Saya tertarik untuk menyebutkan tntang persoalan aqidah yang mana sekarangg ini manusia lalai daripadanya dan sebahagiannya telah terjerumus kedalam lembah tersebut iaitu Menyamakan Allah Dengan Makhluk..Manusia sekarang ini terutamanya yang tidak belajar tentang ilmu Tauhid cenderong mengenal Allah sebagaimana mengenal Makhluk.Maka saya disini ingin berkongsi sikit pengetahuan dari kitab sirr salikin karangan As Syahid Syeikh Abdul Samad al Palembangi yang merupakan intipati dari kitab Ihya' Ulumuddin.
Jika manusia dia kenal sebagai ada tangan maka ia juga cenderong mengenal Allah juga ada tangan dan memegangnya makna Allah beranggota dengan pegangan yang tidak menyerahkan makna pada Allah.
Maka Imam Al Ghazali telah mengeluarkan satu sifat dari sifat salbiah iaitu sifat Mukholafatuhul Lil Hawadis ( bersalahan Allah taala dengan yang baharu ) dan memasukkan sifat ini kedalam satu sifat lain iaitu sifat yang diberi nama sebagai Tanzih yakni memegang makna tidak tersentuh Allah Taala dengan yang baharu.
Ketahui olehmu bahawa Allah Taala adalah tidak sama sekali menyerupai makhluk.Allah Taala itu bukan jirim ( seperti batu ) mahupun jisim ( seperti manusia yang punyai anggota ) dan Allah Taala juga bukannya Jauhar ( seperti angin ).Apa-apa yang terfikir dalam akal kepala maka itu bukan sesekali Allah kerana hanya yang Qadim mengetahui hakikat yang Qadim.Adalah mustahil bagi yang baharu ( makhluk ) mengetahui hakikat yang Qadim ( Allah ).
Sebab itulah sesetengah ulama Aqidah tidak membenarkan memanggil Allah itu sebagai 1 kerana satu masih boleh dipecahkan dan seharusnya kita memanggil Allah itu sebagai Esa.Dalam kitab Aqidatun Najin ( kalau x silap saya ) ada memaparkan tentang kisah pembesar dan pendayung sampan.Pada suatu hari seorang raja telah menaiki sampan kerana telah sesat dari pemburuan maka bila sampai ditengah tasik maka berkatalah raja " Allah satu akupun satu" maka pengayuh sampan terus memberhentikan sampan dan memaksa raja tersebut supaya menarik balik katanya kerana perkataan " pun " itu sudah menunjukkan menyamakan Allah dengan makhluk..Maha suci Allah dari menyerupai makhluk..
Dan hendaklah setiap muslim mengiqtikadkan bahawa Allah itu tidak diliputi oleh tempat dan Allah juga tidak berpihak kerana tempat dan berpihak itu menyamai jisim dan jisim itu pula menyamai baharu. Secara ringkasnya Allah tidak memerlukan tempat untuk tinggal dan Allah juga tiada berpihak samada kanan,kiri,depan,belakang,atas,dan bawah kerana semua ini adalah sifat bagi makhluk dan Allah itu sama sekali tidak menyerupai makhluk.Dan wajib juga keatas kita untuk mengiqtikadkan bahawa Allah itu tidak boleh dihadkan kira-kira yakni tidak boleh kita mengatakan Allah itu besar kecil pendek mahupun tinggi..Maha Suci Allah dari boleh dihadkan.
Satu perkara penting yang perlu diketahui oleh orang Islam iaitu mubalaghoh yakni penggunaan kalimah untuk Allah sahaja kepada manusia seperti Maha Mulia dan sebagainya maka ini dihukum oleh ulama aqidah sebagai Syirik.
Maka yang paling penting disini ialah Allah sama sekali tidak menyerupai manusia dan setiap pembaca dan saya sendiri perlu mendalami ilmu aqidah Ahlul Sunnah wal Jamaah dengan lebih mendalam supaya kita tidak menyeleweng dari landasan sebenar.
mungkin lain kali saya akan masukkan lebih bnyk tntg aqidah tanzih....
BalasPadam