Duit Pisang Zaman Jepun |
Pada abad ke-19,sistem ekonomi
kewangan atau lebih dikenali sebagai sistem ekonomi bebas mula diperkenalkan di
Asia Tenggara. Negara-negara jajahan telah diberi kebebasan untuk terlibat
dalam sistem ekonomi atau dengan kata lain,sistem ekonomi liberal telah
dilaksanakan setelah beberapa peristiwa berlaku seperti penentangan di parlimen
atas monopoli yang dilakukan pihak penjajah. Oleh itu,untuk menjayakan projek
ini kerajaan memerlukan modal untuk membangunkan bidang pertanian,perlombongan
mahupun infrastruktur.
Oleh itu,cukai telah diperkenalkan untuk mendapatkan kewangan kerajaan.
Cukai dikutip daripada kedai,lombong,rumah judi,pajak gadai,ladang dan
sebagainya. Di Tanah Melayu,muncul bandar-bandar baru terutamanya dikawasan
yang mempunyai biji timah kerana cukai yang dikutip melalui perlombongan
tersebut. Burma sejak dahulu lagi adalah pengeluar padi dan penjajah hanya
menggiatkan lagi penanaman padi buktinya pada 1870,British telah membina kilang
padi dan padi Burma telah dieksport ke India dan negara sekitarnya. Selain
beras,beberapa komoditi lain dilombong seperti timah hitam dan perak dan telah
menggiatkan pembinaan jalan raya dan jalan keretapi buktinya pembinaan keratapi
antara Rangoon ke Promme dan pada 1884 telah disambung ke Toungu dan sekali
lagi disambung ke Mandalay pada 1889.
Wujudnya golongan liberal di
barat telah mengurangkan penindasan penjajah di tanah jajahan mereka. Di
kawasan Indochina,Perancis juga telah menggiatkan perusahaan dalam bidang
pertanian dan juga perlombongan. Pada 1890,lombong arang batu telah dibuka di Tonkin
dan pada tahun yang berikutnya,ladang kopi pula telah dibuka Perancis juga
tidak ketinggalan untuk membina jaringan jalan keretapi pada 1895 dan jaringan
darat telah diperkenalkan lebih awal sekitar 1881. Pembinaan terusan air telah
merancakkan lagi industri penanaman padi ,jagung dikawasan delta Mekong kerana
berlakunya pertambahan penduduk dikawasan itu.
Jika dulu ekonomi di Asia Tenggara menjurus kepada ekonomi paksa dan
semata-mata untuk memenuhi kantung negara penjajah namun perubahan mula berlaku
terutamanya sekitar abad ke-20 dimana ekonomi Asia Tenggara telah mengalami
satu lagi fasa pembaharuan dimana semua pelabur dan rakyat boleh terlibat dalam
sektor ekonomi secara bebas dan pasaran ekonomi Asia Tenggara mula bergantung
kepada pasaran dunia. Cara hidup tradisi telah diganti dengan sistem kewangan
dan memudahkan pertukaran barangan berdasarkan nilai wang tersebut. Disetiap
jajahan telah diperkenalkan pelbagai sistem tanah dan dasar perlindungan tanah
untuk petani telah diperkenalkan oleh penjajah. Namun akibat penggunaan sistem
kewangan telah mendorong masyarakat untuk memiliki kekayaan dan kebanyakan
tanah telah dijual kepada kroni penjajah untuk mendapatkan keuntungan yang
lumayan sedangkan mereka pula terpaksa menjadi kuli kepada ladang-ladang
penjajah. Namun di Tanah Melayu dasar yang berbeza telah dilaksanakan dimana
petani dikawasan kampung dan kawasan pedalaman dilarang sama sekali menjual
tanah mereka terutamanya kepada orang asing dan mengekalkan mereka sebagai
petani yang miskin untuk mengekalkan hegemoni penjajah. Mereka ditugaskan untuk
membekalkan hasil makanan untuk kegunaan penduduk dikawasan bandar dan dasar
ini sebenarnya telah merugikan masyarakat apabila mereka tidak dibenarkan untuk
terlibat dalam perniagaan eksport import sebagaimana yang dilakukan oleh orang
Cina. Bukti bahawa kawasan kampung dan pedalaman dikekalkan sebagai kawasan
untuk membekalkan tanaman makanan ialah pengenalan undang-undang bahawa tidak
boleh menukar tanah padi kepada mana-mana tanaman lain walhal getah sekalipun
sedangkan harga getah pada waktu itu cukup tinggi. Undang-undang tersebut ialah
Undang-Undang Tanah Simpanan Melayu 1913 dan dipindaaan 1933. Penggubalan ini
berlaku akibat daripada kehilangan tanah orang Melayu yang mendadak ketangan orang
Cina yang memiliki kuasa ekonomi pada masa itu.
Namun begitu,pelakasaanaan Undang Undang ini hanya terhad kepada kawasan
hutan yang tidak berpotensi untuk dimajukan ataupun tidak wujud bahan mentah
untuk dilombong. Bagi kawasan yang maju dan ekonomi giat,kawasan tersebut
dikeluarkan daripada senarai Tanah Simpanan Melayu. Tanah yang berpotensi untuk
dimajukan disediakan untuk pemodal eropah untuk melombong mahupun menanam
getah. Pengeluaran hasil yang dahulunya hanya melibatkan pertanian kecilan dan
perlombongan secara kecilan telah berubah setelah kemasukan pemodal dan juga
sistem kewangan. Pertanian yang dahulunya secara kecilan telah berubah kepada
sistem yang lebih berskala besar dan ekonomi perdagangan pada masa itu telah
mendominasi sistem ekonomi pada masa itu. Masyarakat petani dan nelayan
walaupun perubahan cara ekonomi mereka tidak banyak berubah namun sedikit
perubahan tetap diterima contohnya mereka sudah mula menanam tanaman yang mampu
untuk menjana ekonomi kewangan seperti getah,kopi,koko,kelapa dan tebu walaupun
mereka tidak digalakkan untuk menanam secara skala besar seperti di Tanah
Melayu. Namun pengenalan sistem kewangan ini telah menimbulkan satu lagi
masalah baru kepada masyarakat Asia Tenggara iaitu masalah hutang.
Masalah kepada pertanian seperti bencana alam telah menyebabkan pekebun
kecil yang sudah rata-rata miskin telah meminjam wang daripada golongan
cetti. Masalah ini serius berlaku dalam
kalangan masyarakat Burma Hilir,Jawa,Melayu dan Vietnam. Petani yang tidak mampu membayar hutang tersebut akan dirampas tanah mereka.
Selain itu,buruh-buruh yang bekerja diladang-ladang digalakkan main judi jika
tidak keladang dan mereka digalakkan untuk meminjam daripada majikan yang
banyak berlaku kepada pekebun getah dan juga tebu.
Pengenalan kepada sistem kewangan ini telah menyebabkan perubahan kepada
nilai sosial masyarakat dimana masyarakat di Asia Tenggara mula bersifat
material dan pentingkan diri sendiri. Pengenalan sistem kewangan ini juga
walaupun dilihat baik namun masih banyak gejala negatif yang berlaku dimana
masyarakat mula berhutang untuk tujuan tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek