Bao Zheng |
Gongsu
Ce merupakan seorang yang pintar. Sebagai seorang cendiakawan beliau sering
sahaja dicabar oleh cendiakawan lain untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat
dari segi keilmuannya dalam bidang muzik,sastera,catur. Sedang asyik beliau
bertanding tiba-tiba keadaan menjadi riuh apabila orang ramai dikeadai terbabit
menjerit bahawa ada seorang yang bijak ingin mengadili seekor babi yang
dikatakan mencuri. Lelaki yang bijak tersebut ialah Bao Zheng yang memiliki
kulit yang hitam dan dan mempunyai bulan sabit di dahi sebagai tanda lahir.
Beliau telah dipanggil oleh ibunya untuk menyiasat satu kejadian bunuh di rumah
seorang kaya di pekan tersebut. Dalam perjalanan Bao Zheng telah melihat orang
ramai di sebuah kedai di pekan tersebut sedang bergaduh mengenai kejadian
kecurian tersebut.
Seorang
pakcik yang menjual pau telah mendakwa seorang lelaki yang membawa babi
tersebut mencuri wang perniagaannya namun lelaki tersebut menafikannya dan
menuduh babinya yang mencuri. Ini telah menyebabkan kekecohan berlaku di pekan
tersebut. Bao Zheng yang kebetulan lalu secara sukarela ingin menyelesaikan
masalah tersebut.
Bao
Zheng dengan selamba mengatakan bahawa babi itulah yang mencuri duit pakcik
yang menjual pau tersebut. Perkara ini telah menyebabkan keriuhan dalam
kalangan masyarakat pekan tersebut. Bao Zheng telah menggunakan kaedah
psikologi untuk mengumpan pencuri tersebut.
Bao
Zheng telah bertindak memukul babi tersebut supaya babi tersebut mengaku bahawa
dialah mencuri wang terbabit. Pakcik yang mencuri wang tersebut terpedaya
dengan helah yang digunakan oleh Bao Zheng.
“Kenapa
kamu mencuri?” Tanya Bao Zheng kepada babi tersebut.
Bao
Zheng telah merapatkan telinganya ke mulut babi untuk mendengar apakah sebabnya
babi tersebut mencuri. Keadaan ini telah menambahkan lagi kepercayaan penduduk
bahawa Bao Zheng boleh berkomunikasi dengan binatang.
“ooo..
kamu mencuri kerana miskin” kata Bao Zheng sendirian setelah mendengar apa yang
dikatakan oleh babi tersebut.
“Tuan-tuan,mari
kita menderma untuk diberikan kepada babi ini” tambah Bao Zheng lagi.
Orang
ramai yang melihat aksi Bao Zheng tersebut telah serta merta dengan sukarela
menghulurkan derma untuk babi tersebut tanpa banyak bertanya kerana orang ramai
masih tertanya-tanya apa yang akan dilakukan oleh Bao Zheng seterusnya . Bao
Zheng telah mengarahkan supaya derma tersebut diberikan dalam sebuah bekas yang
berisi air. Gongsu Ce sudah lama berada ditempat kejadian telah menjadi orang
pertama yang menghulurkan derma tersebut untuk melihat tindakan yang akan
dilakukan oleh Bao Zheng tersebut. Mereka berdua adalah cendiakawan paling
pintar dalam provinsi Anhui. Cuma Bao Zheng lebih sedikit pintar dalam
merungkaikan kes yang sukar. Mereka bersekolah di sekolah yang sama dan Bao
Zheng lebih diminati kerana bersifat merendah diri mungkin disebabkan
keluarganya miskin berbanding dengan keluarga Gongsu Ce yang merupakan keluarga
pegawai daerah.
Orang
ramai telah menghulurkan derma masing-masing namun pemilik babi yang dikatakan
mencuri tersebut teragak-agak untuk mengeluarkan derma namun selepas desakan
orang ramai akhirnya pakcik tersebut menghulurkan derma tersebut. Apabila duit
tersebut mencecah air sahaja maka Bao Zheng berkata
“Pakcik
inilah yang mencuri”.
Orang
ramai yang setia menunggu pada waktu itu menjadi hairan kerana dengan hanya
memberi derma sudah boleh mengetahui siapa pencurinya. Bao Zheng pantas
menjelaskan bahawa pakcik yang menjual pau tersebut menjual pau dan sering
menerima wang hasil jualannya. Disebabkan pau memerlukan minyak untuk proses
pembuatannya semestinya wang yang dipegang oleh pakcik penjual tersebut turut
berminyak. Semua wang yang didermakan oleh orang ramai tidak berminyak
sedangkan hanya wang pakcik tersebut sahaja yang berminyak sekaligus menandakan
bahawa pakcik yang membawa babi tersebut yang mencurinya. Untuk mengukuhkan
lagi dakwaannya,Bao Zheng telah mengarahkan supaya pakcik tersebut memasukkan
semua wang yang ada padanya kedalam magkuk yang berisi air dan keadaan air
tersebut semakin jelas ia berminyak. Pakcik penjual pau tersebut lantas
mengucapkan terima kasih kepada Bao Zheng.
“Kamu
pasti akan menjadi pegawai suatu hari nanti” kata pakcik tersebut.
Namun
keadaan itu tidak disukai oleh Gongsu Ce kerana akan mengurangkan popularitinya
sebagai seorang cendiakawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek