Gambar Hiasan |
Umat Islam dan Umat Hindu di India
walaupun daripada ras dan kaum yang sama namun mereka telah menganggap bahawa
mereka daripada dua ras yang berlainan. Kesatuan berdasarkan bangsa kaum tidak
wujud disini tetapi yang wujudnya ialah kesatuan agama. Mereka menganggap
mereka daripada dua kaum iaitu kaum Islam dan kaum Hindu. Perbezaan mereka
ialah daripada segi pertuturan bahasa ( Islam menganggap bahasa Urdu sebagai
bahasa nasional mereka manakala masyarakat Hindu pula menganggap bahasa Hindi
sebagai bahasa mereka ). Apabila umat Islam kehilangan kuasa sehingga bahasa
kerajaan Islam iaitu Urdu mula dipinggirkan oleh British dan mula menggunakan
bahasa Hindi sebagai bahasa kerajaan, ini telah menimbulkan kebimbingan dalam
kalangan masyarakat Islam yang sudah sedia terpinggir itu. Dalam kekalutan ini,
umat Islam telah menubuhkan Liga Muslim yang menjadi asas kepada nasionalis
Islam di India.
Sebelum kewujudan Liga Muslim, kebanyakan
orang Islam berjuang hak mereka melalui Parti Kogress Kebangsaan India ( INC )
yang telah ditubuhkan pada abad yang ke-19 lagi. Parti ini menjadi parti yang
besar dalam negara India yang dianggotai oleh bukan hanya masyarakat Hindu
tetapi juga masyarakat Islam. Pada tahun 1906, pelajar-pelajar daripada
Universiti Aligarh yang diasaskan oleh Syed Ahmad Khan seorang pemikir Islam
telah menubuhkan sebuah persatuan orang Islam iaitu Liga Muslim. Namun
persatuan ini hanya disertai oleh kelompok elit Islam iaitu golongan Islam yang
kaya dan mengabaikan masyarakat Islam yang miskin. British pernah cuba untuk
memisahkan Bengal pada tahun 1905, namun impian ini terpaksa dibatalkan apabila
masyarakat Hindu di Bengal yang terdiri daripada golongan kaya menentang idea
ini kerana akan menghilangkan kuasa mereka kerana pemisahan itu mencatatkan
penduduk Islam yang menjadi majoriti di Bengal terutamanya dikawasan utara
Bengal. Jika pemisahan Bengal ini, berjaya nescaya umat Islam India akan
mendapat sebuah negara sendiri sebagaimana semasa zaman kerajaan-kerajaan Islam
di India.
Peranan Liga Muslim yang bersifat elit ini
berakhir apabila dipimpin oleh Muhammad Ali Jinnah. Di India pada masa itu,
kawasan yang mempunyai penduduk majoriti ialah Sind, Bengal dan Punjab. Namun
pada pilihanraya 1937, Liga Muslim telah mengalami kekalahan yang teruk
dikawasan penduduk majoriti Islam itu sendiri. Parti Kogres Nasional India dan
juga parti Nasional yang lainnya telah mendapat tempat dihati penduduk India.
Liga Muslim dianggap sebagai parti nyamuk dan perbincangan tentang masyarakat
Islam tidak dilakukan melalui pertubuhan ini. Melihat perkara ini, Liga Muslim
dibawah Muhammad Ali Jinnah merasa perlu dibuat sesuatu supaya Liga Muslim
mendapat tempat dihati rakyat. Oleh itu, Muhammad Ali Jinnah telah mendesak
parti Islam di kawasan majoriti Islam terutamnya bernaung dibawah liga Muslim.
Liga Muslim juga mula melakukan propaganda dengan mengatakan Kogress Kebangsaan
India sebagai parti Hindu yang hanya memperjuangkan masyarakat Hindu dengan
mengabaikan masyarakat Islam. Propaganda yang dimainkan oleh Liga Muslim ini telah
berjaya menarik umat Islam India untuk menyokong Liga Muslim. INni dibuktikan
pada pilihanraya 1946 apabila Liga Muslim menang dikawasan penduduk majoriti
Muslim.
Teori Dua Bangsa ialah teori yang
mula-mula diperkenalkan oleh Syed Ahmad Khan, walaupun teori ini tidak lah
sebuah teori semasa Syed Ahmad Khan menyebutnya namun butir-butir mengenai
teori ini secara tidak langsung telah diperkenalkan oleh beliau. Teori Dua
Bangsa sebagaimana yang kita fahami pada hari ini telah dilengkapkan oleh
seorang lagi pemikir Islam India iaitu Muhammad Iqbal. Beliau menuntut sebuah
negara Islam yang terpisah daripada pengaruh kerajaan Hindu kerana pada beliau
bangsa Hindu dan Islam merupakan sesuatu yang berbeza dan seharusnya tidak
boleh ada 2 bangsa dalam satu negara. Benih-benih kewujudan Pakistan telah
bermula. Semasa persidangan Liga Muslim di Lahore, Muhammad Ali Jinnah sebagai
peminpin Liga Islam telah menyatakan bahawa perlu diwujudkan sebuah negara
Islam untuk Umat Islam di India.
Antara sebab kenapa British meluluskan
pembentukan Pakistan ialah kerana perbalahan Komunal antara Hindu dan Islam
yang semakin memuncak. Di kawasan Islam seperti di Bengal telah mencatatkan
angka korban seramai 4000 orang dan 10,000 yang lain cedera. Untuk
menyelesaikan masalah ini, British merasakan bahawa perlu diwujudkan sebuah
lagi negara untuk masyarakat Islam. Selain itu, sebab kewujudan Pakistan ialah
sebagai tanda terima kasih kepada Liga Muslim kerana menyokong British semasa
British mengalami zaman kesukaran semasa perang Dunia kedua. Semasa perang ini,
INC telah mengambil langkah tidak bekerjasama dengan British dan menjalankan
kempen " Gerakan Meninggalkan India". Ini dirasakan kerana pada hemat
INC , jika tiada British di India maka Jepun tidak akan menyerang dan jika Jepun
menyerang India, penduduk India sendiri boleh mempertahankan India. Kesannya,
Jawahalal Nehru, Mahatma Ghandi dan 20,000 pengikut INC telah dipenjaran oleh
British. Liga Muslim pula mengambil langkah bekerjasama dengan British kerana
merasakan hanya British sahaja yang boleh membantu menubuhkan sebuah negara
Islam iaitu Pakistan sekaligus merialisasikan teori dua bangsa.
Draf kemerdekaan Pakistan telah diwujudkan
pada April 1947 dan pada Jun 1947 draf itu telah diluluskan . Pakistan telah
merdeka pada 14 Ogos 1947 dan menariknya India telah merdeka sehari selepas
Pakistan dan lebih menarik, kemerdekaan India diistiharkan pada waktu malam
kerana pada pandangan kosmo masyarakat Hindu bahawa alamat tidak baik jika
mengistiharkan kemerdekaan pada siang hari.
Kewudujan Pakistan Barat dan Timur (
Bangladesh ) telah meyaksikan penghijrahan berjuta-juta penduduk. Masyarakat
Islam di India berpindah ke wilayah Pakistan dan penduduk Hindu dan Sikh
berpindah ke wilayah India. Dalam penghijrahan ini kira-kira seramai 200,000
penduduk muslim telah mati dibunuh oleh pengganas Hindu termasuklah tentera
India..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek