Agama Kristian yang diajarkan di
China pada peringkat awal bukanlah agama Kristian yang dibawa masuk pada kurun
penjajahan di China namun agama Kristian ini merupakan agama Kristian yang
bermazhab Nestorian yang bertapak di Asia Barat. Agama Kristian ini telah
diajar secara bebas kepada masyarakat China sehinggalah agama ini di sifatkan
sebagai agama Barbarian oleh pemerintah China pada abad ke 9. Masyarakat China
merupakan sebuah masyarakat yang amat mengagungkan maharaja kerana ajaran
kosmologinya yang menganggap maharaja merupakan anak tuhan. Oleh itu,perintah
yang dikeluarkan oleh istana telah menyebabkan penyebaran agama Kristian di
China telah terbantut.
Tekanan yang dihadapi oleh agama Kristian ini mula kendur apabila Mongol
berjaya mewujudkan dinasti Yuan dan mengamalkan dasar yang liberal terhadap pengamalan
agama. Kerajaan Mongol tidak mampu bertahan untuk 100 tahun. Selapas kejatuhan
yang dialami telah menyebabkan sekali lagi agama Kristian tidak diterima oleh
Pemerintah. Agama Kristian mula dibawa masuk pula oleh orang barat sekitar abad
ke 16-17 oleh orang Itali. Penentangan oleh Maharaja mungkin kerana orang
Kristian menganggap Pepe sebagai kuasa agung sekaligus bertentangan dengan
ajaran bahawa China adalah middle Kingdom.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek