Khamis, November 25, 2010

Bola Baling

Bola Baling antara permainan yang berasal daripada benua Eropah.Permainan ini dikatakan berasal daripada permainan Urania di Yunani Greek,di Harpaston di Rom dan juga Fangballspiel di Jerman.Permainan ini merupakan permainan zaman silam tetapi sebagaimana permainan lain ia mengalami proses tranformasi berdasarkan kesesuaian massa.Sekitar abad ke 19 telah lahir permainan yang seakan-akan Bola Baling di sekitar Negara Eropah seperti di Czeska Hasenka di Czehoslovakia,Handbold di Denmark,Hazena di Bohemi,Gandbol di Ukraine dan di Korball dan juga Raffbold di Negara Jerman.Walaupun permainan ini merupakan permainan zaman lampau namun sekitar abad ke 19 ia menjadi semakin popular di Negara-negara Eropah sebagaimana 
 
 
yang disebutkan diatas.Permainan Bola Baling moden pertama kalinya dimainkan di Negara Denmark,Jerman,Norway,Scandinavia dan Sweden,itupun di sekitar pengakhiran abad ke 19.Jika dilihat permainan bola baling ini lebih dikenali di kawasan Scandinavia dan juga jiran Eropahnya.
    Permainan akan mendapat pengiktirafan antarabangsa jika mempunyai undang-undang permainan dan itulah juga yang berlaku terhadap Bola Baling.Oleh itu,pada 1897,R.N.Ernst telah menggubal satu undang-undang permainan Bola Baling.Namun begitu pada 1898 Holger Nielson juga telah membuat undang-undang bagi permainan ini.Ini bermakna permainan ini semakin meningkat naik,ini dibuktikan dengan wujud 2 undang-undang permainan hanya digubal dalam masa lebih kurang setahun.Tidak hanya setakat itu,undang-undang permainan bola baling terus berlaku perubahan.Pada 1917,Max Heiser,Karl Schelenz dan juga Erich Konigh telah menggubal undang-undang permainan ini bagi menjadikan ia lebih sesuai dimainkan oleh orang ramai. Pada 1919 Karl Helenz secara sendirian telah menggubal pula undang-undang permainan ini bagi menambah baik undang-undang perlawanan.Permainan ini telah menjadi permainan antarabangsa apabila pertama kalinya diadakan pertandingan antara Negara iaitu antara Jerman dan Belgium sekitar tahun 1925 untuk pemain lelaki sahaja.Bagi perlawanan wanita pula yang paling awal diadakan pada 1930 yang mana menyaksikan perlawanan antara pasukan Jerman dan Australia.Berdasarkan perlawanan antarabangsa tadi dapatlah disimpulkan bahawa permainan Bola Baling semakin berkembang bukan sahaja diantara gender lelaki tetapi juga wanita.Kedua-dua pertandingan yang dijalankan tersebut diadakan dibawah undang-undang yang digubal oleh pakar tersebut.
Sekitar tahun 1926,telah diadakan satu jawatankuasa khas yang diwujudkan oleh Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa bagi menggubal satu peraturan permainan Bola Baling bagi kegunaan di peringkat antarabangsa.Hasilnya,terbentuklah satu peraturan baru bagi permainan Bola Baling yang lebih bersifat antarabangsa berbanding yang dibuat oleh tokoh yang sebelumnya ini.Permainan ini terus berkembang,ini dibuktikan apabila pada 1928,Avery Brudge telah menubuhkan Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa ( IAHF ) di Amsterdam sempena sukan Olimpik di Negara tersebut.Pada peringkat awal ini,kesatuan ini hanya dianggotai oleh hanya 11 buah Negara.Permainan ini terus berkembang apabila ia dipertandingkan buat pertama kalinya dalam sukan Olimpik di Berlin Jerman pada 1936.Tetapi pertandingan pada tahun 1936 hanya melibatkan pasukan lelaki sahaja.Sebanyak 6 buah Negara telah mengambil perhatian dan Jerman telah mendapat gelaran juara.Jika diperhatikan,kita melihat dalam permainan Bola Baling ini,Jerman merupakan Negara yang terlibat secara langsung dan ini mungkin di Jerman bola baling sudah menjadi sukan popular dikalangan rakyat.
    Pada tahun yang berikutnya,permainan Bola Baling ini sudah dibuang daripada senarai permainan di sukan Olimpik. Namun demikian, permainan tersebut telah dibatalkan dalam senarai permainan Sukan Olimpik.Pertandingan ini hanya dimasukkan dalam senarai pula pada sekitar tahun 1972 iaitu dalam sukan Olimpik yang diadakan di Munich.Pembuangan Bola Baling diantara tahun berikut itu,mungkin disebabkan oleh Negara penganjur yang tidak mempunyai kekuatan dalam sukan terbabit.Selain itu,mungkin sukan ini hanya tertumpu di Negara tertentu sahaja. Perkembangan sukan Bola Baling ini,dapat dilihat apabila pasukan perempuan dibenarkan bermain dalam sukan Olimpik tahun 1976.Walaupun ia dilihat agak lewat namun ia merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan dalam perkembangan permainan ini.Pada awal permainan ini,ia dimainkan oleh 11 orang pemain di padang yang luas seakan akan padang bola sepak.Namun disebabkan cuaca yang buruk di utara Eropah maka akhirnya menjadi sukan Indoor yang dimainkan oleh 7 orang pemain sahaja.Sehingga tahun 1960,permainan Bola Baling menjadi salah satu permainan yang di gemari oleh orang eropah samada ia dimainkan di luar ataupun secara indoor games.Pada 1965,Jawatankuasa Sukan Olimpik telah menggariskan bahawa permainan Bola Baling melibatkan hanya 7 orang pemain.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulas molek