Sabtu, Februari 19, 2011

Prk Upsi : Isu Posting Bergema - Mahasiswa Cuba DiJumudkan

    Bismillah Wal Alhamdulillah..... Pilihanraya kampus kali ini sebagaimana pilihanraya kampus sebelum ini menjadi hangat dengan isu posting. Walaupun isu ini sudah tidak relevan untuk dimainkan namun ia betul-betul mencuit hati warga Upsi kerana ia berkenaan dengan masa depan warga Upsi itu sendiri. Isu Posting sengaja dimainkan oleh pihak tertentu untuk menarik undi "kecemasan" mahasiswa/i yang buta politik dan tidak mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini. Sasaran mereka yang memainkan isu ini ialah pelajar-pelajar yang baru masuk ke ke Upsi kerana mereka ini mudah terpedaya dengan segala tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tertentu. Pilihanraya kampus sesi 2009/2010 menjadikan isu ini sebagai isu utama untuk menarik sokongan mahasiswa sehingga seorang calon fakulti Fsk daripada Bitara menjanjikan posting jika menjadi MPP walaupun Datuk NC sendiri tidak mampu untuk menyelesaikan. Disebabkan oleh mahasiswa terpedaya dengan isu dimainkan,calon tersebut telah menang dalam pilihanraya namun hakikatnya tiada langsung isu posting kerana ramai yang tidak dapat posting adalah mereka yang tidak lulus ujian INSAK.
    Pilihanraya kali ini turut dimainkan bahkan "senior" yang dipercayai orang kuat Bitara yang telah posting turun untuk menakutkan pelajar Upsi yang "kosong" sekaligus mempengaruhi undi daripada mereka. Kemuncaknya adalah tersebarnya mesej-mesej daripada pihak -tertentu yang menyatakan bahawa mereka yang menyokong mahasiswa pendidik tidak akan dapat posting sebagaimana yang berlaku dalam tahun 2005 selepas mahasiswa pendidik menawan Biatarasiswa. Dalam mesej itu juga menyatakan bahawa ramai pelajar tahun tersebut tidak dapat posting kerana pentadbiran jatuh kepada mahasiswa pendidik @ Pro-Kebajikan. Ia adlaah suatu pembohongan yang besar kerana kebanyakan yang tidak dapat posting bukannya kerana menyokong pro-Kebajikan pada masa itu. Gejala menakutkan mahasiswa dengan "periuk nasi" ini dilihat berjaya dilakukan kerana kejumudan pemikiran mahasiswa/i Upsi yang brlaku sekarang. Ia sesuatu yang amat malang kepada negara kerana melahirkan mahasiswa/i yang malas berfikir dan jika berfikir pun hanya mengenai posting dan periuk nasi.
    Sejarah telah membuktikan bahawa sejarah adalah kuasa politik. Jika dahulu kerajaan awal mengharamkan sejarah ditulis tanpa kebenaran raja@maharaja perkara yang sama juga berlaku bagi mengekalkan hegemoni kekuasaan mereka. Dalam hal ini,sejarah posting Upsi telah diputarbelitkan oleh mereka yang berkepentingan bahkan semasa pentadbiran Bitara sendiri pun ramai daripada pelajar Upsi yang tidak dapat posting. Membangkitkan isu yang bukan dalam bidang kuasa mahasiswa ini adalah perkara yang tidak bertanggungjawab. Seharusnya mereka memperjuangkan perkara ini bukannya menjadikan ianya satu isu. Ia menunjukkan ketidak ikhlasan sesetengah pihak yang dalam menyuarakan perkara ini. Diharapkan semua mahasiswa mahasiswi akan terbuka minda,terbuka fikiran,melakukan penilaian yang mana betul yang mana salah...
Mahasiswa Pendidik : Harapan & Perubahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulas molek