Sabtu, April 16, 2011

Konfusius di Jepun


    Konfusius dikatakan disebarkan ke Jepun melalui semenanjung Korea sekitar kurun ke 5 Masihi. Konfusius walaupun tidak mempengaruhi penduduk Jepun dalam kebanyakan kebudayaan dan aktiviti masyarakat namun falsafah ini amat berpengaruh kepada penduduk Jepun dalam bidang moraliti dan tindak tanduk penduduk Jepun. Dikatakan falsafah ini telah sampai ke Jepun sejak abad ke 4 lagi. Pengaruhnya mula membesar sejak abad ke 7 apabila beberapa konsep dalam falsafah ini mula diterima pakai seperti membuat keputusan dengan adab yang betul,konsep maharaja sebagai anak tuhan,dan memastikan keharmonian dicapai sesama insan dan carekawala. Namun dalam sistem politik Jepun,falsafah ini tidak mampu mempengaruhi kebanyakan daripada dasarnya kerana masyarakat Jepun lebih bergantung kepada konsep kami. Sebagaimana ajaran Buddha,fahaman Konfusius juga mempunyai beberapa aliran dan yang paling terkemuka di Jepun ialah mazhab Chu His. Di Jepun,penggabungan agama mahupun falsafah luar dengan ajaran tempatan tidak dapat dielakkan. Salah satu aliran yang menggabungkan Konfusius dengan Shinto ialah mazhab Mito yang mana penganut mazhab ini telah menyusun semula ilmu sejarah kemaharajaan Jepun sehingga membuka lembaran baru dalam sistem politik Jepun. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulas molek