Tangan Kosong |
Anda dinasihatkan untuk tidak membawa apa-apa bahan bacaan semasa pergi exam. Kalau boleh semua barang seperti dompet,ketik kuku,make up dilarang daripada membawanya. Jika anda melihat rakan anda memegang apa-apa bahan bacaan untuk exam pastikan anda menjauhinya kerana ia boleh mendatangkan kesan stress kepada anda. Sebolehnya semasa pergi exam cukuplah anda membawa kad matrik,pen,pensil,pemadam,gorek untuk menajamkan pensil dan juga slip exam. Pastikan semasa menuju ke tempat exam anda tidak membawa apa-apa dan berjalan melenggang....
Pastikan Target Anda |
Bila menghadapi peperiksaan,pastikan anda meletakkan target untuk lulus bukan utnuk mendapatkan A. Apa ada pada A sehingga orang berebut untuknya. Anda perlu berfikir dengan waras, Jika anda tidak mendapat A adakah ada apa-apa kesan kepada anda?. Tetapi jika anda tidak lulus anda perlu repeat semula subjek tersebut dan jika tersilap haribulan boleh dibuang universiti. Jadi pastikan matlamat anda betul.. Letakkan target serendah mungkin. Dalam meletakkan target ini anda kena pastikan bahawa anda tidak akan kecewa/cemburu jika rakan anda mendapatkan A.....
Jangan Baca Saya |
3. Jangan Membaca
Petua mudah untuk mengelakkan stress ialah jangan membaca atau jika anda takut untuk tidak dapat menjawab soalan pastikan anda membaca dengan kadar jumlah yang sedikit. Rasionalnya, tidak semua soalan yang anda baca itu akan masuk dalam exam. Dan jika soalan yang anda baca tidak masuk sekurangnya anda tidak menghabiskan masa dengan sia-sia dengan membaca sesutau yang tidak keluar dalam exam maka secara tidak langsung anda akan senyum dan stress pun hilang.
Keluar Sekarang |
4. Fikir untuk Keluar Awal
Semasa masuk kedalam dewan pastikan perkara pertama dilakukan ialah melihat masa menjawab. Kemudian tengok soalan dan tentukan jangkamasa anda dapat menyiapkan jawapan anda. Pastikan anda menjawab dengan laju dan jangan sesekali melihat kembali jawapan anda melainkan hanya memeriksaan no matrik dan beberpa perkara yang perlu dikertas jawapan. Selepas siap,terus angkat kaki meninggalkan dewan. Pasti anda kagum dengan diri anda ...
Pastikan Anda Dalam kedudukan selamat |
5. Jangan berada didepan Orang Yang Anda Cintai
Satu perkara yang tidak dapat dielakkan bila berada sekelas dengan orang yang anda anggap bakal isteri anda ialah kemungkinan anda akan berada dekat dengan dia semasa berada didalam dewan. Jika anda tidak pemali x apa tapi bagaimana dengan mereka yang pemalu..... Saya tiada penyelesaian kepada masalah ini cuma pastikan anda siap awal dan pastikan orang yang anda anggap bakal pasangan anda itu tunduk tidak melihat anda terutamanya sekali bila anda keluar dewan .. Yang penting jangan difikir apa yang nak dikata... Hidup dengan diri kita sendiri jangan jadi orang lain.....
Gunalah petua ini bagi mengelakkan anda stress dalam menghadapi peperiksaan tetapi saya tidak berani jamin dengan pointer anda....
~ngee~ slmt mencuba