Sekitar 1800-1837 merupakan tahun yang mana
lanun berleluasa di perairan Tanah
Melayu.Kegitan perlanunan ini dikukan oleh Orang Laut yang datang dari Johor
Selatan dan orang Sikarna yang berasal dari Riau-Lingga.Selain itu,terdapat
juga orang Mindanao,Orang Sulu dan juga orang Siam.Pelanun cina hanya muncul
sekitar tahun 1840.Terdapat 3 cara melanun dilakukan iaitu merompak
sekali-sekala di kawasan sungai-sungai,selat-selat,Pulau mahupun ceruk.Cara
kedua ialah melakukan rompakan secara besaran yang melibatkan sehingga 20 buah
perahu yang diketuai oleh seorang kapten.Yang paling ganas ialah dilakukan oleh
orang Balanini,orang laut dan orang Sikarna.Mereka ini bukan sahaja merompak
pedagang tetapi juga kapal-kapal eropah.Kawasan penting pelanunan ialah di
kawasan Sg Merbok,Sg Muda,Sg Kerian,Sg Kurau,Pulau Ujung Salang,Pulau
Langkawi,Pulau Bunting,Pulau Nikobar.Di Perak pula dari Sg Kerian sehingga ke
Sg Bernam.Negeri Selangor pada masa itu digelar sebagai negeri Lanun.Perlaunan
dianggap sebagai perkara baik yang bukan sahaja dilakukan oleh orang jahat
bahkan turut dilakukan oleh pedagang,bangsawan bahkan sultan sendiri.Pada
1826,Residen Councillor di Singapura mengatakan bahawa pantai di Singapura
dengan Melaka dipenuhi dengan perahu lanun.
Kerajaan Negeri-Negeri Selat tidak
mempunyai kekuatan laut untuk mengatasi masalah perlanunan itu bahkan jika
tertangkap mereka perlu dibawa ke India untuk dibicarakan.2 buah kapal Syarikat
Hindia Timur telah bawa bagi mengatasi masalah ini namun sehingga 1831 tiada
lanun yang berjaya ditangkap.Lanun ini hanya ditentang oleh kapitan Low
dikawasan Province Wellesly dan Perak sahaja.Daerah Dinding yang menjadi sarang
lanun telah diserahkan oleh Sultan Perak kepada British pada 1826..Pada
1837,satu tindakan penting diambil dimana kapal api Diana boleh belayar
menyongsang angin.6 buah perahu lanun yang sedang menyerang Tong kang cina di
perairan Terengganu merasa hairan dengan kapal Diana yang menyongsang angin
menuju kepada mereka dan kapal Diana berjaya memusnahkan banyak kapal lanun.Selepas
itu,kebanyakan lanun menjadi gerun kepada kapal Diana.Lanun yang tewas itu
tidak pernah bangkit kembali.Pada 1837,Kuasa kerajaan Selat telah diperluaskan
ke kawasan laut bagi membolehkan mereka membicarakan lanun yang ditangkap.Walaupun
begitu,kegiatan lanun masih berlaku sekali sekala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek