Sukan renang telah diperkenalkan di eropah sekitar tahun 1800.Pada
peringkat awal ia diperkenalkan hanya gaya kuak dada sahaja yang
dipertandingkan sehinggalah pada 1873 barulah gaya bebas telah
diperkenalkan.Renang antara sukan yang paling cepat mendapat perhatian orang
dan merupakan antara sukan yang digemari oleh orang ramai.Ini dibuktikan
apabila ia merupakan antara sukan moden yang terawal mendapat tempat di sukan
Olimpik pada 1896.Beberapa Negara seperti Denmark,Norway,Finland dan juga
Sweden telah menjadikan sukan renang ini sebagai korikulum wajib di Negara
tersebut.Para pelajar diajar untuk menyelamatkan dan menyelamat jika ada
kecemasan didalam air.Baju renang yang dipanggil Bodyskin telah dicipta bagi
meningkatkan kelajuan perenang dan ia telah terkenal sejak tahun 1800 lagi.Pada tahun 1828
,kolam renang pertama telah dibuat di Liverpool
England dan juga merupakan merupakan Negara pertama yang mempertandingkan sikan
ini.Selepas hanya 9 tahun,England sudah mempunyai sebanyak 6 buah kolam
renang.Ini telah membuktikan kepada kita bahawa sukan renang telah menjadi
popular di England sejak abad ke 19 lagi.Sukan renang ini bukan sahaja berlaku
didalam kolam renang bahkan pada tahun 1875,Kapten Matthew Webb telah
menyeberangi Selat Inggeris dan ia merupakan orang pertama dalam rekod yang melakukannya
boleh saya tau sumber rujukan cik?
BalasPadamPermintaan
BalasPadam