Masyarakat China walaupun
mengamalkan falsafah dan agama namun mereka tetap tidak terlepas untuk
mempercayai beberapa konsep kosmologi seperti Tian,Ti,Tao,Yin Yang,Zhongyong
dan Datung. Kepercayaan mereka ini telah dibentuk sejak nenek moyang
mereka lagi sehingga menjadi berakar umbi. Mereka amat percaya kepada konsep
tien ataupun syurga. Tien pada asalnya bermaksud langit. Mereka percaya bahawa
dewa berada di langit dan menggunakan istilah tien untuk merujuk kepada kosep
syurga. Sejak zaman dinasti Chou lagi,kerabat diraja sering mengaitkan mereka
daripada keturunan syurga dan mendapat mandat daripada syurga untuk memerintah.
Masyarakat China percaya bahawa Tien ini merupakan dewa yang terpenting yang mengatur
seluruh kehidupan mereka sehinggakan dalam ajaran Konfusius mereka mengatakan
bahawa Tien menentukan keseluruhan hidup manusia.
Selain percaya kepada langit ( tien ) masyarakat China juga
percaya kepada konsep Ti yang bermaksud Bumi. Dalam perkahwinan masyarakat
China mereka akan menyembah langit dan bumi menandakan bahawa konsep ini
berkait rapat dengan kehidupan mereka. Tien dikatan mencipta makhluk manakala
Ti pula menjaga makhluk. Bagi masyarakat biasa,mereka menganggap bahawa Ti itu
sebagai dewa yang tertinggi yang menguasai dewa yang lain.
Selain penyembahan objek alam dan dewa,masyarakat China juga tidak
terlepas daripada penyembahan terhadap roh nenek moyang. Sebagai mana
tien,masyarakat Cina juga percaya bahawa roh manusia adalah hidup dan boleh
mempengaruhi kehidupan manusia. Mereka percaya bahawa roh nenek moyang perlu
disembah kerana beranggapan nenek moyang mereka telah banyak berjasa kepada
keturunannya. Mereka menyediakan makanan dan minuman alam penyembahan roh nenek
moyang itu kerana beranggapan dapat mengembirakan roh tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek