad Ali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek