“Aku
mula menyedari adanya petugas yang lebih selepas melihat orang bermain catur
dan petugas yang lebih tersebut adalah pembunuhnya” ujar Bao Zheng cuba merungkai
cara pembunuh meloloskan diri dalam keadaan pintu terkunci dari dalam. Bao
Zheng telah mengarahkan pengawal yang terlibat pada malam itu untuk mengingati
kembali siapa disamping mereka.
“Jadi
siapa pembunuhnya” tanya Tn Kungsun tidak sabar untuk mengetahui siapa
pembunuhnya
“Dialah
pembunuhnya” ujar Bao Zheng sambil menunjukkan jarinya kearah pengawal Sem.
Orang
ramai didalam dewan tersebut seperti tidak percaya dengan kajian tersebut.
Keadaan balai sidang tersebut menjadi hingar bingar. Mereka dalam keadaan
percaya tidak percaya dengan tekaan Bao Zheng tersebut.
“Bukan..bukan
malam itu aku baru sahaja kemari lagipun aku tiada alasan untuk membunuh mereka
” nafi pengawal Sem dalam nada ketakutan
“Ada..kamu
ada..kamu membunuh mereka supaya tentera Gao Li datang menyerang Song dan
membuatkan Song tersepit kerana engkau suku Liao” jawab Bao Zheng dalam nada
yang lemah kerana pengawal Sem merupakan salah seorang kawan baiknya. Untuk
membuktikan pengawal Sem suku Liao,Bao Zheng telah membuka lengan naju pengawal
Sem dan menampakkan tatu yang melambangkan suku Liao.
“Bagaimana
kamu tahu aku suku Liao..puluhan tahun aku hidup dinegeri Song..aku yakin mampu
untuk mengelaburi mata sesiapa sahaja” soal pengawal Sem
“Aku
mula tahu melihat cara engkau minum semasa keluar berkelah bersama Siang
Ai..aku pernah mendengar cerita Tengku Lian yang pernah menjadi diplomat di
Liao bahawa suku Liao amat berwaspada dengan binatang buas semasa mereka minum.
mereka akan mengjongkokkan badan kerana dengan itu mereka akan tahu jika ada
serangan haiwan atau musuh” ujar Bao Zheng
“Betul
aku suku Liao tetapi itu tidak membuktikan bahawa akulah pembunuhnya” balas
pengawal Sem.
“Apakah
mereka boleh bangkit memberitahumu” soal pengawal Sem
“Ya..
kedua mayat tersebut bangkit memberitahuku ... Siang Ai yang kau bunuh telah
memberitahuku” balas Bao Zheng.
Pengawal
Sem telah meniru tulisan Siang Ai yang sangat tidak rapi tersebut. Tetapi
malangnya tulisannya yang agak kemas mudah dikenali diantara tulisan-tulisan
Siang Ai. Pengawal Sem mengajarkan Siang Ai menulis untuk melengkap kes
pembunuhan tersebut bagi mengelakkan dikesan oleh Bao Zheng. Pada malam
terakhir sebelum Siang Ai ditemui mati menggantung diri,pengawal Sem telah
mengajarkan Siang Ai beberapa aksara sebelum membunuhnya. Pengawal Sem memang
berniat untuk membunuh Siang Ai kerana Siang Ai telah mengetahui identitinya
sebagai orang Liao. Selepas kes tersebut selesai dirungkai oleh Bao
Zheng,pengawal Sem telah ketawa kerana segala muslihatnya selama ini telah
terbongar.
“Tergamak
engkau membunuh Siang Ai” ujar Chu Chu geram
“Wanita
itu,benar-benar bodoh..bodoh yang tidak mampu ditolong oleh sesiapa” balas
pengawal Sem sambil ketawa
“Saat
itu,pada malam terakhir aku mengajarnya menulis,aku telah mencekiknya...hahaha”
kata pengawal Sem mendedahkan perbuatannya
“Sheng
Liang..cukup..engkau sudah tidak boleh ditolong lagi” tempik Chu Chu dalam
keadaan yang marah
Tengku
Lian telah sampai dan telah mengarahkan pengawal untuk menangkap pengawal Sem.
Tidak mahu mengalah dalam keadaan yang tersepit,pengawal Sem telah menjadikan
Puteri Kao Li sebagai tebusan.
“Abang
Sem” jerkah Bao Zheng
“Baik..dalam
keadaan ini kau masih sudi memanggil aku abang..kau memang seorang yang tulus”
balas pengawal Sem
“Abang
Sem .menyerahlah” pinta Bao Zheng
“Tiada
istilah menyerah bagi suku Liao.... Bao Zheng mari kesini” pinta pengawal Sem
kembali.
Keadaan
menjadi semakin gawat. Gongsu Ce yang berada disitu cuba menghalang Bao Zheng
daripada mendekati pengawal Sem takut akan diapa-apakan oleh pengawal Sem.
Namun Bao Zheng dengan hati yang tenang telah pergi dekat dengan pengawal Sem.
“Bao
Zheng ketahuilah namuku Yeriria daripada suku Liao berumur 30 tahun..Aku
merupakan Jeneral Besar tentera Liao anak kepada Yeri Suron..telah 10 tahun
menyelinap ke negeri Song untuk mewujudkan pertelingkahan dengan Kao Li bagi
memudahkan Liao menyerang Song” beritahu pengawal Sem
“Ketahui
namuku Bao Zheng,umur 20 tahun,tinggal di Lu Zhao,salah seorang siswa di
Lembaga Dian Hung dan berkulit hitam sejak lahir” balas Bao Zheng dalam nada
yang sedih
Selepas
itu,pengawal Sem telah bertindak membunuh diri kerana tidak mahu menyerah
kepada pihak berkuasa. Selepas peristiwa ini,hubungan antara negara Song dengan
Kao Li pulih seperti biasa. Tentera Kao Li yang bersiap sedia untuk menyerang Song
telah menarik kembali tentera 50 kilometer keluar kawasan sempadan manakala
tentera Liao yang telah siap untuk bergabung dengan Kao Li telah mundur kembali
kenegara mereka. Kes ini telah memberi kesan mendalam kepada Bao Zheng kerana
melibatkan salah seorang yang karib dengannya. Mayat pengawal Sem telah ditanam
ditepi kubur Siang Ai kerana hubungan cinta antara mereka yang pernah berputik.
Pembunuhan keatas Siang Ai hakikatnya bukan atas kehendak peribadi pengawal Sem
namun tugas negara telah menyebabkan beliau terpaksa bertindak demikian.