Rabu, April 20, 2011

Apakah Akronim Dan Singkatan

Bahasa Jiwa Bangsa

Kebanyakan ahli bahasa tidak bersependapat mengenai Akronim dan Singkatan. Akronim. Singkatan dan pelambangan terletak di bawah proses abreviasi iaitu proses morfologis yang mengubah leksem atau gabungan leksem menjadi kependekan Prof.Dr.E. ( Zaenal Arifin,M.Hum dan Dra.Junaiyah,H.M. M.Hum, 2007 : 13 ). Ada ahli bahasa yang meletakkan akronim dalam ayat tunggal manakala ada yang tidak bersetuju meletakkan akronim dalam ayat tunggal. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2008 : 47)  menyatakan bahawa kata tunggal ialah kata yang terdiri daripada satu bentuk dasar. Kamus Dewan Edisi Ketiga turut menyatakan bahawa akronim tergolong dalam kata tunggal ( 2008 : 48 ). Menurut Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Kemas Kini, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.

Akronim pada asasnya terbentuk daripada proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008: 66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan kemudiannya dilafazkan menjadi seperti perkataan. Indonesia contohnya memiliki banyak sistem akronim dan singkatan. Oleh itu mereka memiliki cara khas untuk mewujudkan singkatan dan akronim dalam bahasa mereka. Dalam melakukan rujukan mengenai singkatan dan akronim biasanya mereka akan melakukan rujukan pada buku Pedoman. Dalam buku Karya Tulis Ilmiah Sosial : menyiap, menulis, mencermati ( 2004 : 184 ) membawakan contoh pemilu atau pimilihan umum untuk rakyat Indonesia. Dalam buku itu, penulis telah mempersoalkan ejaan Pemilu yang ditulis dengan huruf besar (atau dalam bahasa Indonesia disebut sebagai p kapital ) sedangkan pemilu bukan nama diri.

Dalam buku yang bertajuk Pedoman Umum Pembentukan Istilah (1993:21)  menyatakan bahawa istilah akronim ialah gabungan huruf awal perkataan,gabungan suku kata atau gabungan kombinasi huruf dan suku kata dari baris kata yang diperlakukan sebagai kata contohnya :

a ) Felda – Federal Land Development Authority ( Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ).
b ) Mara – Majlis Amanah Rakyat
c ) Pernas – Perbadanan Nasional Berhad.
Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008:66 ) menyatakan akronim boleh terbentuk melalui tiga proses, iaitu daripada gabungan huruf awal rangkai kata yang membentuk kata nama Khas contohnya
a ) ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia

Kedua,akronim boleh terbentuk daripada gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata dan merupakan kata nama khas contohnya,
a ) Mara – Majlis Amanah Rakyat

Ketiga, gabungan suku kata dengan suku kata yang ditulis dengan huruf kecil kerana buka kata nama khas contohnya
a ) tadika – taman didikan kanak-kanak,
b ) pemilu – pemilihan umum.

Dalam buku teks untuk Sekolah Menengah Atas Indonesia iaitu Cendikia Berbahasa, memuatkan juga proses pembentukan akronim yang juga terdiri daripada tiga cara,iaitu:

1 ) Akronim nama diri yang merupakan gabungan huruf awal deretan perkataan dengan huruf kapital ( huruf besar ) dan cara ini sama dengan cara yang dikemukan oleh Kamus Dewan pada contoh satu, contohnya
a ) LAN – Lembaga Administrasi Negara

2 ) Akronim hasil gabungan suku kata atau gabungan suku kata dengan huruf contohnya
a ) Iwapi – Ikatan Wanita Pengusaha Indonesia

3 )  Akronim yang bukan nama diri yang berpa gabungan huruf, suku kata daripada baris yang ditulis dengan huruf kecil contohnya
a ) pemilu – pemilihan umum.


Menurut Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua kata atau lebih. Menurut Asmah Haji Omar lagi, akronim terdiri daripada kata selapis dan boleh mengalami proses morfologi sebagaimana kata selapis.

Singkatan ialah bentuk istilah yang dipendekkan melalui tiga cara ( Pedoman Umum Pembentukan Istilah, 1993 : 20 )  iaitu:

i. Istilah yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tetapi bentuk lisannya sesuai dengan bentuk istilahnya contohnya:
a ) kg – Kilogram
b ) cm – centimeter
c ) mm – millimeter

ii.  Istilah yang memiliki satu huruf tetapi dilisankan dengan satu huruf ke satu huruf contohnya :
a ) Dap – Democratic Action Party
b ) Mca – Malayan Chinese Association
c ) Mic – Malayan Indian Conggress

iii. Istilah yang dibentuk dengan meninggalkan sebahagian unsurnya contohnya sebagaimana yang dinyatakan dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah:
a ) ekspress – kereta api ekspress
b ) lab – labotarium
c ) harian – surat khabar harian.

    Tujuan penutur menggunakan akronim dan singkatan ialah supaya penutur kalimat yang dituturkan tidak terlalu panjang ( Prof.Dr.E. Zaenal Arifin,M.Hum dan Dra.Junaiyah,H.M. M.Hum, 2007 : 14 ).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulas molek