Ijtima' Tharbawi Pemuda/i Pas Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 1,2,dan 3 okt ini di perkarangan Masjid Rusila Marang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyeru seluruh pemuda
di peringkat pusat, negeri dan kawasan menghadiri Ijtima' Tarbawi
Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan pada 1 hingga 3 Oktober ini di
perkarangan Masjid Rusila, Terengganu. Nasrudin
berkata, amat penting untuk pemuda-pemudi menyertai ijtima' ini yang
bertujuan memperkasakan penghayatan dan perlaksanaan amal tarbawi dalam
Dewan Pemuda di semua peringkat.
"Saya selaku Ketua Dewan Pemuda
PAS Pusat sangat mengharapkan agar seluruh pemuda dapat menghadirkan
diri atau menyertai program bersejarah ini untuk kita mengembalikan
kemantapan amal tarbawi dan memperkasakan gerakannya dalam Dewan Pemuda
PAS khasnya dan dalam PAS itu sendiri secara amnya," kata Nasrudin
dalam blognya.
Menurutnya, setakat ini, lebih 3,000 kepimpinan
pemuda di semua peringkat telah mengesahkan kehadiran ke program
anjuran Akademi Tarbiyyah Pemuda itu.
Himpunan itu, katanya akan
bermula pendaftarannya selepas solat Jumaat 1 Oktober dan akan
berakhir dengan solat Zuhur pada 3 Oktober.
Lokasi himpunan ini
ialah ruang Masjid Rusila untuk aktiviti indoor sementara perkarangan
masjid untuk program yang bersifat outdoor.
Dua pucuk pimpinan
tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am dan Presiden, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turut
memberikan pengisian dalam program tersebut.
Sementara itu,
bercakap kepada Harakahdaily, Nasruddin memberitahu, program tersebut
turut terbuka kepada muslimat yang berminat dan perlu mendaftar
terlebih dahulu pejabat DPP negeri atau terus kepada Sekretariat DPP
Pusat di Putrajaya.
"Penyertaan wajib dikekalkan kepada semua
Exco DPPP, Exco DPP Negeri, AJK DPP Kawasan dan ianya turut dibuka
kepada para pemudi dengan terlebih dahulu mendaftarkan diri ke pejabat
Dewan Pemuda PAS Negeri atau terus kepada Sekretariat Dewan Pemuda PAS
Pusat di pejabatnya," katanya.
Justeru, beliau mengingatkan para
pemuda-pemudi menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal agar dapat
mengikuti segala aktiviti yang telah diatur dengan baik.
"Saya
maklumkan sejak Julai lalu mengenai ijtimak ini ialah supaya semua
peserta dapat membuat persiapan awal sehingga meminimumkan ruang alasan
untuk tidak hadir kecuali hanya alasan yang benar-benar syarie,"
katanya lagi.
Ijtimak itu juga, katanya sebagai persediaan
sebelum satu lagi himpunan besar yang akan menghimpunkan 30 ribu
petugas dan penggerak pilihan raya pemuda pada awal tahun depan di
negeri Selangor atau Kedah. -Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek