Penggunaan e-voting dalam sistem pemilihan MPP di semua Universiti di Malaysia telah menjangkau tempoh 7 tahun.Namun begitu,suara yang tidak puas hati dengan pelaksanaan sistem ini masih lagi kedengaran terutamanya dari pihak Pro-Mahasiswa yang amat tidak yakin dengan sistem.Pro-Mahasiswa menentang keras penggunaan kaedah ini kerana kemungkinan manipulasi undi akan berlaku dan sekaligus akan mematikan semangat Pilihanraya Kampus.Selama ini,sistem pengundian kertas telah dijalankan dan tiada tentangan diterima kerana kesukaran untuk memanipulasikan kertas undi tersebut.
Atas rasa tanggungjawab,pelajar terutamanya Pro-Mahasiswa di 2 buah universiti ternama di lembah Kelang iaitu Universiti Malaya ( UM ) dan Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) telah mengadakan demontrasi bagi melahirkan rasa tidak puashati mereka.Walaupun begitu,dalam harian Metro keluaran 16 Sept 2004 telah menyiarkan artikel tentang pelaksanaan e-voting ini.Rata-rata naib caunselor berpuas hati dengan pelaksanaan sistem ini kerana lebih ramai mahasiswa/i yang turun untuk mengundi mengjangkau 80-90% yang mana boleh dianggap sesuatu yang mustahil dicapai dalam penggunaan kertas undi,namun yang menjadi persoalannya,adakah jumlah undi yang dicapai itu telus?.
Perasaan yang dilahirkan oleh sebilangan pelajar tersebut pada saya mempunyai asas yang kukuh apabila dalam sistem itu sendiri kita tidak tahu siapa yang mengendalikannya dan tiada juga wakil-wakil calon atau persatuan yang memerhatikan perjalanan sistem terbabit.Penyelewangan boleh saja berlaku dalam keadaan begini.Tetapi malangnya pihak universiti dan juga pihak kerajaan dilihat masih tidak mendengar masalah mahasiswa ini.Jika kita melihat kepada 2 buah universiti di Lembah Kelang ini,kita akan mendapati bahawa Um dan UKM adalah universiti yang berprestij tinggi di Malaysia dan juga sebagai penentu keadaan politik negara.Analisis mengenai kecenderungan pengundian mahasiswa dalam pilihanraya umum boleh dirujuk dengan melihat kepada pengundian mahasiswa dalam 2 buah universiti ulung negara ini.Jadi secara tidak langsung,manipulasi undi juga boleh berlaku.
Pihak Pro-Mahasiswa juga telah mengumpul tandatangan mahasiswa/i bagi menentang sistem e-voting ini
http://petitions.tigweb.org/e-votinguum . Dalam menjelaskan secara lebih lanjut sebab perasaan tidak puas hati mereka terhadap sistem e-voting,kumpulan Pro-Mahasiswa telah menggariskan beberapa perkara iaitu :1. Sistem Mudah Dimanipulasi.
2. Masalah kebolehupayaan.
3. Masalah Kawalan Penuh Oleh TNC dan HEP
4. Tiada Badan Bebas yang Memantau PRK dan E-Voting
5. Calon atau Wakil Calon tidak Dibenarkan Berada di Tempat Pengundian
6. Calon atau Ejen Calon tidak di Beri Hak Untuk Terlibat dalam Pengiraan Undi.
7. Tiada Senarai Daftar Mengundi
8. Kos Untuk Membangunkan E-Voting adalah sangat Tinggi.
Kebimbangan yang dilahirkan oleh sebilangan mahasiswa itu perlu diambil seriu oleh pihak yang bertanggungjawab.Pelaksanaan e-voting sememamngnya mudah untuk dimanipulasikan sehingga menyebabkan penentangan oleh mahaisswa.Perasaan yang tidak puas hati ini akan terus dilahirkan selepas PRK itu sendiri tambahan jika pihak Pro-Mahasiswa mengalami kekalahan.Sistem e-voting ini hakikatnya tidak mampu untuk memenuhi kehendak mahasiswa dan begitu mudah untuk dpertikaikan.Jika sistem kertas undi dilaksanakan maka tidak akan berlaku lagi pertikaian tentang kesahihan PRK itu sendiri.Walaupun dilihat sistem kertas undi itu sudah tidak praktikal pada zaman sekarang namun ia memberi kepuasan hati kepada semua pihak dan tidak boleh sesekali diabaikan penggunaannya.Timbul persoalan..jika sistem e-voting ini berjaya dilaksanakan,adakah PRU akan datang juga akan melaksanakan sistem ini?.
Namun begitu,kita tidak nafikan sama sekali sokongan terhadap penggunaan sistem ini oleh mahasiswa.Memang ramai mahasiswa/i menyokong pelaksanaan sistem ini kerana ia tidak membuang masa untuk beratur panjang bagi membuang undi,tapi yakinkah mereka bahawa calon yang mereka pilih itu akan menang?.
Sistem e-voting juga dilihat memberi tekanan kepada mahasiswa apabila apa yang kita undi akan diketahui,jadi maknanya UNDI ANDA ADALAH TIDAK RAHSIA!!..
~Segala yang ditulis adalah pada pendapat penulis mengenai e-voting ini~..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek