Bendera Jepun |
Sejarah
tertulis Jepun dikesan melalui teks-teks klasik sejarah China sejak abad ke - 1
lagi. Walaubagaimanapun, sebenarnya Jepun telah diduduki sejak zaman
Pra-Sejarah awal lagi. Ini berdasarkan penyelidikan arkeologi yang dijalankan
di Jepun. Semasa Zaman Jomon iaitu sekitar tahun 12000 SM , Jepun dikatakan
merupakan kawasan yang kaya yang menggalakkan perkembangan manusia yang mana
Jepun merupakan pengeluar tembikar yang terawal. Jepun mula-mula mengedakan
hubungan luar dengan China iaitu sekitar tahun 200 M. Berbanding dengan negara
China , masyarakat Jepun pada waktu itu dikira agak mundur sedikit dalam
pelbagai bidang.
Nihon
atau Nippon adalah nama negara Jepun yang bermaksud “ Tanah Matahari Terbit”.
Nama lain Jepun juga disebut sebagai Yamato dalam catatan kuno. Nihon pula
ialah perkataan yang merujuk kepada negara Jepun yang diberikan oleh orang
Korea yang datang melawat Jepun. Nama ini terus kekal sehingga hari ini. Namun
semasa pemerintahan Meiji ( 1868- 1926 ) dan zaman Taiso ( 1912-1926 )
perkataan Nippon mula digunakan untuk memberi impak maksimum kepada semangat
kebangsaan orang Jepun.
Mengenai
asal-usul orang Jepun. Terdapat 3 teori yang menerangkannya iaitu :
a
) Orang Jepun dikatakan berasal daripada orang Ainu ( Proto- Caucasoid ).
b
) Orang Jepun asal daripada orang Mongoloid.
c
) Orang Jepun berasal dari orang nusantara.
Mengikut
sejarah orang Ainu telah menduduki negara Jepun 5000 tahun lebih awal daripada
orang Mongoloid. Orang Ainu ini berhijrah ke pulau Hokkaido dan Honshu dan
mereka ini berketurunan caucasian di mana kaum lelaki mereka mempunyai kulit
berwarna putih dan mempunyai bulu di muka dan badan. Orang Ainu dikatakan
berasal dari bahagian timur laut Asia. Di Jepun ahli geologis telah menemui tulang
rangka haiwan yang hidup di utara Asia semasa zaman Pleistocene lebih kurang
10000 – 1000000 tahun dahulu.
Penemuan
ini mencadangkan bahawa terdapat dataran penghubung yang menghubungkan
pulau-pulau dengan benua Asia yang menjadi laluan untuk penghijrahan manusia
awal. Menurut ahli paleotologis orang Ainu datang ke pulau Hokkaido dan utara
Honshu dengan menaiki rakit atau perahu-perahu kecil bermula sekitar 20,000
tahun dahulu. Pada tahun ke 8 M apabila kemasukan orang Mongoloid bertambah pesat
telah menyebabkan orang Ainu ini berpindah ke utara Hokkaido. Orang Ainu ini
pada masa dahulu merupakan masyarakat primitif yang hidup dengan memburu dan
memungut makanan.
Orang
Mongoloid berhijrah ke pulau-pulau selatan Jepun agak terkemudian sedikit daripada
orang Ainu dengan menyeberangi Selat Korea yang agak sempit dan bahaya. Orang Mongoloid
ini bukan dari kalangan orang China tetapi mungkin berasal dari Korea atau Asia
Tengah. Terdapat juga penghijrahan orang Mongoloid dari arah selatan China yang
berkemungkinan dari pulau-pulau selatan. Orang Mongoloid lelaki mempunyai kulit
kekuningan, sedikit bulu di muka dan badan mereka. Pergerakan mereka meluas
dari kawasan pantai barat Jepun mengarah ke timur iaitu dari pulau Kyushu ke
pulau Shikoku dan menyusur ke pantai selatan pulau Honshu. Orang Mongoloid ini
dipercayai sebagai asal keturunan orang Jepun moden sekarang ini yang merupakan
kumpulan terbesar penduduk Jepun. Ini berdasarkan kepada persamaan yang didapati
pada rupa bentuk fizikal dan keupayaan mereka menyerap cara hidup dan
kebudayaan orang Cina.
Proses-proses
penyerapan juga berlaku di antara orang Mongoloid dengan orang Ainu dan di
antara penghijrah-penghijrah dari Korea. Ada satu teori lain yang mengatakan
bahawa orang Jepun berasal daripada orang Nusantara daripada kalangan orang
Polynesia.Orang Polynesia adalah penduduk di pulau-pulau Nusantara dan
merupakan pelayar yang mahir. Mengikut teori ini kemungkinan orang Polynesia
ini telah belayar sehingga ke negara Jepun. Tetapi memandangkan keadaan rupa bentuk
fizikal dan struktur bahasa di antarakedua-dua orang ini, adalah sukar untuk
menentukan dengan jelas bahawa orang polynesia adalah asal keturunan orang
Jepun.
Penemuan-penemuan
alatan batu oleh ahli arkeologi di kebanyakan tempat di kepulauan Jepun
dipercayai bertarikh 25,000 tahun dahulu membuktikan telah wujud budaya manusia
zaman awal. Para penyelidik juga telah menemui barangan tembikar tempatan yang menunjukkan
telah wujud budaya yang maju pada 10,000 SM lagi. Penduduk di zaman Jomon hidup
dengan cara primitif menggunakan alatan batu, tinggal dalam rumah lubang dan
menjalankan aktiviti menangkap ikan dan memungut kerang serta memburu rusa dan
babi hutan.
Budaya
Yayoi yang lebih maju menggantikan budaya Jomon pada abad ke 4 SM di pulau Kyushu.
Budaya Yayoi berkembang mungkin kerana penghijrahan orang-orang Mongoloid melalui
Selat Korea ke pulau Kyushu untuk mengelak daripada kekacauan yang berlaku di negara
China pada ketika itu. Penghijrah-penghijrah ini membawa kemahiran melebur dan membentuk
besi serta teknik menanam padi basah. Alatan besi telah digunakan dengan
meluasnya dalam bidang pertanian seperti alatan cangkul, sabit, tajak dan lain-lain.
Pada zaman ini satu alat memutar tembikar dengan menggunakan roda telah
digunakan untuk menghasilkan tembikar telah digunakan dengan meluasnya. Alat
ini dipanggil yayoi dalam bahasa Jepun dan zaman ini telah dinamai Zaman Yayoi
mengambil sempena alat itu.Orang zaman Yayoi sangat mempercayai gejala dan alamat
(baik atau buruk) ke atas kejadian alam semulajadi. Mereka telah meminta
pertolongan peramal atau ahli sihir untuk menjelaskan sesuatu gejala atau
petanda-petanda yang membimbangkan mereka. Kepercayaan kepada peramal dan ahli
sihir serta keyakinan tentang kekuasaan yang ada pada alam semulajadi telah
melahirkan kepercayaan Shinto.
Agama
masyarakat Jepun ialah Shinto atau “ Jalan Tuhan” yang merupakan agama asal
dari kepualaun Jepun. Shinto dikatakan berasal daripada perkataan Shen
yang bermaksud roh dan Tao yang bermaksud jalan. Ajaran Shinto sekarang
ini bukanlah ajaran asli agama tersebut tetapi terhasil daripada pelbagai
campuran ajaran dan juga agama seperti Buddha, Toiesme dan juga pengaruh
daripada Siberia. Ajaran Shinto terbahagi kepada 5 bahagian yang mana terdapat
4 bahagian yang awal dan satu bahagian yang lahir zaman pemerintahan Meiji.
Bahagian utama agama Shinto ialah Shinto keluarga diraja ( Koshitsu Shinto
), Shinto Keramat ( Jinju Shinto ), Shinto Mazhab ( Kyoha Shinto
) dan juga Shinto Rakyat ( Minkan Shinto ) dan semasa pemerintahan Meiji telah digabung
Shinto keluarga diraja dan Shinto Mazhab menjadi Shinto Negara. Shinto Negara
ini adalah satu propaganda pihak kerajaan Jepun pada masa itu dengan
menggunakan khidmat rahib. Shinto Negara ini masih diamalkan pada waktu sekarang
seperti dalam upacara kerajaan seperti melawat ke keramat Yasukuni iaitu tempat
bagi memperingati rakyat Jepun yang terkorban masa Perang Dunia ke 2 dan juga
dalam menjalankan upacara perkahwinan.
Perkembangan ajaran Shinto hakikatnya
berasal daripada kepercayaan Minkan Shinko iaitu kepercayaan rakyat mengenai kami.
Kami yang asalnya disembah ditempat yang sering berbeza telah berubah
tempat penyembahannya apabila masuk zaman Konfu dimana kami dikaitkan
pula dengan asal usul keturunan keluarga. Oleh itu,setiap keluarga pada masa
itu memiliki kami dan mempunyai tempat penyembahan khas untuk keluarga.
Semasa pemerintahan raja Yamato, bentuk ajaran Shinto yang diamalkan sekarang
telah dibuat kerana raja Yamato sendiri adalah penyembah kami negara
berteraskan Amaterasu. Pada zaman pemerintahan Yamato ini,bangunan kekal untuk
penyembahan mula didirikan dan barangan seperti cermin,pedang dan barangan
kemas dianggap mewakili kami yang disembah. Kojiki dan Nihongi
menjelaskan bahawa pada abad ke 7 , Amaterasu telah dianggap sebagai sebagai kami
yang agung dalam ajaran Shinto.
Antara cara yang digunakan untuk menyembah kami
ialah dengan kaedah Matsuri. Matsuri ialah ritual yang dilakukan
untuk penyembahan terhadap kami.Penyembahan kami dilakukan di rumah ( kamidana
) dan juga di jinja atau rumah penyembahan. Dalam ritual Mitsuri
ini, terdapat 4 unsur penting iaitu Penyucian atau harai,persembahan,pembacaan
doa dan juga pesta makan namun sekarang ini bukan hanya Jinja yang
mengadakan Mitsuri namun turut diadakan oleh pihak gereja. Pembinaan Jinja atau kuil adalah
daripada pengaruh China keatas Jepun. Jinja dibina dengan menggunakan
kayu dan sentiasa dibina contohnya di Ise, setiap 20 tahun Jinja baru akan
dibina berhampiran monument sebelahnya. Upacara Matsuri di Jinja
dilakukan dengan mengarakkan simbol kami kesekeliling Jinja.
Ajaran Shinto mula menerima pengaruh Buddha
sejak zaman Heian dan zaman seterusnya. Kedatangan Buddha telah menyebabkan
kedua agama ini saling melengkapi. Ajaran Shinto digunakan melakukan ritual dan
agama Buddha untuk moral. Ini kerana ajaran Shinto bukanlah ajaran yang
memiliki sifat moral dan etika. Namun dalam buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia
tulisan Ghazali Darusalam pula menyatakan bahawa ajaran Shinto berdasarkan
kitab Nihong yang memuatkan kisah para dewa dan pendapat ini bertentangan sama
sekali dengan tulisan daripada ahli sejarah yang lain.