Geo Duck yang siap dijual |
Dulu
saya sering melihat rancangan dalam Astro yang menunjukkan tentang sejenis
makhluk cengkerang yang menarik perhatian saya. Hidupan itu dikenali sebagai
Geoduck. Sejak dari itu saya berminat dengan eoduck ini dan saya ingin
kongsikan sedikit sebanyak mengenai hidupan ini.
Geoduck
atau Panopea Generosa merupakan sejenis hidupan cengkerang yang besar dan boleh
dimakan. Ia merupakan kerang air masin dalam yang terletak dalam keluarga Heatellidae.
Kulitnya hanya mencapai antara 15 sentimeter-20 sentimeter namun yang
menjadikan panjang dan besar ialah belalai/Siphons/leher yang boleh mencapai
kepanjangan kira-kira 1 meter panjang bersamaan 3.3 kaki panjang. Hidupan ini
kebanyakannya terdapat dikawasan air masin di Puget Sound Amerika Syarikat. Ia
dikatakan boleh hidup selama seratus tahun jika tidak diganggu. Bayangkan
betapa besarnya hidupan ini dalam umur tersebut. Geoduck ini merupakan nama
yang biasa digunakan oleh masyarakat dan ia merupakan nama yang popular. Selain
nama Geoduck ia juga diberi nama sebagai Gooey-Duck yang banyak digunakan dalam
ucapan-ucapan yang merujuk kepada haiwan ini. Saya tidak mengjumpakan bagaimana
hidupan ini mendapat perkataan Duck atau itik itu.
Anak Geo-Duck yang dipelihara |
Hidupan
ini biasa dipelihara dikawasan air masin. Dalam tempoh masa tertentu ia akan
dituai oleh yang memeliharanya. Ia seolah-olah sayuran yang ditanam di kawasan ladang.
Mencari dan menuai adalah dua perkara yang berbeza. Menuai Geoduck dilakukan
oleh penguasaha Geoduck yang mana hasilnya dikeluarkan secara besar-besaran.
Manakala mencari pula telah dilakukan seolah-olah satu aktiviti kesukanan. Di
Washington misalnya, mencari Geoduck telah menjadi aktiviti kesukanan yang
mencabar dimana agak sukar untuk mengeluarkan Geoduck daripada habitatnya dan mereka
terpaksa menggali sedalam 3-4 kaki dalam untuk mendapatkannya. Namun di
Washington, mereka dilarang mencari Geoduck melebihi 3 ekor sehari.
Untuk
mendapatkan tuaian bukanlah perkara yang mudah. Mereka perlu menunggu sehingga
air pasang rendah untuk menuainya. Tetapi malangnya ia hanya berlaku hanya
beberapa jam sahaja dalam masa sebulan. Ketika air pasang rendah ini, mereka
hanya perlu menggunakan penyodok untuk mendapatkannya dan tidak perlu menggali
lubang yang dalam.
Sebagaimana
yang dikatakan diatas, Geoduck boleh hidup lebih daripada 100 tahun dengan
purata 140-146 tahun. Satu tempoh masa yang lama bagi haiwan yang
bercengkerang. Jangka hayat yang lama itu boleh dicapai kerana haiwan ini
mempunyai musuh yang kurang kerana berada dalam tanah. Namun dikawasan seperti
Alaska, Geoduck menghadapi banyak musuh seperti Memerang Laut ( Sea Otter ) dan
DogFish ( sejenis haiwan seperti ikan jerung ). Geoduck yang terdedah
belalainya juga boleh terdedah kepada ancaman Tapak Sulaiman.
Di
kawasan Asia, Geoduck amat popular di kawasan Asia Timur seperti Jepun,China
dan juga Korea. Harganya mencapai sehingga 300 dolar untuk sekilogram. Jika di
Amerika, Geo-Duck dibuat sup dan stew, di negara Asia Timur ini makanan
tersebut dipelbagaikan lagi dengan memasaknya dengan kicap atapun cili. Orang
Cina percaya, Geo Duck merupakan sejenis makanan yang mampu merangsang seks.