Permainan
Bola Sepak telah menjadi popular pada kurun ke 18 di England apabila pelajar
sekolah telah mencipta satu permainan yang agak baru berbanding yang dimainkan
selama ini.Undang-undang juga telah diperkenalkan bagi menyeragamkan
permainan.Pada tahun 1863,Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan dengan
usaha beberapa kelab bola sepak.Peraturan
baru yang diperkenalkan pada masa itu,telah beransur menjadi peraturan Bola
Sepak zaman moden.Mengikut kajian FIFA yang dikeluarkan pada tahun 2001,seramai
240 juta orang bermain/pernah bermain Bola Sepak di lebih 200 negara didunia.
Rabu, November 24, 2010
Bola Sepak
Tarbiyah Diri
Bismillah wal Alhamdulillah,Bersyukur kepada Allah Taala dengan sebenar-benar syukur kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan khidmat kepada Agama-Nya.Namun kadang-kadang kita terlalai dengan keasyikan dunia sehingga lupa akan tujuan kita diutuskan oleh Allah kepada kita.Marilah kita sama-sama muhasabah diri menilai baik dan buruk yang telah kita lakukan dalam hidup ini.Kata saidina Umar r.a " hitunglah,hisablah diri kamu sebelum kamu dihitung,dihisab dihadapan Allah".Mungkin hati kita keras sehingga kita lupa atau mengabaikan nasihat orang-orang alim.Atau sememamngnya kita juga mempunyai hati kotor sehingga nasihat kita dan orang lain tidak masuk ke hati ini?..Demi Allah aku perlukan nasihat dan bimbingan daripada para sahabah/iah sekalian.Aku perlukan nasihat daripada para alim ulama yang akan mampu melembutkan hati ini dikala ia menjadi keras dengan dosa dan noda.
Setiap hari aku bertanya adakah aku ini masih berada dijalan yang sepatutnya.Tidurku tersedar kerana memikirkan soalan ini.Ya Allah ampunilah dosa hamba-Mu ini.Ya Allah jadikan sebahagian penolong agama-Mu ya Allah,jadikan aku salah seorang daripada Ghuraba'.Ya Allah jadikan aku sebahagian daripada Abna' al Harakah ,Intansurullah Yansurkum....
YA ALLAH ,LEMBUTKAN HATIKU INI SEBAGAIMANA ENGKAU BERI KELEMBUTAN BESI PADA TANGAN NABI DAUD,
YA ALLAH ,JIKA HATI INI TIDAK TAKUT PADA-MU MAKA TAKUTKAN HATI INI PADA-MU SEBAGAIMANA ENGKAU BERI TAKUT MAKHLUK-MU PADA NABI SULAIMAN,
YA ALLAH,JIKA HATI INI TIDAK INSAF MAKA ENGKAU INSAFKANLAH SEBAGAIMANA ENGKAU BERI KEINSAFAN KEPADA NABI ADAM DAN NABI YUNUS,
YA ALLAH,JIKA HATI INI MATI MAKA ENGKAU BERI HIDUPKANNYA SEBAGAIMANA ENGKAU BERI HIDUP MANUSIA PADA TANGAN NABI ISA,
YA ALLAH,JIKA HATI INI TIDAK REDHA MAKA ENGKAU BERILAH REDHA SEBAGAIMANA ENGKAU BERI REDHA KEPADA NABI AYUB,
YA Allah,ampunilah dosa kami Ya Allah,Sesungguhnya Engkaulah Pemberi Nikmat dan Pemberi Keampunan..Ya Allah berkatilah janji-janji kami dan Engkau kekalkanlah janji kami Ya Allah..Ya Allah permudahkanlah urusan kami,urusan keluarga kami,urusan kaum muslimin wal muslimat,urusah ahli dakwah,urusan ahli abid,urusan ahli harakah.......
Sirru 2ala barakatillah........