Sabtu, Disember 11, 2010

Konflik di Naning secara Ringkas

( Dol Said )

Naning merupakan sebuah kawasan kecil yang bersempadan antara Melaka dengan Negeri Sembilan.Naning juga antara kawasan yang terlibat dalam pembentukan persekutuan yang diwujudkan oleh orang Minangkabau sekitar abad ke 15.Oleh itu,Naning merupakan antara kawasan yang mengamalkan adat perpatih dan penduduknya hanya sekitar 5000 orang.Konflik di Naning bukan sahaja berlaku pada zaman British namun ia sudah berlaku sejak zaman Belanda lagi dimana ketua Naning pada masa itu tidak mengaku berada dibawah kekuasaan Belanda.Oleh itu,Belanda telah bertindak menyerang Naning dan memerintahkan supaya Naning membayar satu persepuluh dari hasilnya.Namun kutipan hasil di Naning agak sukar dan merugikan Belanda sehingga penduduk Naning hanya perlu membayar 400 gantang iaitu satu perseribu dari hasil Naning.Pada tahun 1801,Dol Said iaitu penghulu Naning telah menandatangani satu perjanjian dengan British dimana Naning hanya akan menjual hasilnya kepada Melaka sahaja.British sedaya upaya untuk meletakkan Naning dibawah kekuasaannya,ini kerana tiada bukti jelas yang menunjukkan Naning berada dibawah Melaka.Satu peluang terbuka untuk British terbuka apabila Penghulu Naning telah menghukum mati keluarga pembunuh bukannya pembunuh itu sendiri sedangkan Penghulu Naning telah dicabut kuasa dari menjatuhkan hukuman mati.
    Apabila Gabenor British melawat Melaka,Dol Said enggan untuk menemuinya bahkan Dol Said telah mula melakukan gangguan kepada Syarikat Hindia Timur yang menjalankan pembancian di Naning.Dalam usaha pembancian itu,tentera turut dihantar untuk melakukan tugas terbabit.Churh iaitu Penolong Residen Melaka telah memberitahu Dol Said bahawa “ Syarikat tidak pernah berniat untuk mengganggu kebebasan dirinya sendiri tetapi....Naning adalah sebahagian daripada Melaka dan tertakluk pada peraturan yang sama”.Pada bulan Oktober 1829 sekali lagi Gabenor melawat Melaka namun Dol Said tidak juga mahu berjumpanya bahkan telah siap berperang.Gabenor memang hendak berperang namun Pengarah di London menghalang walaupun tidak mendapat cukai satu persepuluh.Pada Julai 1831,seramai 150 sepai dan 2 pucuk meriam enam paun dibawa untuk menyerang Naning.Serangan ini gagal kerana British tidak tahu akan keadaan kawasan Naning selain Naning turut menerima bantuan dari Rembau yang diketuai oleh Syed Syaaban.Selepas perang itu,British telah pergi ke Rembau dan memberi jaminan bahawa Rembau tidak akan diserang oleh British bahkan diberi kemerdekaan dan kedaulatan.Perang Naning kedua telah berlaku pada Mac 1832,dimana British pula dibantu oleh Rembau.Dalam peperangan ini,British berjaya mengalahkan Dol Said dan daerah Naning telah ditawarkan kepada Penghulu Rembau namun penghulu Rembau tidak mahu dan dijadikan wilayah Melaka.Dol Said diberi rumah di Melaka dan juga pencen sebanyak 100 rupee sebulan.





Ahad, Disember 05, 2010

Tiba-tiba


     Bismillah wal Alhamdulillah.........

   Saat pena ini ditulis,perasaan rindu dan sunyi kepada kawan semakin nyata. Semua mereka dah balik dan blok semakin sunyi.Aku masih meneruskan tradisi lama iaitu balik lewat dan mari awal.Namun itu dilakukan demi perjuangan menegakkan agama Islam yang tercinta di bumi UPSI ini..Raya haji yang pertama tidak beraya bersama keluarga namun perasaan tidaklah sunyi begini mungkin kerana kawan dari Sabah dan Sarawak masih ramai disini.Sisa sia tahun ini masihi yang masih berbaki tidak lama ini InsyaAllah akan digunakan sebaiknya bagi mengembalikan kegemilangan Islam di sini.Perjuangan yang tidak akan pernah padam ini InsyaAllah akan diteruskan dan mungkin sehingga akhir sem jika masih berkesempatan akan melalui perkara yang sama iaitu balik lewat dan mari awal....

    Tiba-tiba diberi hadiah oleh seorang kawan lama..Walaupun jangkaan awal meleset namun pemberiannya memberi seribu satu makna kerana barang yang diberi olehnya adalah barang yang saya cari kira-kira setahun yang lalu.Pengakhiran yang berlaku dengan pemberian kawan lama itu.Walaupun agak berat untuk menerimanya kerana mungkin terfikir banyak namun saya tetap berterima kasih kepadanya.... InsyaAllah saya akan mempergunakannya sebaiknya..Tidak lupa juga kepada Akhi Nawar yang sudi memberi serban hitam yang memamng saya suka pakai kerana kainnya agak licin dan mudah diikat dan lebih-lebih lagi ia sepadan dengan jubah hitam yang saya suka pakai ke mana-mana majlis ilmu ( mungkin x mudah kotor ).Tidak lupa  juga terima kepada Akhi Ghazali kerana memberi hadiah kopiah keras kepada saya walaupun saya tidak memakainya kerap kali kerana mudah kotor dan malas basuh namun pemberiannya amat saya hargai.

    Mungkin lebih mnyedihkan saya ialah terpaksa berpisah dengan adik- beradik sem 7 yang banyak memberi tunjuk ajar dalam perlbgai bidang dan banyak menolong diri ini.Walaupun ada banyak ragam namun ragam tersebut dapat dimurnikan..Mungkin sem ini merupakan sem paling menyedihkan saya kerana akan banyak teman-teman yang kaan keluar untuk berpraktikum dan semoga hasrat abang-abang dan kakak-kakak dalam menegakkan syiar islam akan berjaya.Mereka ini sudah tentu sukar untuk dicari ganti dalam meneruskan perjuangan yang banyak mehnah dan tribulasi.Maaf saya ucapkan diatas segala salah kata dan tutur sepanjang perkenalan singkat kita ini...Semoga Allah akan melimpahi rahmat keatas kita semua.Dan saya berjanji kepada abang-abang dan kakak-kakak disini bahawa perjuangan yang mereka tinggalkan akan kami teruskan sebaik mungkin bukan kerana kepentingan duniawi tapi demi kepntingan ukhrawi bersama.

     Pemergian abang2 dan kakak2 sem 7 ini mungkin akan menyebabkan kegembiraan ni akan berkurang pada sem depan..Bila bercakap dengan mereka ni tentu perihal masalah hati atau dengan lebih dalam iailah perihal zaujah@kahwin@baitul muslim... Sering saya berseloroh dengan mereka ni " ana beri masa kat enta 2 tahun untuk ana bapat anak saudara".Mungkin gurauan ini sudah basi pada sem depan..Namun terima kasih kepada abang2 dan kakak2 sekalian yang banyak membimbing diri ini dan mengajak diri ini supaya mengeanali apa itu perjuangan Islam yang ingin kita tegakkan......Barakallahufikum......

      Tentang masalah hati "ana dah selesai" itulah jawapan yang sering diputarkan dihadapan abang2 sekalian.."berat demo mendahului abe2,demo keno lok ko abe2 dulu" itulah jawapan yang sering diberikan oleh abang2 sekalian jika saya mengatakan masalah hati telah selesai... Tapi selesaikah masalah hati ini?....jawapannya masih misteri....... Mudahan Allah akan mempermudahkan urusan saya dalam urusan ini InsyaAllah....saya sering menasihatkan abang2 dan kakak2 yang nak sambung belajar tu untuk mnyelesaikan masalah hati ini dan hanya 2,3, orang sahaja yang menyahut seruan ini dan ada yang dah nak kahwin tahun depan dan saya doakan semoga ia akan mendapat isteri yang solehah.... " enta ni ada masalah hati" ayat ini betul2 akan membuatkan saya tersenyum dengan sendiri....Pada saya masalah ini dah selesai InsyaAllah dengan pengetahuan keluarga kedua pihak dan tidak perlu dikhuatirkan lagi dan InsyaAllah hanya tunggu masa sahaja itupun dengan Izin Allah Taala dan mudahan Allah akan izinkan perkara yang baik ini.....Sem 3 saya telah berakhir dengan berakhirnya peperiksaan Wacana Akademik Bahasa Melayu pada 4..12.2010 di PC 11 JAM 2.30 petang....Ini adalah peperiksaan sejam yang saya keluar awal kerana ada beberapa sebab yang tidak perlu diterangkan............. Peperiksaan dan markah @ pointer tidak pernah ada dalam benak kerana yang penting jangan repeat..Hidup pun x tertekan....Sem 3 adalah sem yang banyak memerikan kenangan manis bersama semua sahabat dan ia mungkin sem yang paling tidak disukai kerana terpaksa berpisah dengan sahabat/iah MAHASISWA PENDIDIK yang banyak memandu diri ini....Terima Kasih Semua...

Sabtu, Disember 04, 2010

Himpunan Hadith tentang Jihad






    Bismillah wal Alhamdulillah...Sedikit himpunan hadith tentang jihad yang diambil dari kitab Riyadus Solihin Imam Nawawi....

1338. Dari Abu Hurairah r.a katanya : "Rasulullah S.A.W bersabda : "Barangsiapa yang mati dan belum pernah melakukan peperangan,juga tidak pernah tergerak hatinya untuk melakukannya itu-yakni tidak ada keinginannya sama sekali untuk berjihad fisabilillah,maka ia mati menepati satu cabang dari kemunafikan."
( Riwayat Muslim )

1335. Dari Abu Yahya yaitu Khuraim bin Fatik r.a,katanya Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa yang menafkahkan sesuatu sesuatu nafkah  untuk peperangan fisabilillah , maka catatlah untuknya pahala sebanyak 700 ratus kali lipatnya". ( Diriwayatkan oleh Tarmizi dan ia mengatakan ini hadith hasan ).

1336. Dari Abu Said r.a,katanya "Rasulullah s.a.w bersabda : Tiada seorang hambapun yang berpuasa sehari dalam sabilillah melainkan Allah menjauhkan diri orang itu dengan sebab puasanya sehari tadi sejauh perjalanan 70 tahun neraka". ( Muttafaqun 'alaih )

1337. Dari Abu Umamah r.a dari Nabi s.a.w sabdanya : " Barangsiapa yang berpuasa sehari dalam sabilillah maka Allah embuatkan antara orang itu dengan neraka sebuah khandak - tanah yang digali - sebagaimana jauhnya antara langit dan bumi". Diriwayatkan oleh Tarmizi dan ia mengatakan ini hadith hasan sahih..

1333. Dari Salamah bin al Akwa r.a katanya,," Nabi s.a.w berjalan melalui suatu kelompok  orang saling berlumba untuk memanah lalu Nabi s.a.w bersabda "Pandaikanlah dirimu untuk melempar - dengan panah itu - hai keturunan Ismail,sebab sesungguhnya ayahmu-yakni Nabi Ismail- adalah seorang yang pandai melempar-dengan panah". ( Riwayat Bukhari ).

1334. Dari 'Amr bin 'Abasah r.a katanya"saya mendengar Rasulullah bersabda : "Barangsiapa melempar dengan sebatang anak panah dalam peperangan fisabilillah , maka baginya adalah pahala yang sama dengan memerdekakan seorang hamba sahaya".Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi dan Tarmizi mengatakan ianya hadith hasan sahih.

1328. Dari Abu Mas'ud r.a katanya " ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor unta yang diikat hidungnya - semacam kendali untuk kuda - lalu ia berkata : "ini untuk sabilillah" .Kemudian Rasulullah bersabda : " Engkau adalah memperoleh besok pada hari kiamat sebanyak 700 ekor unta yang semuanya juga diikat hidungnya seperti ini".( Riwayat Muslim ).

1329. Dari Abu Hammad,ada yang mangatakan Abu Su'ad ada pula yang menyatakan Abu Usaid ada pula yang menyatkan Abu Amir ada pula Abul Aswad dan ada yang mngatakan abu 'Abs yaitu Uqbah bin 'Amir al Juhani r.a katanya " saya mendengar Rasulullah bersabda diatas mimbarnya : "Dan persiapkan untuk memerangi kaum kafirin itu segala kekuatan yang engkau semua dapat menyiapkannya.Ingatlah bahawasanya kekuatan ialah memanah ingatlah sesungguhnya kekuatan ialah memamnah dan ingatlah sesungguhnya kekuatan ialah memanah". ( Riwayat Muslim ).

1342. Dari Abu Umamah r.a bahawasanya ada seorang lelaki berkata " ya Rasulullah ,berikanlah izin kepada saya untuk merantau kenegeri lain.Nabi S.A.W bersabda "Sesungguhnya cara perantauan untuk umatku ialah jihad fisabilillah Azzawajalla...Diriwayatkan oleh imam Abu Dawud dengan isnad yang baik...

1341. Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a katanya .Rasulullah s.a.w bersabda : "tiada pasukan tentera atau sekelompok barisan tempur yang berperang lalu memperoleh ghanimah - harta rampasan perang-dan selamat-dari kematian,melainkan mereka itu telah mempercepatkan 2/3 pahala yang harus diperolehinya .Tiada sepasukan tentera atau sekelompok pasukan tempur yang kembali dengan tangan hampa -yakni tidak memperolehi ghanimah- dan terkena bencana -mati syahid atau luka-luka melainkan telah sempurnalah pahala yang haru mereka perolehi itu". ( Riwayat Muslim ).

" Barangsiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimatullah - yakni agama Allah itu menjadi tinggi-maka orang sedemikian itulah yang disebut jihad fisabilillah". ( Muttafaqun Alaih )
      


Makna "membuka" dalam Bahasa Sejarah


    Bismillah wal Alhamdulillah...... merujuk kepada kenyatan Sanusi Jamadi di laman kami sokong mahasiswa pendidik bahawa :

"salam...tahukah kalian,buku2 teks sejarah Malaysia telah banyak melakukan kesilapan, di mana orang yang membuka Pulau Pinang sebenarnya ialah dato' Jannatun dan Nakhoda Kecil yg meneroka kawasan Batu Uban, bukannya si penjajah Francis Light!!! So,apa tindakan kita utk memurnikan fakta2 berkaitan dgn sejarah Malaysia dl...m buku teks tersebut??Rupa2nya kita ditipu sblm ni..."

    Saudara penulis di laman itu telah membawa satu fakta yang tidak diketemukan oleh ramai orang... Apa yang saya ingin katakan masih ramai ahli sejarah itu sendiri masih tidak faham mengenai  konsep "membuka" dalam istilah sejarah dan pada saya ia juga sama dengan sesetengah orang yang mempertikaikan konsep "menemui" dalam bahasa sejarah.Saya tidak berani menafikan fakta mengenai penerokaan Batu Uban oleh Dato' Jannatun dan Nakhoda Kecil cuma yang saya ingin bawakan disini ialah konsep "membuka" dalam sudut pandang sejarah. 

    Kenapa kita mengatakan Francis Light yang membuka Pulau Pinang?.Saya tidak menafikan pendapat orang lain namun pada pendapat saya dan beberapa orang pensyarah mereka mengatakan bahawa konsep membuka dalam erti kata sejarah adalah "memajukan".Perkara ini saya pernah bincangkan dengan pensyarah subjek Malaysia saya iaitu Dr Khairi Ariffin dan beliau mengatakan membuka ialah memajukan sesuatu kawasan itu bukannya hanya singgah sekejap atau duduk disitu sahaja.Perkara yang lebih jelas lagi kita boleh lihat kepada sejarah Melaka.Melaka telah dibuka oleh Paremeswara.. Tetapi kenapa kita mengatakan Paremeswara ?.. Ini kerana Paremeswara telah memajukan dan juga memerintah kawasan itu.Sedangkan jika kita hendak menafikan Paremeswara sebagai "pembuka" Melaka itu sudah tentu amat mudah sekali kerana sudah mempunyai fakta bahawa kawasan Melaka asal adalah kawasan perkampungan nelayan.Kita tidak mengatakan nelayan sebagai"pembuka" kawasan itu kerana kawasan itu tidak dimajukan dan juga tidak mempunyai pemerintah.Pada saya setiap subjek mepunyai bahasa yang tersendiri sebagaimana bahasa undang2,bahasa perniagaan dll.Oleh itu,kita perlu saling memahami bahasa subjek masing-masing dan kita tidak boleh mnyalahkan sejarah kerana menggunakan bahasa yang berbeza.

Sekian pendapat saya..

   


Konflik Residen Di Pahang Abad ke 19

( Datuk Bahaman )

    Dalam kekayaan Negeri Pahang pula beberapa pegawai British seperti Weld,Clifford,Clark,Smith telah menyatakan bahawa Pahang merupakan negeri yang terkaya dan lebih kaya daripada Perak.Oleh itu,sekitar tahun 1880,saudagar-saudagar British telah mendesak British supaya campurtangan di Negeri Pahang atas dasar ekonomi dan kepentingan politik.Di Pahang British tidak mempunyai sebab untuk campurtangan seperti Negeri Perak,maka semasa pemerintahan Wan Ahmad,Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Andrew Clark dan juga penggantinya Sir William Jervois telah menawarkan khidmat nasihat untuk pentadbiran Negeri Pahang namun ditolak. Penolakan ini mungkin disebabkan Wan Ahmad melihat apa yang berlaku di Perak dimana Sultan kehilangan kuasa melainkan dalam urusan keagamaan dan adat resam Melayu sahaja. Semasa Sir Frederick Weld menjadi Gabenor,beliau melihat bahawa Tanah Melayu sebagai tempat yang sesuai untuk pelaburan modal British. Oleh itu,usaha gigih dilakukan oleh British untuk campurtangan di Pahang melalui pelbagai cara seperti ugutan,pujukan,tawaran,amaran dan juga manipulasi.Kebanyakan pegawai British ini bertindak sendirian tanpa persetujuan daripada Pejabat Tanah Jajahan di London.Mereka bertindak demikian kerana pegawai British ini melihat kepentingan yang ada pada Negeri-Negeri di Tanah Melayu.
    Lord Kimberley selaku pegawai tinggi di Pejabat Tanah Jajahan British di London telah mengarahkan supaya Sir Andrew Clark mengambil langkah untuk meluaskan kuasa di Tanah Melayu pada waktu itu walaupun kerajaan tidak bersetuju kerana takut akan memberi bebanan kepada Kerajaan British.Atas arahan Kimberley tersebut,pegawai British sering mengintai peluang yang ada di Negeri Melayu untuk campurtangan dan kemasukan imigran cina dan eropah ke Pahang telah membuka peluang tersebut kerana kedatangan imigran ini telah menimbulkan masalah kepada keamanan kepada Pahang.Bendahara yang memerintah Pahang telah memberikan banyak konsesi kepada saudagar cina ini dibuktikan dengan pemberian tanah seluas 518 000 hektar kepada seorang saudagar cina yang bernama Lim Ah San pada tahun 1882.Selain itu,Bendahara Pahang juga telah memberikan konsesi tanah seluas 233 100 hektar kepada George Scaife. Selain itu,Maharaja Johor turut mendapat konsesi di Raub yang kaya dengan pengeluaran hasil emas.Oleh itu,British melihat peri pentingnya campurtangan di Pahang bagi membolot segala kekayaan Pahang.
    Selain itu,campurtangan keatas Pahang perlu dilakukan kerana British bimbang dengan kedatangan kuas barat lain seperti Jerman dan Perancis yang berminat dengan dengan Tanah Melayu.Disebabkan itu,Pejabat Tanah Jajahan di London telah mengubah dasarnya yang tidak mahu campurtangan kepada dasar yang campurtangan.Oleh itu,pegawai British sering mencari peluang bagi meletakkan seorang residen di Pahang bagi menguasai negeri ini.Kematian Salim bin Akil yang dipercayai seorang rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang telah cuba di ambil kesempatan oleh Sir Federick Weld untuk campurtangan.Beliau telah meminta bantuan sebuah kapal perang untuk mengalahkan Pahang namun permintaannya ditolak.Frank Swetteham telah memujuk Bendahara Pahang untuk menerima seorang residen British namun Bendahara tetap enggan kerana dipercayai nasihat daripada Maharaja Johor.Oleh itu,pada 1885,telah ditandatangani satu perjanjian antara British dan Maharaja Johor dimana Johor dilarang campurtangan urusan negeri lain tanpa pengetahuan Gabenor British.Maharaja Abu Bakar telah menolong British dalam rancangan kali ini kerana baginda telah berhutang 140,000 dolar dengan British dan ini merupakan cara baginda untuk berbaik dengan British sekaligus dapat menjaga kemerdekaan Johor dan menaikan imej baginda.Pada Oktober 1887,satu perjanjian telah ditandatangani dimana seorang ejen British  telah diletakkan di Pahang iaitu Hugh Clifford namun taraf sebagai ejen ini masih mempunyai kuasa yang sedikit dan British masih cuba mencari jalan untuk meletakkan seorang residen.Hugh Clifford telah menjadi pegawai British pertama di Pahang selepas menandatangi satu perjanjian di Pekan antara British dan Wan Ahmad.
    Pada April 1888,Maskelyn selaku Pengarah Syarikat Pahang Corporation Limited telah menulis surat kepada Setiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan,Lord Knutsford bagi menyatakan bahawa Bendahara Pahang telah menamatkan konsesi syarikat atas alasan pihak syarikat gagal membayar wang sepatutunya dibayar.Maskelyn telah meminta knutsford campurtangan di Pahang bagi melindungi syarikat.Ini turut disokong oleh akhbar British di Singapura yang menyatakan bahawa apa-apa pertolongan perlu diberikan kepada Pahang Corporaion Limited.Pada Febuari,seorang cina yang bernama Chan You Wee atau Goh Hui dalam rekod British telah mati ditikam di hadapan Istana Pahang.Bendahara Pahang juga telah mengakui tanggungjawab keatas kematian Goh Hui dan dengan itu meminta kerjasama dengan British. Ini merupakan peluang baik untuk British campurtangan.Gabenor Cecil Smith telah menulis surat kepada Lord Knutsford menyatakan ini merupakan peluang baik untuk campurtangan.
    Kematian Goh Hui telah membuka peluang kepada British untuk meletakkan seorang Residen di Pahang.Perjanjian tersebut ditandatangani pada 24 Ogos 1888.Dengan penempatan Residen,keadaan negeri Pahang tidak ubah seperti yang berlaku di Perak.Residen pertama adalah J.P.Rodger.Beliau menghadapi masalah dalam menjalankan tugas apabila Wan Ahmad tidak menyenanginya apabila membawa 25 orang Sikh sebagai pengiringnya.Sistem Residen hanya dilaksanakan secara sepenuhnya pada Julai 1889.Pada waktu itu,Hugh Cliffor yang pernah menjadi pegawai di Pahang menjadi penguasa kepada pasukan Polis yang terdiri dari 50 sikh dan 150 Melayu di Hulu Pahang.Pahang tidaklah sekaya Perak dan Selangor yang banyak mengeluarkan bijih timah.Sultan Ahmad sebetulnya tidak bersetuju dengan campurtangan yang berlaku.Oleh itu,baginda telah melantik Tengku Mahmud sebagai pemangku raja di Pulau Tawar Hulu Pahang.Oleh itu,J.P.Rodger terpaksa berulang alik ke Pulau Tawar untuk memaklumkan sesuatu kepada pemangku raja.Hugh Clifford yang menjadi pemangku residen telah melakukan risikan bagi memudahkannya jika berlaku sesuatu yang laur jangka.Penentangan oranng Melayu berlaku pada masa ini bila mana hak mengutip cukai telah diserahkan kepada British.Antara penentang ialah Datuk Bahaman atau Orang Kaya Pahlawan Semantan yang mendapat gelaran Datuk Setia Perkasa Pahlawan kerana menunjukkan kehandalan semasa perang Selangor dan Perang Pahang.Belaiu enggan berhenti mengutip cukai dikawasan Semantan walaupun telah ditegah oleh British.British telah membina balai polis di Lubuk Tena bagi memerhatikan gelagat Datuk Bahaman.Tok Raja telah diperintahkan untuk memujuk Datuk Bahaman dan datang ke Pulau Tawar.Datuk Bahaman tidak mengendahkan perkara itu bahkan telah pergi ke Kelantan untuk membeli senjata.
    Selepas pulang dari Kelantan ,beliau melihat British masih berkawal di Lubuk Tena.Memikirkan kemungkinan sesuatu yang buruk berlaku beliau telah menghantar surat kepada British untuk menyerahkan hak memungut cukai kepada British dengan ganti rugi 6000 dolar setahun.Namun beliau masih memungut cukai dikawasan Semantan.British telah menuduh Datuk Bahaman memungut cukai secara haram dan telah memaksa Sultan Ahmad melucutkan pangkat Datuk Bahaman sebagai Datuk Setia Perkasa Pahlawan.Datuk Bahaman telah mengugut untuk menyerang Lubuk Tena.British telah menghantar 25 tenaga tambahan bagi mempertahankan balai polis berkenaan.Ketua balai telah diberi kuasa menangkap Datuk Bahaman.3 orang pengikut Datuk Bahaman telah ditangkap atas alasan mengeluarkan hasil hutan tanpa kebenaran,perbicaraan dilakukan di Lubuk Tena juga.Datuk Bahaman telah menyerang Lubuk Tena dan mencerakan 3 orang polis dan berjaya menawan balai polis tesebut.J.P.Rodger yang berada di Selangor segera pulang dan apabila tiba di Raub beliau mengarahkan supaya semua balai polis yang bersempadan dengan Semantan dilengkapkan dengan anggota yang mencukupi.
    Atas desakan British ,Sultan Ahmad dan Tengku Ali memimpin 1000 tentera Melayu dan berjaya menewaskan Datuk Bahaman.Sultan Ahmad memberi pengampuan penuh kepada meraka yang pulang ke kampung dalam masa sebulan.Pada Mac 1882,Datuk Bahaman telah menyerang kembali Lubuk Tena tetapi berjaya ditewaskan pula oleh pemangku raja.British telah menawarkan 2000 dolar kepada mereka yang berjaya menangkap Datuk Bahaman.Penentangan Datuk Bahaman telah menyebabkan beberapa lagi pembesar Pahang turut menetang British antaranya Tok Gajah,Mat Kilau dan Tok Raja.British dan Sultan Ahmad bersetuju melantik Tok Raja untuk memujuk Datuk Bahaman dan Tok Gajah unutk menyerah.Datuk Bahaman telah ke Terengganu dan Kelantan.Selepas mendapat kekuatan,mereka telah menyerang balai polis di Kuala Tembeling pada 14 Jun 1894.Tok Raja telah mengetui pasukan polis menyerang Datuk Bahaman dan berjaya menewaskannya.Lt Kolonel Walker dan Hugh Clifford telah ditugaskan untuk memburu Datuk Bahaman sehingga ke Kelantan dan Terengganu.Serangan keatas Kuala Tembeling merupakan serangan yang terakhir dalam siri penentangan di Pahang apabila Datuk Bahaman telah menyerah kepada Siam dan telah dibawa ke Bangkok pada November 1895.Tok Gajah dan Mat Kilau diura-ura meninggal di Terengganu.


Jumaat, Disember 03, 2010

Puteriku Sayang patah hati






     Bismillah wal alhamdulillah....... anatara lagu wajib yang akan saya dgr setiap hari ialah puteriku sayang dan juga patah hati.Tiba-tiba malam tadi tanpa ada angin dan ribut sedang asyik mendengar lagu puteriku sayang maka berkata roomate yang bernama facebook syafiq barry .Dia kata " lagu ni crita pasal apa pulak" saya pun jawab "x tahu,dgr kes sedak jah"..dia pun kata pelik la hang ni...... selepas lagu puteriku sayang lagu beralih pula kepada patah hati ( mmg set 2 lagu tu je malm tadi ) ....maka sekali lagi  blog syafiq barry bertanya  "yang ni hang degr pasai apa pulak"..sekali lagi ku menjawab " x tahu"


setelah difikir maka ku membuat kesimpulan awal...

1.puteriku sayang
     dalam youtube ada komen bahawa puteriku sayang ini mengagungkan muslimat...tpi bagi saya ia adalah lambang kepada sifat muslimat itu sendiri.. kegagahan muslimat dalam menghadapi ujian..Kelmbutan yang ada pada muslimat tu x bermkna muslimat tu tidak kuat untuk berjuang..Muslimat juga menghadapi pelbagai cobaan dalam hidup dan pada saya lagu ini banyak menyanjuung nilai yang ada pada muslimat..lagu ni diambil dari sahabatku Husaini...

2.Patah hati

    yang patah hati ni x tahu la knp minat ..Mungkin sbb nada lagu tu yang kena gaya...Jika di perhatikan banyak pengajaran/nasihat dalam lagu ni...tentang apa masih " x tahu"


 

Sejarah Ringkas Konflik di Pahang abad ke 19

   
Di Pahang banyak berlaku pertelingkahan yang disebabkan oleh perebutan kuasa antara kerabat pemerintah Pahang dan campurtangan British yang ingin mengusai ekonomi negeri ini yang kaya dengan pelbagai sumber semula jadi. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah meletakkan Pahang dibawah pengaruh British. Oleh itu,Bendahara Ali telah mengistiharkan kemerdekaan Pahang dari Johor pada 1853. Sebelum meninggal dunia,baginda telah menyerahkan Pahang kepada anaknya yang bernama Tun Mutakhir dan setahun sebelum kematiannya baginda telah menyerahkan daerah Endau dan Kuantan kepada anak keduanya iaitu Wan Ahmad.Malangnya,Wan Ahmad tidak diakui sebagai pemerintah di kawasan Endau dan Kuantan dan beliau diusir ke Singapura.Baginda cuba mendapatkan bantuan dari British namun gagal kerana tidak mempunyai bukti tuntutan.Akhirnya baginda telah ke Terengganu dan melancarkan serangan dari daerah Kemaman keatas Pahang.
    Wan Mutakhir telah bertindak mengirim surat kepada Gabenor British dan juga Temenggong Johor memaklumkan perkara tersebut.Surat juga turut dihantar oleh Sultan Terengganu kepada Gabenor bagi memaklumkan keadaan yang berlaku.Johor telah bertindak menyokong Wan Mutakhir manakala Terengganu telah bertindak menyokong Wan Ahmad.Kedua negeri tersebut cuba menghantar tentera masing-masing bagi membantu sekutu masing-masing di Pahang namun dihalang oleh gabenor British kerana beberapa sebab seperti takut berlaku kekacauan di Negeri Pahang dan juga bagi menjaga perdagangan antara Pahang dan Singapura yang bernilai 5 juta rupiah setahun.Pada April 1861,Wan Ahmad telah bertindak menyerang Endau dan berjaya menawannya kerana Wan Mutakhir baru sahaja menyerahkan kuasanya kepada anaknya iaitu Wan Long.Johor cuba bertindak menyerang Wan Ahmad kerana dikatakan menceroboh wilayah Johor iaitu Endau namun dihalang oleh Gabenor British.Pada bulan Ogos 1861 juga berlaku kekacauan di kawasan Raub tetapi dapat diredakan dan pada empat bulan berikutnya berlaku pula kekacauan di Jelai.Pada bulan Ogos 1862,Wan Ahmad meneruskan penentangannya di Pahang.
    Dua bulan berikutnya,Syarikat Paterson telah mendakwa Terengganu terlibat dengan kekacauan di Pahang sehingga syarikat tersebut tidak boleh melakukan perlombongan di Kuantan.Syarikat juga mendakwa bahawa 2 buah perahu dari Terengganu telah bertindak menyamun perahu syarikat terbabit.Gabenor British telah menulis surat kepada Siam mengenai perkara ini,namun sebelum surat berbalas Gabenor telah menerima surat dari Dewan Perniagaan yang menyatakan keadaan huru-hara di Pahang.Tanpa menunggu surat dari Siam,British telah memberi amaran kepada Terengganu supaya menyerahkan bekas Sultan Linggi yang berada di Terengganu dan berhenti membantu Wan Ahmad,jika tidak kubu Terengganu akan dibedil.Pihak Terengganu tidak boleh menyerahkan bekas Sultan terbabit tanpa kebenaran Siam maka kubu Terengganu pun dibedil.Tindakan tersebut telah dibantah oleh Siam kerana berlawanan dengan roh perjanjian Burney.Oleh kerana keangkuhannya,Gabenor Cavenagh telah menyatakan bahawa Terengganu dan Kelantan bukan merupakan hak Siam.Pembedilan kubu di Kuala Terengganu ini juga bagi menyekat pengaruh Siam ke atas Terengganu.Ini dibuktikan selepas pembedilan dimana tentera Siam telah ditarik balik dari Terengganu.
    Pada tahun 1862,Wan Ahmad semakin berjaya untuk menjadi Bendahara Pahang walaupun ditentang oleh Temenggung Johor yang menghantar tantera dan senjata api.Bendahara Pahang dan Wan Mutakhir telah lari ke Johor dan tidak lama kemudian keduanya pun meninggal dunia.Pada tahun 1863,Temenggung Johor telah berikrar untuk melantik anak bekas Bendahara Pahang selaku Bendahara namun tidak tercapai apabila Wan Ahmad menghantar surat kepada Gabenor British menyatakan baginda menaiki jawatan Bendahara Pahang dengan gelaran Bendahara Seri Wak Raja.British telah bertindak mengakui kekuasaan Bendahara Pahang namun semasa pemerintahan Wan Ahmad pemberontakan tetap berlaku beberapa kali oleh anak Wan Mutakhir iaitu Wan Da,Wan Ahmad dan Wan Abdullah namun semuanya gagal.
  

Khamis, Disember 02, 2010

Konflik Pembunuhan Birch di Perak

( James Wheeler Woodford Birch )
Sistem Residen yang diperkenalkan British di Perak juga telah menimbulkan konflik antara Sultan Abdullah dan juga British.Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 telah membawa kepada pengenalan sistem residen di Perak pada bulan November 1874. British pada masa itu diwakili oleh Sir Andrew Clark. Sememangnya pemerintahan Sultan Abdullah adalah lemah apabila baginda terpaksa berhutang sehingga terpaksa menjual daerah Kerian.Selain itu,baginda juga telah memajakkan hak memungut cukai kepada sahabat baginda iaitu Lee Cheng Tee 26 000 dolar.Ramai pembesar pada zaman baginda tidak taat antaranya ialah Ngah Ibrahim bahkan alat kebesaran diraja juga masih berada ditangan Sultan Ismail apabila Sultan Ismail masih mengakui dirinya sebagai Sultan.Residen Perak yang pertama bernama J.W.W Birch yang pernah berkhidmat di Ceylon Sri Lanka.Semasa tiba di Perak,Birch berpendapat Perak merupakan negeri yang mundur dan perlu dimajukan segera demi kepentingan British.Pembaharuan yang cuba dibawa oleh Birch inilah yang telah mengguris hati orang Melayu dan menimbulkan dendam dalam kalangan pembesar Perak pada masa itu.Banyak perubahan drastik yang dilakukan oleh Birch antaranya ialah penghapusan hamba abdi,hak memungut cukai sehingga wujud konflik dan pertelingkahan.
    Perkara yang pertama dilakukan oleh J.W.W.Birch ialah mendapatkan hak memungut cukai.Birch mahu cukai dikutip oleh pegawai kerajaan negeri bukannya oleh wakil sultan.Tujuan utama dilakukan perkara begini ialah bagi memperbaiki kewangan Perak yang gawat,menjelaskan hutang Perak dan juga membayar gaji kakitangan kerajaan termasuklah juga Residen.Satu lagi perubahan yang dilakukan oleh Birch sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu ialah menghapuskan amalan hamba abdi yang mana selama ini telah menjadi tunjang kepada adat masyarakat Melayu.Beberapa hamba hutang telah melarikan diri kerumahnya dan sebahagiannya adalah hamba wanita.Birch berpendapat bahawa keadaan hamba abdi di Perak amat buruk dan perlu dihapuskan Sikap Birch berlawanan dengan arahan Gabenor Andrew Clarke yang memerintahkan supaya sabar melayani karenah orang Melayu terutamnya pembesar.
    Tindakan gopoh dan melulu J.W.W.Birch telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara British dan sistem Kesultanan.Selepas lebih kurang 3 bulan memegang jawatan Residen,Birch telah memaksa Sultan Abdullah supaya menandatangani satu pengistiharan supaya beliau dapat memungut cukai.Pada 20 Januari 1875,Birch telah memberi amaran kepada Sultan Abdullah supaya menandatangani pengistiharan tersebut jika tidak baginda akan dilucutkan dari takhta.Sultan Abdullah telah menulis surat kepada Andrew Clarke supaya Birch ditukar ataupun dihadkan kuasanya dan tindakan.Sultan Abdullah juga cuba menulis surat kepada gabenor namun dihalang oleh Andrew Clarke kecuali surat tersebut melalui Birch.Akhirnya pada 24 Julai 1875,Sultan Abdullah telah menandatangani surat pengistiharan yang membolehkan British memungut cukai.Walaupun baginda menandatangani sengistiharan tersebut,namun baginda dan pembesar mersakan hak yang selama ini dipegang oleh Sultan telah dicabul.Selepas Andrew Clarke,William Jervois menjadi gabenor dan cuba menguasai Perak sepenuhkan.Oleh itu,pada September 1875,William Jervois telah melawat Perak dan memaksa Sultan Abdullah bersetuju dengan cadangan British itu.Sultan Abdullah dan para pembearnya tidak bersetuju berlainan pula dengan Raja Yusuf dan Raja Idris yang akhirnya diangkat menjadi hakim.British terus mendesak Sultan Abdullah supaya bersetuju dengan cadangannya dalam masa 15 hari sahaja.Pada 2 Oktober 1875,Sultan Abdullah telah menandatangani 2 pengistiharan untuk melantik hakim British serta menyerahkan semua aspek pentadbiran kepada British termasuklah dalam bab melantik penghulu.Sebelum dari itu,iaitu 21 Julai 1875,Sultan Abdullah bersama pembesarnya telah mengadakan perbincangan di Kampung Durian Sebatang bagi menyekat pengaruh British.Dalam perbincangan itu,Datuk Maharaja Lela dan Dato Sagor telah bersetuju unutk membunuh Birch.Wakil juga dihantar ke Pulau Pinang untuk mendapat senjata.Ini bermakna walaupun British bertindak jauh terhadap negeri Perak,Sultan Abdullah sudahpun bersedia untuk menggunakan kekerasan terhadap British.
    Dengan pengistiharan bertarikh 21 Oktober 1875 itu,British gembira kerana berjaya menjadi pentadbir Perak secara sepenuhnya.Frank Swetteham telah ditugaskan untuk memberitahu rakyat Perak tentang pengistiharan itu.Pengistiharan tersebut juga turut ditampal di hadapan kediaman Residen British.Ini telah menyebabkan kemarahan pembesar Perak.Pada 11 November 1875,Birch telah tiba di Pasir Salak bersama dengan pembantunya Mat Arshad.Mat Arshad diperintah oleh Birch supaya menampal pengistiharan itu sementara dia pergi mandi.Datuk Maharaja Lela telah melarang Mat Arshad menampal pengistiharan tersebut tetapi Mat Arshad tetap berkeras sehingga dibunuh.Sementara itu,sekumpulan orang Melayu lagi ke tempat Birch mandi untu membunuhnya.Seputum telah mengambil tindakan dengan merejam Birch dengan lembing kemudian menetaknya.Dengan tindakan itu,British telah membawa ramai tentera dari India dan Hong Kong dan berjaya menawan Pasir Salak.Perintah tentera berlarutan sehingga Mac 1876.Pihak British menawarkan 6000 dolar kepada orang yang berjaya menangkap Datuk Maharaja Lela dan masing-masing 3000 dolar kepada yang berjaya menagkap 2 orang lagi yang terlibat.Perang Perak yang berlaku ini hanya bertahan selama setengah tahun sehingga pemimpin Melayu tersebut berjaya ditangkap.Semua pembesar negeri Perak terlibat dalam peristiwa ini kecuali Raja Yusuf dan Raja Idris.Datuk Maharaja Lela,Dato Sagor Pandak Enduk beserta 3 orang lagi dihukum gantung di Matangpada 1876.Manakala Sultan Abdullah,Menteri Larut,Datuk Laksamana dan Datuk Syahbandar dihukum dibuang ke Pulau Seychelles.Manakala Raja Ismail dibuang ke Johor.