Pensyarah saya pernah mengatakan bahawa manusia tidak tahu akan berlakunya globalisasi menyebabkan kebanyakan daripada masyrakat pada masa itu melakukan peniruan samada dari segi lagu mahupun bendera..
Semasa dalam perbentangan saya dalam subjek sejarah Malaysia,ada membawakan tentang persamaan yang hampir antara bendera yang berlaku..Antara nya ialah bendera Indonesia itu sendiri yang dikatakan meniru bendera Belanda.
Bendera Belanda ini telah digunakan sejak abad ke 14 lagi.Belanda pada kurun ke 18 dan 19 merupakan antara penjajah yang kuat.Belanda telah berjaya menawan Melaka dan juga sebahagian besar daripada Indonesia.Selepas perjanjian London/Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ditandatangani,cengkaman Belanda keatas Indonesia semakin kuat.Selepas kedatangan Jepun,Belanda telah terusir dari Indonesia,Namun begitu selepas kekalahan yang dialami oleh Jepn pada 1945,maka Belanda cuba sekali lagi masuk ke Indonesia.Namun dasar yang diamalkan oleh Indonesia selama ini yang menindas dan menggapkan penduduk tempatan sebagai hamba telah melahirkan penentangan daripada penduduk tempatan.
Mengikut satu kisah,selepas soekarno menawan Istana YogYakarta,beliau telah mengambil bendera Belanda yang berkibar di Istana tersebut dan mengoyakkan kawasan yang berwarna biru dan mengistiharkan bendera baru itu sebagai bendera Indonesia dan digunakan sampai sekarang.
Indonesia boleh dikatakan sebagai ibu kepada rumpun Melayu.Disebabkan itu kebanyakan bendera di sekitar rumpun melayu seakan-akan bendera Indonesia.Oleh itu,bendera UMNO yang diwujudkan pada 11.mei.1946 dikatakan sedikit sebanyak meniru bendera Indonesia.
Jika kita perhatikan betul-betul ,kita akan mendapati bendera yang digunakan adalah mirip bendera Indonesia iaitu bendera Merah diatas dan Putih dibawah.Cuma berlaku penambahan pada bulat dan keris di tengah bendera,
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Pas merupakan parti serpihan yang terpecah daripada UMNO apabila Biro Ugama Umno merasakan bahawa Umno tidak akan mewujudkan hukum Islam maka pada masa itu mereka bersidang di sebuah madrasah di Kepala Batas.Secara keseluruhannya,Pas yang nama asalnya Persatuan Islam seTanah Melayu telah ditubuhkan dan memakai bendera yang juga mirip kepada Umno yang merupakan bekas tuannya,
Sebagaimana bendera UMNO,bendera Pas juga jika diamati betul-betul adalah mirip bendera Indonesia.Tidak dipastikan samada ia meniru bendera Umno atau meniru bendera Indonesia.Pada pendapat saya,kemungkinan besar ia mungkin meniru bendera Umno apabila ada bulatan yang seakan ada pada bendera UMNO..Namun begitu tidak dapat dipastikan bendera Pas yang digunakan sekarang hasil daripada bendera Pas yang asal ataupun tidak.Namun ada kisah yang tidak dapat saya pastikan kesahihannya,iaitu bendera Pas yang digunakan sekarang adalah hasil daripada ketidak lulusan ROS apabila Allahyarham Tuan Guru Hasan Syukri cuba mendaftarkan bendera Pas dengan tangan Kepal semacam penumpuk.Namun tidak diluluskan dan kebetulan pada masa itu ada satu baldi dan beliau telah mengambil baldi tersebut dan menekatkannya baldi tersebut dan menjadikan bentuk bulat yang diberi nama sebagai BADRUL MUNIR atau Bulan Mengambang..
Setelah saya meneliti,beberapa kesamaan yang ada pada bendera lama dan baru,saya mendapati bahawa kebanyakan bendera kerajaan dulu di Asia Tenggara terutamanya Nusantara banyak menggunakan tema merah yang mungkin dianggap sebagai tema berani.
Diatas merupakan bendera bagi empayar Majapahit yang berpusat ditanah Jawa.Dan jika diperhatikan juga bendera Thai lama kita akan mendapati bahawa mereka juga menggunakan bendera yang berwarna Merah.
Tidak dapat dipastikan kenapa mereka suka menggunakan bendera yang bewarna Merah..
Satu penemuan yang menarik pada saya ialah mengenai bendera yang bewarna merah dan mempunyai keserupaannya..Jika kita melihat bendera Singapura pula kita akan mendapati bendera itu juga mirip dengan bendera Indonesia.Cuma yang ditambah olehnya ialah bulan dan bintang sahaja ( saya memohon maaf kerana tidak dapat upload bendera Singapura)..Kemungkinan pada saya ilah bendera Singapura mungkin meniru bendera Indonesia namun pada saya aspek kaum juga tidak boleh diabaikan.Bendera Singapura juga kelihatan juga seakan-akan bendera China.Dan jika dilihat juga bendera Vietnam juga seakan bendera China....Namun semua ini hanyalah pandangan bermain di fikiran saya sahaja..Ia mungkin benar atau mungkin juga salah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek