Rabu, November 24, 2010

Bola Sepak

    Bola sepak merupakan permainan yang paling popular didunia sekarang ini yang mempunyai pengikut setianya dari pelbagai lapisan masyarakat samada lelaki wanita mahupun remaja.Bola sepak sebenarnya merupakan sukan awal dan terdapat pelbagai versi tentang bola sepak ini.Di Mesir,pengkaji telah menemui lukisan permainan bola sepak oleh wanita di makam Baget iii.Walaupun sehingga sekarang belum jelas tantang perkara ini,namun ia merupakan versi bola sepak yang paling lama yang dijumpai.Selain di Mesir,permainan bola sepak ini juga telah ditemui pada zaman dinasti China terutamanya semasa dinasti Han.Permainan ini telah disebarkan oleh maharaja ke seluruh tanah jajahannya.Ia dikenali sebagai Tsu Chu.Ia diperbuatkan dengan kulit yang diisi dengan  bulu.Sebagaimana bola sepak moden,permainan ini juga menegah sama sekali penggunaan tangan.Di Jepun pula,permainan yang hamper menyerupai Bola Sepak ini dipanggil sebagai Kemari dimana ia menggunakan sebiji bola yang diisi dengan serbuk papan.Padangnya segi empat dimana setiap bucu akan diletakkan pokok yang berbeza iaitu pokok Pain,pokok Willow,pokok Sakura dan juga pokok Maple.Pemainnya antara 2 orang sehingga 12 orang.Bagi orang Yunani pula,permainan yang mirip Bola Sepak dipanggil sebagai Harpaston.Namun dalam permainan ini tangan boleh digunakan.Permainan ini telah dibawa ke England dan ia dikatakan ibu bagi permainan Bola Sepak moden. 
Permainan Bola Sepak telah menjadi popular pada kurun ke 18 di England apabila pelajar sekolah telah mencipta satu permainan yang agak baru berbanding yang dimainkan selama ini.Undang-undang juga telah diperkenalkan bagi menyeragamkan permainan.Pada tahun 1863,Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan dengan usaha beberapa kelab bola sepak.Peraturan baru yang diperkenalkan pada masa itu,telah beransur menjadi peraturan Bola Sepak zaman moden.Mengikut kajian FIFA yang dikeluarkan pada tahun 2001,seramai 240 juta orang bermain/pernah bermain Bola Sepak di lebih 200 negara didunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulas molek