Rabu, Disember 01, 2010

Kebangkitan dan Kemerdekaan Dai Viet

( Raja Le Hoan )



     Vietnam telah diasaskan sebelum tahun masihi lagi.Sejarahnya dalam sistem kerajaan setanding dengan negara China dimana Vietnam juga pernah dijajah beberapa kali oleh empayar dinasti China sejak zaman dinasti Qin lagi.Semasa dinasti Qin dibawah pemerintahan Qin Shi Huang Ti,China telah menghantar Jeneral Chao To untuk menakluk Kwangsi dan juga Kwang-tong dimana penduduknya terdiri dari orang Annam dan Thailand.Pada tahun 35 masihi,Maharaja China telah menghantar Jin Yin untuk memperkuatkan lagi proses pencinaan terhadap Annam ( Vietnam ) dan juga Tongking.Semasa dinasti Qin bergoncang,Jeneral Chao Tao telah bertindak menyatukan negara tersebut dan menubuhkan sebuah negara baru yang diberi nama sebagai Nan Yue tetapi bagi masyarakat Annam menyebutnya sebagai Nam Viet.Nama Dai Viet adalah merujuk kepada negara baru Vietnam yang menjadi satu kuasa baru di tanah besar Asia Tenggara.Sebagaimana kita sedia maklum bahawa China merupakan negara yang mempunyai ketamadunan yang paling terkedepan berbanding dengan tamadun awal dunia yang lain.Disebabkan kemajuan dalam sistem tamadun ini,maka China sememangnya berhasrat untuk meluaskan tanah jajahannya.Disebabkan dasar inilah Vietnam telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses penjajahan China.Vietnam terlibat dalam proses peluasan China disebabkan Vietnam merupakan jiran terdekat kepada negara China.
    Pengaruh China sememangnya tidak boleh dinafikan dalam sistem pentadbiran Vietnam begitu juga dengan intitusi budaya dan adat resam.Masyarakat Vietnam sering diasak oleh kebudayaan China terutamanya bagi mereka yang tahu membaca.Kitab klasik China dalam bidang kesusasteraan dan juga agama telah dibawa masuk ke Vietnam.Sistem Konfucious dan Buddha mahayana mula masuk dan diajar di Vietnam.Walaupun  sudah ada yang menganut agama Buddha tetapi masih ramai yang mengamalkan kepercayaan animisme dan menyembah nenek moyang yang merupakan tradisi bagi masyrakat Vietnam. Begitu juga dengan adat resam,kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Vietnam masih lagi di pertahankan.Sejak dinasti Ngo sehingga kejatuhan dinasti Li,telah berlaku banyak perkembangan terhadap pegangan dan kepercayaan masyarakat Vietnam.Semasa pemerintahan raja kedua dari dinasti Li,baginda telah membawa masuk teks klasik Buddha,dan menjadikan agama Buddha sebagai agama rasmi bagi menggantikan kepercayaan kolot masyarakat Vietnam yang mana rata-rata percaya kepada animisme.Ada juga sebilangan dari masyarakat Vietnam terutamanya yang terpelajar terpengaruh dengan Konfuciuos dan fahaman Tao. Ini turut disokong oleh William J Duiker dan Jackson J Spielvoger dalam bukunya Sejarah Dunia edisi kelima.
    Selepas penaklukan Han Wu Ti ( pengasas dinasti Han ) keatas Annam atau Nam-Viet,Canton dan Tongking.Tanah jajahan ini telah dibahagikan kepada beberapa wilayah.Sejak tahun 939,Nam-Viet telah berada dalam wilayah China dengan mana Nam-Viet mempunyai kuasa pentadbiran autonomi.Kuasa autonomi telah diberikan kepada Nan-Yue atau Nam-Viet sejak zaman dinasti Han lagi namun kuasanya hanyalah samar-samar sebagai kata untuk mengambil hati bagi mengelakkan Nam-Viet memberontak. Tetapi selepas berlaku pemberontakan terhadap kerajaan China oleh Nam-Viet,pentadbiran China telah dikenakan keatas Nam-Viet pada pada 40.Ini disokong oleh William J Duiker dan Jackson J Spielvoger melalui bukunya World History.Menurutnya lagi selama lebih kurang 1000 tahun Vietnam menerima pengaruh China dalam pelbagai bidang seperti kesenian, falsafah, kesusasteraan, senibina, penulisan China, pentadbiran serta kebudayaan China.Selain itu,ia turut disokong oleh Joseph Buttingger.Menurut Buttingger pengaruh China keatas Vietnam melebihi seribu tahun.Satu pemberontakan telah berlaku seawal tahun 39 Masihi yang dilakukan oleh seorang wanita yang bernama Chiangtse bagi menentang proses pencinaan.Maharaja Han Wu Ti telah menghantar Jeneral Ma Yuan untuk memadamkan pemberontakan tersebut dan Jeneral Ma Yuan berhasil menakluk Annam dan juga Tongking.Daripada kerajaan Nam-Viet kepada kerajaan Dai-Viet telah banyak kali berlaku peperangan antara Vietnam lama dengan kerajaan China.
    Pada zaman Nam-Viet sahaja telah berlaku sekurangnya 3 kali penentangan antara tahun 541 hingga 602.Dan sepanjang pemberontakan tersebut, kuasa kerajaan sering bertukar tangan antara Vietnam dan China. Vietnam bukan sahaja menghadapi cabaran dalam mempertahankan diri dengan China tetapi juga menghadapi cabaran mempertahankan diri dari kerajaan melayu Champa dan juga dari Perancis.Mengikut sarjana Perancis,Vietnam mempunyai 15 dinasti dimana setiap dinasti mempunyai jangka hayat yang pendek sahaaja.China kalah kepada  Vietnam pada tahun 939 dan dihalau keluar dari negara Dai Viet.Ia merupakan satu menifestasi panjang pertempuran dan peperangan antara tentera empayar China dan juga pemberontak Vietnam di lembah Sungai Merah. Dan sebelum penaklukan China terdapat 4 dinasti yang memerintah Vietnam dan selebihnya selepas penaklukan dari China.  Wan Gu Wu menggambarkan kedasyatan peperangan dimana menurut bancian kerajaan China sekitar tahun 140M  dibeberapa daerah di China terutamanya Annam menunjukkan sekitar 300,000 orang terkorban.Walaupun peperangan demi peperangan berlaku dengan China,namun satu perkara yang tidak boleh dinafikan oleh ialah segala struktur China digunapakai oleh Vietnam.Sebagaimana China,Vietnam juga mengamalkan sistem monarki dan sistem menteri seperti China.Kuasa kerajaan Vietnam juga menyerupai China dimana segala kuasa berada di bawah keluarga diraja.Sistem birokrasi diambil dari China sehinggalah sistem peperiksaan awam turut di adaptasi dari China.Proses pencinaan ini sebenarnya menyebabkan ketandusan pemimpin Vietnam untuk berfikir secara kreatif bagi menghadapi cabaran baru untuk menentang Perancis pada abad ke 19.Menurut Hoang Van Chi ( 1964 ),kebudayaan China ini walaupun dilihat berguna untuk rakyat Vietnam namun sebenarnya ia menghalang segala bentuk kreativiti dan pemikiran bebas.Namun pandangan oleh Hoang Van Chi telah ditolak oleh Woodside ( 1971 ),menurut Woodside pemerintah Vietnam  sebenarnya agak bebas dalam membuat pelbagai keputusan dan pengaruh China menurutnya lagi tidak mampu untuk menyekat daya usaha dan pemikiran masyarakat Vietnam.Kenyataan oleh Woodside di sokong oleh  Marr ( 1972 ).Menurut Marr,pemimpin Vietnam sebenarnya menghadapi dilema untuk menerima kemajuan eropah dan bagaimana ia boleh disesuaikan dengan suasana di Vietnam.Ia bimbang jika kemajuan eropah ini boleh menggugat kestabilan dalam negara kerana pemikiran masyarakat eropah dan Vietnam adalah berbeza.Vietnam pernah menghantar cendiakawan ke eropah seperti Nguyen Trong To,namun pemikiran Trong To membahayakan politik Vietnam.
    Dalam sejarah awal Vietnam,pengaruh China keatas Vietnam semakin kuat selepas China mampu menahan serangan kerajaan melayu Champa yang berasal dari selatan Vietnam pada tahun 676.Tetapi apabila pengaruhnya semakin merosot semakin dinasti Tang,China telah gagal untuk mempertahankan Vietnam dari serangan orang-orang Champa.Champa telah berjaya menakluk Vietnam di kawasan pesisir pantai antara Col des Nuages dengan Porte d’ Annam.Pada tahun 939-968,dinasti Ngo telah ditubuhkan setelah orang Annam berjaya menamatkan penguasaan China keatas Vietnam akibat kelemahan dinasti Tang.
   Walaupun dinasti Ngo telah ditubuhkan tetapi akibat tidak mendapat pengiktirafan daripada China menyebabkan pembesar tempatan tidak mengendahkan penguasa pusat.Selepas dinasti Ngo,dinasti Dinh telah diasaskan tetapi hanya mempunyai jangka waktu pemerintahan yang singkat sahaja sekitar 9 tahun sahaja iaitu dari tahun 968-679.Walaupun Champa sebuah kerajaan yang kuat,namun ia telah diserang oleh  Vietnam buat pertama kalinya semasa  dibawah pemerintahan  dinasti Le ( 979-1009 ) pada tahun 982.Raja dinasti Le iaitu Le Hoan telah menyerang Champa dan membunuh rajanya serta memusnahkan bandar Inderapura yang merupakan ibu kota kepada Champa.Serangan keatas Champa telah menyebabkan kematian raja Champa serta 60,000 tentera Champa dan 60,000 lagi telah ditawan dan dijadikan hamba.Setelah tewasnya Inderapura,akhirnya Champa membina kota jauh terkeselatan bagi mengelakkan serangan orang Vietnam. Selepas dinasti Le,Vietnam di perintah pula oleh kerajaan dinasti Li ( 1009-1225 ).Pada dinasti Li ini,wilayah Annam yang berada dibawah kerajaan Champa telah di takluk kembali.Pusat pemerintahan baru Champa iaitu Vijaya telah di takluk dan rajanya turut di bunuh.Kejatuhan Vijaya menurut sesetengah tokoh sejarah sebagai tanda kejatuhan bagi kerajaan Champa.Vijaya telah dihancurkan oleh Dai Viet dengan kekuatan seramai 250,000 orang tentera yang telah menyebabkan lebih kurang 90,000 ribu orang Cham terbunuh dan selebihnya dibawa ke Dai Viet untuk dijadikan hamba.                              
    Selepas dinasti Li,Vietnam diperintah pula oleh dinasti Tran dari tahun 1225 hingga tahun 1400.Semasa dinasti Tran ini,perjanjian damai telah di sepakati antara Annam dan juga Champa.Ini berlaku akibat peperangan antara wilayah Vietnam dan juga Monggol.Bagi menghadapi tentangan ini,Annam telah berpakat dengan Champa sehinggakan ketiga-tiga serangan Monggol keatas Hanoi berjaya dipatahkan.Raja Champa telah diperkahwinkan dengan puteri Annam bagi menunjukkan tanda persahabatan. Selepas kemangkatan Raja Jaya Sinhavarman,orang Champa mula bangkit menentang Annam bagi mendapatkan kembali wilayah kekuasaannya di 3 wilayah yang diambil Annam semasa perjanjian damai.Namun Champa telah tewas dan rajanya telah menjadi orang tebusan.Peperangan antara Dai Viet dan Champa telah berlaku buat pertama kalinya pada tahun 982 dan ia merupakan kesinambungan pertembungan kebudayaan India yang dibawa oleh Champa dan juga kebudayaan China yang dibawa oleh Dai Viet.Orang Vietnam ini membawa slogan Nam Tien iaitu kemaraan orang Viet ke selatan.Peperangan ini telah menyebabkan kemarahan China yang pada masa itu berada dibawah maharaja Cheng Hua dari dinasti Ming.Champa sebenarnya adalah rakan sekutu sekutu kepada China terutamanya dalam bab politik.
    Tidak lama kemudian sekitar tahun 1326 orang Champa telah mendesak China supaya memberikan semula kekuasaannya.Dibawah pimpinan Che Bong Nga sekitar tahun 1360-1390,Champa telah berjaya menawan Hanoi yang mana selama ini gagal untuk di takluk oleh tentera Monggol.Che Bong Nga telah menjadi jaguh dimana beliau telah berjaya menumpaskan Annam dan berjaya mendapatkan kembali wilayahnya yang selama ini berada di bawah kekuasaan Vietnam.Namun penguasaan Champa adalah tidak lama.Selepas sahaja Che Bong Nga mangkat.7 tahun selepas kemangkatan Che Bong Nga,Dai Viet telah mengistiharkan perang demi perang keatas Champa.Orang Annam telah berjaya mendapatkan kembali wilayah mereka dan kekuasaan orang Champa keatas negaranya sendiri semakin lemah. Bukan sahaja Champa,tetapi secara agresif Dai Viet menyerang negara lain seperti secara agresif seperti Kemboja untuk menguasai jalan laut.Penaklukan yang dilakukan oleh Dai Viet ini telah memaksa pentadbiran ala Dai Viet diguna pakai di kawasan jajahannya.Antara proses yang mempercepatkan proses penaklukan ini adalah akibat perpecahan dikalangan penduduk Vietnam iaitu perpecahan antara keluarga Trinh dan keluarga Nguyen.
    Semasa dinasti Tran,telah berlaku satu rampasan kuasa yang menyebabkan China mula masuk campur tangan keatas urusan masyarakat Vietnam.Rampasan kuasa berlaku sekitar tahun 1400 oleh Jeneral La Qui Li.Disebabkan rampasan kuasa ini maka pengikut setia dinasti Tran telah bertindak meminta bantuan China yang pada masa itu berada di bawah maharaja Yung Lo dari dinasti Ming.Atas permintaan ini,maka maharaja Yung Lo telah menghantar tentera ke Vietnam dan telah berjaya menakluk Hanoi.Oleh kerana Hanoi telah berada di bawah China maka rakyat China telah masuk ke Annam secara beramai dan memaksa masyarakat Vietnam menerima adat resam dan budaya mereka.Pemaksaaan yang dilakukan ini telah menyebabkan masyarakat Vietnam secara peribadinya telah tidak berpuas hati dan telah melakukan pemberontakan terhadap China.Seorang pembesar kawasan Thanh Hoa yang bernama Le Loi  telah melakukan perang gerila terhadap China pada tahun 1418.Selepas beberapa kali peperangan dengan China,Le Loi telah mengistiharkan dirinya sebagai Raja Annam.Le Loi telah berjaya mendapatkan kembali Hanoi pada tahun 1428.Selepas peperangan tersebut Le Loi telah bertindak bijak dengan menghantar utusan ke China sebagai tanda kepatuhan dan taat setia kepada kerajaan China.Akhirnya China telah bertindak membiarkan peristiwa lalu dan telah mengiktiraf Vietnam berada di bawah kekuasaan Le Loi.Tindakan ini mungkin akibat kekalahan yang sering berlaku di pihak kerajaan China.Ini boleh dibuktikan semasa zaman maharaja Cheng Hua.Walaupun dinasti Ming merupakan sekutu bagi kerajaan Champa,China hanya menolong Champa dari segi diplomatik sahaja bukannya melalui ketenteraan dan ini turut disokong oleh Ben Kiernan.Menurutnya,sepanjang tahun 1360-1390 Champa sering menyerang Dai Viet dan meminta bantuan China,tetapi dinasti Ming sering menolak untuk campur tangan dalam urusan Dai Viet. Tetapi pada tahun 1406,Dinasti Ming telah menghantar satu angkatan perang yang besar keVietnam.Dalam tempoh 1 tahun sahaja Vietnam telah jatuh kembali kebawah kekuasaan China. Pada zaman Le Loi ini juga Dai Viet telah bebas dari pengaruh China.Sekitar tahun 1679,sekumpulan besar jong atau kapal yang membawa 3000 pelarian dinasti Ming mendarat di Tourane.Mereka adalah tentera dinasti Ming yang telah kalah perang yang diketuai oelh panglima Yang dan Chen.Kedua panglima ini meminta bantuan Vietnam ini untuk menetap disana dan memajukan sektor pertanian.
    Kemerdekaan negeri yang dikecapi Vietnam hasil pengiktirafan dinasti Ming adalah berkekalan.Namun dalam usaha membebaskan diri dari kekuasaan China mereka terpaksa menerima adat budaya China yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat Vietnam.Dinasti Le kedua boleh dikatakan dinasti yang kukuh bagi Vietnam kerana adanya raja Le Loi dan juga Le Than Ton.Le Than Ton telah memperkemaskan dan memperkuatkan sistem pentadbiran seperti membahagikan wilayah Vietnam kepada 13 wilayah supaya mudah untuk dilakukan pemantauan dan juga pengawasan terhadap aktiviti pembesar daerah.Selepas kemangkatan Le Tahn Ton,negara Vietnam kembali menjadi lemah dan terdedah kepada serangan dan penaklukan negara lain seperti China dan Champa.Namun selepas kejatuhan dinasti Ming,ramai orang  China berhijrah ke Dai Viet kerana tidak sanggup berada dibawah pemerintahan puak Mancuria.Mereka meminta suaka politik dari Vietnam dan membantu Vietnam dalam perang menentang Kemboja dan Cham.
      Sekitar tahun 1770,banyak berlaku perang saudara yang melibatkan golongan Tay Son dan juga golongan Nguyen.Menariknya mereka dari puak Viet ini,menggunakan orang Cam untuk merealisasikan impian imperialis mereka.Negara Panduranga atau Champa hampir hancur akibat perebutan kuasa ini.Penduduk Cam yang idak menyokong kedua belah pihak ini akan lari ke kawasan gunung yang tinggi bagi menyelamatkan diri.Tentera Viet secara dasarnya tidak menawan kawasan pergunungan ini kerana takut kepada hantu Montagnard yang mereka anggap sebagai keji dan jijik.Selain itu mereka tidak menawan gunung kerana bimbangkan wabak malaria yang mudah berlaku pada aras ketinggian 600 meter keatas.Selepas beberapa ketika berlaku perang saudara,kemenangan menjadi milik Keluarga Nguyen.Nguyen Anh telah mengistiharkan dirinya sebagai maharaja Viet.Bagi memudahkan pentadbirannya, beliau mendapatkan pengiktirafan daripada China.Maharaja Nguyen Anh menggelarkan dirinya sebagai Gia Long dan negaranya diberi gelaran sebagai Vietnam oleh China sekitar tahun 1804.Gia Long telah bertindak mengembalikan semula Champa dibawah pentadbiran Po Sau Nun Can iaitu anak kepada bekas pegawai Champa yang juga rakan seperjuangannya dalam menentang puak Tay Son.Puak Cam juga dibenarkan untuk menubuhkan angkatan tentera  sendiri.
   Selepas kejatuhan dn kelemahan China,Vietnam tidaklah bebas sepenuhnya.Ini kerana semasa Maharaja Gia Long lagi telah berlaku campur tangan Portugis ke atas kedaulatan Vietnam.Ini bermakna sejak zaman dinasti Qin tetapi yang dominannya adalah dinasti Han,Vietnam tidak pernah mengalami satu fasa keamanan yang panjang.Sepanjang sebelum masihi lagi Vietnam sering menghadapi ancaman China,Champa,Kemboja sehinggalah kepada ancaman Perancis.Kemerdekaan sebenar yang di capai oleh Vietnam hanya berlaku selepas bebas dari pengaruh Perancis dan juga selepas perang Amerika-Vietnam.Ini juga bermakna Vietnam adalah negara yang paling lama terjajah dan Vietnam juga boleh dikira sebagai negara baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulas molek