Rabu, Februari 09, 2011

Kisah Cerita Si Hantu

    Semasa waktu kecil dulu,emak saya selalu menakutkan saya dengan pelbagai cerita hantu. Walaupun niatnya baik untuk kebaikan saya namun pada saya cara orang tua tersebut agak salah kerana ia menyebabkan kanak-kanak terlalu takut dengan hantu. Bayangkan untuk pergi ketandas yang tidak beberapa depa dengan rumah saya dulu saya memerlukan seekor kucing untuk menemankan saya walaupun pada masa itu emak dan abang saya ada juga tidak beberapa depa dari saya. Maknanya sejak dari kecil saya sudah dilatih untuk menjadi takut. Cerita hantu yang sering diceritakan kepada saya yang saya ingat sehingga sehingga sekarang ialah kisah hantu langsuir @ pontianak ( dalam adat keluarga saya ) dan juga kisah hantu pinang kongsi. Kisah yang diceritakan oleh emak saya pada waktu kecil dulu betul-betul memberi kesan kepada saya untuk belajar duduk dirumah dan tidak bergelandangan kemerata-rata tempat. Namun walaupun kisah yang diceritakan oleh ibu saya seperti kisah yang benar namun apabila besar saya sering berfikir panjang adakah betul kisah yang diceritakan itu?.Maklumlah zaman dahulu semua benda tidak mustahil dan kisah ini diterima mentah-mentah oleh masyarakat pada waktu itu. 
    
      Kisah hantu yang paling saya takuti pada waktu itu ialah mengenai kisah hantu pinang kongsi yang suka makan orang. Terdapat 2 cerita mengenai hantu ini 
1. Sekumpulan pemburu telah masuk masuk ke hutan untuk memburu dan juga mencari rotan dihutan. Apabila waktu malam sudah tiba mereka masing-masing mencari tempat untuk berteduh. Disebabkan oleh kawasan hutan yang tebal,masing-masing takut untuk tidur di kawasan tanah dan mereka semuanya memanjat pokok untuk tidur diatas sana. Semua mereka tidur diatas kecuali seorang sahaja tidur dibawah kerana tidak pandai memanjat pokok. Pada malamnya,bila tiba waktu tengah malam , tiba-tiba darah dan tulang jatuh diatas kawan pemburu yang tidur diatas tanah tadi. Dia berasa hairan ,air apakah yang jatuh diatasnya, dia pun memandang kearah pokok dan mendapati seekor lembaga yang bergelar Hantu Pinang Kongi sedang meratah kawannya diatas pokok. 
2. Ada seorang perempuan tinggal bersama neneknya di sebuah kampung. Pada suatu malam,perempuan itu terdengar bunyi yang aneh dari bilik neneknya,bunyi seakan-akan memamah benda yang keras. Dia mengintai dari celah lubang bilik dan mendapati satu makhluk sedang mamakan neneknya yang berada diatas katil.

----- Cerita yang diceritakan oleh emak saya ini membuatkan saya takut untuk tidur lebih tinggi daripadanya. Ayah saya meninggal semasa saya berumur 4 tahun dan emak saya telah membesarkan saya dan saya tidur bersamanya sehingga emak saya berkahwin seorang lagi semasa saya darjah 3. Sejak itu barulah saya tidak tidur bersama ibu saya.... Sekarang baru saya terfikir bahawa emak saya menceritakan kisah itu supaya saya tidak tidur lebih tinggi daripadanya namun itu sudah terlewat.

Kisah mengenai pontianak atau langsuir dalam versi keluarga saya berlaku kepada keluarga saya sendiri. Menurut emak saya semasa ayah saya masih hidup dan baru tinggal di kampung Bintang Setiu. Di kawasan rumah saya itu sering melintas seekor pontianak dengan terbang disekeliling rumah. Apabila terdengar hilai tawa pontianak itu,menurut emak saya,ayah saya akan bertindak membungkus dirinya dengan 7 lapis kain selimut kerana mengikut kepercayaan orang tua pontianak ini amat bencikan kaum lelaki. Pontinak @ Kuntilanak @ Langsuir dikatakan dan diceritakan oleh emak saya berasal daripada seorang permpuan cantik yang dirogol oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dalam usaha melarikan diri daripada kumpulan perogol itu,wanita itu telah tersepak akar kayu dan tersadung sehingga menyebabkan kopek ( buah dadanya ) terpusing ke belakang. Menurut emak saya, itulh sebabnya pontianak ini malu kepada kaum perempuan dan tidak akan mengganggu kaum perempuan.----- Berkenaan kisah pontianak ini menyebabkan saya berbelah bahagi samada ingin mempercayainya ataupun tidak kerana ia melibatkan keluarga saya sendiri.
     Kisah hantu yang popular lagi di kampung saya selepas itu iaitu kampung Alor Bujuk ialah mengenai sejenis hantu yang digelar Pok Dogol.  Pok Dogol dikatakan sejenis makhlus jin yang berwarna hitam sebagaimana watak pok Dogol dalam wayang kulit. Ia dikatakan ditinggalkan oleh pembalak India pada masa itu. Pok Dogol ini suka mengganggu penduduk dan juga anak kecil. Semasa ayah saya hidup,emak saya menceritakan semua abang saya semasa kecil semua menangis kerana diusik oleh pok Dogol ini. Ayah saya telah menabur garam diserata rumah namun tidak berkesan sehinggalah ayah saya berputus asa dan berkata " oloh pok dogol, aku duk lamo doh sini mu nok ganggu jugok anok aku". Barulah abang-abang saya pada maso itu berhenti menangis. Dikisahkan lagi oleh ibu saya, bahawa ramai daripada penoreh di kampung saya itu , sering tersesat ketika menoreh walaupun ia adalah kawasan yang sering dilalui dan yang terkena termasuklah emak saya dan saya sendiri sering mendengar kisah ini dari saksi yang sekarang ini masih hidup..
1. Ibu saya pergi menoreh dan belum berapa lama ibu saya tidak kenal pun dikawasan mana dia berada walaupun itu adalah kebun getah tempatnya sering menoreh. Emak saya melilau didalam getah itu sehingga jam sekitar pukul 3 ptg. Akibat letih emak saya pun berkata "oloh pok dogol,tempat aku bermain hari-hari pun nok ganggu". Emak saya terus tersedar selepas itu. Menurutnya ia melihat beberapa orang yang dikenali namun pada waktu tu ia merasa keadaan itu asing baginya.
2. Kisah ini berlaku kepada seorang lelaki tua yang bernama Pok Su Talib ( sekrang Allahyarham ) ,menurut ibu saya dan saya tida pasti samada pernah mendengar dari mulut mangsa sendiri.. Menurut kisah ,suatu hari Pok su Talib yang bukan penduduk kampung saya, telah masuk ke kampung saya yang pada waktu itu masih penuh dengan hutan tebal. Nak dijadikan cerita Poksu Talib telah sesat dan menghabiskan sebanyak satu tangki minyak motor untuk sedar kembali dimana dia berada. Menurut emak saya yang semasa kejadian sedang "neroh" ( satu perbuatan mencuci rumput", ia melihat Pok su Talib tadi keluar masuk kawasan kebun itu dan tidak mengesaki apa-apa berlaku namun semuanya terdedah apabila mangsa sendiri menceritakan keadaan sebenar kepada ibu saya  dan banyak lagi kisah yang hampir sama saya dengar sendiri dari saksi ....... Namun sepanjang saya hidup di Kampung Alor Bujuk@ Jalan Umur @ Alor Pasir peristiwa ini tidak pernah berlaku kepada saya dan pada zaman saya peristiwa sebegini sudah tidak berlaku. Banyak lagi kisah hantu yangg sering diceritakan namun hakikatnya samada ia benar ataupun rekaan ada mesej mendidik yang cuba disampaikan oleh orang-orang tua....