Dalam
usaha menguasai pelbagai usaha dilakukan oleh British untuk menguasai
Negeri-negeri di Tanah Melayu.Negeri Sembilan berada dibawah kekuasaan British
setelah Dato’ Kelana Sungai Ujung ( gambar ) mengibarkan bendera Union Jack pada 10
Oktober 1874.Seterusnya seorang hakim dari Melaka yang bernama Isemonger telah
menjadi Residen di Sungai Ujong.Kapten Tathan telah dilantik menjadi penolong
Residen.Tidak cukup dengan Sungai Ujong,pada 1883,British menguasai Rembau pula.British
menguasai Rembau bukan atas alasan kepentingan ekonomi tetapi atas alasan
keamanan kerana bimbang perebutan penghulu-penghulu Rembau untuk menjadi
Undang.Pada 1883 telah diadakan satu persidangan dan melantik Datuk Syahbandar
Serun menjadi Undang Rembau dan Lembaganya setuju untuk mengikuti nasihat
Gabenor British di Melaka.Satu
perjanjian ditandatangani pada 17 September
1887,dimana British akan menguruskan hal kutipan cukai dan pentadbiran dan
pengurusan dan sebagai ganti rugi,pembesar akan dibayar 1/3 dari kutipan hasil
tahunan daerah tersebut.
Selepas Rembau British melanjutkan pula
kekuasaannya di Jelebu yang dipercayai mempunyai banyak Bijih Timah.Tetapi di
Jelebu berlaku perebutan kuasa antara Yam Tuan Muda Abdullah dengan Penghulu
Syed Ali.Akhirnya British meletakkan pegawainya disini untuk mengutip cukai dan
pelakukan pentadbiran yang tidak melibatkan syarak.Akhirnya Jelebu diletakkan
dibawah kekuasaan Residen di Sungai Ujong.Di Sri Menanti pula,Yam Tuan Antah
telah menjadi undang dan British telah memaksa baginda untuk menandatangani
satu perjanjian yang menempatkan seorang pegawai British yang berjawatan
Majestret dan Pemungut Hasil Tanah di Kuala Pilah pada 4 Jun 1887.Pada
1889,Negeri Sembilan mempunyai 2 orang pentadbir iaitu W.F.B.Paul yang
menguasai Sungai Ujong dan juga Martin Lister yang merangkumi Sri
Menanti,Tampin dan Rembau.Pada 1895,maka wujudlah Negeri Sembilan dan mereka
meminta British menghantar seorang penasihat dan bersetuju dengan syarat
British.
Sementara itu,perbalahan sengit berlaku
diantara Dato Kelana Undang Sungai
Unjong dan Dato Bandar yang mengawal di sepanjang Sungai Linggi.Perbalahan ini
sekaligus menjejaskan ekonomi Melaka sehingga menyebabkan Gabenor British di
Singapura menghantar satu pasukan tentera untuk memusnahkan tol memungut cukai
di sepanjang sungai Linggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek