Kemahiran pemujukan
merupakan salah satu komponen yang terkandung dalam kemahiran antara
perorangan.Antara kemahiran perorangan ialah kemahiran memujuk,kemahiran
membimbing serta kemahiran membimbing.
Peranan Kemahiran Memujuk kepada kita amat
penting kerana pemujukan mampu untuk
mempengaruhi orang lain untuk mempercayai kita.Kita seringkali mendengar
kemahiran pemujukan ( persuasif ) ini terutamanya yang melibatkan urusan jual
beli.Antara lain ialah iklan itu sendiri sudah menunjukkan cubaan penjual untuk
mempengaruhi pengguna.Tujuan utama pemujukan ialah untuk mempengaruhi pendapat
dan reaksi seseorang.Selain melalui lisan,kemahiran pemujukan boleh dilakukan
dalam pelbagai bentuk seperti dalam blog,facebook mahupun e-mail.Dalam
kemahiran pemujukan ini,suasana persekitaran amatlah penting,oleh sebab itulah
seseorang yang ingin menggunakan kemahiran pemujukan perlu melihat keadaan
samada sesuai atau tidak kita menggunakan kaedah ini.Secara mudahnya,kemahiran
pemujukan jarang memberi implikasi negatif sekiranya penggunaanya dilakukan
secara betul.Contoh kemahiran pemujukan ialah,apabila seseorang penceramah
memberikan penerangan tentang dadah maka itu adalah penerangan tetapi apabila
penceramah meminta untuk kita menjauhi dadah maka itu adalah pemujukan.
Teknik pemujukan ini berlaku hampir di semua
bidang samada dalam bidang pengiklanan,rumah tangga,mahupun dalam bidang
politik.Dalam bidang pengiklanan sebagaimana yang dijelaskan tadi,ia bertujuan
untuk mendorong pengguna untuk membeli barangann yang diiklankan.Dalam proses
pengiklanan ini,tidak semua barangan yang ditawar sama sebagaimana yang diiklan
kerana tujuan pemujukan melalui iklan ini hanyalah untuk melariskan jualan
semata-mata.Manakala kemahiran pemujukan dalam intitusi kekeluargaan pula berlaku
apabila anak atau isteri merajuk.Biasanya si ibu akan menggunakan kemahiran
pemujukan bagi memujuk anak yang sedang menangis.Biasanya bagi kemahiran
pemujukan ini,banyak kata-kata manis ditabur bagi menyedapkan hati.Begitulah
juga sisuami akan menggunaakn kemahiran pemujukan apabila siisteri
merajuk.Dalam kaedah ini juga,si pemujuk biasanya tidak akan menggunakan
kata-kata yang kasar kerana ini boleh menyebabkan semakin kuat
merajuk.Pemujukan ini boleh berlaku dalam kaedah memujuk ataupun dalam kaedah
mengancam.Contohnya jika isteri merajuk,bagi memujuknya ada sesetengah suami
mengugut untuk berkahwin lain yang semestinya akan menyebabkan siisteri tadi
berhenti dari merajuk.Bagi ahli politik pula,kemahiran memujuk amat penting.Ini
kerana kaedah memujuk ini akan menarik sokongan kepada ahli politik
berkenaan.Kemahiran Pemujukan dalam kalangan ahli politik banyak berlaku semasa
pilihanraya.Banyak janji-janji manis ditabur kepada pengundi dengan hanya satu
tujuan yang nyata iaitu bagi menarik sokongan pengundi untuk mengundinya.
Kaedah pemujukan amat penting dalam
kehidupan bermasyarakat,pelbagai laras bahasa digunakan dalam kaedah pemujukan
ini.Kemahirang pemujukan ini dikatakan berkait rapat dengan bidang komunikasi
dan juga Linguistik.Bahasa yang baik dan dengan cara yang betul penggunaanya
akan mampu untuk diakui oleh
dunia.Selain perkara yang dinyatakan diatas,pemujukan juga bertujuan untuk
memujuk pembaca,pendengar atau oenerima komunikasi untuk berbuat sesuatu yang
diharapkan oleh pemujuk.Terdapat 3 langkah atau ciri khusus yang perlu ada
dalam kemahiran pemujukan ini.Ciri yang pertama ialah pemberi komunikasi perlu
mengusulkan tindakan atau langkah kepada audien.Ini bermakna,jika pemberi
pemujukan itu ingin mengaharapkan tindakan penerima sama sebagaimana yang
dikehendaki maka pemberi komunikasi tersebut perlu memberitahu langkah atau
tindakan yang perlu dilakukan.Yang kedua ialah pemberi pemujukan perlu
mengemukan bukti dan tujuan yang perlu diadun kemas.Ini bermakna pemujuk perlu
mengemukan bukti supaya penerima terbabit lebih yakin dan percaya kerana sudah
mempunyai bukti yang jelas dan tujuan yang jelas kenapa perlu melakukan perkara
tersebut.Dan yang terakhir ialah gaya pemujukan mestilah berkesan ,imaginatif
dan juga emotif.Dalam tiga cara ini,teknik emotif amat berkesn kerana mampu
untuk mempengaruhi orang ramai.
Pemujukan Rasional
Pemujukan rasional merujuk kepada perlakuan
memujuk oleh seseorang dengan menggunakan fakta atau bukti yang lojik bagi
mencapai sesuatu hajat.Pemujukan rasional boleh berlaku didalam pelbagai sektor
dan ia amat mudah sekali untuk dikenal pasti.Contohnya seorang bos mahu anak
buahnya bekerja dengan lebih kuat lagi maka ganjaran dijanjikan oleh bos tadi
kepada anak buahnya.Pemujukan rasional merupakan salah satu daripada pemujukan
yang bersifat positif kerana ia mempunyai perangsang kepada yang
dipujuk.Ganjaran yang diberikan tidak semestinya bersifat material semata-mata
seperti kenaikan gaji atau kenaikan pangkat sahaja bahkan ia juga melibatkan
mempelajar ilmu yang baharu.Kita sering menggunakan pemujukan rasional ini
tanpa kita sedari,oleh itu,kita boleh menyemak kembali samada kita telah
menggunakan pemujukan rasional ini dengan melihat kepada beberapa aspek seperti
adakah kita menggunakan alasan alasan yang lojik bagi memenuhi permintaan
kita.Jika kita menggunakan alasan yang lojik maka itulah sebahagian daripada
pemujukan rasional.
Alasan yang lojik sering digunakan bagi
menguatkan hujah kita supaya berjaya mempengaruhi orang yang dipujuk.Selain
itu,kita juga dapat menyemak penggunaan pemujukan rasional ini dengan
memerhatikan samada kita pernah menggunakan bukti yang kukuh bagi memastikan
hasrat kita terlaksana.Dalam Parlimen,bukti amat penting bagi memastikan hasrat
kita tercapai.Contohnya suatu masa dahulu negara kita diriuhkan dengan
pendedahan video klip V.K.Lingam.Pihak pembangkang menggunakan pelbagai bukti
yang ada di parlimen bagi memastikan Datuk V.K.Lingan disiasat.Jika kita
perhatikan disini pihak pembangkang telah menggunakan pemujukan rasional.Selain
itu,pemujukan rasional ini berlaku apabila kita menggunakan pendapat yang lebih
baik daripada orang lain.Kita akan berusaha untuk memujuk orang lain supaya
bersetuju dengan rancangan kita dengan menggunakan hujah yang lebih kuat
daripada pencabar kita.Sudah menjadi lumrah manusia untuk menerima pendapat
yang lebih baik.Maka disini sebenarnya telah berlaku pemujukan rasional.Selain
itu,pemujukan rasional dapat dikenal pasti apabila kita menerangkan masalah dan
cara mengatasi masalah tersebut.Cara menyelesaikan masalah tersebut telah
menunjukkan kita cuba memujuk orang lain supaya menyokong cadangan kita.
Ucapan Pemujukan
Ucapan pemujukan ialah ucapan yang boleh
disifatkan sebagai cuba mengetengahkan idea kita atau dalam erti kata lain
ingin menjual idea kita.Ucapan pemujukan mestilah disampaikan melalui nada
bahasa yang lembut supaya dapat menarik orang untuk mempercayainya.Ucapan
pemujukan adalah jenis ucapan yang paling banyak mempengaruhi orang.Ini kerana
ia disampaikan dalam kelompok yang ramai bagi mengubah persepsi pendengar
tentang sesuatu perkara.Ucapan pemujukan paling kerap digunakan oleh ahli
politik dalam kempen mereka.Ceramah politik adalah pemujukan yang berjaya
menarik pendengar audien kerana manusia ini sememangnya bersifat menyokong
sesuatu pihak.Ahli politik menggunkan pentas ini bagi memujuk rakyat atau
audien untuk melakukan sesuatu seperti mengundi parti mereka dan
sebagainya.Seorang pengucap yang hebat mampu mempengaruhi orang ramai untuk
mempercayainya.Dalam kaedah pemujukan ini,kaedah psikologi perlu digunakan bagi
menakutkan,mengembirakan ataupun menyuruh audien melakukan sesuatu.
Pengucap perlu mengetahui beberapa perkara
mengenai audien tersebut seperti status pendidikan mereka,umur
audien,kepercayaan audien dan perlu juga mengetahui tahap penguasaan audien
terhadap sesuatu isu.Biasanya,audien yang kurang pendidikan lebih mudah untuk
dipengaruhi kerana mereka ini biasanya tidak mengetahui latar sesuatu isu
dengan baik.Berlainan pula dengan audien yang berpendidikan tinggi yang
memerlukan penggunaan hujah yang kukuh dan kuat bagi meyakinkan mereka.Cara
ucapan pemujukan juga perlu mengambil tahu umur audien tersebut.Jika audien
yang disampaikan adalah kanak-kanak maka teknik memujuk mestilah halus,tidak
berat dan interaksi perlu sentiasa dilakukan.Bagi golongan remaja atau
belia,pendekatan pemujukan secara formal boleh dilakukan.
sumber : Dari Asigment yang tak dihantar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek