HALIA atau dalam bahasa Inggerisnya Ginger
dan bahasa Indonesianya di kenal sebagai Jahe adalah adalah sejenis
rempah ratus yang banyak digunakan dalam masakan orang melayu, orang-orang timur malam orang barat. Halia
adalah dari keluarga Zingiberaceae atau nama botaninya Zingiber
officinale Ross.
Pokok halia mempunyai batang berbentuk bulat,
bewarna dan agak keras. Daunnya tersusun berselang-selang dan teratur.
Tinggi tanaman ini di sekitar 30 – 60cm. Jika tumbuhan ini mendapat
cahaya matahari yang mencukupi halianya akan menjadi lebih besar
daripada biasa.
Halia adalah antara rempah ratus yang terpenting
diperniagaan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan
sekarang di tanam secara meluas di seluruh dunia. Antara Negara yang
mengeluarkan banyak halia ialah India. China, Nigeria, Australia dan
Thailand.
Di Negara ini halia diusahakan secara kecil-kecilan
dan menjadi tamanan selingan di antara tanaman utama seperti nenas,
getah dan kelapa sawit.
Dikalangan orang melayu halia terkenal
bahan makanan yang mempunyai nilai perubatan tradisional yang dipercayai
dapat menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambah air mani
dan membuang angina yang terdapat dalam usus besar dan kecil.
Ubat-ubatan
yang dibuat daripada halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa
penyakit seperti demam, batuk, margin, sakit gigi, sakit tulang, segugut
dan sakit dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh
kuman jika diambil sebagai ubat.
Halia boleh diproses untuk
mengeluarkan minyak dan ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah
gingerois dan eleoresin. Minyak halia boleh dijadikan perisa minuman
buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubat-ubatan.
Lazimnya dalam peruibatan tradisional
melayu halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air
rebusan halia atau pati halia. Manakala dalam masakan pula halia
digunakan dalam bentuk segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga
boleh diproses menjadi sebuk halia, halia jeruk dan bahan perisa untuk
pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.