Ahad, Januari 30, 2011

Mengenai Pengebumian

    Tahukah anda bahawa masyarakat purba Iraq yang tinggal di Gua Shinadar adalah manusia yang pertama dikatakan mencipta upacara pengebumian. Ini dibuktikan dengan jumpaan timbunan tulang daging serta debunga dalam satu lapisan tanah yang digali oleh arkiologis Amerika. Ini membawa erti bahawa masyarakat itu mula meletakkan bunga disisi mayat sekitar 60,000 tahun dahulu. Masyarakat Zoroester yang merupakan salah satu daripada kepercyaan dunia yang dahulu ramai di Iran dan India.  Masyarakat ini meletakkan mayat dibumbung bangunan yang berbentuk menara yang dipanggil sebagai dokhmus atau Menara Sepi. Disini mayat dibiarkan dimakan oleh burung hering yang mana bagi menghalau syaitan yang dipercayai berada di badan mayat sehingga menyebabkan kematian. 
    Dalam kalangan masyarakat Kamehatkan Tibet,mereka akan membiarkan mayat dimakan oleh anjing kerana menurut kepercayaan mereka ia baik untuk roh si mati. Di zaman Rom Purba pula,apabila berlaku sebarang kematian,ahli keluarga yang tertua akan bertindak menyedut nafas pesakit itu. Upacara pengebumiaan akan dilakukan beberapa hari dengan mengupah penari dan juga penangis yang professional. Mayat akan dibakar dan abunya dimasukkan ke dalam Columbarium dibawah tanah. Masyarakat Clatia akan memakan daging mayat yang dianggap sebagai tugas yang suci yang perlu dilakukan oleh waris si mati. Ratu Artemis pernah mengcampurkan abu kekasihnya dengan wain dan meminumnya. 
    Masyarakat Zulu di Afrika akan membakar semua barang si mati untuk mengelakkan roh jahat daripada mengganggu kehidupan mereka. Ada juga suku kaum di benua ini membakar tulang simati dan mengcampurkan kedalam makanan. Masyarakat Aghori India pula akan memakan daging mayat di sungai Ganges. Masyarakat Yanamo di Amazon pula akan mengisar tulang si mati dan dijadikan makanan untuk dihidangkan kepada keluarga dan waris si mati.

Jumaat, Januari 28, 2011

Chupacabra - Si Penghisap Darah Kambing


    Pada 1995, Puert Rico dikejutkan dengan kematian 8 ekor kambing secara aneh. Kambing itu tidak dimakan tetapi darahnya dihisab. Terdapat 3 gigitan misteri pada badan haiwan tersebut. Disebabkan tiada bukti yang kukuh mengenai perkara ini maka pihak berkuasa Puerto Rico telah mengandaikan bahawa kematian haiwan tersebut disebabkan oleh gigitan bintang buas. Selang 4 bulan kemudian berlaku sekali lagi peristiwa yang sama namun kali ini membabitkan jumlah korban yang lebih besar iaitu kira-kira 150 ekor kambing dan biri-biri di Canovanas. 
    November tahun yang sama,penduduk melihat kelibat makhluk ini di Canovas. Penduduk mendakwa binatang ini muncul dari angkasa dan hinggap diatas pokok sebelum menghisap darah binatang penduduk tempatan. Menurut penduduk Chupacabra setinggi 1 meter dan bewarna kelabu dan berbulu seperti monyet. Makhluk itu memiliki sepasang mata yang merah bertaring,lidah yang terjelir,dan mempunyai sayap. Chupacabra boleh melompat seperi kanggaru dan boleh memecah masuk rumah penduduk dan terus ghaib. Ia meninggalkan lendir dan juga cecair yang melekit. Makhluk ini banyak menyerang ladang penduduk di Mexico,Amerika Syarikat dan juga Austrlia.
    Pada 2004, seekor makhluk yang tidak dikenali telah masuk ke perangkap seorang peladang yang bernama Reggie Lagow. Tubuh binatang itu seakan anjing sebesar saiz kanggaru dan tidak pula mempunyai bulu. Ujian DNA yang dilakukan oleh universiti California tidak dapat mengenalpasti jenis haiwan ini. Namun DNAnya hampir sama dengan DNA anjing gurun tetapi saiznya lebih besar.Haiwan ini diberi nama Elmendorf Beast iaitu nama tempat haiwan ini dibunuh. Ditengah Rusia dilaporkan sebanyak 32 ekor ayam Turki/Belanda telah dihisap darahnya dan pada keesokan harinya sebanyak 30 ekor biri-biri menjadi mangsa darahnya dihisap sehingga habis. Di Peru ,seorang peladang telah melaporkan serangan chupacabra keatas babi hutan peliharaannya dan membunuhnya dalam masa kurang seminit..... Sehingga kini haiwan ini masih misteri kewujudannya,,...

Khamis, Januari 27, 2011

Isu Sejarah Kewujudan Perlis

( Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah II )

Perlis merupakan sebuah negeri baru yang merupakan pecahan daripada negeri Kedah.Terdapat beberapa pendapat mengenai wujudnya negeri Perlis.Pendapat yang paling kuat mengatakan ia sebagai hukuman Raja Siam iaitu Rama 111 kepada Sultan Ahmad Tajudin 11 Kedah yang berani melawan kekuasaan Siam.Siam membahagikan wilayah Kedah kepada Perlis dan Setul semata-mata untuk melemahkan Kedah supaya tidak melawannya lagi.Sebagaimana yang dibincangkan diatas,selepas menerima ugutan daripada British maka Siam bersetuju untuk mengembalikan Sultan Ahmad Tajudin 11 diatas Takhta Kedah.Menurut Kobkua Swannathat-Pian yang merupakan bekas pensyarah UPSI,Sultan Kedah dapat menaiki takhta kembali kerana kompromi Raja Rama 111 bukannya kerana ugutan daripada British.Tetapi menurut R.Bonney kewujudan Perlis akibat daripada perpecahan yang berlaku dikalangan orang besar Kedah  yang membawa kepada kewujudan daerah Perlis,Setul dan juga Kubang Pasu.Akhirnya daerah ini bersatu dan membentuk Perlis .Pendapat ketiga menyatakan bahawa Perlis merupakan pemberian Kedah kepada Syed Hussien sebagaimana yang terdapat dalam karya Sejarah Negeri dan Raja2 Perlis karangan Hussain Baba bin Mohamad.
    Pada tahun 1815,wilayah Perlis telah diheret oleh masalah perebutan takhta Kedah.Tunku Yaakob iaitu Raja Muda telah meminta Sultan Ahmad Tajudin untuk mendapatkan Perlis dan Setul tetapi ditolak oleh Sultan kerana mahu Tunku Yusuf anak kepada Sultan Dhiauddin yang mendapatkan wilayah tersebut.Oleh disebabkan tuntutanya ditolak oleh Sultan Ahmad Tajudin,Tunku Yaakob telah meminta bantuan Raja Ligor iaitu Nakron Simmarat untuk menuduh Sultan Ahmad Tajudin sebagai tidak cekap dai hadapan Raja Rama 11 DI Bangkok.Ini antara penyebab berlakunya Perang Kedah Siam 1821.Rancangan Tunku Yaakob untuk menjadi seorang pembesar Perlis telah ditentang hebat oleh Syed Harun dan Syed Hussien yang berhasrat merajakan anaknya menjadi Raja Perlis.Dalam membicarakan tentang isu perlis ini,hendaklah diketahui bahawa tidak ada satu sumber yang yang betul-betul kuat untuk menjadi rujukan bagi sejarah Perlis.Sejarah Perlis sentiasa dinaungi oleh kekuasaan Kedah.Maka kebanyakan sumber tentang Perlis adalah melalui sumber Kedah dan juga sumber lisan.Mengikut cacatan Tunku Yaakob telah mati dibunuh di Siam selepas meletusnya perang Kedah Siam manakala Tunku Yusuf pula mati semasa mengiringi sultan.Syed Husssien merupakan penghulu Arau yang menggantikan ayahnya Syed Hussien.
    Syed Hussien mengetahui bahawa Sultan Ahmad Tajudin 11 tidak berapa suka beliau menjadi pemerintah.Oleh itu,bagi memastikan kuasanya kekal,maka beliau telah berpakat dengan pembesar Kedah yang juga tidak mahu Sultan Ahmad Tajudin naik semula takhta kerajaan.Syed Hussien telah mengadakan pertemuan dengan pembesar Kedah yang masing-masing menunggu peluang untuk merampas takhta.Pertemuan berlaku di Bukit Keplu antara Syed Hussien dan juga Tunku Anum dan Tunku Bisnu.Mereka menjungjung Al Quran sebagai sumpah setia perjanjian.Dalam usaha memisahkan diri dengan Kedah,Syed Hussien hanya berada didalam daerah kekuasaanya sahaja sedangkan segala urusan diplomatik dilakukan oleh mentuanya Mohammad Arshad

Rabu, Januari 26, 2011

Motivasi dengan Hadith Nabi S.A.W

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( من سبح ا لله تعالى دبر كل صلاة ثلاثا وثلاثين، وحمد الله ثلاثا وثلاثين، وكبر الله ثلاثا وثلاثين، وقال تمام المائة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. غفرت خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر

“Barangsiapa yang bertasbih kepada Allah (subhanallah) 33X pada setiap selesai solat(fardhu) dan bertahmid kepada Allah (alhamdulillah) 33X dan bertakbir kepada Allah (allahu akbar) 33X, maka yang demikian itu jumlahnya menjadi 99. Kemudian dia mencukupkan menjadi seratus dengan mengucapkan: Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir(1X). Maka akan diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di laut.”


عن عبد الله بن عمرو ,عن النبي قال : [[ التسبيح نصف الميزان , والحمد لله يملؤه , ولا إله إلا الله ليس لها دون الله حجاب حتى تخلُص إليه]]
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Ucapan Subhanallah itu memenuhi setengah mizan (timbangan) dan ucapan Al-Hamdulillah memenuhinya dan "La-ilahaillallah" tiada dinding antaranya dengan Allah s.w.t.


عن أنس بن مالك قال:قال رسول الله : [[من سأل الله الجنة ثلاث مرات ,قالت الجنة : اللهم أدخله الجنة, ومن استجار من النار ثلاث مرات , قال النار : اللهم أجره من النار]]
[رواه الترمذي]
Barangsiapa memohon Syurga kpd Allah sebanyak 3 kali ,(maka) berkatalah Syurga,:Ya Allah,masukkanlah ia ke dlm Syurga.Dan sesiapa yg memohon (perlindungan Allah) dari api neraka,maka berkatalah neraka,"Ya Allah,selamatkanlah ia dari api neraka

".عن أبي مالك الأشعري قال: قال رسول الله : [[الطهور شطر الإيمان ,والحمد لله تملأ الميزان ,و سبحان الله والحمد لله تملآن (أو تملأ) ما بين السماء والأرض , والصلاة نور , والصدقة برهان , والصبر ضياءٌ , والقرآن حجة لك أو عليك , كل الناس يغدو فبائع نفسه فمعتقها موبقها]]
[رواه مسلم و الترمذي وابن ماجه]
telah bersabda rasul s.a.w , “kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah)

ورد في الحديث: "من قرأ ءاية الكرسي في دُبُر كل صلاة مكتوبة لم يمنعه من دخول الجنة إلا الموت
“Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”[H.R. An-Nasa'i dan lain-lain. –sahih]

Selasa, Januari 25, 2011

Tentang Habbatus Sauda - Jintan Hitam

 
  Jintan Hitan telah diguna sejak zaman berzaman bahkan sebelum daripada zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kerana khasiatnya yang banyak..
    Masyarakat yunani purba telah menggunakan Habbatus Sauda sejak 5000 tahun yang lampau untuk tujuan perubatan. Mayat raja Yunani pada masa itu akan ditanam bersama dengan Jintan Hitam untuk berfungsi sebagai pengawet mayat. Ahli perubatan Yunani Kuno,Galen telah menggunakan Habbatus Sauda dalam rawatan perubatan . Beliau merupakan tabib diraja bagi Maharaja Aurelius. Ahli perubatan Firaun telah mengenali Habbatus Sauda sejak 4000 tahun lampau. Dalam kubur Tuthakamun ditemui bekas khas Amphora yang digunakan untuk menyimpan minyak Habbatus Sauda. Ratu Nefertiti zaman firaun menggunakan habbatus sauda untuk menjadi cantik. Cleopatra seorang ratu Mesir,merawat tubuhnya dengan menggunakan minyak habbatus sauda dalam susu untuk mandian baginda. Bani Israel telah mengamalkan memakan minyak habbatus sauda bahkan ia menjadi ladang pertanian semasa zaman Nabi Sulaiman,Nabi Daud dan Nabi Musa.
Ibnu sina dalam Qanun fil al tibb menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga ,membantu memulihkan kepenatan,membantu dalam kelelahan kronik serta memberi kesan terapi. Albiruni pula menyebut bahawa orang China dan India menggunakan bahan pemakanan sejak kurun ke 10 lagi.  Banyak penyakit yang boleh sembuh dengan habbatus sauda dengan izin Allah iaitu kembung,susu ibu,sakit gigi,kulit berkudis,buasir,kusta ,gigitan anjing gila dan banyak lagi.....

Ahad, Januari 23, 2011

Pimpinan Bitara Mula Lancarkan Perang Saraf..

   
Tarikh Pilihanraya Kampus ( prk ) yang semakin hampir menyebabkan pihak Pimpinan Bitara ( PB ) mula melancarkan perang saraf  terhadap Mahasiswa Pendidik ( MP ).  Terbaru,Pimpinan Bitara dalam kenyataannya melalui facebooknya Kami Sokong Pimpinan Bitara mengatakan bahawa Datuk VC tidak pernah meminta pelajar mengutip tandatangan memohon supaya wang pinjaman PTPTN dikreditkan secepat mungkin kedalam akaun pelajar. Kenyataan tersebut yang dipercayai dipetik daripada kenyataan YDP MPP UPSI.. Kenyataan Kami Sokong Pimpinan Bitara dipetik 

"Salam Makluman : Pihak Y. Bhg. Datuk VC telah memaklumkan pada saya (YDP MPP) bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan meminta pelajar mengumpul tandatangan untuk dihantar kepadanya sebagai pungutan suara pelajar untuk mengawalkan kemasukan PTPTN. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa pihak PTPTN akan menyalur...kan PTPTN pada akhir bulan Januari ini. mohon sebarkan"

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pimpinan Bitara jelas menunjukkan bahawa pihak Pimpinan Bitara masih belum memahami konsep referendum atau pungutan suara. Menurut Zahar,kenyataan yang dikeluarkannya telah diputarbelitkan dan menurut beliau,beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menggambarkan perkara berkenaan dan menafikan dengan keras tuduhan tersebut. Menurutnya,beliau mengutip tandatangan tersebut kerana ingin menyerahkan kepada Datuk VC dan berharap perkara tersebut tidak berulang lagi pada tahun hadapan. Tuduhan yang dilemparkan oleh Pimpinan Bitara adalah tidak lojik sama sekali kerana adalah mustahil Datuk VC akan menyuruh peljar mengutip tandatangan untuk diserahkan kepadanya kerana  apa yang berlaku adalah atas kelemahan pentadbiran itu sendiri.... Apa yang turut dikesalkan ialah tuduhan "bohong" yang ditujukan kepada Zahar sedangkan kenyataan itu adalah putar belit yang dilakukan oleh mereka..... Beginikan kepimpinan yang kita mahukan?..
~Mahasiswa Pendidik,Memimpin Perubahan~


Sabtu, Januari 22, 2011

Mahasiswa Pendidik Mendahului

    Mahasiswa Pendidik ( MP ) dikatakan mendahului sokongan mahasiswa/i dalam pilihanraya kampus yang akan datang yang berkemungkinan diadakan selepas Tahun Baru Cina ini. Ini berdasarkan sentimen mahasiswa yang melihat tiada perubahan yang berlaku semasa kepimpinan Pimpinan Bitara ( PB ) terutamanya dalam isu-isu mahasiswa. Kelemahan pentadbiran dibawah PB sekarang ini amat mendukacitakan. Ura-ura mahasiswa akan menukar kepimpinan kampus sekarang ini beredar kencang dan dianggarkan 75% mahasiswa mahu perubahan segera berlaku.
   Prk yang semakin hampir kini telah menyebabkan PB mengaktifkan semula Fb dan Blognya bagi menarik sokongan mahasiswa yang mana selama ini mahasiswa Upsi melihat PB lesu dalam memperjuangkan hak mahasiswa. Kewujudan medan anak muda Legasi Mahasiswa Progresif ( LMP ) sedikit sebanyak telah meresahkan kumpulan ini apabila LMP secara terangan tidak bersetuju dengan dasar PB yang dianggap mengabaikan hak mahasiswa. Ini dibuktikan apabila PB melalui lidah rasminya Suara Upsi menuduh LMP sebagai berbahaya kerana membawa fahaman ekstrim dan meminta mahasiswa berhati-hati dengannya kilk sini . Bagi LMP pula,tuduhan yang dikeluarkan oleh Suara Upsi tersebut merupakan tuduhan melulu yang dilakukan tanpa usul periksa. Jika dilihat semacam ada usaha yang dilakukan oleh PB untuk mengucar-kacirkan LMP kerana dibimbangi pengaruh golongan itu akan meningkat. 
      Serangan keatas MP kini jauh berkurangan mungkin mereka melihat MP lebih mengambil sifat yang neutral dan tidak menyerang setakat ini. Namun semua ini mungkin akan mula berubah selepas diumumkan tarikh pilihanraya kampus. Kebanyakan mahasiswa yang ditemui yakin MP akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya kampus pada kali ini terutamanya kerana kejayaan MP dalam memperjuangkan hak mahasiswa seperti dalam isu PTPTN. Dalam isu ini,MP telah melancarkan satu jentera untuk memungut tandatangan pelajar untuk diserahkan kepada Datuk Nc atas bantahan kerana kelewatan kemasukan PTPTN yang dijangka dikreditkan pada 31 Januari ini.
        Kelewatan kemasukan PTPTN ke akaun pelajar amat menhampakan pelajar. Kedatangan MB Perak Zambry Abdul Kadir ke Kolej Harun Aminurrsid telah disambut oleh mahaiswa dengan persoalan Ptptn. Walaupun masalah ini membelenggu mahasiswa namun pimpinan kampus di PB dilihat tidak mengambil tindakan sewajarnya. Disebabkan kelemahan pentadbiran mahasiswa PB telah menyebabkan kebanyakan mahasiswa beralih angin untuk menyokong MP dalam pilihanraya kampus yang akan datang. Respon daripada mahasiswa baru agak memberangsangkan . Jika dilihat MP sememangnya disokong oleh mahasiswa . Ini dibuktikan dengan keberhasilan MP memenangi undi popular mahasiswa dalam setiap kali Prk. Cuma calon yang dihantar oleh MP yang terlalu sedikit menyebabkan "kerajaan " berada ditangan PB. Dengan adanya LMP diharap akan dapat membantu MP sedikit sebanyak dalam isu mahasiswa....

~ Mahasiswa Pendidik,Pencorak Perubahan~

Jumaat, Januari 21, 2011

Syair Siti Sianah - Nasihat untuk Wanita

Syair Siti Sianah
Sesetengahnya perempuan terlalu janggalnya,
Roma di muka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihat laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tidak terhingga.

Sesetengah perempuan sangat pesolek,
Berhias berdandan berpakai molek,
Didalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek-belek.

Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
Seperti buaya besar mulutnya.

Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.

Terkadang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan,lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri,
Pekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang lelaki matanya lekat,
Dengan jantan suka berdekat.

Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya lelaki berhati gila.

Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah.

Sesetengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
Kerana perangai sudah menbadi.

Laki-laki dan perempuan bertindih lutut,
Banyaklah kelakuan yang tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk di buntut.



Khamis, Januari 20, 2011

Pro - M Unisel Menang

Kehangatan Pilihanraya Kampus semakin menghampiri ambang kehangatan dengan bermulanya proses pilihanraya di sebuah kampus di Lembah Klang hari ini.

Hari ini (Isnin), Universiti Industri Selangor (Unisel) merupakan universiti pertama tahun ini yang telah pun mengadakan sesi penamaan calon (Pagi tadi) sehingga 26 Januari ini.

Menurut sumber, Ahli Majlis Tertinggi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Hilman Idham berkata, Unisel menjadi universiti awal kepada pilihan raya kampus dengan keseluruhan 16 kerusi akan dipertandingkan di sana nanti.

Daripada 16 kerusi itu, 12 daripadanya adalah kerusi umum manakala empat lagi kerusi universiti.

“Unisel membuka tirai dengan memulakan proses penamaan calon awal pagi tadi. Ini akan diikuti universiti-universiti lain.

“Penamaan calon hari ini bermula dengan perarakan seramai 100 orang mahasiswa mengiringi calon yang bertanding. Perarakan bermula daripada Dewan Biru ke Canselori,” katanya ketika dihubungi.

Diberitakan selain Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), turut hadir ketika penamaan calon berlangsung adalah pimpinan SMM termasuk Pengerusinya, Shazni Munir, Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul, Majlis Politik Nasional GAMIS, Shukri Abd Razab dan bekas pemimpin Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) Unisel.

Setakat jam tengahari tadi, seramai 14 calon umum dan 4 calon falkulti telah dikhabarkan bakal bertanding ketika penamaan calon sebentar tadi dan kesemua calon tersebut adalah daripada Pro-Mahasiswa Unisel.

Dimaklumkan, proses pengundian tetap akan dijalankan memandangkan hanya 12 kerusi diperuntukkan untuk kerusi umum dan 4 fakulti.

Dengan situasi pihak lawan tidak menghantar seorang pun calon untuk bertanding, Pro-Mahasiswa telah diisytiharkan menang sebelum bertanding.

Pro-M Unisel sebelum ini telah pun memegang tampuk pemerintahan di kampus berkenaan tahun lalu.

“Semua dalam keadaan baik. Empat kerusi dipertandingan bagi kerusi universiti; terdiri daripada fakulti kejuruteraan, bioteknologi, pendidikan dan sains sosial dan teknologi maklumat,” katanya.

Beliau turut menyeru mahasiswa untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab dalam proses penamaan calon ini.

“Harapan kami agar para mahasiswa dapat menjalankan tanggunjawab mereka untuk mencalonkan mana-mana individu yang sesuai agar dapat menerajui pimpinan mahasiswa di Unisel ini,” katanya yang turut mewakili persatuan mahasiswa lain.

Sementara itu, Pengerusi Pro-M Nasional, Mohd Taufiq Abdul pula berharap momentum kemenangan Pro-M di Unisel dapat dibawa ke kampus lain.

“Permulaan kita sudah berjaya menang, jadi saya harap Pro-M di seluruh kampus lain dapat menjadikan kemenangan ini sebagai pembakar semangat.”

“Yang penting kita jangan berada dalam keadaan selesa lagi, perjuangan masih awal, banyak lagi yang perlu kita buat untuk terus mengubah landskap kepimpinan akan datang di semua kampus.”, jelasnya ketika dihubungi.

-sebagaimana yang diMESEJ oleh Pro-M UPM

Selasa, Januari 18, 2011

The tales of the royal seamstress

   
Bidang perniagaan sememangnya menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Sejak dahulu hingga kini situasi sama berlaku malah kini semakin berkembang luas lagi. Namun jika sekiranya perniagaan itu didorong oleh rasa minat yang mendalam terhadap bidang yang diusahakan itu, ianya impak diterima lebih bermakna lagi.
RTM menerusi slot tontonan ramai, Golden Pheonix mulai 14 Januari 2011, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di TV2 muncul dengan drama rantaian menarik bertajuk Tale of The Royal Seamstress yang bukan sahaja membawakan tema kekeluargaan malah plot ceritanya berlatarkan zaman dinasti Cina lama yang mana minat watak utamanya terhadap pengusahaan bidang tekstil.
Drama bersiri Kantonis 40 episod lakonan Janine Chang, Lu Zi Yi, Yuan Hong dan Liu Shi Shi ini mengangkat kisah tentang watak Huang Dao Po, seorang wanita yang merevolusikan kilang kain Cina. Ayahnya meninggal dunia pada usia muda dan ibunya pula menghidapi penyakit.
    
Dao Po telah dihantar kepada kawan ibunya – Xiu Man untuk menjaganya. Sewaktu Dao Po memasuki kilang tekstil, dia tertarik dengan tekstil dan sutera yang berwarna-warni, lalu menjadi tukang jahit di kilang tersebut.
Dao Po membesar dengan empat tukang jahit yang bernama Xiao Mei, Qian Qian, Xiao Yi dan Nian Xiang.
Pada masa sama Tuan Muda Kilang bernama Fang Ning memendam perasaan terhadap Dao Po sejak kecil lagi. Dao Po pula berkenalan dengan Puteri Jia Yi and mereka menjadi kawan baik. Dao Po bercinta dengan Mu Fei , seorang Jeneral. Tanpa disedari, Jia Yi juga menyimpan perasaan terhadap Mu Fei, dan ini telah menjejaskan hubungan antara Jia Yi dan Dao Po.
Dao Po diugut oleh Zhao Zhe. Fang Ning menjadi tempang kerana menyelamatkan Dao Po. Dao Po mendengar nasihat ibunya lalu berkahwin dengan Fang Ning. Mu Fei berasa kecewa selepas mengetahui Dao Po berkahwin dan membuat keputusan untuk menumpu sepenuh perhatian terhadap pekerjaannya. Jia Yi menyokong Mu Fei pada setiap masa dan akhirnya berjaya menyentuh hati dan perasaan Mu Fei.
Apabila peperangan bermula, enam wanita tersebut berpisah dan menghadapi kesukaran dalam kehidupan mereka. Dao Po melarikan diri ke sebuah tokong dan berkenalan dengan seorang guru tekstil. Zhao Zhe menganiayai Dao Po dan gurunya, lalu mereka melarikan diri ke Ya Zhou (sekarang Pulau Hainan).
Di Ya Zhou, Dao Po membuat penyelidikan dan membangunkan teknik tekstil. Walaupun Dao Po telah berjaya dalam indutri tekstil, dia tidak pernah lupa akan kampung halaman dan kawan-kawannya. Dia beryakinan bahawa dia pada suatu hari nanti dia akan kembali ke tempat permulaan impian tekstilnya.

Jumaat, Januari 14, 2011

Konflik di Terengganu


      Terengganu merupakan antara negeri yang paling lewat menerima pengaruh British.Terengganu menganggap dirinya sebagai negeri yang bebas dan mempunyai hubungan yang baik dengan Siam.Bunga emas yang dihantar ke Siam bukan menandakan berada di bawah Siam tetapi sebagai tanda persahabatan.Siam juga sering menghantar hadiah yang setimpal ke Terengganu.Hubungan tersebut diteruskan oleh seorang Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin 111 yang memerintah dari tahun 1881 hingga 1918.Semasa kebakaran yang hampir memusnahkan Terengganu,Siam telah memberi bantuan sebanyak 2000 dolar bagi membantu membangunkan semula Terengganu.Pada 1887,Raja Siam telah melawat Terengganu dan menghadiahkan gelaran darjah kehormat Siam kepada Sultan Zainal Abidin 111.Semasa Sultan Terengganu melawat Singapura,Siam meminjamkan sebuah kapal perang untuk pelayaran tersebut.Tetapi sebelum itu sekitar tahun 1830,Siam telah menganggap Terengganu sebagai sebuah negeri di bawah naungannya.Frank Swetteham telah melawat Terengganu pada 1902 untuk memaksa Terengganu menerima residen sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian British-Siam 1902.Sultan Zainal Abidin telah menolak hasrat British atas alasan tidak mengetahui perjanjian itu.Pada 1909,sekali lagi British memaksa Sultan menerima residen berdasarkan Perjanjian Bangkok 1909.Untuk membantah tindakan itu,baginda telah pergi sendiri ke Singapura.Atas desakan siam dan British,pada 22 April 1910 satu perjanjian telah ditandatangani iaitu Terengganu dan British bersama menghapuskan orang yang melakukan jenayah,Terengganu tidak boleh mengadakan hubungan dengan negara lain tanpa kebenaran British dan pihak British akan membantu Terengganu sekiranya diserang dan Terengganu perlu menerima seorang Residen/Penasihat British.
    Bagi mengelakkan British bertindak lebih lanjut,Baginda telah mengarahkan supaya dibuat satu perlembagaan bertulis yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Negeri.Kawat telefon juga telah dipasang selain menurap jalan disekitar Kuala Terengganu.Baginda telah mangkat pada 26 November 1918.Sepanjang pemerintahan Baginda British tidak mampu untuk menguasai Terengganu.Tetapi pada tahun 1919 British berjaya menempatkan penasihat yang kuasanya sama dengan residen.
    Di Terengganu berlaku juga penentangan terhadap British yang dilakukan oleh Haji Abdul Rahman Limbong di kawasan Ulu Terengganu.Penentangan ini bermula apabila British berhasrat ingin membina sebuah balai polis di kawasan Kuala Telemong.Sultan atas arahan British telah menghantar 2 orang pembesar iaitu Datuk Lela dan Tengku Nara Wangsa ke Alor Limbat tempat tinggal Haji Abdul Rahman Limbong untuk berunding bahkan sultan sendiri turun untuk berunding namun tetap gagal.Pada masa itu,pengikut Haji Abdul Rahman Limbong telah menyerang Pejabat Daerah Kuala Berang dan bergerak untuk menyerang bandar yang mana hanya menempatkan 37 orang polis sahaja untuk mengawal.Selepas beberapa lama dan bantuan dari Kuala Lumpur sampai menyebabkan kekalahan Haji Abdul Rahman Limbong yang akhirnya dibuang daerah ke Mekah.
    Penentangan ini berlaku disebabkan peraturan tanah yang dikuatkuasakan oleh British dilihat bertentangan dengan Syara’.Penentangan yang dilakukan oleh Haji Abdul Rahman Limbong ini turut melibatkan Mat Zin Mat Min,Haji Karia,dan Lebai Leman yang semuanya berasal dari Telemong.Pihak kerajaan pada masa itu telah bertindak tegas kepada mereka yang membuka tanah dimana 43 orang telah ditangkap dan dibicarakan.Haji Abdul Rahman Limbong bertindak menjadi peguam untuk mereka itu.Atas kehebatan beliau kes tersebut tidak dapat diputuskan oleh mahkamah.Haji Abdul Rahman Limbong menggunakan hujah agama sehingga mahkamah sendiri tidak mampu untuk melawan hujahnya.Pengadilan itu disaksikan lebih kurang 1000 orang pengikutnya.Pihak British yang masih tidak berpuashati meminta mahkamah mengulang bicara pada 31 Oktober 1922 yang dihadiri oleh ratusan pengikutnya.Keputusan mahkamah hanya dikeluarkan pada 6 November 1922 dimana kemenangan milik Haji Abdul Rahman Limbong.Dengan hujah tanah adalah milik Allah dan kerajaan tidak berhak mengutip cukai menyebabkan semakin ramai rakyat yang tidak mendapatkan pas membuka tanah.Pada 3 Mei 1925,seramai sekitar 300 hingga 500 orang telah berkumpul di Telemong untuk membersihkan tanah yang didakwa milik Tengku Nik Maimunah tanpa kelulusan dari kerajaan.Tengku Nik Maimunah merupakan adik kepada Sultan Zainal Abidin 111 dan saudara kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.Pada kebangkitan kali ini tidak berlaku tindakan drastik oleh kerajaan British.

    Kebangkitan rakyat pada tahun 1928 bermula apabila seorang guru agama bernama Haji Musa bin Abdul Ghani atau Haji Musa Minangkabau mengbangkitkan isu kafir mereka yang bekerja dengan British.Kebangkitan kali ini lebih besar berbanding dengan kebangkitan yang pertama.Tempat perhimpunan ialah di Kuala Berang dan juga di Kampung Pelam Telemong.Haji Abdul Rahman Limbong tidak terlibat secara langsung dalam kebangkitan ini namun ketua kebangkitan sering mendapatkan nasihat daripadanya.Antara mereka yang bangkit ialah Penghulu Salleh,Tahir Pasir Pelandang,Abu Bakar Chinting,Mmat Tok Pintas,Drahman Haji Daud,Abdullah Jurukaka dan Ismail Kuala Por.Kebangkitan ini akibat peraturan baru yang dikenakan,perhimpunan diadakan untuk ke Kualan Terengganu beramai-ramai bagi memaklumkan Sultan Sulaiman tentang kesusahan rakyat.Mereka perlu mendapatkan pelbagai pas untuk mendapatkan hasil hutan antaranya ternakan perlu diika,dapatkan pas sebelum menanam padi huma,tebang kayu,ambil daun rumbia,nipah,kajang,daun kelapa dan salak yang mana tanah yang tidak diukur oleh kerajaan.Mereka juga tidak dibenarkan mengambil daun palas,rotan dan kayu.Pada 28 Mei mereka menyerang Pejabat Tanah di Kuala Berang,seramai 500 orang pegawai kerajaan lari ke Kuala Terengganu.Pada 23 Mei mereka bergerak ke Kuala Terengganu dan pasukan dari Kampung Pelam juga turut bergerak dan jika mengikut rancangan mereka,mereka akan bertemu di Kampung Kebakang.Penasihat British dan Menteri Besar telah menghantar pasukan polis yang dipimpin oleh Dato Sri Lela Di Raja,Dato’ Pahlawan dan juga Dato’Panglima Dalam bagi menyekat kemaraan penentang dan menawan kembali Kuala Berang.Pasukan Polis itu tidak sempat ke Kuala Berang tetapi membina kubu di Padang Kachong Telemong.Di Padang Kachong,mereka telah diberi amaran untuk tidak meneruskan perjalanan namun tidak diendahkan mereka.
    Pasukan polis telah melepaskan tembakan secara melulu menyebabkan 11 orang petani dari kumpulan Kampung Pelam.Mendengar 11 orang terbunuh tersebut maka kaum tani dari Kuala Berang pun berpecah dan pulang ke kampung masing-masing.Kerajaan Terengganu meminta bantuan 50 orang polis dari negeri melayu bersekutu untuk menangkap pemimpin penentang.Kesemua mereka berjaya ditangkap dan dibicarakan dihadapan Sultan,setiap mereka duhukum penjara antara 5 hingga 15 tahun.Haji Abdul Rahman Limbong dibicarakan di Istana Maziah atas tuduhan menghasut kaum tani.Haji Abdul Rahman Limbong mengaku tidak bersalah dalam kejadian terbabit kerana beliau pada masa itu berada di Beserah.Namun,kerajaan membenarkan Haji Abdul Rahman Limbong meninggalkan Terengganu sebagaimana pengistiharan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang ditandatangani oleh Sultan Sulaiman pada 2 Jun 1928.Pada 13 Jun beliau dibawa ke Singapura dan dijaga oleh Negeri Selat.Kerajaan Terengganu bersetuju menanggung perbelanjaan Haji Abdul Rahman Limbong ke Mekah dan bersetuju memberi pencen sebanyak 30 sebulan dan dinaikkan kepada 100 dan seterusnya 150 sebulan.Beliau meninggal pada 16 November 1929 di Mekah.




Isnin, Januari 10, 2011

Konflik di Sabah

( Bendera SBBU )

   
    Sabah asalnya dibawah kekuasaan Kesultanan Brunei tetapi kemudian dihadiahkan kepada Kesultanan Sulu selepas Sulu membantu menewaskan Sultan Brunei.Pada 1865,Charles Lee Moses telah memajak selama sepuluh tahun dengan bayaran 9500 dolar setahun dari Sultan Brunei namun tidak lama kemudian Lee Moses telah menjualnya kepada Syarikat Perdagangan Amerika Borneo.Akibat tidak menguntungkan Sabah sekali lagi berpindah tangan kepada Baron Von Overbeck pada 1877.Baron telah berpakat dengan seorang lagi rakannya dari Britain iaitu Alfred Dent.Mereka telah berjumpa Sultan Brunei dan Sultan Brunei tidak akan membuat tuntutan keatas Sabah jika membayar 15 000 dolar setahun.Mereka juga ke Sulu dan perlu membayar 5000 dolar setahun.Pada 1880,Baron telah menjual hakya kepada Alfred Dent.Alfred selaku pemilik mutlak Sabah telah menubuhkan Syarikat berpiagam Borneo Utara ( SBBU ).SBBU mula menguasai negeri Sabah pada tahun 1881. SBBU telah mendapatkan Piagam di Raja British dengan beberapa syarat iaitu hubungan luar dan perlantikan pegawai dibawah British sedangkan SBBU berhak untuk mentadbir Sabah.Syarikat perlu menyediakan pengkalan tentera laut British dan dilarang melakukan monopoli.W.H.Treacher telah dilantik sebagai gabenor British pertama di Sabah dan pegawai juga dilantik di kawasan Sandakan,Papar,Tempasuk.Sebuah Majlis Penasihat telah diwujudkan dan semuanya terdiri dari pegawai dan tiada seorang pun dari kalangan masyarakat.Bagi meluaskan kawasan Syarikat telah bertindak membeli kawasan antaranya Sungai Pengalat 1883,Penampang,Putatan dan Kilas 1884 dan Mantani serta Kawang pada 1885.Bagi mengelakkan 2 kuasa iaitu Sabah dan Sarawak bertelagah maka pada 1888 telah ditandatangani satu perjanjian dimana Sabah dan Sarawak menjadi negeri naungan British,Brunei menjadi naungan  British dan Labuan menjadi tanah jajahan British.Namun begitu,SBBU terus membeli kawasan Brunei,pada 1889 daerah Mengkabung,Menggagat,Inanam dan Kinarut berjaya diperoleh dan daerah terakhir yang diperoleh ialah Membakut 1903.
    Namun begitu SBBU turut juga menghadapi penentangan antaranya oleh penduduk Muslim dari Illanun,Bajau dan Sulu.Mereka dipimpin oleh Mat Salleh yang berketurunan Bajau dan Sulu.Antara sebab penentangan dilakukan ialah kerana penganiayaan terhadap penduduk Sabah.Pada 1895,Mat Salleh telah membuat aduan bahawa pihak syarikat telah mengganggu kawasannya namun aduan itu tidak dipedulikan bahkan kampung beliau telah dibakar.Pada tahun 1897,Mat Salleh bersama pengikutnya telah menyerang pelabuhan syarikat di Pulau Gaya.Kemudian Mat Salleh telah membina kubu di Ranau dan menyerang Ambong.Serangan British keatas Ranau gagal menangkap Mat Salleh apabila Mat Salleh berjaya melarikan diri ke kawasan pedalaman.William Cowei iaitu pengarah urusan syarikat di London menawarkan perdamaian kepada Mat Salleh.Mat Salleh diberi memerintah kawasan Tambunan dengan bebas namun ia hanyalah muslihat pihak syarikat.Apabila syarikat mungkir janji Mat Salleh telah sekali lagi menentang namun pada pertempuran Januari 1900 beliau telah terkena peluru dan meninggal sebulan kemudian.Kematian Mat Salleh bukanlah penamat kepada pemberontakan di Sabah kerana pada tahun 1915 berlaku pemberontakan Rundum yang diketuai oleh Antanum.

  

Jumaat, Januari 07, 2011

Majlis Ilmu bersama guru mulia Habib Umar al Hafiz

INSYAALLAH...

GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ IBN SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM akan sekali lagi menziarah dan berdakwah ke Malaysia...

Disini saya kongsikan Jadual Syeikh untuk Saudara-saudara sekalian..Marilah kita sama-sama menghadirkan diri dan hati bersama-sama alim Ulama'..InsyaAllahu Taala,semoga memperoleh Rahmat&Barokah..

3 SAFAR 1432H / 8 JANUARI 2011 (SABTU)
7.00-10.30 MALAM
DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, JALAN DUTA, KL

6 SAFAR 1432H / 11 JANUARI 2011 (SELASA)
7.00-10.30 MALAM
DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BAHRU, KELANTAN

7 SAFAR 1432H / 12 JANUARI 2011 (RABU)
7.00-10.30 MALAM
DI KOMPLEKS YAYASAN AL-JENDERAMI , JENDERAM,SELANGOR

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR...
MOHON DISEBARKAN..

untuk maklumat lanjut dan POSTER..boleh didapati di..

Majlis ilmu bersama Syeikh Nuruddin al Banjari

ASSALAMUALAIKUM...ALHAMDULILLAH....

Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke :-

MAJLIS ZIKIR, MUNAJAT, TAUSYIAH DAN SOAL JAWAB BERSAMA AL-FADHIL SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN AL-BANJARI AL-MAKKI

11 SAFAR 1432H / 16 JANUARI 2011 (AHAD)
9-11 PAGI
MASJID NEGERI, SHAH ALAM, SELANGOR

untuk gambar sila klik sini

Selasa, Januari 04, 2011

Krisis di Sarawak abad ke 19

( james brooke )

    
Keadaan kacau berlaku di Sarawak akibat daripada tindakan Sultan Brunei menghantar Pangeran Indera Mahkota bagi mengukuhkan kekuasaan politik dan ekonomi di Sarawak.Pangeran Indera Mahkota dikatakan seorang yang Zalim terhadap penduduk tempatan.Orang Bidayuh telah dipaksa bekerja di lombong antimoni seperti hamba.Kezaliman yang dilakukan akhirnya menimbulkan pemberontakan sekitar 1836 oleh pelbagai kaum yang tertindas di Sarawak.Datu Patinggi Ali daripada keturunan Datuk Merpati Jepang telah mengetui kepimpinan pemberontakan.Penglibatan orang melayu ini telah mengancam kekuasaan Brunei.Bagi mengatasi masalah itu,Sultan Brunei telah menghantar Pengeran Bendahara Pangeran Muda Hashim bagi mengatasi masalah ini.Kerjasama tidak diterima dari Pengeran Indra Mahkota menyebabkan masalah ini gagal diselesaikan.Disebabkan tiada kerjasama dari Pengeran Indra Mahkota,Pengeran Muda Hashim ingin pulang kembali ke Bunei namun dihalang oleh Sultan Brunei kerana takut Pengeran Muda Hasyim terlibat dalam konflik istana Brunei yang sedang hebat berlaku.Pada 15 Ogos 1839,James Brook telah tiba di Kuching.Beliau merupakan bekas tentera Syarikat Hindia Timur di India.Apabila bersara beliau membeli kapal Royalist dengan tujuan untuk mengembara dan berdagang.Semasa tiba di Singapura,Gabenor Singapura memintanya menghantar surat penghargaan British kepada Pengeran Muda Hashim kerana menyelamatkan kapal British.Kedatangan kali kedua Brooke diambil peluang oleh Pengeran Muda Hashim untuk menyuarakan hasratnya bagi menghapuskan pemberontakan yang berlaku.James Brooke menerima tawaran itu kerana dijanjikan menjadi Gabenor.Satu perjanjian sementara antara kedua mereka itu ditandatangani pada tahun 1841.Brooke hanya memerlukan hanya beberapa bulan sahaja untuk mematahkan pemberontakan yang berlaku.Sebagaimana perjanjian brooke telah dilantik menjadi Gabenor Sarawak dan perlu membayar ufti kepada Sultan Brunei dan warisnya sebanyak 2550 dolar setahun kepada Brunei.Perlantikan ini tidak dipersetujui oleh Indra Mahkota kerana telah mencabut jawatannya.Sultan Omar Ali terpaksa juga bersetuju dengan tindakan itu kerana James Brooke turut membawa beberapa kapal perang British.Perlantikan itu menunjukkan permulaaan kepada empayar orang putih di Sarawak dengan hanya keluasan 7000 batu persegi yang dipanggil Sarawak Proper.
    James Brooke telah memperkenalkan satu sistem pentadbiran yang kemas dan sememangnya berniat meluaskan kuasa.Ini dicurigai oleh Syariff Masahor yang merupakan pemerintah Sarikei yang disegani bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan oleh orang Melanau dan Iban.Pada tahun 1853,James Brooke telah mengambil alih kawasan sekitar sungai Rejang bahkan telah membina kubu di Kanowit.Tindakan Brooke ini telah menggugat kekuasaan Syariff Masahor yang juga berkuasa di sungai Rejang.Syarif Masahor telah berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghafur untuk mengahalau Brooke dari Sarawak.Pada 1859,Syariff Masahor telah menyerang Kanowit dan telah membunuh Charles Fox dan Henry Steel.Pada 1860,Syariff Masahor telah menyerang Kuching namun rancangannya telah diketahui oleh Brooke sehingga beliau menemui kekalahan.Brooke mengadu perkara itu kepada Sultan Brunei sehingga Syariff Masahor dibung negeri ke Singapura dan meninggal disana pada 1890.
    Tindakan perluasan kuasa yang dilakukan Brooke bukan sahaja tidak dipersetujui oleh Syariff Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghafur namun oleh kaum lain juga seperti Rentap.Mereka yang berada di sekitar Sungai Skrang telah dituduh oleh Brooke sebagai Lanun dan penjenayah.Ini menimbulkan kemarahan Rentap.Oleh itu,Rentap telah bertindak menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan berjaya membunuh wkil Brooke disitu iaitu Alan Lee.Rentap telah bertindak membina kubu di Bukit Sadok.James Brooke telah menyerang Bukit Sadok namun gagal,3 tahun kemudian iaitu pada 1857 serangan sekali lagi dilancarkan namun turut gagal.Hanya pada 1861 serangan yang dilakukan berjaya selepas Brooke membawa meriam tembaga yang diberi nama Bujang Sadok.Tidak terhenti dengan Rentap,pada 1893,berlaku sekali pemberontakan puak Iban di Batang Lupar yang diketuai oleh Banting.Pada 1902,Brooke telah menyerang Banting namun gagal.Hanya serangan pada 1908 barulah Banting berjaya dikalahkan sedangkn Brunei telah berada dibawah kekuasaan British pada 1906 dengan meletakkan seorang residen.


Ahad, Januari 02, 2011

Sejarah Ringkas berkenaan Ping Pong

   
    Pada awal mula permainan Ping Pong,ia hanya permainan yang dimainkan bagi mengisi masa lapang sahaja.Asal usul sebenar masih tidak diketahui.Namun ia menjadi satu permainan dalam rumah yang amat terkenal di Eropah sekitar 1890.Ia juga amat digemari oleh pelajar universiti di Britain.Corak dan bentuk permainan ini telah didaftarkan oleh Charles Barter daripada Gloucestershire sekitar tahun 1891.Pada masa yang lebih kurang sama James Gibb iaitu seorang pelopor Persatuan OlahragaAmatur Britain telah membawa balik satu permainan seluloid daripada Amerika yang telah diperkenalkan sebagai altenatif kepada bola getah atau yang banyak digunakan pada masa ituRaket Velum ialah raket yang mempunyai getah disepanjang kayu yang dibengkokkan.Namun sekitar 1920,raket kayu yang dilitupi oleh ‘biji’ getah amat popular sehingga tahun 1950.Tindakan menjual raket Tenis Meja yang dilakukan oleh James Gibb telah menguntung pengilang permainan seluloid tersebut iaitu Gossima,Whiff Wall,Flim Flam dan juga Table Tennis.Nama Ping Pong telah dicipta daripada bunyi yang dihasilkan semasa pertembungan antara bet dengan bola iaitu bunyi Ping.Manakala perkataan Pong pula melibatkan bunyi yang dihasilkan apabila bola melantun diatas meja.Nama Ping Pong hanya diberikan apabila raket yang disaluti oleh Velum diperkenalkan di Negara eropah pada masa itu.Permainan ini telah dating ke Asia pada awal abad ke 20 apabila seorang professor dari Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar uninersiti di Jepun pada tahun 1902.Tidak lama selepas permainan ini diperkenalkan di Jepun,seorang peniaga British iaitu Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini di kalangan orang Vienna dan Budapest.Walaupun permainan ini lewat berkembang iaitu sekitar abad ke 20,namun kita tidak bola menafikan bahawa permainan ini telah wujud lebih awal iaitu sekitar abad ke 19 lagi.Mana-mana sukan sememangnya dapat menarik pemain atau peminat yang tersendiri.Begitulah juga berlaku kepada permainan Ping Pong,permainan ini menjadi semakin terkenal dan sekarang ini hamper semua Negara di dunia ini mempunyai pemain Ping Pong.


Sekitar tahun 1927,Kejohanan Dunia sukan ini telah diadakan di London buat pertama kalinya.Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh seorang pemain yang berbangsa Hungary iaitu Dr Jacobi.Walaupun sukan ini pada awalnya popular di Britain namun permainan ini pada zaman awal pertandingannya banyak didominasi oleh warga Hungary.Ini dibuktikan pada tahun 1930,pasukan Negara Hungary telah berjaya memenangi kejohanan di peringkat dunia.Pada zaman awal kepopularannya,pukulan Spin amat terkenal di kalangan pemain sukan ini.Penguasaan Hungary dalam sukan ini telah tamat apabila muncul kuasa baru sukan ini iaitu Jepun.Jepun telah menjadi gergasi Ping Pong sekitar tahun 1950 sehingga 1959 sebelum jatuh kepada China.Jepun telah memperkenalkan satu teknik baru yang dipanggil sebagai Cekak Pen (Pen Holde ) yang mementing pergerakan kaki yang pantas.Pasukan pemain lelaki Jepun menjadi johan pada 1954 hingga 1959.Dominasi Jepun dalam sukan ini tamat apabila muncul kuasa China sekitar tahun 1960.Mereka telah melatih pemain mereka sejak kecil lagi sehingga mampu melahirkan pemain yang handal.Jika Jepun mementingkan kepada pergerakan yang pantas.China pula menjadikan permainan laju dan bermain dekat dengan meja sebagai corak permainan.Pemain-pemain Eropah hanya mampu mencabar pemain dari Asia pada tahun 1970.Walaupun permainan ini diasaskan di Eropah namun ia telah menjadi dominasi Asia

Sekitar tahun 1970,pemain Eropah telah meningkat naik.Pada 1980,pemain Eropah telah dianggap handal daripada pemain-pemain Asia.Permainan ini telah menjadi seimbang kekuatannya antara Eropah dan Asia.Ini dibuktikan semasa berlakunya kejohanan dunia pada 1989.China telah tewas kepada Sweden dengan 5-0 yang jelas merupakan kekalahan yang memalukan.Kedua fanalis pertandingan tersebut pun dari Sweden iaitu Jan-Ove Waldner dan juga Persson.Pada 1991,sekali lagi Sweden memenanginya apabila berjaya menewaskan Yugoslavia .Pada 1990,Persekutuan Ping Pong Antarabangsa ( ITTF ) telah mempunyai sebanyak 145 persatuan yang bernaung dibawahnya berbanding hanya 9 ahli sahaaj pada 1927.Sehingga sekarang ada 4 Persekutuan sukan Ping Pong diperingkat antarabangsa iaitu Recognized Contonental Federation yang berada dibawah naungan ITTF.Selain itu ialah African Table Tennis,Asian Table TennisUnion,European Table Tennis Union dan juga South American Table Tennis Confederation.