Tidak ada satu tarikh yang tepat
mengenai bila Islam datang ke China. Ada juga mengatakan bahawa sejak zaman
Rasulullah telah menghantar utusan untuk berdakwah di China seperti Saad bin
Abdul Qais,Qais ibn Hudhafah,Urwah bin Uthman dan Abu Qais bin Al Harith. Namun
dalam “ Buku Lama Dinasti Tang” menyatakan bahawa khalifah Uthman telah
menghantar satu lawatan rasmi ke China semasa pemerintahan Maharaja Tang Zuan
Zong. Utusan yang dihantar ialah Saad bin Abi Waqas. Utusan ini dihantar dengan
maksud supaya China tidak lagi memberi bantuan kepada Parsi yang diserang hebat
oleh tentera Islam. Perkembangan Islam di China semakin pesat semasa
pemerintahan Khalifah Walid Ibn Malik yang mana panglima Islam pada masa itu
seperti Qutaibah bin Muslim berjaya membuka kawasan Samarkhan,Khawarazim dan
Farqana yang menjadi pusat penyebaran Islam di Asia Tengah. Kejayaan penaklukan
ini berjaya membuka laluan perdagangan dan penyebaran Islam di China. Pada
tahun 755,berlaku pemberontakan An Shi yang menyaksikan banyak kota-kota telah
ditawan sehingga memaksa raja China turun taktha dan digantikan dengan anaknya
Tang Suzong. Bagi memadamkan pemberotakan yang semakin kuat ini, Tang Suzong
telah meminta bantuan tentera Islam dalam jumlah yang besar dan mampu
memadamkan pemberontakan tersebut.
Maharaja Tang Suzong amat menghargainya dan telah membenarkan tentera
Islam untuk tinggal di Fang dalam wilayah Xian. Perkembangan Islam berlaku di
sini apabila ramai tentera Islam berkahwin dengan penduduk tempatan. Bukti
perkembangannya Islam ialah terbinanya banyak masjid oleh umat Islam dan juga
atas perintah Maharaja dan nama masjid itu turut diberikan oleh maharaja China.
Perkembangan Islam lebih pesat berlaku semasa dinasti Yuan. Pemerintahan
Dinasti Yuan di China hakikatnya tidak memiliki kekuatan ketenteraan sehingga
menyebabkan mereka mencari rakyat luar China seperti Parsi dan Asia Tenggara
untuk mengisi jawatan kerajaan. Banyak orang Islam telah dilantik menjadi
pegawai tinggi pada masa itu. Walaupun Islam pesat tersebar semasa dinasti ini
namun masih wujud pemberontakan yang dilakukan oleh orang Islam sendiri yang
dipimpin oleh Jeneral Kok Tzen Hind dan kemudian menyerahkan kuasanya kepada
menantunya Chu Yuan Chang sehinggalah diganti oleh Wangsa Ming. Dinasti Ming
telah mencatatkan keagungan Islam apabila maharajanya iaitu Hong Wu adalah
seorang yang beragama Islam. Maharaja Hong Wu memiliki seramai 10 orang jeneral
yang beragama Islam. Agama Islam amat dihormati oleh Orang China sehinggalah
abad ke 19. Contohnya keluarga Syed Ajjal telah dilantik untuk memimpin Yunnan
dan Syed Ajjal sendiri pernah menjadi Gabenor Yunnan pada 1259.
Selain daripada perkahwinan tentera Islam dengan penduduk tempatan,sejarah
juga mencatatkan perkembangan Islam melalui kegiatan perdagangan.Orang Arab
yang tinggal di Kanton telah memeluk Islam dengan bantuan Saad bin Lubaid.
Semasa misi dakwah ini berlaku,2 buah masjid tertua telah didirikan di China
iaitu masjid Kwang Tah Se di Kanton dan Masjid Chee Lin Se . Semasa dinasti
Ming,umat Islam terus diberi tempat bahkan Maharaja Ming telah menulis
pendahuluan kepada artikel yang bertajuk “ 100 perkataan yang memuji
Rasulullah.
Pada masa ini muncul empat orang ulama yang terkenal di China iaitu Wang
Daiyu,Yusuf Ma Zhu,Liu Zhi,Yusuf Deixin. Mereka banyak menyumbang kepada
perkembangan Islam di China contohnya Wang Daiyu telah mengasingkan antara
budaya China dengan budaya Islam. Mereka banyak mengarang buku seperti “Penjelasan
Yang Benar Mengenai Agama Yang Betul”, “ Arah Dalam Islam”,Etika Dalam Islam
dan banyak lagi. Masyarakat Islam bertapak kukuh di Yunnan dan kawasan yang
dikenali sebagai Muslim Belt seperti di Xinjiang,Qinghai,Gansu dan Ning Xia.
Manakala penganut Islam terdiri daripada suku Tajik,Turk,Hui dan Mongolia.
Pada zaman dinasti Qing,dasar anti-Islam telah diamalkan. Penduduk Islam
yang tertindas telah memulakan pemberontakan dibawah pimpinan Sulaiman Tu
Wenxiu,Ma Hualong,Ma Zhanao dan Bei Yanhu. Namun pemberontakan ini tidak
berjaya sehingga menyebabkan lebih kurang 2 juta umat Islam dibunuh sepanjang
12 tahun. Umat Islam dikawasan Bandar telah dihalau keluar dari kawasan Bandar
seperti di Qinghai,Shanxi dan Ninxia Gansu. Semasa dinasti ini sebanyak 5 siri
peperangan antara orang Mancu dengan Orang Islam iaitu perang Lanchu
1821-1828,Perang Che Kanio 1830,Perang Sinkiang 1847,Perang Yunnan 1857 dan
juga perang Shansi 1861. Siri peperangan ini telah menyaksikan banyak masjid
dibakar dan penduduk Islam diseksa sehingga ramai yang berhijrah keluar dari
China. Namun penyeksaan ini berkurangan selepas kejatuhan Qing pada 1911 dan
orang Islam mula menggiatkan kembali pengamalan ajaran Islam dan telah mula
menghantar anak mereka ke luar negara untuk mempelajari Islam.