Maka pengertian fiqh awlawiyat ialah memahami apa yang
paling utama daripada beberapa perkara dari sudut pelaksanaan.
Ini bermakna memberikan hak keutamaan didahulukan pada perkara yang
mesti didahulukan daripada perkara yang lain yang utama dikemudiankan,
sesuai dengan masa dan waktu perlaksanaannya.Atau secara mudahnya disebut sebagai mendahulukan sesuatu yang lebih penting kerana yang lebih penting iatu lebih penting daripada yang penting.Pengetahuan keatas ilmu ini amat penting dalam keadaan suasana yang sibuk yang dialami oleh kebanyakan mahasiswa.Dalam fiqh ini kita hendaklah mendahulukan yang lebih penting contohnya antara peperiksaan dan meeting maka kita hendaklah mendahulukan peperiksaan kerana jika tidak hadir maka ia akan memberi mudarat kepada kita.Perkara utama dalam fiqh ini hendaklah kita tahu bahawa ada mudhorat dan ada kebaikan..Melalui fiqh ini menutup mudhorat lebih penting dari melakukan kebaikan.
Di dalam istilah fiqh atau ilmu usul ia disebut sebagai ‘khilaf awla’
yang bermaksud sekalipun berlaku khilaf (perselisihan)di dalam masalah
atau hukum tersebut tetapi ia paling sesuai untuk dilaksanakan.
Al-Fadhil Dr. Yusuf al-Qardawi memberikan takrif Fiqh Awlawiyat sebagai “menetapkan
sesuatu pada martabatnya,tidak mengkemudiankan apa yang perlu
didahulukan atau mendahulukan apa yang berhak dikemudiankan, tidak
mengecilkan perkara yang besar atau membesarkan perkara yang kecil”.Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan kerja dengan efektif dan berkesan selari dengan tuntutan Fiqh Keutamaan dan prioriti kerja sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, perkara2 kecil, remeh temeh dan pinggiran tidak seharusnya dibesar2kan kerana ia akan menghambat gerak perjuangan. Tiba masanya bagi Ummah untuk melepaskan semua bentuk perselisihan pinggiran diantara sesama sendiri... sebaliknya berganding bahu dan bekerjasama untuk menyambut era kebangkitan dan kegemilangan islam sebagai satu2nya Addin "iaitu cara hidup" yang paling sesuai untuk kebaikan dan kebahagiaan seluruh insan di planet bumi ini...
Fiqh ini sesuai digunakan dalam apa jua bidang samada bidang pengajian, pengurusan, membuat keputusan, pentadbiran, perniagaan dan sebaginya. Fiqh ini lah yang akan membentuk keputusan yang paling utama daripada yang utama...
Buku Fiqh Al-Aulawiyat ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia yang diterbitkan oleh Thinkers Library yang diterjemahkan oleh Ahmad Muryadi Asmawi ini sangat berkesan untuk dibaca menambah ilmu pengetahuan dan panduan kepada semua umat...
Contohnya : Seorang pemandu lori sedang memandu dengan penuh etika... kemudian sebuah motosikal memotong lori tersebut dengan tiada etika... di hadapan lori tersebut terdapat sebuah kereta yang sedang bergerak perlahan dan di dalamnya terdapat penumpang yang ramai.... Persolannya : Sebagai seorang pemandu lori... samada melanggar kereta di hadapan ataupun merempuh motosikal yang memotong lori yang dipandu?
Contoh lain : Diantara kualiti dengan kuantiti... mana yang lebih Aula @ utama?..Oleh itu setiap orang islam sekurang-kurangnya mengetahui tentang fiqh aulawiyat walaupun sedikit..
Aulawiyat ini bukan ditentukan mengikut kehendak kita tapi mengikut kehendak syarak yang terbaik.Antara yang perlu diketahui juga dalam fiqh ini ialah persoalan hajiriyat dan dururiyat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulas molek