Ajaran Konfusius telah diasaskan
oleh Kung Fu Tze atau nama sebenarnya Kung Chiu pada tahun 551 S.M semasa
pemerintahan Wangsa Chou di Negeri Lu. Beliau anak kepada Shuh Liang Heih
daripada keturunan Kung dan Chiang Tsai dan merupakan golongan bangsawan namun
bukan golongan yang kaya. Konfusius merupakan salah seorang daripada sekalian
banyak sarjana yang terkenal semasa dinasti Chou. Beliau hidup dalam kesusahan
dengan ibunya kerana ayahnya telah meninggal semasa beliau berumur 3 tahun dan
pernah bekerja sebagai pengembala kambing,pengembala lembu,kerani dan peyimpan
kira-kira namun pada umur 17 tahun
beliau berjaya menjadi pegawai kerajaan. Beliau telah berjaya dalam bidangnya
sehingga berjaya naik pangkat dan pernah menjadi ketua hakim dan Perdana
Menteri bagi Negeri Lu namun falsafah yang cuba dibawakannya tidak dapat
diterima oleh pemerintah. Konfusius telah bertindak meletak jawatan dari
kerajaan dan mengembara. Apabila tua,beliau telah kembali ke negeri Lu dan
mewujudkan satu sekolah akademik untuk menyebarkan pengaruhnya. Dikatakan
beliau memiliki 3000 orang murid dan 72 orang pengikut yang setia. Beliau
banyak menulis mengenai kesusasteraan,sejarah ,moral dan falsafah. Ajarannya
banyak ditulis oleh pengikutnya didalam buku analects yang merupakan tulisan
klasik yang menggunakan nama Konfusius. Beliau telah meninggal pada tahun 479
S.M di Chii fu. Semasa pertengahan
terakhir dinasti Chou Timur ( 770 S.M- 221 M ) negara China telah berpecah
kepada banyak negara dan saling berperang sehingga digelar zaman “Negara-Negara
Berperang”. Pada zaman ini raja-raja amat memerlukan buah fikiran daripada
pelbagai golongan masyarakat bagi mengamankan negara. Falsafah Konfusius pada
masa itu tidak mendapat tempat berbanding pendapat yang lain. Tetapi falsafah
“perundangan” telah mendapat pada masa itu dan telah berjaya mengamankan
negara. Falsafah Fang atau undang-undang itu telah berjaya membantu
kerajaan membentuk satu kerajaan yang kuat dengan angkatan tentera yang besar.
Namun ajaran ini telah menjadi satu ajaran terpenting kepada China
sehinggalah sekarang. Semasa pemerintahan dinasti Chin,pengikut falsafah
Konfusius telah ditekan teruk termasuklah ada yang dibunuh,kitab-kitab
Konfusius telah dibakar membuktikan bahawa falsafah Konfusius telah berkembang
kerana masyarakat awam tidak bersetuju dengan dasar keras yang diamalkan oleh
kerajaan. Namun ia sekali lagi berubah selepas zaman dinasti Han ( 206 S.M-220
M ). Liu Pang yang merampas kuasa daripada Wangsa Qin telah bertindak menitik beratkan
sistem nilai dan falsafah Konfusius dan agenda membangunkan rakyat. Dinasti Han
telah mengambil pendapat menentang dinasti Chin yang dianggap kejam dan
mengangkat falsafah Konfusius untuk dijadikan panduan. Pengikut Konfusius pada zaman ini telah
berjaya mempengaruhi Maharaja Wu Ti untuk menjadikan Konfusius sebagai panduan
negara bahkan cucunya telah membawa masuk guru-guru falsafah ini kedalam
istana. Pada zaman Han,sesiapa yang ingin menjadi pegawai kerajaan perlu mahir
dalam falsafah Konfusius dan lama-kelamaan ia menjadi wajib untuk mengambil
peperiksaan kerajaan. Perkembangan falsafah Konfusius dalam bidang pendidikan
tidak dapat diabaikan kerana falsafah ini telah diguna pakai dalam solibus
peperiksaan. Liu Pang telah bertindak mengambil pegawai daripada golongan
cerdik pandai untuk membangunkan negara. Aspek Pendidikan amat dititik beratkan
sebagai bukti ialan perkembangan pelbagai disiplin ilmu seperti
kesusasteraan,seni lukis,muzik,falsafah dan sebagainya. Namun selepas kejatuhan kerajaan Han falsafah
ini telah dipandang sepi dan hanya wujud pada nama sahaja apabila kemasukan
agama Buddha dan juga serangan orang gasar dari utara.
Ajaran Konfusius menekan lima aspek iaitu Jen ( kebaikan hati dan
keperimanusiaan ), I ( kesetiaan dan kebaktian ),Li ( adat tatacara ),Shih ( kecerdasan ),Chih
( kejujuran ). Sifat ini menekankan tentang hubungan sosial dalam kalangan
masyarakat itu sendiri. Anak-anak ditekankan untuk berbuat baik dan menghormati
ibu bapa dan juga orang tua. Dengan menekankan lima aspek itu seseorang akan
mencapai cita-cita seorang Chun-Tzu ( orang baik-baik ). Ajaran ini
menekankan kesedarhanaan dalam setiap tindakan yang diambil. Selain
itu,Konfusius menekankan aspek kesetiaan kepada negara dan juga ketaatan kepada
ibubapa. Falsafah ini telah terbahagi kepada tiga zaman yang tersendiri iaitu
zaman Konfusius sendiri,zaman Mencius dan juga Neo-Konfusius.
Pengikut Konfusius yang terpenting ialah Mencius atau Mengzi yang hidup
sekitar tahun 372 S.M-289 S.M . Sumbangan utama Mengzi ialah dalam pembangunan
moral masyarakat. Bagi Mencius jika kerajaan berada dalam tangan lelaki yang
budiman maka negara tersebut akan dapat memastikan kebajikan rakyat tercapai.
Bagi Mencius,kejahatan yang dilakukan adalah daripada pengalaman malang
kemudian dicorakkan oleh masyarakat dan kawan. Oleh itu, kerajaan memainkan
peranan penting dalam mendidik masyarakat untuk menjadi baik. Mencius melihat
kerajaan harus dipimpin oleh jungzi atau lelaki budiman dan jika raja
itu jahat maka menteri harus membantah dan jika tidak menjadi harus berhenti
dan berkhidmat dengan kerajaan lain. Sumbangan Mencius terhadap pemikiran
rakyat adalah besar. Mencius menyeru supaya kerajaan memerintah dengan adil dan
pembahagian tanah mestilah sama rata dan jika kerajaan tidak bertanggungjawab
maka perlu dijatuhkan sahaja. Dalam
ajaran Konfusius,raja yang zalim sepatutnya tidak mendapat mandat dari syurga
untuk memerintah.