Jumaat, Februari 18, 2011

Pilihanraya Kampus Upsi mencatatkan Sejarah Baru

Bismillah wal Alhamdulillah..Bersyukur kepada Allah kerana memberi keizinan kepada kita semua untuk meneruskan agenda dakwah,agenda keadilan yang mana wajib ditegakkan oleh semua umat yang mengaku Islam. Agenda Dakwah tidak akan pernah padam selagi ada manusia yang mahukan syariat Allah dimartabatkan. Oleh itu,kami mengambil keputusan untuk masuk ke pilihanraya kampus untuk meneruskan agenda dakwah dan sebolehnya akan berusaha menentang kemungkaran yang berlaku saban hari.
    Pilihanraya kampus pada kali ini merupakan pilihanryaa yang paling hangat apabila calon umum sahaja sudah mempunyai 17 orang calon untuk merebut 5 kerusi. Ini termasuklah 6 daripada Front Pro-Mahasiswa UPSI dan selbihnya calon daripada bebas dan daripada Aspirasi dan Parti Tapir. Kerusi Fakulti pula,hanya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi sahaja yang membariskan sedikit calon iaitu 3 orang calon yang terdiri daripada calon Pro-M seramai 2 orang dan seorang calon Aspirasi. Dan fakulti yang paling ramai membariskan calon ialah fakulti Sains dan Kemanusiaan yang mencatatkan seramai 8 orang calon untuk merebut 2 kerusi. 
Pilihanraya kampus Upsi pada kali ini pastinya pilihanryaa kampus paling hangat apabila mencatatkan calon yang paling ramai dan mencatatkan calonyang paling berani menentang segala penganiaan yang dilakukan terhadap mahasiswa. Mungkin ramai tidak menduga Pro-M Upsi pergi jauh sampai kesini namun ia merupakan amaran dan tanda bahawa kebangkitan mahasiswa Upsi sebenar akan menjelma dan semestinya Upsi akan berada sebaris dan sehebat dengan pilihnaraya kampus lain. Agenda besar yang dibawakan kali ini pasti menjanjikan kehangatan sepanjang pilihnarya pada kali ini. Berbanding dengan pilihanraya lepas yang lebih menumpukan kepada isu dalaman yang sebahagiannya sudah selesai dan dalam proses untuk disiapkan oleh barisan MPP lepas. 
Saingan kepada Aspirasi pada kali ini bukannya hanya berlaku dengan Front Mahasiswa bahkan dengan kumpulan "bebas" yang menggelarkan dirinya sebagai parti Tapir. Parti Tapir yang diwujudkan selepas tidak bersetuju dengan Aspirasi cuba sedaya upaya untuk tidak dikaitkan dengan kumpulan Aspirasi walaupun mereka sering disabotaj dalam setiap kali pengucapan awam yang berlaku.
Saya secara peribadi melihat "sedikit" kebangkitan mahasiswa apabila rapat umum yang pertama yang diadakan di Khar dan Kab menyaksikan bilangan penonton yang agak ramai berbanding sebelum ini. Suasana  kempen hari pertama walaupun lebih "cool" namun cukup panas dengan ucapan yang dibuat oleh calon-calon yang bertanding. Pada Malam pertama kempen,calon Pro-M lebih menumpukan kepada aspek teknikal dan belum menyentuh kepada manifesto walaupun pihak aspirasi telah mengemukan manifeto mereka masing masing yang bersifat dalaman.... Kebangkitan Mahasiswa Sudah Tiba...Ayuh bersama kami menjayakan agenda mahasiswa untuk mahasiswa....
~ Mahasiswa Pendidik.... Harapan & Perubahan ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulas molek