Malaymail adalah sebuah utusan yang
diedarkan di Kuala Lumpur. Hari pertama pengedaran akhbar ini adalah pada 1
Disember 1896. Ia telah menjadikan The Malaymail sebuah akhbar harian yang
julung-julung kalinya diedarkan di Tanah Melayu.
Akhbar
ini adalah sebuah akhbar edisi petang yang mengandungi berita dan perihal yang
berlaku di kawasan sekitar Kuala Lumpur.The Malaymail membawa slogan “The Paper That Cares” yang membawa
penekanan terhadap kebajikan rakyat pada ketika itu.
Semasa
pentadbiran Jepun di Tanah Melayu, akhbar
The Malaymail telah ditukar nama kepada Malai Shimbun. Namun, nama Malai
Shimbun tidak bertahan lama apabila British berkuasa semula pada 1945, The
Malaymail membuat penampilan kembali dengan nama asalnya.
Pada
1990-an, akhbar The Malay Mail lebih berbentuk akhbar yang memaparkan
sebahagian besar muka suratnya untuk ruangan iklan.Ia menjadikan reputasi The
Malaymail sebagai akhbar iklan paling laris di Malaysia pada masa tersebut.
Keadaan ini berlaku sehingga krisis ekonomi pada 1997, akhbar The Star telah
mengambil alih reputasi akhbar iklan paling laris kerana memberikan pelbagai
kemudahan dan tawaran harga yang lebih menarik dan menyebabkan
syarikat-syarikat yang bermasalah pada ketika itu lebih memilih The Star
berbanding The Malaymail bagi menempatkan iklan Syarikat mereka.
Matlamat Penubuhan The Malay Mail
The
Malay Mail merupakan akhbar yang ditubuhkan pada tahun 1896. Akhbar The Malay
Mail berperanan sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan. Contohnya
melalui akhbar The Malay Mail dapat meningkatkan semangat nasionalisme dalam
kalangan pembaca dan secara tidak langsung rakyat akan mencari jalan untuk
memerdekakan tanah air daripada belenggu penjajahan. Medium akhbar sangat
penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme dan cintakan tanah air dalam
diri pembaca dan masyarakat.
Selain daripada itu, akhbar The
Malay Mail juga telah membuatkan masyarakat berfikir dan dapat menilai sesuatu
perkara. Masyarakat mampu menafsir dan menilai sesuatu perkara sama ada betul
atau salah dan tidak menerima sesuatu perkara dengan mudah. Contohnya di dalam
penulisan akhbar The Malay Mail masyarakat sendiri yang akan menilai perkara
yang betul dan perkara yang salah kerana tidak semua yang dicetak dalam akhbar
betul sebagai contoh akhbar kerajaan sudah pasti menyorok kesalahan yang
dilakukan oleh kerajaan agar tidak diketahui umum dan menjaga nama baik
kerajaan.
Seterusnya, setiap orang mempunyai
hak untuk mencari kebenaran. Melalui akhbar pelbagai berita boleh dibaca dan
diketahui yang merangkumi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial dan
sebagainya. Melalui medium akhbar The Malay Mail telah menyampaikan sesuatu
kebenaran kepada masyarakat dan perkara yang terkini berlaku pada setiap hari
di seluruh Malaysia. Contohnya berita banjir, sukan dan lain-lain.
Melalui akhbar The Malay Mail juga,
masyarakat dapat mengetahui isu-isu semasa dan perkara yang berlaku di dalam
dan luar negara. Ini menunjukkan rakyat bukan sahaja peka kepada isu-isu di
dalam negara sahaja malah dapat mengikuti perkembangan di negara lain seperti
di Thailand. From its early years,‘The
Malay Mail' established itself as the newspaper for office workers, urban
executives and homemakers who keenly followed developments in the world, the
neighbourhoods they lived in, sports, fashion and the retailing industry.
Ini menunjukkan hanya golongan tertentu sahaja yang membaca akhbar The Malay
Mail seperti suri rumah, pekerja pejabat dan eksekutif di kawasan bandar yang
memahami bahasa Inggeris.
At present the paper is widely read
in the urban areas around the capital Kuala Lumpur.
Akhbar The Malay Mail pada awal penubuhan pada tahun 1896 dibaca secara meluas
di kawasan ibu kota Kuala Lumpur kerana dari segi kemudahan dan sistem
pendidikan lebih tertumpu di kawasan bandar. Jadi penduduk di kawasan bandar
lebih memahami bahasa Inggeris berbanding penduduk di kampung.
Selanjutnya, melalui akhbar The
Malay Mail juga masyarakat juga dapat memaparkan atau memasukkan iklan di dalam
akhbar. Contoh iklan yang dipaparkan dalam akhbar The Malay Mail seperti iklan
kerja kosong. Melalui cara ini telah memudahkan kerja pihak syarikat dan rakyat
yang ingin bekerja juga senang mencari kerja dengan membaca akhbar. Pengaruh
pengiklanan amat menarik minat rakyat untuk mencari kerja jika promosi yang
dibuat baik.
Matlamat penubuhan akhbar The Malay
Mail yang berikutnya adalah membolehkan rakyat mengetahui hal ehwal politik
contohnya pentadbiran negara. Melalui cara ini rakyat dapat tahu cara
pentadbiran kerajaan dan cara kerajaan mengurus dan mentadbir negara. Contohnya
bajet kerajaan akan memasukkan di dalam akhbar agar rakyat tahu bajet tahunan
negara.
Akhir sekali matlamat penubuhan
akhbar The Malay Mail adalah memberikan berita berhubung berita sukan.
Contohnya Selangor Golf, The Malay Mail, Rabu, 23 Disember 1896. Rakyat dapat
mengetahui berita sukan walaupun berada di negeri lain. Walaupun rakyat pada
zaman dahulu tidak secanggih masyarakat sekarang seperti kemudahan astro,
internet dan sebagainya, tapi dengan adanya medium akhbar The Malay Mail ini
dapat memberikan berita sukan terkini yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh
peminat sukan tanah air.
Isu- Isu Yang Dimainkan Oleh The
Malay Mail
Tidak
dapat dinafikan lagi bahawa The Malay Mail merupakan sebuah akhbar yang
memainkan peranan yang penting dalam dunia kewartawanan dan dalam melaporkan
isu-isu yang berlaku sepanjang sejarah penubuhannya. Pada peringkat awal
penubuhannya iaitu pada tahun 1896,kebanyakan berita yang dimuatkan dalam
akhbar ini ialah berita yang berlaku di Selangor dan juga Perak termasuklah
Kuala Lumpur. Disebabkan The Malay Mail banyak menyiarkan mengenai isu-isu yang
berlegar dalam masyarakat sehingga digelar sebagai “The Paper That Care”.
Antara
isu yang dimuatkan dalam akhbar The Malay Mail ialah mengenai reka bentuk
bendera Malaya. Akhbar Malay Mail memainkan peranan yang penting dalam reka
bentuk bendera Malaya pada masa itu. Pada tahun 1949, sebuah jawatankuasa telah
ditubuhkan untuk membuat perakuan untuk mereka bentuk bendera Malaya. The Malay
Mail telah memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Pada 10 Ogos 1949, akbar Malay Mail
telah menyiarkan satu berita tentang
penghasilan bendera Persekutuan Tanah Melayu di halaman ke lima. Pada laman
tersebut tertulis:
“The
Federation is to have its own flag and members of the public are invited to
submit designs. The specification for the design, states an official release,
is that it must be simple and should keep to the colours of yellow, red, white
and blue with the general design symbolic of the Federation and the unity of
the nine States and the two Settlements.
Designers will have
until September 10 to put forward their ideas which may include symbols such as
a kris, cross krisses, a tiger or a crescent; They should be forwarded to the
Clerk of the Council, Council Chambers, Kuala Lumpur.
The following committee
will consider the designs submitted: The Chief Secretary, Sir Alex Newboult
(chairman), the Menteris Besar of Pahang, Negeri Sembilan, and Johore; His
Highness Tengku Yacob ibni Sultan Abdul Hamid and Enche Zainal (Abidin. In the
report Abidin was left out) representing the Malay Members of the Legislative
Council; The Resident Commissioner, Penang, Mr A. V. Aston, representing the
Settlements; Mr H.H. Facer and Mr Yong Shook Lin, representing unofficial
members of the Legislative Council.”
Sebanyak
373 reka bentuk telah terlibat dalam pertandingan itu. Tetapi hanya 3
rekabentuk sahaja yang diluluskan untuk dibuat penilaian. Reka bentuk yang pertama ialah lambang keris
bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka
bentuk kedua hampir serupa dengan reka bentuk pertama kecuali terdapat 11
bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang
tersebut. Bentuk yang ketiga pula mempunyai 11 jalur biru-putih dengan Bulan
Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri. Rajah di bawah adalah imej reka
bentuk yang disiarkan di dalam akhbar The
Malay Mail dalam hitam dan putih. Kemudian, Majlis Perundangan Persekutuan
dan The Malay Mail telah menjemput orang ramai untuk memberikan pendapat
mengenai bendera yang telah direka bentuk tersebut. Dan rekaan Mohamad Hamzah
yang bekerja sebagai arkitek Jabatan Kerja Raya ( JKR ) Johor telah terpilih.
Beberapa
pindaan dan ubah suai yang telah dijalankan tehadap reka bentuk bendera
tersebut dengan mendapat perkenan daripada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22
dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah
meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua
Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the
opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as
follows:-
Eleven horizontal
stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red,
having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow
superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."
Selepas
pendapat diberikan oleh orang ramai,pada 28 November 1949, akhbar The Malay
Mail sekali lagi memainkan peranan penting dengan membuat pengumuman mengenai
keputusan mengenai pemilihan bendera Malaya tersebut. Corak bendera Malaya yang
dipilih tersebut kemudiannya telah diperkenankan oleh King Goerge vi. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu
dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh
Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan
Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai
King George VI.
Akhbar
The Malay Mail banyak melaporkan isu semasa dan juga isu sekitar yang berlaku
pada masa itu. Contoh isu yang dilaporkan oleh The Malay Mail ialah penubuhan
angkatan Senoi Praaq. Senoi Praaq bermaksud “orang-orang asli yang suka
berperang” dalam bahasa Temiar dan Senoi. Pada keluaran 4 March 1959, akhbar
The Malay Mail telah melaporkan penubuhan
angkatan bersenjata yang dianggotai oleh orang asli. Lt.Col R.O.D
merupakan pengasas kepada angkatan Senoi Praaq. Penubuhan Senoi Praaq bermula
apabila seramai 10 orang asli telah ditangkap kerana bekerjasama dengan
komunis. Mereka yang ditangkap ini telah dilatih oleh British untuk kembali
menentang komunis. Selain isu penting kepada keselamatan negara,The Malay Mail
juga melaporkan isu-isu yang dianggap biasa seperti Tunku Abdul Rahman yang
melakukan solat Jumaat di Masjid Pudu. Selain itu, The Malay Mail turut tidak
ketinggalan untuk melaporkan mengenai perayaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957. Berita mengenai pemashyuran Hari Kemerdekaan ini dijadikan muka
depan akhbar tersebut dengan tajuk “The
Big Moment : Storm clouds roll away
as new nation is born”
Sepanjang
tahun-tahun awal kemerdekaan Tanah Melayu,berita mengenai keselamatan juga
turut dimainkan yang biasanya melibatkan kekejaman komunis. Antaranya kes Lim
Phang Soon Kow, yang mnjadi tali barut komunis. Lim Phang Soon Kow, sebenarnya
adalah anggota kepada Home Guard yang bertindak menjaga keselamatan kampong
namun malangnya,tugas yang diberikan itu telah memudahkan lagi Lim Phang Soon
Kow membantu komunis untuk menyerang kampung-kampung. Lim Phang Soon Kow telah
membunuh beberapa orang anggota Home Guard di Kampung Baru Senai Johor dan
melarikan 4 laras senjata dan 80 butir peluru mangsa. Lim Phang Soon Kow telah
mati dibunuh oleh seorang Gurkha pada tahun 1957.
Selain
isu yang melibatkan orang ramai, The Malay Mail juga turut melaporkan isu-isu
yang melibatkan mahasiswa. Sekitar bulan Mei 1969, berlaku ketegangan kaum.
parti-parti politk dan persatuan pada masa itu saling meniupkan sentiment
perkauman. Untuk mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak baik akibat
ketegangan kaum ini, pelajar-pelajar Universiti Malaya daripada pelbagai kaum
telah menyatakan semangat perpaduan. Pada 12. Mac.1969, pelajar ini telah
mengadakan “Solidariti March” sempena minggu mahasiswa di universiti berkenaan.
Akhbar The Malay Mail telah melaporkan mengenai peristiwa ini dengan tajuk
“March by freshies to show streght and solidarity”. Namun malangnya,hari
keluarnya berita ini merupakan hari yang mencatatkan peristiwa hitam dalam negara
kita iaitu peristiwa 13 Mei 1969.
Selain
daripada isu-isu yang dimainkan oleh The Malay Mail, iklan-iklan daripada
pelbagai syarikat terutamanya syarikat daripada eropah memenuhi ruangan iklan
sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1896 lagi. Antara iklan yang dimuatkan
ialah iklan barangan kenderaan seperti tayar contohnya, Syarikat Cycle &
Carriage Co. yang mengiklankan barangan tayar,basikal dan seumpamanya. Manakala
Syarikat John Little & Co Ltd telah mengiklankan kerusi dan barangan
perabut seperti meja dan katil sekitar tahun 1900 lagi.
Peranan Dan Sumbangan Akhbar The
Malay Mail
Pendidikan
Peranan
akhbar the malay mail ini merupakan satu medium untuk penyebaran maklumat
kepada masyarakat melayu dan juga penyumbang kepada kebangkitan semangat nasionalisme
melayu. Pada 8 Mac 1901,mereka menceritakan pada masa ini pihak british telah
menyediakan pelbagai kemudahan kepada masyarakat di tahah melayu. Kemudahan
yang telah disediakan oleh pihak british ialah sekolah,hospital dan sebagainya.
Akan tetapi,segala kemudahan yang disedikan oleh pihak british ini
kebanyakkannya diperolehi oleh orang british dan juga orang cina. Orang melayu
pula diabaikan. Hal ini telah menyebabkan kebajikan masyarakat melayu
diabaikan. Pengabaian kebajikan masyarakat melayu ini ditunjukkan dalam akhbar
ini melayu ini dalam akhbar evening standart yang mana telah dipetik dalam
akbar malay mail pada 22 disember 1903.
A
Malay Youth dalam petikan akbar the malay mail 15 disember 1922 yang menyatakan
bahawa pendidikan yang diperkenalkan oleh british untuk orang melayu
adalah pada tahun 1922 iaitu SITC.
Sistem pendidikan yang ditawarkan pada masa ini adalah lebih kepada bahasa
melayu dan bukannya bahasa inggeris. Walaupun pada masa ini,bahasa yang penting
ialah bahasa inggeris. Hal ini kerana dalam pentadbiran negara semasa
pemerintahan british ialah menggunakan
bahasa Inggeris. Kenyataan yang dikeluarkan ini turut disokong oleh A Malay
Father pada 19 Disember 1922 yang mana dalam petikan akhbar the malay mail
menyatakan sistem pendidikan yang diperkenalkan ini adalah untuk anak-anak
kepada nelayan dan juga petani-petani. Wal hal bagi golongan petani dan nelayan
ini,hasrat mereka menghantar anak-anak mereka adalah untuk berkerja dengan
pihak kerajaan. Akan tetapi hasrat mereka tidak kesampaian kerana ilmu yang di
ajar adalah tidak selayak dengan
pendidikan yang didapati oleh anak golongan bangsawan seperti anak-anak raja
dan juga anak-anak pegawai british.Selain daripada itu,kenyataan ini juga turut
disokong oelh ABDUL iaitu dari kuala lumpur,yang mana dipetik pada 23 disember 1922.
Oleh
hal yang demikian,dalam beberapa surat yang tersiar dalam akhbar the malay mail
ini,semakin jelas menunjukan terdapat suara sungutan perihal kurangnya peluang
untuk anak-anak orang kebanyakan mempelajari bahasa inggeris. Disebabkan
keadaan itu,golongan bawahan ini membuat rayaun kepada pihak british supaya
memberi peluang kepada golongan bawahan untuk mempelajari bahasa inggeris. Akan
tetapi rayauan ini hanya dikemukan oleh golongan bahawan sahaja,kerana
anak-anak golongan atasan ini sudah sedia maklum mendapat pelajaran bahasa
inggeris. Kenyataan ini pula terus disokong oleh A Malay Commerce dari kuala
kangsar. Hal ini kerana beliau mempunyai persamaan permikiran dengan a malay
father bahawa masyarakat melayu tidak akan maju sekiranya golongan belia ini
tidak dieberi peluang untuk memegang jawatan-jawatan yang tinggi yang terdapat
dalam perkhidmatan pentadbiran.
Politik
Walaupun
pada awal tahun 1930an perkara yang difokuskan oleh orang melayu adalah lebih
terjurus kepada masalah pendidikan,ia mula beralih kepda isu politik pada tahun
1931. Peristiwa yang membawa kepada kebangkitan semangat politik dalam kalangan
orang melayu ialah dengan pengenalan Dasar Desentralisasi oleh Sir Cecil
Clementi ( Pesuruh Jaya Tinggi Negeri Melayu bersekutu merangkap Gabenor
Negeri-Negeri Selat 1930-1934 ) pada bulan Ogos 1931 di Durbar Sri Menanti. dalam
dasar ini,mereka lebih mementingkan orang melayu. Tindakan ini telah
menimbulkan perbahasan yang cukup hebat antara orang melayu dengan orang bukan melayu. Perbahasan ini juga turut
hangat dibincangkan dalam akhbar-akhbar melayu dan juga akhbar melayu. Selepas beberapa
tahun kemudian,akhbar The Malay Mail telah membuat penterjemahan mengenai
ulasan-ulasan yang terdapat dalam akbar melayu untuk diberitahu kepada khalayan
umum,atau lebih kepada pembacanya.
Oleh
hal yang demikan,telah mula wujudnya pemikiran yang mana menyatakan bahawa
betapa pentingnya kewujudan persatuan-persatuan dalam kalangan orang melayu.
Kewujudan persatuan ini adalah untuk menyuarakan suara-suara orang melayu
kepada pihak atasan. Selain itu juga,pendedahan ini juga telah memberikan
kesedaran akan kepentingan politk bagi orang melayu. Pada masa ini,hubungan
orang melayu dan bukan melayu mula renggang kerana orang melayu sudah mula berpegang kepada
semangat nasionalisme melayu. Dalam kebangkitan ini,bukan semua orang india dan
cina yang terlibat dalam konflik ini,mereka yang terlibat adalah orang cina dan
india yang memdapat pendidikan inggeris. Hal ini kerana orang cina dan india
ini lebih menitik beratkan kepada isu politik yang sedang bergolak dinegara
mereka sahaja.
The
Malay Mail benar-benar masuk kedalam nadi masyarakat dalam bidang politik ialah
melalui peristiwa mogok atau lebih dikenali sebagai Hartal yang dianjurkan oleh
PUTERA-AMCJA. Mengenai peristiwa ini turut dinukilkan dalam sebuah artikel yang
bertajuk Peranan Politik Akhbar Suara
Rakyat 1945-48 oleh Ishak Saat. Akhbar The Malay Mail telah memuatkan
mengenai propaganda yang mana akan diadakan mogok di beberapa buah kawasan
seperti di Negeri Sembilan,Pahang Barat,Perak,Selangor dan Johor. The Malay
Mail telah melaporkan yang A.A.Mohd Abdullah telah bersetuju bahawa pertubuhan
mereka akan turut serta dalam tindakan hartal aman. Peristiwa Hartal yang dilancarkan pada 20
Oktober 1947 bermula dari pukul 6 pagi telah berjaya seperti yang dirancangkan.
Semua kedai di Kuala Lumpur ditutup dan ibu kota menjadi lengang pada hari
tersebut. British dianggarkan mengalami kerugian lebih kurang 4 juta pound
Sterling. Inilah bukti kukuh kejayaan pendekatan penggunaan akhbar untuk
menyemarakkan api pemogokan di seluruh Tanah Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek